Wednesday, 30 October 2019
CINTA RAKYAT ATAU CINTA DIRI
Monday, 28 October 2019
TERUSKAN SAHAJA UNDI TAK PERCAYA
Saturday, 19 October 2019
IBARAT KACANG LUPAKAN KULIT
Friday, 11 October 2019
PERJANJIAN - RAKYAT KELIRU
PERJANJIAN - RAKYAT KELIRU
Tamrin Tun Ghafar
Khamis - 10/10/19
( 1 - 25 )
1. Hari Rabu 9hb Mei 2018 , merupakan Hari Keramat kepada Negara
2. Selepas 61 tahun berkuasa dan dengan beribu juta wang ringgit dan seluruh jentera kerajaan digunakan namun dengan izin ALLAH Yang Maha Esa UMNO / Barisan Nasional telah ditumbangkan
3. Kombinasi 4 parti , PKR , DAP , AMANAH dan BERSATU yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Muhammad telah diberi mandat menubuhkan Kerajaan baru
4. Sebelum ini beberapa cubaan yang di ketuai Tengku Razaleigh Hamzah melalui Perpaduan Ummah dan Anwar Ibrahim sebanyak 2 kali melalui beberapa parti TIDAK mendapat kepercayaan rakyat terutama pengundi - pengundi Melayu
5. HANYA dengan kepercayaan terhadap Tun sahaja maka majoriti pengundi Melayu termasuk ahli - ahli UMNO sendiri telah memenangkan Pakatan Harapan atau PH
6. Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman undang - undang dipenjara Sungai Buluh ketika Piliharanraya Umum yang lepas HANYA dibebaskan MELALUI pengampunan Yang Di Pertuan Agong SELEPAS Tun dilantik sebagai Perdana Menteri buat kali ke 2
7. Walau pun usia Tun sudah menjangkau 93 tahun ketika itu namun kesemua parti dalam PH mahukan Tun mengetuai mereka
8. Malah ada seorang bekas pemimpin PKR telah terbang ke London meminta Tun berjuang bersama mereka
9. Berbulan lama nya seperti orang muda dan tanpa peduli penat lelah , hampir setiap hari Tun berkempen di seluruh negara
10. Difahamkan 4 parti tersebut telah memeterikan satu perjanjian persahabatan
11. Setahun selepas PH menubuhkan Kerajaan dan setahun selepas Anwar dibebaskan sehingga kini berbagai tekanan dan gesaan meminta Tun melepaskan jawatan Perdana Menteri dilakukan ; Ia tak ubah seperti ' Selepas Menyeberang, Tongkat Hendak Di Buangkan - Ia seolah - olah Tidak Berguna Lagi'
12. Ada yang berhemah dan bersantun dan ada juga yang biadap dengan menggunakan bahasa kesat
13. Ada NGO yang menetapkan tarikh April atau Mei 2020 bagi Tun mengundurkan diri dan ada juga yang mahu beliau berbuat demikian jika boleh hari ini juga
14. Ada puak yang mengatakan termaktub dalam perjanjian PH yang kedudukan Tun sebagai Perdana Menteri adalah berupa sementara sahaja iaitu 2 tahun tapi ada pula yang menidakkan nya
15. Kebelakangan ini hampir setiap hari berbagai kenyataan dan tulisan bagi memastikan Tun mengundur diri
16. Sebenarnya rakyat sudah mula bosan dengan apa yang mereka dengar dan lihat
17. Sepatutnya mereka berganding bahu sama - sama membantu demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat BUKAN sebok nak merebut tempat dan harta
18. Permainan kotor ini bukan sahaja datang nya dari mereka yang berada di luar malah yang lebih menjijikan ia dilakukan oleh mereka yang berada di dalam
19. Mereka ini tak ubah seperti 'Gunting Dalam Lipatan' atau seperti nyamuk yang senantiasa menggigit untuk menyedut darah
20. Inikah budaya Melayu ' Baru ' yang sedang diperkenalkan ; mereka ini sebenarnya sudah hilang maruah dan budi pekerti yang boleh dijadikan contoh generasi akan datang
21. Mereka lebih mementingkan diri dan puak dari rakyat dan negara ; percayalah apa yang kita lakukan sekarang akan berbalik kepada kita atau kepada anak kita satu hari nanti
22. BAGI MENJERNIHKAN KEADAAN , DAN MENUMPUKAN MASA MEMBELA RAKYAT , ADALAH LEBIH BAIK PERJANJIAN ITU DI KONGSIKAN BERSAMA RAKYAT SECARA TERBUKA
23. Kalau boleh biarlah
RUMAH SIAP DAN
PAHAT TAK BERBUNYI LAGI
24. Yang berkokok di luar sana ;
JANGANLAH SEPERTI
ANAK KECIL YANG TAK RETI BAHASA,
MERENGEK - RENGEK DAN MELALAK TAK SABAR - SABAR
NAK KAN GULA - GULA !!!
