Saturday, 8 May 2021

UJIAN ASID PERTAMA ACYRL SANI

UJIAN  ASID  PERTAMA  ACYRL  SANI

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 08/05/2021
( 1 - 26 )

1.   Saya memohon maaf kerana TERPAKSA  membuat komen ini tambah pula 
ianya dilakukan dalam Bulan Ramadhan
Al  Mubarak ini.

2.  Tahniah diucapkan kepada Acyrl Sani, Ketua Polis Negara yang menggantikan Hamid Bador mulai 3hb Mei 2021.

3.  Ada yang memberi pandangan  mengapa Hamid  HANYA   BERANI  mendedahkan KEPINCANGAN  Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri di penghujung perkhidmatan beliau; 
tidak dilakukan sebelum ini.

4.  Ada pula suara  yang mengatakan Hamid  sepatutnya  menggunakan  saluran  tertentu.

5.  Sebagai Anggota Kerajaan  beliau  TERHALANG  dengan Akta Perkhidmatan Kerajaan yang TIDAK  MEMBOLEHKAN  beliau MENGKRITIK SECARA TERBUKA Menterinya sendiri.

6.  Hamid TELAH melakukan apa yang sepatut dilakukan oleh mana - mana kakitangan Kerajaan; beliau telah pun melaporkan  HASRAT  JAHAT  Hamzah kepada Mahiaddin sebanyak 2 kali dan juga dengan Ketua Setiausaha Kerajaan atau KSN - itu adalah langkah dan contoh  terbaik yang telah  diambilnya.

7.  Hamzah  ialah   salah seorang pencatur atau mastermind RAMPASAN  KUASA sehingga tertubuhnya KERAJAAN  PINTU  BELAKANG  atau KERAJAAN  TEBUK ATAP  yang diketuai Mahiaddin Md. Yasin.

8.  Sikap  Hamid  mendedahkan secara terbuka  KEPINCANGAN  DAN  SALAHLAKU  Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri yang juga merupakan salah seorang penasihat Mahiaddin   AMAT  DIALU - ALUKAN.

9.   Apakah tujuan sebenar Hamzah  beria - ia sangat  MAHUKAN  kuasa penuh atau
 'full control' Perkhidmatan Polis, Wallahulam !!

10.    Oleh kerana tidak ada sebarang  penjelasan maka  berbagai  cerita atau teori  sedang berlegar dikalangan  rakyat; ini semua dakwaan atay alegasi, justeru SIASATAN PENUH DAN RAPI PERLU DIADAKAN SEGERA.

i.  Kononnya Hamzah mahu menggunakan  polis  khususnya Cawangan Khas atau  Special Branch  untuk menyenangkan beliau jadi orang nombor 1 negara akhirnya.

ii.   Ada pula yang mengatakan  mungkin  beliau  mahu  menjadi  'orang terkaya' di Malaysia dengan MELINDUNGI  penjenayah.

iii.   Ada juga mengatakan  salah seorang anak Hamzah  terlibat  dengan MACAU SCAM yang heboh  diperkatakan, maka dengan kuasa yang dikehendaki itu bolehlah beliau MENUTUP  aktiviti - aktiviti  jahat itu.


11.   Sebenarnya Kabinet atau Pemerintah  adalah PEMBUAT  DASAR dan  Pegawai Kerajaan adalah PELAKSANA  sebarang dasar yang digubal oleh Pemerintah atau Kabinet; justeru  adalah  BERTENTANGAN  dengan Perlembagaan   jika ada campurtangan  Pembuat Dasar dalam Pentadbiran Negara.

12.   SPRM, Polis  dan Pejabat  Peguam  Negara atau AG Chambers   BOLEH  DAN  MESTI  bertindak  terhadap  segala penyelewengan kuasa dan amalan rasuah oleh sesiapa  TERMASUK  Perdana Menteri, apatah  lagi  Menteri dan Kakitangan  Kerajaan.

13.   Apakah Acyrl BERANI  bertindak tegas seperti Hamid   atau beliau  sanggup   merela atau 
meredhakan dirinya  dengan  apa yang dikatakan  Hamzah
" don't worry he is  'MY  BOY' "  dalam perbualan telefon yang diakuinya sendiri   baru - baru ini  ATAU  yang  lebih dashyat lagi menggambil kesempatan  melakukan sendiri   perkara - perkara  yang  bertentangan dengan undang - undang  seperti melindungi  penjenayah  dan penyangak dan melakukan rasuah?

14.  Saya teringat Anwar Ibrahim  dipenjarakan selama 5 tahun atas tuduhan  mencampuri hal ehwal polis; justeru  apakah bezanya tindakan  yang dilakukan Hamzah? 

