HANYA TUNGGU DI KEBUMIKAN
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat - 30/07/2021
( 1 - 23 )
1. Umpama orang yang lemas , akan capai apa saja asalkan selamat , namun apabila sudah sampai masa tiada siapa atau ubat yang boleh menyelamatkannya melainkan ALLAH SWT.
2. Dimandi sudah , dikafankan pun sudah hanya menunggu mayat diusung ke tanah perkuburan untuk di kebumikan.
3. Itulah keadaannya yang berlaku apabila PENIPUAN DAN PENDERHAKAAN dilakukan terhadap Agong dan Parlimen pada hari Isnin 26hb Julai 2021.
4. Kali pertama PENIPUAN ini dilakukan Mahiaddin ialah apabila memaklumkan kepada Agong beliau punyai sokongan majoriti Ahli - Ahli Wakil Rakyat sedangkan SEHINGGA KINI beliau masih MENGELAK dari undi tak percaya dalam Parlimen : jika cukup mengapa takut ?
5. Bagaikan dipukau atau ada kebenaran berbagai cerita di sebaliknya , Wallahualam , namun Agong BERSETUJU melantik beliau sebagai Perdana Menteri.
6. Rakyat masih terbayang melihat melalui kaca TV bagaimana gembiranya beliau bersama isteri , keluarga dan rakan - rakan setelah perlantikan tersebut.
7. Bukankah kita melihat SEMBURIT memeluk ketat Mahiaddin , dan ada pula yang menitiskan air mata kesoronokan.
8. Namun disebalik keseronokan dan kegembiraan tersebut dan setelah mengadakan 'PERBINCANGAN' bagi menguatkan kedudukan nya melalui 'SCHEME OF THINGS' , beliau BERPURA - PURA mengatakan beliau sememangnya tidak berminat dengan jawatan tersebut.
9. Dalam tahun 1858 di Clinton , Illinois Presiden Amerika Syarikat , Presiden Abraham Lincoln berkata :
'YOU CAN FOOL ALL THE PEOPLE SOME OF THE TIME AND SOME OF THE PEOPLE ALL THE TIME
BUT YOU CANNOT FOOL ALL THE PEOPLE ALL THE TIME'
10. SEPANDAI -
PANDAI TUPAI
MELOMPAT
PASTI JATUH
KE TANAH JUA
11. Seorang sahabat , Abu Zar r.a. pernah bertanya mengapa beliau tidak diberi jawatan namun secara spontan Rasullulah SAW BERSABDA "anda orangnya lemah untuk memegang jawatan , sedangkan jawatan itu adalah AMANAH . Pada hari kiamat jawatan akan menjadi KEHINAAN DAN PENYESALAN , kecuali bagi siapa yang MENGAMBIL NYA DENGAN BENAR DAN MELAKSANAKANNYA DENGAN BENAR" ( Hadis Riwayat Muslim , Sahih Muslim )
12. Apakah dengan sibuk membaca doa dan diulangi hampir setiap waktu , maka ia menjadikan beliau seorang pemimpin yang bersih dan boleh dipercayai ? - sedarkah taraf Menteri Agama kini TAK LEBIH sebagai Imam kampung sahaja - pun berpura - pura berlagak hebat tapi sebenarnya kosong.
13. MAHIADDIN , YOU ARE A FAILURE !
Hentikan lakonan kepura - puraan seolah - olah bagaikan seorang ulamak sedangkan :.
KOKOK BERDERAI - DERAI , EKOR BERGELUMANG TAHI
mengapa sehingga kini masih TAK BERANI bawa saya ke Mahkamah isu Nika Gee , isteri orang yang diperkosa dahulu
BERANI KERANA BENAR , TAKUT KERANA SALAH
14. Apabila seekor ikan itu busuk di kepala maka seluruh anggota nya sehingga ke ekor busuk sama - dalam bahasa yang senang difahami oleh kerana Perdana Menteri itu BODOH DAN GAGAL maka seluruh Anggota Kabinet atau Menteri nya 2X5 juga justeru KERAJAAN GAGAL !