25. Apakah kita lupa atau tidak percaya bahawa 'Kita Merancang Tapi Allah SWT Adalah Sebaik - Baik Perancang'
MASANYA PASTIKAN
TIBA JUA
SABAR LAH !!
Wassalam
Terima Kasih
Tuesday, 1 October 2019
SURAT KHABAR LAMA
SURAT KHABAR LAMA
Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 01/10/19
( 1 - 39 )
1. Berbeza dengan radio yang mendendangkan lagu - lagu lama yang nostalgik , akhbar lama atau SKL pula banyak mencatatkan peristiwa silam yang boleh dijadikan pedoman.
2. Sesekali, molek rasanya jika kita dapat belajar sedikit kesah dulu dulu dari 'SKL', yang sesungguhnya boleh meletakkan kita di atas landasan yang betul
3. Dek kerana SKL ini memerlukan ruang untuk disimpan, maka nasibnya mudah untuk dijadikan bahan yang dibuang , dibakar atau pun dijual kepada Apek atau India yang akan membelinya dengan harga 'patut'
4. 'Diari' peribadi atau buku catitan harian yang kita tulis sejak zaman muda hinggalah beranak dan bercucu, juga boleh mengingatkan kita peristiwa - peristiwa lampau
5. Sebenarnya, jika kita mengimbau sejenak sejarah bangsa di negara ini, kita tentunya akan menghargai dan terus mencintai Tanahair kita yang cukup bertuah
6. 'Lain Hulu
Lain Parang
Lain Dahulu
Lain Sekarang'
'Banyak Udang
Banyak Garam
Banyak Orang
Banyak Ragam'
7. Selepas Darjah 6, saya dihantar belajar ke Sekolah Datuk Abdul Razak atau SDAR di Tangung Malim bermula dengan Kelas Remove
8. Di sana terdapat seorang guru dari England dan beberapa orang guru bukan Melayu
9. Oleh kerana 100% pelajar ketika itu dari kaum Melayu dan dari sekolah kebangsaan, maka, dua masalah besar berlaku yang menyebabkan saya hanya di SDAR setakat Tingkatan 2 sahaja :-
i. Cara pemikiran saya agak BEKU, oleh kerana pergaulan tertumpu sesama pelajar Melayu sahaja
ii. Penguasaan dan pertuturan bahasa Inggeris amat tidak meyakinkan
10. Minda mula terbuka dan penguasaan bahasa Inggeris bertambah baik dengan pergaulan dalam kalangan pelajar bukan Melayu di Sekolah Tinggi Melaka atau Malacca High School
11. Di sinilah, di Sekolah inilah, mulanya saya mengenal erti perpaduan , menghormati bangsa , budaya dan fahaman agama bukan Melayu/Islam sehingga sekarang
12. Sebagai contoh , persahabatan dengan kawan - kawan lama sejak di bangku sekolah, seperti Segeran atau Cikgu Segeran , Johari Nasir atau Joe , anak tiri Tun Malik ( Alfatihah ) , Gabenor Melaka dan Gerald Geh , yang sudah berhijrah keluar negara maseh berkekalan
13. Hari demi hari sehingga kini sistem pembelajaran kita tidak lagi mengutamakan perpaduan kaum malah mutunya pun jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan beberapa negara jiran
14. Majoriti anak - anak Melayu akan ke Sekolah Kebangsaan sedangkan anak - Cina dan India pula ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil
15. Trend ini berlanjutan ke Sekolah Menengah dan ke Universiti
16. Di Universiti pula wujud Persatuan - Persatuan mengikut kaum dan Agama
17. Selagi sistem pembelajaran negara berpecah mengikut kaum selagi itulah tidak akan ada titik pertemuan yang di harap - harapkan
18. Sekolah Wawasan, hanya akan tinggal kenang kenangan
19. Berbagai Dasar dan Agensi dibentuk untuk membina Perpaduan Bangsa, namun rahsianya tetap terletak kepada sejauhmana pendidikan itu di satu alirkan
20. Di sinilah pembentukan sahsiah dan jatidiri Bangsa mampu untuk kita corakkan
21. Usaha ini perlukan sedikit pengobanan, dan pengorbanan itu adalah merupakan ego kaum yang membelenggu hasrat untuk mencapai Perpaduan sejati. Jika tak sanggup mengorbankan ego kaum, hasrat untuk melihat Perpaduan sejati akan tinggal sebagai harapan yang tak pasti