15.   Ada 3 UJIAN  ASID  atau  3 ASID  TEST bagi Acyrl, Ketua Polis Negara  atau  IGP   yang baru ini iaitu  MENYIASAT  DAN  MENGAMBIL  TINDAKAN  TEGAS  terhadap:

i.   MAHIADDIN 

Selain dari dakwaan hubungan seks  beliau dengan Gee Siew Yee atau Nika Gee yang  KETIKA ITU  isteri  kepada Dato Stanley Clement Augustin ( difahamkan Clement SUDAH  PUN  membuat Akuan Sumpah atau Statutory Declaration  berhubung perkara tersebut ), terdapat pula dakwaan 2 orang anak kandung beliau  TERLIBAT  dengan ratusan juta  wang  IMDB; jika benar, ia satu penipuan yang tak boleh dimaafkan.

ii.   AZMIN  ALI

Pengakuan sendiri oleh Haziq Aziz seorang lelaki bahawa beliau TELAH  melakukan  hubungan seks sejenis atau lebih dikenali dengan perkataan  SEMBURIT  dengan Azmin, maka WAJIB polis bertindak  membawa Azmin ke Mahkamah  dan dipenjarakan; tambah pula  telah disahkan kesahihan videonya oleh pakar - pakar penyelidikan di  Laboratory di Amerika Syarikat, Indonesia  dan beberapa buah negara maju yang lain.

Azmin  kini sedang melakukan apa saja TEMASUK  sanggup menyapu sebahagian ruang kecil Masjidil Haram di Mekah bagi MENUTUP  kes SEMBURITnya itu.

iii.  HAMZAH  ZAINIUDDIN

Beranikah  Acyrl mengambil tindakan undang - undang TERHADAP  BOSSnya sendiri yang sudah terang  MENCAMPURI  hal ehwal Polis seperti tuduhan terhadap Anwar dahulu, dan menyiasat, dan jika didapati  benar penglibatan salah seorang anak beliau dalam skandal MACAU  SCAM, menghadapkan beliau juga ke Mahkamah.

16.  Apa pun akhirnya terserah kepada Mahiaddin yang gila kuasa dan Peguam Negara ; pilihlah antara  Dunia dan Akhirat, antara Kuasa Dunia  dan Kuasa  ALLAH  SWT - semoga amalan yang kita sedang lakukan  MEMBERI  KEINSAHFAN  dan KEKUATAN  DIRI.

17.  Selain dari apa yang telah disebut diatas , 9 orang Raja - Raja Melayu  KHUSUSNYA  Agong, jika mereka  BERJIWA  rakyat atau masih  mempunyai belas kasih kepada rakyat BOLEH juga mengambil beberapa tindakan : 

i.  SERTA MERTA TARIK BALIK  Perintah Darurat dan mengarahkan Parlimen bersidang semula seperti biasa.

ii.   Jika tidak Tarik Balik Darurat, Majlis MAGERAN  diwujudkan  SERTA MERTA  dengan melantik  seorang Pentadbir atau Pengerusi bagi MEMULIHKAN  ekonomi negara yang sedang menanggung hutang kira - kira RM1.3 trillion  atau 89.2 peratus dari Keluaran Dalam  Negara Kasar  ( KDNK ) seperti yang diumumkan Zafrul baru - baru ini, juga bagi mengatasi rata - rata  kesusahan  rakyat yang  NAZAK  ini.

iii.   Mahiaddin , Hamzah dan Azmin  DIREHATKAN   sementara bagi segala siasatan  dijalankan dengan rapi  dan bebas hingga selesai TANPA  sebaang gangguan dan campur tangan mereka yang disiasat.

18.   Sudah sampai masanya Raja - Raja Melayu TIDAK  BOLEH  LAGI  berpeluk tubuh - inilh masanya mereka  menggunakan kuasa yang diamanahkan demi rakyat dan negara.

19.  Diharap cakap - cakap kononnya Agong terlibat dengan pelbagai projek raksaksa  hanya cakap - cakap kosong  tanpa bukti saja.

20.  Hanya yang saya tidak boleh pertahankan  ialah 2 persoalan :

i.   MENGAPA  sehingga kini Agong  yang diiktiraf  sebagai Lambang Negara dan Rakyat  sehingga kini sunyi dan TIDAK  BERANI  menganmbil  tindakan undang - undang sama ada di sini mahupun di London  terhadap  Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report yang MEMBONGKARKAN  pembelian oleh Tengku Mahkota Pahang sebuah rumah di Kota London dengan harga RM350 juta dengan kos penyelenggaran sebanyak RM2 juta  sebulan - tidak menjadi kesalahan membeli rumah atau apa - apa pun tetapi rakyat ingin tahu  apakah TUDUHAN  Clare itu benar dan jika benar dari mana punca pendapatan tersebut - adakah ianya juga dari Raja Arab?, dan jika hasil keuntungan syarikat, sudahkah  Cukai Pendapatan dibayar seperti rakyat biasa.

ii.  Apakah benar tuduhan mengatakan  Agong mencadangkan sahabat baiknya, Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan?

