Tuesday 10 November 2020

MUKA TEMBOK

'MUKA  TEMBOK' 

Tamrin Tun Ghafar

Rabu - 11/11/2020
( 1 - 19 )


1.   Cuba dengar klip  video yang disertakan dengan teliti serangan, cemuhan,  tuduhan  dan kata - kata kesat Muhyiddin terhadap UMNO  dan PAS  tidak berapa lama dulu.

2.  "UMNO  Adalah Parti  PEROMPAK  dan PAS  Pula Parti Yang Kononnya Memperjuangkan Islam, Tapi MENYOKONG  PEROMPAK; Islam Apa Ini ?"

3.  "SAYA  TIDAK  AKAN  KEMBALI  ATAU  BERSAMA  UMNO  LAGI - SATU PEROMPAK  DAN SATU LAGI  PENYOKONG   PEROMPAK -  NO WAY"

4.  Apakah tindakan beliau  membuat U-Turn atau Pusingan U kini terhadap UMNO  dan PAS  yang pernah beliau caci itu  HANYA SANDIWARA  SEMATA - MATA  bagi  MENDAPATKAN  SOKONGAN  mereka atau beliau benar - benar  SUDAH  INSAF  dan MENYESAL kerana segala apa tuduhannya itu adalahu PEMBOHONGAN  DAN FITNAH  yang sengaja  dibuat bagi  MENDAPATKAN   SOKONGAN rakyat?

5.   Muhyiddin   KENA  JELASKAN   kepada UMNO, PAS  dan  umum di atas  PENIPUAN  dan FITNAH  itu  dan tampil  mengakui  bahawa  UMNO dan PAS  adalah Parti yang BERSIH  dari AMALAN   RASUAH   DAN   SALAHGUNA   kuasa - jika dengan Allah SWT kita sentiasa memohon ampun, apatah lagi sesama manusia, tambah pula sebangsa dan seagama.

6.   Jika enggan atau gagal  berbuat demikian maka ia bermakna  Muhyiddin  sanggup berpelukan  dengan PEROMPAK  dan PENYOKONG  PEROMPAK  semata - mata  kerana  gilakan kuasa.

7.   Dalam  erti kata lain  beliau sanggup berbuat apa sahaja termasuk  MENJILAT  LUDAH  DAN  KAHAKNYA  SENDIRI  bagi  memenuhi  nafsunya.

8.   UMNO  dan PAS  pula  sah  TIDAK  kisah atau peduli atas   serangan  dan tuduhan  Muhyiddin terhadap mereka kerana apa yang dituduh itu mungkin benar ASALKAN  mereka dapat kekalkan  jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC.

9.   Justeru  tidaklah keterlaluan  jika  Pemimpin dan Ahli-Ahli Bersatu, UMNO  dan PAS  seperti:

‘MUKA  TEMBOK’

Tidak  bermaruah  dan tidak ada perasaan malu langsung.

10.  Muhyiddin, Zahid dan  Hadi  JANGAN  FIKIR  rakyat  tidak tahu  dan tidak nampak  PERMAINAN KOTOR  mereka  yang  HANYA   PENTINGKAN  DIRI  dan JAWATAN   dari  memikirkan  hal rakyat di bawah ini.

11.   PEMBELOT  dan PENGKHIANAT  Azmin dan Hamzah pula senantiasa  berfikir  langkah - langkah  seterusnya   yang  perlu dihidangkan  kepada  Muhyiddin yang  bak kata Khairuddin Abu Hassan  mempunyai 'OTAK UDANG'.

12.   Muhyiddin  ibarat  pengantin  yang dihias, dipakaikan pakaian pengantin, dipimpin ke pelamin, dibawa memotong kek, ke meja makan  dan akhirnya diusung ke pintu  keluar untuk bersalaman dengan tetamu dan diucapkan  -  SELAMAT  PENGANTIN  BARU!;  tak  perlu  berfikir  kerana semuanya dibereskan oleh tukang andam  - Azmin dan Hamzah Zainuddin.

13.   Muhyiddin  PASTI   jatuh  seperti durian  yang  menunggu masa saja untuk gugur, jika tidak jatuh secara baik ke dalam jaring ia pasti jatuh ke atas tanah dan mungkin bergolek  ke dalam longkang.

14.  Apabila sampai musimnya  SEMUA durian yang di dahan akan turut  gugur sama.

15.   APABILA  NYAWA   SUDAH   SAMPAI   KE HALKUM, MASA  ITU  ALLAH  TIDAK  LAGI  TERIMA  TAUBAT.

16.  Tambah pula  Pembentangan  Belanjawan  atau Budget 2021 merupakan 'BELANJAWAN  HAPRAK'   yang  kononnya bagi membantu  mengatasi kesusahan rakyat tetapi ianya setakat: 

  'Melepas Batuk
   Di Tangga'

17.  Lidah Propanganda Kerajaan, JASA  dihidupkan  semula  dengan  peruntukan sebanyak RM81 juta; sekiranya  benar Ketua Pengarah JASA  yang bakal dilantik adalah  penyokong kuat Azmin maka tak salahlah jika dikatakan JASA yang diwujudkan semula itu akan digunakan untuk menguatkan Muhyiddin dan Azmin.

18.   Lihatlah sendiri   Peruntukan  Keperluan  Hospital / pesakit yang  di potong begitu sahaja tanpa peduli penderitaan  rakyat:

19.   'SEPANDAI  -
         PANDAI
         TUPAI  
         MELOMPAT
         PASTI JATUH
         KE TANAH  JUA’

Wassalam
Terima Kasih.

4 comments:

  1. Sebijik mcm tun mangkuk yg mengutuk dapigs dan kemudian bercomolot demi memperolehi kuasa dunia demi legasi kaya nya.

    ReplyDelete
  2. Mentaliti Kita nampak sangat DAP tu jahat sangat sampai Kita lupa sapa sebenarnya setan besar dalam politik Negara.dari Dulu sampai sekarang muka yg sama macam dah takda tokoh yang berkualiti dikalangan penduduk malaysia.
    Rakyat pula mudah sangat percaya pada parti yg kononnya pejuang agama tapi Haram.yg kononnya jaga hak melayu tapi pedajalkan bangsa melayu.sudah2 bosan tengok keadaan sekarang.semoga ada insan yg betul2 mampu Jadi pemimpin pada pru akan datang.humban jauh2 wakil2 rakyat yg patut pencen.dok rumah.duit dah berkepok.takkan tak cukup.sibuk menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrk tak sejahat komunis tapi bila dah rasa berkuasa sangat...kepala bapak ko pun senang2 dia pijak.
      Puak yg umpama api..kecik jadi kawan, besar jadi lawan.

      Klu bangsa sendiri...yg sokong legasi tun mangkuk merasuah, salahguna kuasa, merompak dan menyamun demi anak, proksi dan kroni mrk. Mrk ini peduli apa dgn perut raykat. Raykat diminta ikat perut tapi mrk berpesta mengadakan majlis mabuk sehingga ke pagi. Malangnya mrk masih merasakan kantung mrk tak cukup2 dan tun mangkuk asyik mengelirukan raykat mengatakan org lain tak sebaik dia. Cubalah legasi dia derma sikit hasil rompakan mrk utk membantu raykat. Bukannya berpesta mabuk sampai pagi.

      Delete
  3. Do you need personal loan?
    Loan for your home improvements,
    Mortgage loan,
    Debt consolidation loan,
    Commercial loan,
    Education loan,
    Car loan,
    Loan for assets.
    financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036

    ReplyDelete

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...