Tuesday 1 October 2019

SURAT  KHABAR  LAMA

SURAT  KHABAR  LAMA

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 01/10/19
( 1 -  39  )

1.  Berbeza dengan radio yang mendendangkan lagu - lagu lama yang nostalgik , akhbar lama atau SKL pula banyak mencatatkan peristiwa silam yang boleh dijadikan pedoman.

2. Sesekali, molek rasanya jika kita dapat belajar sedikit kesah dulu dulu dari 'SKL', yang sesungguhnya boleh meletakkan kita di atas landasan yang betul

3.   Dek kerana SKL ini memerlukan ruang untuk disimpan, maka nasibnya mudah untuk dijadikan bahan yang dibuang , dibakar atau pun dijual kepada Apek atau India yang akan membelinya dengan harga 'patut'

4.  'Diari' peribadi atau buku catitan harian yang kita tulis sejak zaman muda hinggalah  beranak dan bercucu, juga boleh mengingatkan kita peristiwa - peristiwa lampau

5.   Sebenarnya, jika kita mengimbau sejenak sejarah bangsa di negara ini,  kita tentunya akan menghargai dan terus mencintai Tanahair kita yang cukup bertuah

6.   'Lain Hulu
       Lain Parang
       Lain Dahulu
       Lain Sekarang'

      'Banyak Udang
       Banyak Garam
       Banyak Orang
       Banyak Ragam'

7.   Selepas Darjah 6, saya dihantar belajar ke Sekolah Datuk Abdul Razak atau SDAR di Tangung Malim bermula dengan Kelas Remove

8.  Di sana terdapat seorang guru dari England dan beberapa orang guru bukan Melayu

9.  Oleh kerana 100% pelajar ketika itu dari kaum Melayu dan dari sekolah kebangsaan, maka, dua masalah  besar berlaku yang menyebabkan saya hanya di SDAR setakat Tingkatan 2 sahaja :-

i.   Cara pemikiran saya agak BEKU, oleh kerana pergaulan tertumpu sesama pelajar Melayu sahaja

ii.   Penguasaan dan pertuturan bahasa Inggeris amat tidak meyakinkan

10.  Minda mula terbuka dan penguasaan bahasa Inggeris  bertambah baik dengan pergaulan dalam kalangan pelajar bukan Melayu di Sekolah Tinggi Melaka atau Malacca High School

11. Di sinilah, di Sekolah inilah, mulanya saya mengenal erti perpaduan , menghormati bangsa , budaya dan fahaman agama bukan Melayu/Islam sehingga sekarang

12.  Sebagai contoh , persahabatan dengan kawan - kawan lama sejak di bangku sekolah, seperti Segeran atau Cikgu Segeran , Johari Nasir atau Joe , anak tiri Tun Malik  ( Alfatihah ) , Gabenor Melaka dan Gerald Geh , yang sudah berhijrah keluar negara maseh berkekalan

13.  Hari demi hari sehingga kini sistem  pembelajaran kita  tidak lagi mengutamakan perpaduan kaum malah mutunya pun jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan beberapa negara jiran

14.  Majoriti anak - anak Melayu akan ke Sekolah Kebangsaan sedangkan anak - Cina dan India pula ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil

15.  Trend ini berlanjutan ke Sekolah Menengah dan ke Universiti

16.  Di Universiti pula wujud Persatuan - Persatuan mengikut kaum dan Agama

17.  Selagi sistem pembelajaran negara berpecah mengikut kaum selagi itulah tidak akan ada titik pertemuan yang di harap - harapkan

18.  Sekolah Wawasan, hanya akan tinggal kenang kenangan

19. Berbagai Dasar dan Agensi dibentuk untuk membina Perpaduan Bangsa, namun rahsianya tetap terletak kepada sejauhmana pendidikan itu di satu alirkan

20. Di sinilah pembentukan sahsiah dan jatidiri Bangsa mampu untuk kita corakkan

21. Usaha ini perlukan sedikit pengobanan, dan pengorbanan itu adalah merupakan ego kaum yang membelenggu  hasrat untuk mencapai Perpaduan sejati. Jika tak sanggup mengorbankan ego kaum, hasrat untuk melihat Perpaduan sejati akan tinggal sebagai harapan yang tak pasti

