Saturday, 19 October 2019

IBARAT KACANG LUPAKAN KULIT

IBARAT KACANG
LUPAKAN KULIT

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 19/10/19
( 1 - 28 )


1. Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Kerajaan PH di Parlimen baru - baru ini telah sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan sara hidup rakyat hasil peninggalan Kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib Tun Razak 

2. Di zaman itu Najib menekankan 'loyalty' atau ketaatan kepada pemimpin ( beliau ) lebih penting mengatasi segala - galanya

3. Hanya selepas berbagai asakkan akhirnya Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal memberanikan diri menyoal secara terbuka isu penyelewangan wang rakyat melalui 1MDB

4. Adalah diharapkan segala apa yang dijanjikan seperti yang terkandung di dalam Manifesto PH akan dapat di penuhi

5. Rakyat faham bukan senang nak melaksanakan semua janji - janji tersebut tetapi oleh kerana ini adalah satu - satu jalan yang boleh digunakan bagi mengapi - apikan kebencian rakyat terhadap Kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir di samping isu perkauman, maka PH perlu berbuat sesuatu bagi meyakin dan menurunkan suhu kepanasan politik

6. 'Sudah Dapat Gading Bertuah Tanduk Tidak Berguna Lagi'

'Lepas Jambatan Tongkat DiBuang'

7. Itulah gambaran yang dicanaikan di kalangan rakyat terutama pengundi - pengundi Melayu sehingga sebahagian mereka yang menolak UMNO /BN pada Pilihanraya Umum yang lepas mulai TERPENGARUH dan mula menjauhkan diri 

8. Mereka lupa atau lebih dashyat lagi apabila mereka mempercayai isu 
IMDB dan SRC yang merupakan rompakan terbesar dunia yang pertama kali berlaku ada lah cerita dan fitnah PH yang sengaja diada - adakan bagi memenangi Pilihanraya

9. Begitu juga isu perkauman seolah - olah tanpa UMNO , Melayu akan mati

10. UMNO dan beberapa budak suruhan nya menggambil kesempatan dengan Kebebasan Bersuara dan pemansuhan beberapa Akta penting bagi membakar kebencian rakyat terhadap Kerajaan

11. Mereka tiba - tiba menunjukkan keprihatinan , dan bersekongkol dengan penyokong - penyokong Anwar Ibrahim yang mahukan Tun berundur selaku Perdana Menteri dalam masa terdekat

12. Langkah - langkah tertentu perlu dilakukan bagi menangani segala tanggapan negatif rakyat terhadap Tun dan Kerajaan PH 

13. Janji - janji PH semasa Pilihanraya dahulu terutama mengurangkan kos sara hidup rakyat MESTI dilaksanakan segera seperti duit pasar , bil air dan api , perbelanjaan sekolah anak - anak , sewa rumah atau bayaran bulanan pinjiman bank bagi rumah dan kereta atau motosikal PERLU DIATASI SEGERA kerana ini semua amat memeritkan rakyat

14. Walaupun Belanjawan 2020 banyak menjanji untuk membantu namun masih kedengaran rungutan rakyat ; sebagai contohnya kontraktor - kontraktor kecilan seperti Kelas F atau G 1 mengeluh kerana banyak projek ditangguh atau dibatalkan dan tidak diteruskan

15. Begitu juga dengan pemaju - pemaju perumahan Bumiputra bagi projek PPRT , Rumah Murah dan sebagainya , nasib mereka kini terumbang ambing seperti sabut dipukul ombak

16. Difahamkan ada sesetengah mereka terpaksa berhutang dengan Bank bagi menyediakan tapak tanah untuk projek - projek tersebut sebagai melaksanakan syarat Kerajaan dahulu namun Kementerian Kewangan dibawah Lim Guan Eng TIDAK menggambil kira kesengsaraan yang dihadapi pemaju tersebut samada mengurangkan keuntungan atau projek mereka dibatalkan sahaja

17. Dalam masa yang sama yang membuat rakyat sakit hati dan benci apabila terdapat sikap sesetengah Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menampakkan kebodohan dan kelemahan seolah - olah tidak tahu mengguna kuasa dan menjalankan tugas demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara 

