Thursday 7 January 2021

APA YANG KITA LAKUKAN AKAN KEMBALI BERLAKU KEPADA KITA SEMULA

APA  YANG  KITA  LAKUKAN  AKAN  KEMBALI  BERLAKU  KEPADA  KITA  SEMULA

Tamrin Tun Ghafar

 Isnin - 04/01/2021
( 1 -  21 )


1.   ' Whats Goes 
        Around
        Comes
        Around '

itu pepatah Inggeris yang mempunyai maksud lebih kurang sama dengan tajuk tulisan saya ini.

2.  Di Australia masyarakat Kaum Asal atau Abrogines menggunakan satu alat senjata yang dikenali sebagai BOOMERANGS, apabila ia dibaling, alat tersebut akan kembali  semula kepada pembaling tersebut.

3.   Itulah yang berlaku kepada Muhyiddin dan akhirnya akan dirasai oleh mereka yang TERLIBAT DALAM RAMPASAN KUASA.

4.   Alasan yang diadakan selepas peristiwa tersebut adalah alasan yang susah diterima oleh mereka yang berfikiran waras dan  mereka  yang TIDAK  MUDAH  MENJUAL  MARUAH  seperti yang dilantik sebagai Menteri , Timbalan dan jawatan - jawatan dalam GLC.

5.  Kudeta atau dalam bahasa Perancisnya Coup D'etat  adalah  RAMPASAN  KUASA.

6.  Walaupun  matlamatnya sama namun cara dan coraknya berbeza :

i.  Di Indonesia, Soekarno diturunkan dalam satu RAMPASAN KUASA oleh Soeharto, seorang General yang cukup dipercayainya.

Rampasan Kuasa ini telah menyaksikan  peristiwa ngeri di mana 7 orang General yang tidak memihak kepada Soeharto dibunuh dan dicampakan ke dalam perigi yang dikenali sebagai 'Lubang Buaya'.

ii.  Di satu ketika dahulu RAMPASAN  KUASA  kerap berlaku di Thailand.

iii.   Pemberontakan bersenjata oleh A M Zahari bagi tujuan RAMPASAN  KUASA di Brunei telah dipatahkan oleh Kerajaan dengan bantuan tentera kelolaan Kerajaan Inggeris.

iv.  Mengikut Tun Ghazali Shafie yang lebih dikenali dengan panggilan King Ghaz  ( Alfatehah ) mantan Menteri Luar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri pertama ( Alfetahah ) dalam ruang atau columnya ' As I See It ' dalam akhbar The Star bahawa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah  RAMPASAN  KUASA  KECIL atau MINI COUP yang dirancang berbualan lamanya; Tunku dijatukan dan diganti oleh Tun Razak.

7.  Selepas PH memerintah selama 22 bulan, Muhyiddin dengan dibantu oleh Hamzah dan Azmin  dan pembantu Tun sendiri telah MENIKAM Tun dari belakang;  itulah RAMPASAN KUASA.

8.   Bagi menjayakankan RAMPASAN  KUASA ini pula Muhyiddin 'MENJUAL'  jawatan - jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Duta Khas bertaraf Menteri dan Pengerusi-Pengerusi GLC  kepada mereka kerana Muhyiddin tahu mereka PASTI menyokongnya dengan tawaran yang diberi kerana mereka lebih  MEMENTINGKAN  DIRI  dengan gaji dan imbuhan yang amat lumayan - dalam ertikata lain mereka ini manusia yang TIDAK  BERMARUAH - sanggup menjual diri dan melakukan apa apa sahaja seperti lembu dicucuk hidung.

9.  Inilah ‘Scheme of Things yang dirancang dan dilaksanakan oleh seorang yang kononnya tak berminat dengan jawatan Perdana Menteri.

10.  Mengikut seorang Ketua UMNO  Bahagian, Parti BERSATU  pimpinan Muhyiddin kini   membayar RM20,000 bagi setiap Cawangan UMNO  yang sanggup menukar bendera dari UMNO  kepada BERSATU.

11.  Sebahagian besar Bahagian - Bahagian UMNO di Kelantan  MENOLAK  kerjasama UMNO dengan BERSATU.

12.  Beberapa Bahagian UMNO  di Johor TERMASUK  Bahagian Pagoh dimana Ahli Parlimennya ialah Muhyiddin sendiri membuat  ketetapan yang sama.

13.  Jika  desakan sebegini berterusan, MKT  UMNO  SEPATUTNYA  MENGHORMATI   pandangan dan perasaan akar umbi - tarik balik sokongan UMNO  kepada Muhyiddin dan Menteri - Menteri dan Timbalan Menteri serta Pengerusi-Pengerusi  GLC  UMNO  berhenti serta merta dari jawatan yang mereka sandang.

14.  Janganlah tidur bersama isteri yang kita anggap sebagai seorang pelacur jika tidak mahu digelar sebagai lelaki DAYUS.

