Saturday 22 January 2022

AZAM BAKI - MENGAPA PM DAN AGONG TAKUT BERTINDAK ?

AZAM  BAKI  -  MENGAPA  PM  DAN  AGONG  TAKUT  BERTINDAK ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Sabtu - 22/01/22 

(1 -  17 )


1.   Walaupun berbagai jentera  kerajaan khususnya pasukan polis di gerakkan  bagi menggagalkan usaha sekempulan rakyat  MENUNTUT  Azam BaKI  DITANGKAP namun jika dilakukan  kajian atau survey  saya yakin majoriti mahukan Azam ditangkap sertamerta  BUKAN  DI CUTI  ATAU  DI PINDAHKAN ke Jabatan lain 

2.  Bukan sahaja Azam tetapi rakyat mula mencurugi  SPRM itu sendiri ; apakah  PEGAR YANG  DI HARAPKAN  TIDAK  LAGI  BOLEH  DI PERCAYAI ? 

3.  Azam umpama SETITIK  NILA  YANG  MEROSAKAN  SUSU  SEBELANGA  

4.  Bak kata Hadi di satu ketika dahulu MCA  umpama seketul daging babi yang berada dikawah daging lembu yang dihidang kepada umat Islam 

5.  Cerita Azam ini sudah lama di dengari sehingga ada yang mengaitakan dengan tauke lama nya , Abu Kassim Muhamed dan Shukri Abdull dengan berbagai tuduhan , Wallahualam !! 

6.  Yang hairannya TERNAMPAK  mengapa Ismail Sabri  bersungguh - sungguh  CUBA mempertahan Azam ;  sepatutnya sebagai seorang berjawatan tinggi  seperti beliau ini TIDAK  MENCAMPURI perkara sebegini 

7.  Mengapa awal - awal lagi beliau TIDAK  BERSETUJU  cadangan pembentukan RCI ,  dan juga  mengajak  rakyat MEMPERCAYAI keputusan siasatan Security Commission SEDANGKAN ekoran itu Security Commission  memperjelaskan keputusan sebenar yang MENGESAHKAN  kesemua saham tersebut adalah MILIK Azam BUKAN  adiknya 

8.  Dari mana SUMBER  wang yang banyak membolehkan beliau menguasai jutaan saham syarikat berkenaan 

9.  Rakyat juga mula MEMPERSOAL   mengapa  Agong TIDAK  BOLEH  mengarahkan Kerajaan menubuhkan RCI ? 

10.  Kata mereka  JIKA  Agong boleh  mengenepikan Perlembagaan apabila melantik  Mahiaddin  yang TIDAK cukup sokongan , mengapa beliau  SENYAP dengan cadangan murni ini , Penubuhan RCI  yang mula - mula sekali diutarakan oleh Peguam Rafique Rashid  yang kebetulan Timbalan Pengurusi  Parti PEJUANG  WP 

11.  Sultan  Perak  , Timbalan Agong  sendiri  telah  MENYENTUH  isu SPRM  ini 

12.  Demi ketulusan , saya  BERSETUJU cadangan Dr. MAZA  , Mufti Perlis  demi menggembalikan kepercayaan  dan keyakinan rakyat , SPRM  PERLU  DI ROMBAK  atau  'REVAMP'  semula 

13.  YANG  PENTING ,  sebagai Perdana Menteri  Ismail MISTI  dengar  dan ambil kira pandangan majoriti  rakyat 

14.  Isu Azam Baki ini jika tidak diambil tindakan , rakyat PASTI  akan  MENEMPELAK beliau dan UMNO apabila berlangsung nya Pilihanraya Umum ke 15 nanti  malah Pilihanraya Kecil Negeri  ( PRN ). Johor 

15.. Rakyat khususnya  pengundi MAHU  TAHU sejauh mana  Kerajaan BERSUNGGUH  MAHU  MENGHAPUSKAN  Penyelewangan Kuasa dan Rasuah atau hanya  'LIP  SERVICE'  atau bermain dibibir sahaja 

16.  RCI  juga PATUT  ditubuhkan  bagi mengkaji secara mendalam termasuk tindakan diambil terhadap mereka yang  bertanggong jawab yang menyebabkan banjir besar yang belaku di beberapa daerah di Pahang 

17.   BERANI  
         KERANA
         BENAR
         TAKUT
         KERANA
         SALAH


Wassalam
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

DI MANA MEREKA

DI  MANA  MEREKA  ?  Tamrin  Tun Ghafar Isnin  -  07/10/24 ( 1 - 19 ) 1.   Tentu  pehak  Imegresen  TIDAK  SETUJU   malah  ada  yang   marah...