18. Ada juga EXCO Negeri yang sebuk mengambil kesempatan bagi mengumpulkan dana semata - mata bagi mencapai cita - cita politik mereka 

19. Sebagai contoh terdapat seorang EXCO di Melaka yang maseh berangan untuk menjadi Ketua Menteri dan kini katanya sebuk berkempen untuk mendapat tempat tertinggi dalam kepimpinan BERSATU Pusat

20. Bagi menjayakan nafsu nya, difahamkan ada pula pakatan hendak menggantikan seorang Ketua Bahagian bertaraf Menteri Pusat dengan mengapi - apikan seorang yang pernah terpalit dengan beberapa skandal yang TERPAKSA diberhentikan khidmatnya sebagai 'orang besar' di Kuala Lumpur bertanding di peringkat Bahagian

21. Maseh terdapat beberapa orang Menteri yang maseh tercengang - cengang tak ubah seperti 'Rusa Masuk Kampong' yang menganggap menggunakan kuasa seolah - olah mereka menyalahgunakan kuasa ( abuse ) seperti apa yang pernah dilakukan oleh Najib , Zahid dan sebahagian besar Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri di zaman itu

22. Ada pula Menteri yang rajin membuat kenyataan bodoh dan tak masuk akal seperti Menteri Pelajaraan dan ada pula yang terlalu gemar mencampuri hal Kementerian lain seperti Syed Saddiq

23. Difahamkan Rina Harun seorang Menteri yang bukan sahaja susah nak berjumpa tapi beliau selalu membatalkan temujanji disaat - saat akhir tanpa alasan kukuh ; malah banyak kerja - kerja kemasyarakatan diTitiwangsa , Kuala Lumpur dimana beliau selaku Wakil Rakyatnya kini diambil alih oleh Johari Ghani bekas MP disitu

24. Sebagai Menteri Ekonomi , Azmin Ali seharusnya MESTI rajin turun padang bagi mendengar sendiri rintihan dan kelohan rakyat di warung warung dan kedai kedai kopi , masalah harian peneroka FELDA , RISDA dan FELCRA , bukan hanya mendengar lapuran dari pegawai - pegawai ; ini bagi mematikan cakap - cakap yang beliau hanya layak menjadi 'Menteri Pengiring' sahaja

25. Ada yang tak tahu dan ada pula yang takut bertindak sehingga ada Ketua Setiausaha Kementerian ( KSU ) naik tochang , mereka kadangkala tidak bekerjasama dan bertindak TANPA PEDULI akan pandangan dan arahan yang diberi

26. Begitu juga terdapat mereka yang bertugas samada sebagai pegawai seperti Ketua Setiausaha Sulit Kanan , SUSK dan Pembantu Peribadi ( PA ) mahupun sebagai Setiausaha Politik dan Pengurus dan CEO Badan Berkanun atau Agensi , mereka berlagak tak ubah seperti 'Besar Sudit Dari Mangkok' atau tak ubah seperti 'Katak Hendak Jadi Lembu'

26. SEPATUTnya mereka terutama Menteri dan Timbalan , Menteri Besar dan Ketua Menteri berkerja sebagai satu pasukan atau one team membantu Perdana Menteri menyelesaikan masalah bagi memajukan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara dengan sifat berani berdepan dengan rakyat dan buat keputusan yang berani dan betul

27. Jika mereka terus berkomplot dengan harapan untuk naik ke atas dek kerana janji manis maka ini lah petanda malapetaka akan menimpa Kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihanraya ke15 nanti

28. Sekali lagi ditegaskan

'JANGAN HANYA MENDENGAR GURUH DI LANGIT , AIR DI TEMPAYAN TERUS DI CURAHKAN'

'YANG DI KEJAR TAK DAPAT YANG DI KENDUNG BERCICIRAN'
dan
'JANGAN MEMBUNUH ANGSA YANG BERTELURKAN EMAS'

Wassalam
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment