Wednesday 22 December 2021

PENCETUS UMMAH ATAU PENIPU UMMAH ?

PENCETUS  UMMAH
ATAU  PENIPU  UMMAH  ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 26/12/21

( 1 -  28 )


1.   Apabila kita bersembang kita boleh bayangkan maksud  PENCETUS  UMMAH  namum sekali lagi saya TERPAKSA   dedahkan  perkara yang mungkin ramai tidak bersetuju  - PENIPU  UMMAH 

2.  Memang kita tidak boleh MENDEDAHKAN  keburukan atau aib sesaorang  secara terbuka  NAMUN  Nabi Besar kita Muhammad SAW didalam satu hadith nya  BERPESAN  kita  PERLU MENEGUR   sebelum nyawa sampai ke kerongkong ; itu perlu dilakukan sama ada dengan pedang , tangan atau pun lisan 

3.   ALLAH  SWT  pula didalam beberapa       Firman Nya  didalam Al Quran  juga MENGINGATKAN kita :  'Rahsiakan perkataan mu  ATAU  nyatakan sahaja.  Sesungguhnya , Dia Maha Mengetahui segala isi hati'  

4.  Hadith Nabawi pula menyuntuh tentang 'Makan Halal Melahirkan Amal Soleh' : 'Wahai Tuhanku , makanannya daripada barang yang haram , minumannya daripada yang haram , pakiannya daripada yang haram dan diberi makan dari yang haram , maka bagaimanakah ALLAH SWT akan memperkenankan doanya ?' 

5.   Rasulullah SAW  juga  MELAKNAT  orang yang rasuah dan melakukan rasuah  ( Hadith Riwayat Abu Daud ) 

6.  Niat saya hanya satu ,  oleh kerana kita orang Melayu  MUDAH  LUPA  maka perlu diulangi dan diingatkan selalu  dari masa kesemasa dengan harapan kita akhirnya TIDAK  akan jadi  bangsa yang mudah ditipu, dijual atau diperdaya oleh SEGALA  JANJI  MANIS  apatah lagi di bekalkan dengan gula - gula  dan  wang ringgit  

7.  'ABAH  SAYANG MELAKA' - ini lah ayat  SEJUK bersama wajah  Mahiaddin yang terpampang dikain - kain rentang  hampir seluruh simpang jalan dan pelusuk Negeri Melaka  baru - baru ini  seolah - olah beliau yang bertanding ! 

8.  Jika SPR  dan SPRM  'bersih dan tulus' , satu siasatan MESTI  di adakan segera  dari mana wang ringgit yang begitu  banyak di curahkan oleh Parti BERSATU  ketika PRN  Melaka 

9.   Beliau kenal ke orang  Melaka ?  Setahu saya dan dari  beberapa kawan rapat  beliau  dia ini ( Mahiaddin ) seorang  makhluk yang  SOMBONG , KEDEKUT , PENDENDAM  DAN  TAK KENAL  ORANG PUN  malah katanya masih ramai penyokong  BERSATU  di Parlimen Pagoh dsn DUN  Bukit Gambir , Johor yang beliau tidak mengenali 

10.   Mereka  sokong kerana title  'Tan Sri' , tak lebih dari itu 

11.  Bagi menutup  segala  keaiban semasa  BERTAHTA  dulu  beliau gunakan saluran TV dan Radio  mengulangi DOA , ini bagi menunjuk dan mencerminkan seolah - olah  beliau ini  BERSIH dan boleh di percayai namun apa yang dilakukan adalah sebalik nya 

12.  Berani saya katakan Mahiaddin ini seorang perompak juga  seperti orang yang di jatuhkannya , Najib Tun Razak 

13.   Alkisah terbaru  ialah projek 5G  yang diberi  Mahiaddin TANPA  mengikut prosedur yang telah ditetapkan  dan diguna pakai oleh Kerajaan 

14..  Beberpa Ahli Parlimen TERMASUK  yang terbaru  yang TIDAK PERNAH  BERLAKU  , Timbalan Menteri Penerangan dan Komunakasi  sendiri TIDAK  PUAS  HATI  dengan  mempersoalkan cara pemberian projek ini yang bernilai RM20 Billion  dilakukan 

15..  Sama ada  Agong  juga ada terima imbuhan dari RM20 Billion ini , Wallahhualam ! 