15.  Sebenarnya sejak  RAMPASAN KUASA  pada bulan Februari lepas sehingga kini tidak ada satu rancangan baik pun dari Mat Sejuk ini; mengikut kenyataan SPRM, yang meningkat naik ialah jumlah  penyelewanģan kuasa dan rasuah bertambah, malah lebih teruk dari zaman  Kerajaan Barisan Nasional  dan Pakatan Harapan dahulu.

16.  Kenyataan  dan tindakan  Menteri - Menteri dan Timbalan  Menteri banyak yang bercelaru seperti anak ayam tanpa ibu; ini berlaku  kerana Perdana Menteri HAPRAK - tidak boleh   kawal kebodohan mereka sehingga ada Menteri yang masih menggangap diri sebagai Mufti dan ada pula Menteri yang bercanggah secara terbuka dengan Timbalannya.

17.  Rakyat  kecewa dan putus asa melihat gelagat  mereka - jika setakat bantuan RM1500 sekali atau 'one off payment' bagi menangani maslah COVID 19, mereka  berkata sesiapa pun boleh buat.

18.  Yang rakyat ternanti - ternanti ialah Perancangan Ekonomi  Jangka Pendek  dan Panjang  yang meyakinkan BUKAN  cukup dengan mengulangi doa di kaca TV  kerana kata mereka bab baca doa ini adalah tugas Menteri Agama bukan tugas seorang Perdana Menteri, lagi pun rakyat tertanya - tanya apakah afdal doa seorang  yang pernah mengadakan hubungan seks dengan isteri orang?

19.  Apakah  Najib , Zahid dan ramai lagi Ahli - Ahli  MKT  UMNO  bertindak untuk menyelamatkan diri dari tindakan Mahkamah atau  bertindak untuk  kepentingan lebih 3 juta ahli UMNO?

20.  ‘TEPUK  DADA  
        TANYA  SELERA'

        PISAU  BERADA
        DI TANGAN  
        ANDA.

21.  Bak kata pepatah :

      'Jangan Menang
       Sorak
       Kampung  
       Tergadai'

Wasallam
Terima Kasih.

6 comments:

  1. Menang sorak kampong tergadai dah lama berlaku keadaan bertambah parah masa PH jadi kerajaan.

    ReplyDelete
  2. shamy ardha..mengapa masih beratib dgn PH..

    langkah sheraton sebenarnya mengapa negara menjadi haru biru macam sekarang.sebab ada manusia bongok macam kau yg masih berfikir feudal dan sempit

    ReplyDelete
  3. Datuk Stanley Augustin HAS NOT EVEN BEEN CHARGED with Criminal Defamation. He MUST BE STATING THE TRUTH!

    ReplyDelete
  4. STANLEY AUGUSTIN ADALAH UTUSAN KEBENARAN (MESSENGER OF TRUTH!)
    JELAS TIADA KESALAHAN JENAYAH FITNAH DILAKUKAN DATUK STANLEY AUGUSTIN - DATUK STANLEY MENYATAKAN KEBENARAN
    Fitnah turut dikategorikan sebagai satu kesalahan jenayah. Akta 574 iaitu Kanun Keseksaan telah memperuntukkan fitnah sebagai satu kesalahan jenayah yang boleh didenda dan dipenjara jika sabit kesalahan.
    Seksyen 499 Akta 574 jelas memperuntukkan mengenai kesalahan fitnah. Secara kasarnya, Seksyen 499 menyatakan bahawa jika mana-mana individu ada membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan tidak benar yang akan atau boleh merosakkan reputasi orang lain, serta ditulis atau disebarkan dengan niat jahat, adalah melakukan satu kesalahan jenayah fitnah.
    Diketahui umum, sehingga kini, tiada laporan ataupun aduan kes jenayah terhadap Datuk Stanley Augustin dan beliau belum pernah dituduh apatah lagi didapati bersalah di bawah Seksyen 499 berkaitan fakta-fakta yang dideposkan beliau dan dihebahkan kepada masyarakat umum.
    Ini jelas membuktikan kesahihan fakta-fakta yang dideposkan Datuk Stanley adalah 100% KEBENARAN. Beliau adalah Utusan Kebenaran!

    https://images.app.goo.gl/oRjcrHaLesK4wht26

    ReplyDelete
  5. Che Omar Che Soh is still the law in the Federation of Malaysia. Subsequent apex court decisions have not rejected the principles in the case.

    Thus, Act 574 - the Penal Code is still a law of general application in Malaysia. Why hasn't the highly respected, renowned & much-loved Datuk Stanley Augustin been charged for CRIMINAL DEFAMATION under Section 499 of the Act?

    The Adverse Inference is that the facts wholly deposed are TRUE!

    ReplyDelete
  6. Do you need personal loan?
    Loan for your home improvements,
    Mortgage loan,
    Debt consolidation loan,
    Commercial loan,
    Education loan,
    Car loan,
    Loan for assets.
    financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036

    ReplyDelete

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...