21.  Rakyat memerlukan  PENJELASAN  agar segala keraguan dapat diredakan.

22.  Sebagai peringatan  bersama :

    TIADA  RAKYAT
    TIADA  RAJA
    TIADA  RAJA
    TIADA  AGONG

23.  Semoga Agong  yang diberi kesempatan tinggal di rumah besar dan indah yang digelar Istana Negara HASIL titik peluh rakyat selama mana beliau dilantik oleh 9 orang Raja - Raja Melayu  akan juga  MENDENGAR   RINTIHAN  DAN  KELUHAN  RAKYAT ,  bukan setakat mendengar atau menggunakan nasihat seorang yang BERKEPENTINGAN  yang TIDAK  ADA  SOKONGAN  MAJORITI  Ahli Parlimen.

24. Sabda Rasulullah SAW:  Barang Siapa Di Antara Kamu Melihat  Kemungkaran, Hendaklah Dia Mencegah Kemungkaran Itu  Dengan Tangannya. Jika Tidak Mampu, Hendaklah  Dengan Lisan  Dan Jika Tidak Mampu Juga,!Hendaklah Mencegah  Dengan Hati, Itulah  Selembut - Lembut Iman   ( Hadis Riwayat  Muslim ).

25.  SELAMAT  MENGERJAKAN IBADAH  PUASA   dan SELAMAT  MENYAMBUT  ADIL FITRI.

26. Diharap tulisan ini dibaca dengan hati terbuka oleh Agong, Raja - Raja Melayu dan Ketua Polis Negara.

Wassalam
Terima Kasih.

7 comments:

  1. Surprised that there aren't any posts on Economic Sabotage by this renowned socio-politico activist on such lingering issues as 1MDB, SRC International, TH, FELDA etc. Folks like Matthias Chang & Khairuddin Abu Hassan have the experience of exposing the economic saboteurs!

    https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2017/05/238535/khairuddin-chang-discharged-acquitted-over-economic-sabotage-charge

    ReplyDelete
  2. Datuk Tamrin Ghafar has brought up an interesting issue on his latest blogpost. There is 1 quick solution.
    According to polygraph advocates, 87% accuracy. Get Haziq to do the lie-detector test publicly.

    https://www.bbc.com/news/world-us-canada-45736631

    ReplyDelete
  3. Get that Haziq Aziz guy & Yusoff Rawther & Nika Gee & Datuk Stanley Augustine to do the lie-detector test publicly.

    https://www.bbc.com/news/world-us-canada-45736631

    ReplyDelete
  4. Halo semuanya, nama saya Indrias Priastuti seorang wanita dari indonesia, dan saya bekerja dengan negara berkembang biak, dan kami telah mendengar dan juga dari perusahaan pinjaman, saya ingin segera menggunakan media ini untuk seluruh indonesia untuk mencari pinjaman internet Sangat hati-hati - Berhati-hatilah agar tidak jatuh ke tangan scammers dan penipu, ada banyak kreditur kredit palsu di sini di internet dan beberapa dalam upaya asli dan nyata,

    Saya ingin memberikan kesaksian saya tentang bagaimana ALLAH membimbing saya ke pemberi pinjaman nyata dan dana pinjaman nyata telah mengubah hidup saya dari rumput menjadi Anugerah, setelah saya tertipu oleh beberapa kreditur kredit di internet, saya kehilangan banyak uang untuk biaya pendaftaran . . , Garansi, pajak, dan setelah pembayaran saya masih belum mendapatkan pinjaman saya.

    Setelah berbulan-bulan di internet dan jumlah uang yang dihabiskan tanpa mendapatkan pinjaman dari perusahaan mereka, maka saya menjadi sangat putus asa untuk mendapatkan pinjaman dari kreditur kredit asli online yang tidak akan menambah rasa sakit saya jadi saya memutuskan untuk menghubungi teman saya yang baru saja mendapatkannya. Pinjaman online, kami meresmikan kami tentang masalah ini dan dia menceritakan kisah seorang wanita bernama Mrs ELINA JOHNSON yang merupakan CEO ELINA JOHNSON GLOBAL LOAN.