15. Menteri Undang - Undang bercakap dalam Parlimen BAGI PIHAK Kerajaan ; Agong keluar kenyataan MENAFIKAN segala apa yang di ucapkan itu.
16. Ekoran kenyataan Agong , Mahiaddin pula menyusuli dengan kenyataan 4 muka surat ; SATU LAGI PEMBOHONGAN yang dilakukan.
17. Kenyataan Agong melalui surat beliau bertarikh 29hb Julai 2021 AMAT JELAS bagaikan :
DAH TERANG LAGI BERSULUH
18. Mahiaddin nampaknya bersungguh - sungguh MELAWAN ARUS - bukan sahaja menentang Agong bahkan Institusi Raja - Raja itu sendiri.
19. Semasa negara berada dalam Perintah Darurat yang akan berakhir pada malam esok , jam 12 malam , Sabtu 31hb July , AGONG MASIH PUNYAI KUASA MEMECAT Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.
20. Presiden UMNO , Najib dan mereka yang sedang menghadapi tindakan Mahkamah TIDAK BOLEH DI PERCAYAI DAN HARAPKAN lagi ; berbohong seperti Mahiaddin , mereka terus MENIPU ahli - ahli UMNO yang telah beri kata putus MENARIK SOKONGAN ; mereka menggunakan kedudukan untuk MELEPAS DIRI dari hukuman penjara.
21. Tindakan Ismail Sabri , Naib Presiden UMNO bersetuju dengan 40 Ahli Dewan Rakyat UMNO/BN menyokong Kerajaan PN sebenarnya TELAH PUN DI JANGKA - walaupun MELANGGAR kehendak PAU namun kepentingan periibadi MENGATASI segala - galanya ; ia tak ubah seperti :
ALI BABA DAN 40 PENYAMUN
22. Rata - rata rakyat MAHUKAN MAHIADDIN DIPECAT SERTA MERTA justeru mereka bersama Agong dan Raja - Raja Melayu menggulingkan KERAJAAN GAGAL ini.
23. Oleh kerana TIADA mana - mana Parti yang punyai sokongan majoriti maka bagi mengelakkan perkara atau situasi sama berulang lagi adalah lebih baik Agong melantik satu Majlis atau Badan khusus menangani wabak COVID dan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat dan negara sehingga PRU akan datang dimana masa itu rakyat pilih siapa dan Parti mana yang difikirkan sesuai ; Majlis atau Badan ini TIDAK BOLEH BERPOLITIK DAN HANYA MELAPORKAN PADA AGONG SEGALA YANG DILAKUKAN.
Wassalam
Terima Kasih
Paling sedih UMNo turut Sama jadi sebahagian parti yg derhaka pada Agong. APA cerita. Kalau rakyat biasa,kena tangkap dengan polis. Terus masuk mahkamah. Tapi kalau menteri Dan golongan kayangan. Haram. Terlalu lama muka2 yg Ada dipersada politik jadi MP. Meloyakan. Menghinakan. Kerana sanggup guna agama Islam Dan melayu semata2 kerana nak berkuasa. Hinanya agama Islam Dan melayu dimata bangsa lain bila tercetus keadaan sebegini.
ReplyDeletePersoalannya. Sampai bila? Malaysia harus Ada pemimpin lahanat macam ini. Macamlah takda orang lain Yang layak jadi pemimpin Di Malaysia.
Sampai bila parti politik nak mainkan ISU agama semata2 utk berkuasa. Memang bodoh manusia ini semua
Pelanggan yang dihormati,
ReplyDeleteKumpulan pendanaan pakar menawarkan pinjaman kepada Individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan perniagaan dan Idea tetapi sukar memulakannya kerana rendah atau kekurangan modal permulaan.
Kami memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami dan menolong mereka berjaya dari segi kewangan. Dapatkan modal / pinjaman jangka pendek dan jangka masa segera untuk Memulakan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.
Kadar faedah rendah 2%
Tempoh 1 hingga 15 tahun
Hubungi kami melalui e-mel: franchisecapitalcorps@gmail.com