Thursday 21 January 2021

AGONG DAN PERLEMBAGAAN

AGONG  DAN  PERLEMBAGAAN

Tamrin Tun Ghafar

Khamis - 21/01/21
( 1 -  22 )


1.  Thomas Sowell, seorang  Ahli Akademik di salah sebuah Universiti Terkemuka di Amerika Syarikat pernah menyuarakan pendanganya  berhubung politik :

   " Politics Is The Art
      Of Making
      Your Self Desires
      Seem Like
      The National
      Interest "

           ATAU

    "Politik Adalah
       Seni Menjadikan
       Kepentingan Diri
       Seolah - Olah
       Mencerminkan
       Ia Adalah Bagi
       Kepentingan
       Rakyat Dan
       Negara"

2.   Jika tidak ada sebarang PENAFIAN  oleh Pejabat Perdana Menteri atau PMO maka apa yang dikatakan oleh salah seorang pegawai Muhyiddin bahawa Perisytiharaan Darurat itu adalah bagi  KEPENTINGAN  POLITIK  Muhyiddin adalah BENAR.

3.  Sebenarnya rakyat sudah  LALI  dengan sikap  PEMBOHONGAN   dan  PENGECUT Muhyiddin  yang membisu dan memekakkan telinga seperti burung kasawari membenamkan kepala ke dalam pasir  apabila berhadapan dengan perkara - perkara yang tak boleh dijawab seperti TAKUT  MENJAWAB  CABARAN  SAYA  DI MAHKAMAH  dalam kes hubungan seks beliau dengan Nika Gee yang ketika itu MASIH  bersuami.

4.  Sejak RAMPASAN  KUASA  pada bulan Februari 2020, TIDAK  ada satu perancangan ekonomi jangka panjang yang boleh dibanggakan; yang dipersembahkan ialah bantuan jangka pendek atau sementara  kepada Makcik Kiah, itu pun telah diperbetulkan oleh Menteri Kewangaannya selain dari bacaan doa  bagi menutup KEKOTORAN  yang dilakukannya.

5. Kini banyak kilang pembuatan dan industri lain  ditutup dan berpindah ke Indonesia menyebabkan jumlah pengangguran meningkat, walaupun Azmin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengatakan ekonomi negara kukuh dan masih banyak Pelabur Asing  (Foreign Direct Investment) datang melabur di sini.

6. Nasihat saya hentikan tabiat membohongi rakyat jika tidak mahu dihumban pada Pilihanraya Umum akan datang.

7.  Perlu diulangi lagi bahawa Sistem Pemerintahan Negara  yang TELAH  DIPERSETUJUI  oleh semua pihak dan DIGUNAPAKAI  berhubung kedudukan Raja - Raja  Melayu sejak  MERDEKA  64 tahun lalu:

          RAJA
          BERPELEMBAGAAN

           bukun

           RAJA  MUTLAK

            atau

            CONSTITUIONAL

             MONARCH

              not

             ABSOLUTE   
             MONARCH   

8.  Dalam lain perkataan PERLEMBAGAAN NEGARA  ADALAH  SUPREME  atau  YANG  TERATAS  SEKALI, justeru semua pihak sama ada rakyat negara ini termasuk orang asing, Agong, Raja-Raja, Perdana Menteri  mahu pun penyapu sampah di tepi jalan  MESTI  dan WAJIB akur dan menghormatinya.

9.  Rakyat tidak mempersoalkan  kuasa dan tindakan Agong  berhubung PERISYTIHARAAN  DARURAT yang diumumkan namun  ingin mengingatkan  SUMPAH yang dilafazkan semasa mengambil alih jawatan Yang Di Pertuan Agong :

" Kami ......ibni ...... Yang Di Pertuan Agong Bagi Malaysia BERSUMPAH Dengan Melafazkan

WALLAHI ; WABILLAHI ; WATALLAHI

Maka Dengan Lafaz Ini Berikrarlah Kami Dengan  Sesungguhnya Dan Dengan Sebenarnya MENGAKU  Akan Taat Setia Pada Menjalankan Dengan ADILnya Pemerintahan Bagi Malaysia Dengan Mengikut Sebagaimana Undang - Undang dan PERLEMBAGAAN Yang Telah DiSah Dan DiMasyhurkan Dan Yang Akan DiSah Dan DiMasyurkan Di Masa Hadapan Ini.  Dan Lagi Kami Berikrar Mengaku Dengan Sesungguh Dan Dengan Sebenarnya Memelihara Pada Setiap Masa Agama Islam  Dan Berdiri  Tetap Di Atas Pemerintahan Yang ADIL Dan Aman Di Dalam Negeri.

10.  Sebenarnya rakyat TIDAK MENCABAR  tindakan Agong namun ramai berpendapat Perisytiharaan Darurat itu  TIDAK  bertepatan dengan Perkara 150 (1 ) dan ( 2 ) Perlembagaan.

11.  Perkara 150 ( 1 ) - 

' Jika Yang Di Pertuan Agong berpuas  hati bahawa suatu darurat   besar  SEDANG  BERLAKU  yang menyebabkan Keselamatan atau Kehidupan Ekonomi, atau Ketenteraman Awam di dalam Persekutuan atau mana - mana bahagiannya terancam , maka YDP Agong BOLEH  mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu Perisytiharan yang bermaksud sedemikian.”

11.  Perkara 150 ( 2 ) - 

' Proklamasi Darurat di bawah Fasal ( 1 )  BOLEH  dikeluarkan SEBELUM SEBENARNYA  BERLAKU  kejadian yang mengancam Keselamatan, atau Kehidupan Ekonomi, atau Ketenteraman Awam di dalam Persekutuan atau mana - mana bahagiannya jika YDP Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku.

