JALAN PENYELESAIAN TERBAIK
Tamrin Tun Ghafar
Sabtu - 10/07/2021
( 1 - 28 )
1. Sebelum meneruskan tulisan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR ke 96 kepada Tun Dr. Mahathir Muhammad dan kepada Tun Dr. Siti Hasmah Ali yang akan menyambut tarikh lahir beliau pada hari Isnin 12hb Julai ini
2. Saya pasti mengingati kedua - dua tarikh ini kerana kebetulan saya dilahirkan 71 tahun dahulu pada 11hb. Julai ia itu pertengahan diantara tarikh lahir Tun Mahathir pada hari ini dan Tun Hasmah
3. Anugerah ALLAH SWT bukan sahaja pada umur beliau malah yang LEBIH PENTING ialah FISIKAL DAN MENTAL Tun malah KESIHATAN DAN PEMIKIRAN beliau jauh lebih baik dari mereka yang lebih muda dari beliau
4. Berpuluh tahun lamanya kita di dendangkan dengan berbagai tuduhan , tomahan dan celaan terhadap beliau dan keluarga namun sehingga kini TIDAK ADA SEBARANG BUKTI pun yang mampu dikemukakan dimana - mana Mahkamah
5. Sebenarnya pesan orang - orang tua ada benarnya :
NAK TAHU
KEBAIKAN
SESAORANG
TANYA LAH
RAKAN NYA
NAK TAHU
KEBURUKAN
SESAORANG
TANYA LAH
MUSUH NYA
'CAKAP BENAR' - itulah dua perkataan yang terdapat diblog saya , tamrintunghafar.blogspot.com , lagi pun sejak meninggalkan UMNO dan PAS sehingga kini saya TIDAK menganggotai mana - mana party politik , jestru saya bebas memberi pandangang dan kritikan
6. Mengapa Tun tiba - tiba meletak jawatan Perdana Menteri bagi kali kedua telah di terangkan secara terperinci namun maseh ramai yang TIDAK MEMAHAMI DAN MENERIMA penjelasan demi penjelasan yang diberi
7. Samada mereka benar - benar tidak faham atau sengaja buat - buat tak faham kerana :
ADA UDANG
DI SEBALIK
BATU
8. Kebelakangan ini sudah ada cakap - cakap 'HANYA JIKA' atau 'IF ONLY' Tun tidak berundur , apa yang MENIMPA RAKYAT dan NEGARA mungkin tidak berlaku - mungkin kematian akibat COVID berjumlah lebih 5000 orang dan kes bunuh diri sejak Mahiaddin ambil alih melalui RAMPASAN KUASA berjumlah lebih 1500 orang tidak akan kita lalui
9. Apa yang berlaku terhadap negara dan rakyat sebenarnya ada HIKMAH nya ; sekurang - kurang nya kita berpeluang membeza diantara batu dan permata , diantara intan dan belian
10. Nabi SAW pernah bersabda :
"jangalah kamu meminta jawatan , sebab jika kamu diberi jawatan TANPA MEMINTA , maka kamu akan ditolong ; namun jika kamu di berinya KERANA MEMINTA maka kamu akan dibiarkan"
apatah lagi jika dilakukan seperti Mahiaddin melalui RAMPASAN KUASA dek sebab GILA KUASA ?