16.   Sehingga kini dia buat bodoh ;  tidak sepatah pun penafian dari mulut beliau  sendiri ; apakah beliau kena STROKE  sehingga tak boleh berkata apa - apa pun 

17.  Ini style atau cara beliau  dari  sejak MB Johor lagi  - rompak , samun dan buat bodoh  dengan harapan  orang Melayu terutamanya akan kata ini semua FITNAH  nak jatuhkan beliau 

18.   Selain kes Nika Gee  saya juga CABAR  beliau  bawa saya ke Mahkamah dalam kes 5G ini -  ADA  BERANI  ?? 

19.   Cabaran ini akan saya terus lontarkan kepada beliau  selagi beliau BERDIAM DIRI , TAKUT 

20.  Negara  tak perlu makhluk perosak dan berpura - pura  seperti  beliau
 
21.   Saya CABAR   agar rakyat khusus nya   Ahli - Ahli Parlimen dan Senat  beramai - ramai  TUNTUT   PENJELASAN   dari beliau  seperti yang dilakukan oleh Zaidi , Timbalan Menteri Penerangan dan Komunakasi 

22..   Kepada  ahli - ahli  Parti  BERSATU  jangan tunggu   lama - lama  BERTINDAK! ; LEBIH BAIK  TINGGAL KAN SAHAJA  BELIAU  ATAU  JAWAB  DI AKHIRAT KELAK 

23.  PERCAYA  MAHIADDIN  atau PERCAYA  ALLAH SWT atau TAKUT  MAHIADDIN  atau TAKUT  ALLAH SWT 

24.  Mungkin  kita dah lupa kata - kata beliau menjelang  PRU 14 ; 
"PAS  adalah  Parti  Amalan Sesat  ;  Sesiapa  Ikut  Mereka  Pasti AKAN  Sesat" - kini BERSATU ikut PAS  melalui PN, jadi apa maknanya  - SESAT  ATAU  TIDAK !! 

25.  Surah Ibrahim 

       Juzuk 13
       Ayat 21 

'Dan mereka semua ( di Padang Mahsyar ) berkumpul untuk menghadap ke hadrat  ALLAH,  lalu orang yang lemah berkata  kepada orang yang sombong , "Sesungguh nya kami dahulu adalah pengikut - pengikut mu , maka dapatkah kamu menghindarkan  kami daripada azab ALLAH  ( walaupun )  sedikit sahaja ?"
Mereka menjawab , "Sekiranya  ALLAH memberi petunjuk kepada kami , nescaya kami dapat memberi petunjuk kepada kamu .  Sama sahaja bagi kita , sama ada kita menggelisah  dan mengeluh  atau bersabar .  Kita tidak  mempunyai tempat untuk melarikan diri" 

26.  Terserah lah kepada Hamzah , SEMBURIT , Peja  dan  Ahli MPT  BERSATU  yang lain  -  ALLAH  beri otak untuk berfikir ; apa yang ada didepan mata hanya mainan dunia sahaja , dan ianya TIDAK  kekal 

27.  Lebih senang hidup begini dari menjadi  KHADAM   beliau  seperti Tosrin Jarvanti , Solehan , Mazlan Bujang dan Dr. Sharuddin Jamal  

28.  AKHIR  SEKALI  MARILAH  KITA  SEMUA  DOAKAN AGAR  OSMAN SAPIAN ,  BEKAS  MB JOHOR  DI PANJANGKAN UMUR  DAN  SEMBUH  SEGERA SEPERTI  SEDIAKALA,  amiin !!


Wassalam
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

DI MANA MEREKA

DI  MANA  MEREKA  ?  Tamrin  Tun Ghafar Isnin  -  07/10/24 ( 1 - 19 ) 1.   Tentu  pehak  Imegresen  TIDAK  SETUJU   malah  ada  yang   marah...