Friday 11 September 2020

PROJEK PELUPUSAN SISA PEPEJAL OLEH SYARIKAT BUMI SEGAR INDAH

PROJEK  PELUPUSAN  SISA  PEPEJAL  OLEH  SYARIKAT  BUMI  SEGAR  INDAH

1.   Pada hari Sabtu 29hb Ogos 2020 saya telah mengeluarkan  Kenyataan Media berhubung perkara tersebut diatas

2.   Kenyataan Media tersebut adalah ekoran  Kenyataan Media ( Press Release )  oleh YB. Hajjah  Zuraida Kamaruddin ,  Menteri Kementerian  Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT )  pada 28hb Ogos 2020 yang MENGGAMBARKAN seolah - olah  projek tersebut diberi SECARA  RUNDING  TERUS  atau  DIRECT  NEGO  oleh mantan Menteri Kewangan  YB. Lim Guan Eng kepada Syarikat tersebut atas dasar pengelibatan saya dalam Syarikat tersebut

3.   Untuk makluman projek tersebut TELAH  diberi SECARA  RUNDING  TERUS  atau  DIRECT  NEGO  oleh Kerajaan Barisan Nasional  atau  BN  dalam tahun 2017 ;  Menteri KPKT   ketika itu ialah Tan Sri Noh Omar

4.   Bagi MENYELAMATKAN wang negara ,  adalah difahamkan  DASAR  Kerajaan Pakatan Harapan atau PH telah digubal  ketika itu  iaitu  SEMUA projek  yang telah diberi  SECARA  RUNDING  TERUS atau  DIRECT  NEGO   oleh Kerajaan Barisan Nasional atau BN di TURUNKAN atau DIKURANGKAN  harga sebanyak 10% dari harga asal

5.   Perkara - perkara lain  AKAN  dikemukakan semasa  PERBICARAN di Mahkamah nanti

6.  Surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian ( KSU ) KPKT bertarikh 9hb September 2020 yang telah disah penerimaan nya disertakan

Wassalam
Terima Kasih

Tamrin Tun Ghafar
Khamis - 10/09/2020

tamrintunghafar.blogspot.com

1 comment:

  1. Keberanian & kaliber seorang tokoh yang disegani & dikagumi. Banyak yang beliau lakukan dalam tempoh 2 penggal sebagai Ahli Parlimen. Sesetengah bangkai bernyawa, dah berpenggal-penggal menjadi wakil RAKYAT akan tetapi, bukan majupun kehidupan Rakyat mahupun berlaku kenaikan standard hidup konstituensi.

    http://tamrintunghafar.blogspot.com/2020/09/projek-pelupusan-sisa-pepejal-oleh.html?m=1

    ReplyDelete

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...