11. Kini umum sudah dimaklumkan keputusan MUKTAMAD Majlis Kerja Tertinggi ( MKT ) UMNO yang bersidang pada hari Rabu 7hb Jun 2021 MENARIK sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) pimpinan Mahiaddin
12. Ini dilakukan ekoran keputusan majoriti akar umbi melalui Perhimpunan Agong UMNO ( PAU ) yang mahu DIHENTIKAN KERJASAMA UMNO dengan BERSATU , DAP , PH dan Anwar Ibrahim
13. Mereka berpendapat Kerajaan pimpinan Mahiaddin ini ialah KERAJAAN GAGAL dalam menangangi masalah wabak COVID dan segala rintahan rakyat
14. Mungkin ini BALASAN ALLAH SWT yang dijanjikan hasil doa rakyat yang dizalimi atau Hukum 'Karma' diatas PENGKHIANATAN NASIONAL ( PN )
15. Yang paling ketara sekali kajian Transperansi Antarabangsa ( TI ) mendapati taraf RASUAH Malaysia berada diperingkat TERBURUK sekali sejak Kerajaan PN pimpinan Mahiaddin merampas kuasa - soalnya mengapa Azam Baki dan SPRM membiarkan saja perkara seburuk ini boleh terus berlaku ; apakah :
HARAPKAN
PEGAR , PEGAR
MAKAN PADI
16. Kajian The Economist pula menunjukan Malaysia merupakan negara TERAKHIR sekali yang akan dapat memulihkan ekonomi nya
17. Kenyataan Zafrul , Menteri Kewangan , hutang dan kerugian ( loan & liability ) negara sudah mencecah 89.2% dengan jumlah hutang terkumpul RM1.3 trilion , satu angka yang tidak pernah didengar sejak Merdeka
18. Rata - rata rakyat sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap Wakil Rakyat dan Parti Politik ; mereka HANYA BERLUMBA - LUMBA MEREBUT KUASA sehingga sanggup MENJUAL DIRI DAN MARUAH bagi kepentingan diri dan keluarga SEDANGKAN RAKYAT MENDERITA , tidak ada apa lagi yang hendak dikaiskan
19. Kalau pun Agong melantik sesiapa pun dari mana - mana Parti Politik sebagai gantian PASTI TIDAK AKAN DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH Negara dan rakyat :
PAHAT AKAN
TERUS BERBUNYI
kerana Perdana Menteri baru akan terus ditekan dan diugut dengan segala jenis permintaan dan lain - lain ekoran KERAJAAN YANG TIDAK CUKUP SOKONGAN atau Majoriti - situasi lama akan terus berulang dan rakyat akan terus menderita
20. Bagi mengatasi KESANGSARAN HIDUP rakyat , COVID dan meletakan negara kelandasan seperti sebelum ini dimana Malaysia dikenali sebagai 'The Asian Tiger' maka cadangan Tun Dr. Mahathir harus bukan sahaja diberi perhatian malah perlu dilaksanakan serta merta iaitu mengujudkan MAJLIS PEMULIHAN NEGARA atau MPN - ia adalah jalan atau cara TERBAIK
21. Pasti mereka yang gila kuasa TANPA KESAH kesusahan dan penderitaan rakyat dan dilema negara tidak akan bersetuju dengan cadangan ini
22. Oleh kerana cadangan ini datang nya dari Tun maka akan berbunyilah suara - suara sumbang dengan berbagai tuduhan dan tomahan
23. Pada umur 96 ini dan dengan berbekalkan berbagai pengelaman Tun HANYA MAHU BERBAKTI kepada negara dan rakyat buat kali terakhir
24. Negara AMAT PERLUKAN seorang Perdana Menteri yang punyai pengelaman luas yang boleh membetulkan keadaan BUKAN setakat melantik sesaorang atas cadangan Mahiaddin yang sudah gagal atau mana - mana Parti
25. Hanya Agong dan Raja - Raja Melayu sahaja yang BOLEH menyelamatkan negara dan rakyat ; sebarang 'SILAP LANGKAH' pasti akan terus memudaratkan rakyat dan negara
26. Ketepikan sikap dan sifat 'DENDAM' dan 'BENCI' terhadap sesaorang jika kita benar - benar IKHLAS sayangkan rakyat dan negara
27. Terserahlah kepada rakyat memilih siapa yang mereka fikir layak memimpin negara apabila Pilihanraya Umum ke15 diadakan nanti
28. Disertakan keratan akhbar berhubung cadangan penubuhan 'MAJLIS PEMULIHAN NEGARA' seperti yang dicadangkan
Wassalam
Terima Kasih
Hello Adakah Anda Memerlukan Pinjaman Segera (Whats App) nombor: +46769618757 e-mel kami sekarang kami mempunyai pinjaman untuk anda remy.credit111@gmail.com dari 2,000 euro hingga 50,000,000.00 euro tanpa cagaran diperlukan dan menerima persetujuan pinjaman tanpa kewajiban. Kami mengalu-alukan peluang untuk menunjukkan betapa berkesannya kami dalam membantu pelanggan mendapatkan wang yang mereka perlukan untuk berjaya. Kakitangan profesional kami tersedia untuk Konsultasi Percuma. Di syarikat Patiala Pvt yang sah, hubungi kami sekarang kadar faedah 2%, balas tunai jangka panjang dan pendek kepada kami (Whats App) nombor: +46769618757 e-mel kami sekarang kami mempunyai pinjaman untuk anda remy.credit111@gmail.com
ReplyDeleteEncik Remy ..