22. Kita rindukan suasana masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama yang bersatu sebagai bangsa Malaysia yang saling menghormati antara satu sama lain TANPA  punyai perasaan benci dan syak wasangka

23.  Tun Dr. Mahathir yang diberi peluang oleh  ALLAH SWT bagi memimpin dan membetulkan keadaan  negara pada usia 93 tahun ini MESTI  berani dan BERTEGAS  menangani isu perpaduan kaum dalam negara kita

24.  Biar lah puak extremis , rasis dan mereka yang senantiasa menangguk di air yang keruh terus memprotes namun yang PENTING  ialah perpaduan kaum yang patut diutamakan yang akhirnya dapat menjamin kelangsungan pembangunan Malaysia Baru idaman rakyat

25.  Bukankah datuk nenek kita pernah berpesan :

       'Jika Mahu
        Melentor Buluh,
        Biarlah Semasa
        Rebongnya'

       'Bagaimana Acuan
        Begitu lah
        Kueh nya'

26.  Sebagai seorang doktor lakukanlah pembedahan sekali lagi bagi menyelamatkan keadaan yang semakin terancam

27.  Kebelakangan ini , bagi mendapatkan simpati dan sokongan kaum Melayu , UMNO dan PAS  yang rasis sudah mula menunjukkan taring dan belangnya kononnya mereka lah wira bangsa dan Islam

28.  Jika pihak berkuasa khasnya polis hanya  'Menanam Tebu Di Bibir Mulut' sahaja tanpa menggambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang memporak perandakan negara maka keadaan akan lebih merbahaya

29.  Sememangnya adalah tugas dan tanggungjawab Polis untuk memastikan rakyat menghormati Perlembagaan dan Undang-Undang

30. Dengan penghapusan atau pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Buang Negeri 1959, ia meletakkan Polis dalam situasi yang merunsingkan

31. Jika Kerajaan PH hendak meneruskan juga rancangan untuk menghapuskan akta-akta seperti berikut semata - mata kerana 'TERPAKSA' menunaikan janji mereka semasa Pilihanraya yang lepas :

i.    SOSMA
ii.   POCA
iii.  POTA
iv.  AKTA HASUTAN
v.   AKTA PERHIMPUNAN
      AWAM
vi.  AKTA MESIN CETAK
      DAN PENERBITAN

berkemungkinan besar Polis hanya akan menjadi harimau yang tidak berkuku dan bertaring

32. Sebuah Jawatankuasa Khas MISTI diwujudkan untuk mengkaji akibat cadangan penghapusan Akta - Akta tersebut

      'JANGAN SAMPAI
       MENANG SORAK
       TAPI KAMPUNG
       TERGADAI

      'IKUT HATI MATI
       IKUT RASA
       BINASA'

33. JANGAN
       DAH
       TERHANTUK
       BARU
       NAK
       TERGADAH

keadaan kini tak ubah seperti

      'RETAK 
       MENANTI
       BELAH'

34.  Tangkap dan dakwa sesiapa sahaja samada dari Pembangkang mahupun Kerajaan , jika ucapan dan tindakan mereka boleh menyumbang ke arah perpecahan dan pergaduhan kaum

35. POLIS TIDAK  PERLU MENUNGGU ARAHAN  BAGI  MENYELAMATKAN  KEADAAN

36.  Sejauh mana polis di bawah kepimpinan Hamid Bador TEGAS melaksanakan tanggung jawab dan amanah sama - sama lah kita lihat

37.   Dalam konteks ini, saya mengesyorkan agar Polis diberikan mandat penuh untuk menjalankan tanggung jawab untuk menjaga ketenteraman rakyat.

38. Taring untuk Sang Harimau amatlah penting, kerana setakat ini, banyak terkaman yang dibuat, namun lepas tanpa gigitan.

39. Demi keamanan, kebahagian dan perpaduan kaum..pihak Polis perlulah bertindak sama seperti sang Harimau..menerkam dan menggigit dengan taringnya

BERTINDAKLAH

      'SEBELUM NASI
       MENJADI BUBUR'

      'SEBELUM
       SELUMBAR
       TERUS
       MENCUCUK
       MATA'

Wassalam
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...