22. Kita rindukan suasana masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama yang bersatu sebagai bangsa Malaysia yang saling menghormati antara satu sama lain TANPA punyai perasaan benci dan syak wasangka
23. Tun Dr. Mahathir yang diberi peluang oleh ALLAH SWT bagi memimpin dan membetulkan keadaan negara pada usia 93 tahun ini MESTI berani dan BERTEGAS menangani isu perpaduan kaum dalam negara kita
24. Biar lah puak extremis , rasis dan mereka yang senantiasa menangguk di air yang keruh terus memprotes namun yang PENTING ialah perpaduan kaum yang patut diutamakan yang akhirnya dapat menjamin kelangsungan pembangunan Malaysia Baru idaman rakyat
25. Bukankah datuk nenek kita pernah berpesan :
'Jika Mahu
Melentor Buluh,
Biarlah Semasa
Rebongnya'
'Bagaimana Acuan
Begitu lah
Kueh nya'
26. Sebagai seorang doktor lakukanlah pembedahan sekali lagi bagi menyelamatkan keadaan yang semakin terancam
27. Kebelakangan ini , bagi mendapatkan simpati dan sokongan kaum Melayu , UMNO dan PAS yang rasis sudah mula menunjukkan taring dan belangnya kononnya mereka lah wira bangsa dan Islam
28. Jika pihak berkuasa khasnya polis hanya 'Menanam Tebu Di Bibir Mulut' sahaja tanpa menggambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang memporak perandakan negara maka keadaan akan lebih merbahaya
29. Sememangnya adalah tugas dan tanggungjawab Polis untuk memastikan rakyat menghormati Perlembagaan dan Undang-Undang
30. Dengan penghapusan atau pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959, ia meletakkan Polis dalam situasi yang merunsingkan
31. Jika Kerajaan PH hendak meneruskan juga rancangan untuk menghapuskan akta-akta seperti berikut semata - mata kerana 'TERPAKSA' menunaikan janji mereka semasa Pilihanraya yang lepas :
i. SOSMA
ii. POCA
iii. POTA
iv. AKTA HASUTAN
v. AKTA PERHIMPUNAN
AWAM
vi. AKTA MESIN CETAK
DAN PENERBITAN
berkemungkinan besar Polis hanya akan menjadi harimau yang tidak berkuku dan bertaring
32. Sebuah Jawatankuasa Khas MISTI diwujudkan untuk mengkaji akibat cadangan penghapusan Akta - Akta tersebut
'JANGAN SAMPAI
MENANG SORAK
TAPI KAMPUNG
TERGADAI
'IKUT HATI MATI
IKUT RASA
BINASA'
33. JANGAN
DAH
TERHANTUK
BARU
NAK
TERGADAH
keadaan kini tak ubah seperti
'RETAK
MENANTI
BELAH'
34. Tangkap dan dakwa sesiapa sahaja samada dari Pembangkang mahupun Kerajaan , jika ucapan dan tindakan mereka boleh menyumbang ke arah perpecahan dan pergaduhan kaum
35. POLIS TIDAK PERLU MENUNGGU ARAHAN BAGI MENYELAMATKAN KEADAAN
36. Sejauh mana polis di bawah kepimpinan Hamid Bador TEGAS melaksanakan tanggung jawab dan amanah sama - sama lah kita lihat
37. Dalam konteks ini, saya mengesyorkan agar Polis diberikan mandat penuh untuk menjalankan tanggung jawab untuk menjaga ketenteraman rakyat.
38. Taring untuk Sang Harimau amatlah penting, kerana setakat ini, banyak terkaman yang dibuat, namun lepas tanpa gigitan.
39. Demi keamanan, kebahagian dan perpaduan kaum..pihak Polis perlulah bertindak sama seperti sang Harimau..menerkam dan menggigit dengan taringnya
BERTINDAKLAH
'SEBELUM NASI
MENJADI BUBUR'
'SEBELUM
SELUMBAR
TERUS
MENCUCUK
MATA'
Wassalam
Terima Kasih
-
10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN Tamrin Tun Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1. Ketika sebok hendak menyambut Hari Raya y...
-
SULTAN JOHOR - SEJARAH DAN FAKTA Tamrin Tun Ghafar Isnin.- 25/10/2021 ( 1 - 17 ) 1. Sejarah , samada baik atau sebaliknya adalah fakta ...