12.  Persoalan yang berbangkit ialah: 

i.   Apakah  BOLEH YDP Agong  menerimapakai NASIHAT  seorang Perdana Menteri  yang  HILANG  sokongan Ahli Parlimen atau Wakil Rakyat?

ii.  Amat  Penting memahami   

PERKARA  43 ( 2 ) ( a )  iaitu :

YDP Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengurusikan  Jemaah Menteri seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada HEMATnya mungkin MENDAPAT  KEPERCAYAAN  MAJORITI  Ahli Dewan Rakyat itu.

iii.  PERKARA  43 ( 4 )  : 

JIKA  PERDANA MENTERI  TIDAK LAGI  MENDAPAT  KEPERCAYAAN MAJORITI  Ahli Dewan  Rakyat, maka Perdana Menteri HENDAKLAH  MELETAKKAN JAWATAN Jemaah Menteri melainkan atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh YDP Agong.

iv.  Apakah tidak mustahil  mengadakan  Piliharaya Umum  dalam keadaan penuluaran  COVID ini  boleh MEMBURUKAN  keadaan kesihatan seperti yang pernah berlaku sewaktu Pilihanraya Negeri Sabah beberapa bulan lepas.

v.  Apakah TIDAK  MUSTAHIL Proklamasi Darurat itu  SEBENARNYA  lebih kepada kepentingan diri Muhyiddin apabila  Parlimen dan aktiviti politik digantung sehingga Ogos 2020?

vi.  Salahguna kuasa dan rasuah PASTI  akan terus meningkat  tambah lagi apabila Parlimen digantumg - mereka boleh buat apa sahaja sesuka hati sedangkan rakyat terus  ikat perut akibat harga barang makan  dan keperluan harian terus MENINGKAT.

13.   Muhyiddin SUDAH  pun  HILANG SOKONGAN  DAN  KEPERCAYAAN, justeru  Agong  PERLU  
MEMPERTIMBANG  SEMULA  beliau sebagai Perdana Menteri dan Perisytiharan Darurat.

14.  Jika sebelum ini 3 Ahli Parlimen Kerajaan yang telah disahkan POSITIF  COVID 19 diarak masuk Parlimen dengan memakai PAKAIAN KHAS  ( PPE )  COVID 19 semata - mata untuk mengundi menyokong Kerajaan dan pada masa yang sama  semua Ahli Dewan patuh kepada SEMUA  syarat yang diperintah termasuk PENGASINGAN  diri dengan setiap Ahli Dewan dipisahkan oleh  kotak cermin, maka APA  PERLUNYA  Parlimen digantung?

15.  Sebenarnya  penggantungan Persidangan Parlimen dilakukan bagi MENGGELAKKAN  UNDI  TIDAK  PERCAYA terhadap Muhyiddin.

16.  Ada kemungkinan besar  majoriti Perwakilan UMNO  AKAN  mengundi MENARIK  sokongan terhadap Muhyiddin, justeru semua aktiviti politik TIDAK   DIBENARKAN.

17.  Mengapa Kompleks Beli Belah, Pasaraya dan Tadika boleh dibuka sedangkan Parlimen yang hanya mempunyai 220 Ahli  TIDAK  DIBENARKAN; bukankah ia satu tindakan yang tak masuk akal?

18.  Diharapkan  Agong dan  Raja - Raja Melayu  yang telah memberi persetujuan mengenai Perisytiharan Darurat ini  MENIMBANG SEMULA  keputusan tersebut, lagi pun ia lebih kepada  MENYUSAHKAN  rakyat  terutama  aktiviti ekonomi harian yang bertentangan dengan SYARAT-SYARAT Deklarasi Darurat seperti yang TERMAKTUB dalam Perlembagaan.

19.   Kita berbangga Agong dan Raja-Raja Melayu TIDAK BOLEH DIBELI atau TIDAK TERMASUK dalam kalangan ‘Scheme of Things’ yang dilakukan Muhyiddin kepada Ahli-Ahli Parlimen bagi mengukuhkan jawatannya.

20.  Kita bersyukur kerana rakyat  hari ini masih mencintai dan menghormati  Raja - Raja, tidak  seperti sejarah Melaka di mana  seperti Sultan  ditikam  mati akibat kezaliman terhadap  isteri Megat Seri Rama, Laksamana Bentan  yang begitu setia dan berakhir dengan kemarahan, 
begitu juga apa yang berlaku terhadap Marie Antionette, Raja Perancis yang terakhir selepas rakyat bertindak ekoran kelaparan  berlaku  dalam tahun 1793.

21.  Adalah lebih sempurna jika Yang Dipertuan Agong bertindak seperti SUMPAH yang dilafazkan dengan MENDENGAR sendiri pandangn Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim kerana mereka ini terlibat secara terus dalam apa yang sedang berlaku; jika tidak bantahan demi bantahan akan berterusan.

22. TERSERAH KEPADA MAJLIS PEGUAM (Bar Council) dan PAKAR-PAKAR PERLEMBAGAAN DUDUK BERSAMA MENGKAJI  DAN MENGHANTAR RUMUSAN MEREKA KEPADA YDP AGONG.

Wassalam
Terima Kasih.

2 comments:

  1. May 8 add. Parlimen di tutup, tapi gaji masih berjalan.

    ReplyDelete
  2. Do you need personal loan?
    Loan for your home improvements,
    Mortgage loan,
    Debt consolidation loan,
    Commercial loan,
    Education loan,
    Car loan,
    Loan for assets.
    financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036

    ReplyDelete

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...