    Maka saya dan suami mengajukan aplikasi untuk jumlah pinjaman (Rp 1.000.000.000) dengan tingkat bunga rendah 2%, tidak menjaga usia saya, karena saya mengatakan apa yang saya ingin membangun bisnis saya dan pinjaman saya telah disetujui dengan mudah. Tidak ada stres dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit dan dalam waktu kurang dari sehari setelah sertifikat yang saya setorkan ke bank dan impian saya masuk. Jadi saya ingin saran yang memerlukan panggilan cepat sekarang atau email di elinajohnson22@gmail.com

    Tidak hanya sampai di situ, sang ibu memastikan tim ahlinya membantu Anda dalam berinvestasi sehingga Anda tidak akan pernah bangkrut lagi dalam hidup Anda.

    Dia adalah wanita yang sangat baik dan dia tidak tahu saya melakukan ini. Saya berdoa semoga ALLAH memberkati dia untuk hal-hal baik yang telah dia lakukan dalam hidup saya. Anda juga bisa menghubungi saya di indriaspriastuti2@gmail.com nice day info lebih lanjut..

    ReplyDelete
  5. Hello Adakah Anda Memerlukan Pinjaman Segera (Whats App) nombor: +46769618757 e-mel kami sekarang kami mempunyai pinjaman untuk anda remy.credit111@gmail.com dari 2,000 euro hingga 50,000,000.00 euro tanpa cagaran diperlukan dan menerima persetujuan pinjaman tanpa kewajiban. Kami mengalu-alukan peluang untuk menunjukkan betapa berkesannya kami dalam membantu pelanggan mendapatkan wang yang mereka perlukan untuk berjaya. Kakitangan profesional kami tersedia untuk Konsultasi Percuma. Di syarikat Patiala Pvt yang sah, hubungi kami sekarang kadar faedah 2%, balas tunai jangka panjang dan pendek kepada kami (Whats App) nombor: +46769618757 e-mel kami sekarang kami mempunyai pinjaman untuk anda remy.credit111@gmail.com
    Encik Remy ..




    Hello Adakah Anda Memerlukan Pinjaman Segera (Whats App) nombor: +46769618757 e-mel kami sekarang kami mempunyai pinjaman untuk anda remy.credit111@gmail.com dari 2,000 euro hingga 50,000,000.00 euro tanpa cagaran diperlukan dan menerima persetujuan pinjaman tanpa kewajiban. Kami mengalu-alukan peluang untuk menunjukkan betapa berkesannya kami dalam membantu pelanggan mendapatkan wang yang mereka perlukan untuk berjaya. Kakitangan profesional kami tersedia untuk Konsultasi Percuma. Di syarikat Patiala Pvt yang sah, hubungi kami sekarang kadar faedah 2%, balas tunai jangka panjang dan pendek kepada kami (Whats App) nombor: +46769618757 e-mel kami sekarang kami mempunyai pinjaman untuk anda remy.credit111@gmail.com
    Encik Remy ..

    ReplyDelete
  6. Hai Penonton Dapatkan kad ATM Kosong anda yang berfungsi di semua mesin ATM di seluruh dunia.. Kami telah memprogram khas kad ATM yang boleh digunakan untuk menggodam mesin ATM, kad ATM boleh digunakan untuk pengeluaran di ATM atau leret, di kedai dan POS. Kami menjual kad ini kepada semua pembeli yang berminat di seluruh dunia, kad itu mempunyai had pengeluaran harian sebanyak $1,000 pada ATM dan sehingga $20,000 had perbelanjaan di kedai bergantung pada jenis kad yang anda pesan, kami bersedia untuk anda pada bila-bila masa, pada bila-bila hari. E-mel; (blankatm002@gmail.com) Saya berterima kasih kepada Mike kerana dia mengubah cerita saya secara tiba-tiba . Kad ini berfungsi di semua negara kecuali, hubungi dia sekarang (blankatm002@gmail.com)

    ReplyDelete
  7. Saya sangat gembira, saya adalah bukti hidup. Saya menerima kad ATM kosong minggu lepas
    daripada penggodam Georg Bednorz. Pada mulanya saya ragu-ragu.
    Kemudian saya memutuskan untuk mengujinya. Terkejut saya kad itu dihantar, saya
    pergi mengujinya di ATM. Saya terkejut apabila saya menggunakannya untuk menarik diri
    $2000 dan sekarang saya telah mengeluarkan $20,000 secara keseluruhan.
    Kad itu benar, saya sangat gembira, terima kasih penggodam Georg Bednorz.
    Jika berminat anda boleh menghantar e-mel kepada kami di {georgbednorzhackers @ gmail . com}
    WhatsApp kami di (+1 (262) 355-8285)

    ReplyDelete