Saturday 9 July 2022

97 ATAU 79

97  ATAU  79  ?

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 10/07/2022
( 1 - 28 )


1.  Jika berhadapan dan berbicara pasti ramai yang terpegun  mendapati  bagaimana insan yang diberi berbagai panggilan dan gelaran  seperti   'atuk' , 'nyayuk'  dan  'tak relevan'  mempunyai tenaga dan pemikiran  dan ingatan  yang begitu dinamik  seperti orang yang baru berumur 79 tahun bukannya 97 tahun

2.   Mereka yang beranggapan negatif itu adalah terdiri dari kalangan yang  mungkin tidak  pernah berjumpa dan berbual dengan Tun justeru tidak tahu isi hati Tun sebenarnya  berhubung negara dan bangsa

3.  Mereka MEMBENCI  Tun konon nya Tun tidak berbuat sesuatu untuk orang Melayu khususnya 

4.   Inilah yang dikatakan Tun  MELAYU  MUDAH  LUPA  -  sebenarnya  selama 22 tahun sebagai PM kali pertama  terlalu banyak yang dilakukan

5.   Tun , seperti Perdana Menteri lain  sama ada sebelum atau selepas BUKAN lah maksum seperti Malaikat dqn Nabi yang tidak punyai sebarang kelemahan  dan kesilapan 

6.   Melayu melenting apabila Tun menggelar mereka 'MALAS'  - sebenarnya Tun mahu lebih ramai Melayu berjaya  seperti bangsa lain , khususnya  Cina ; Tun tidak rela melihat bangsanya merempat seperti pepatah :

KERA  DI HUTAN
DI SUSUKAN
ANAK  DI PANGKUAN
MATI  KEHAUSAN

BERDIRI  SAMA  TINGGI
DUDUK  SAMA
RENDAH

7.  "APA ERTINYA  KEMERDEKAAN   JIKA  BANGSA  MASEH  TERTINGGAL"  - Tun Dr. Mahathir 

8.  Hari ini Ahad 10hb Julai  Tun genap mencapai umur ke 97 ; marilah kita semua  ketepikan sikap benci dan doakan agar ALLAH  SWT  memanjangkan umur dan kesihatan yang baik untuk beliau dan Tun Hasmah Ali yang akan mencapai umur ke 96 tahun pada hari Selasa 12hb Julai ini 

9.   Saya ingat tarikh lahir mereka kerana saya dilahirkan pada 11 hb Julai , 72 tahun yang lepas ; pertengahan  antara Tun Mahathir dan Tun Hasmah

10.   Tanpa teraju dan bimbingan Tun MUSTAHIL  negara dapat mengubah corak pemerintahan apabila buat PERTAMA  kali selepas Merdeka pada tahun 1957 rakyat khususnya orang Melayu  tidak memilih Barisan Nasional yang dulunya  Perikatan

11.  Ini terbukti apabila Pilihanraya demi Pilihanraya  yang diketuai oleh orang  tertentu gagal menumbangkan  Barisan Nasional - mereka TIDAK  dapat kepercayaan dan sokongan pengundi Melayu

12.  Sebagai Perdana Menteri buat kali kedua   tangan Tun terikat  ; Parti - Parti gabungan dibawah PH atau Pakatan Harapan punyai agenda masing - masing

13.  Tun  di'sabotaj'  bukan saja oleh sebahagian  Menteri - Menterinya bahkan disabotaj  oleh Partinya sendiri , BERSATU  sehingga digulingkan Mahiaddin  dan Azmin Ali ekoran LANGKAH  SHERATON jestru Tun hanya berada disana selama 22 bulan sahaja ;  inilah kezaliman Mahiaddin dan Azmin terhadap Tun yang amat percaya kepada  mereka  berdua

14.  Rakyat  patut berbangga kerana buat pertama kali dalam dunia seorang yang sudah menjangkau umur lebih 95 tahun dilantik semula menerajui Negara

15.  Ke Negara mana saja dilawati , sambutan yang diberikan kepada Negarawan ini amat hebat ; mereka menunggu pemikiran seorang pemimpin walaupun sudah lanjut berusia tapi  penuh dengan pengelaman

16.  'ALLAH SWT  memberi Malaysia Tun Dr. Mahathir walaupun dunia  MEMERLUKAN nya' - itu adalah ayat yang dilafazkan oleh Recep Tayyip Erdogan , Presiden Turki yang amat digeruni dan dihormati oleh Barat

17.  Majoriti rakyat masih terbayang SAMBUTAN  LUAR BIASA  Negara Indonesia yang dipimpin  Presiden Jokowi  dan Pakistan  pimpinan Perdana Menteri Imran Khan - malah   Tun telah dijadikan idola mereka

18.  Semasa 22 bulan memerintah , kadar atau indek rasuah turun mendadak , Negara mula dipandang dan dihormati semula namun selepas digulingkan kadar rasuah terus meningkat tanpa henti seolah - olah  tiada nokta 

19.  Sudahlah rakyat bawahan  menderita akibat kos barangan yang memuncak , kini Kerajaan BN pimpinan Ismail Sabri Yaakub MENARIK semula subsidi  minyak masak , ayam dan telur  tapi dalam masa sama Kerajaan BERSETUJU   gaji  Pengurusi dan Ahli Lembaga Pengarah  GLC  seperti Felda dan FGV dinaikan

20.   Sepatutnya konsep "Keluarga Malaysia' yang diciplak dari idea Dr. Wan Azizah  semasa beliau didalam Kabinet Tun selama 22 bulan itu dipraktikan BUKAN  sekadar retorik atau sedap mulut sahaja

21.   Yang miskin terus menderita dan yang kaya dan berada , samada punca pendapatannya halal atau haram terus berbahagia dan berbangga -  kenaikan kos sara hidup  langsung tidak menjejaskan mereka 

22.  Sepatutnya jika Kerajaan benar BERJIWA  RAKYAT  ,  sekurang - kurangnya  POTONG  GAJI  Menteri kepada  50%  dan  BUANG  50%  Ahli Kabinet   yang  terlalu besar  dan tak berfaedah - kebanyakan  mereka adalah  'dead wood' yang boleh dijadikan kayu pembakar sahaja

23.   Jika Mahiaddin GAGAL , Ismail  yang menggantikannya  MESTI   BERANI BERTINDAK   untuk rakyat  , jika tidak bak kata seorang pemimpin UMNO  Negeri Johor , Perdana Menteri  yang paling lemah sejak Merdeka

24.   SEBENARNYA    BUAT  MASA INI  NEGARA  PERLUKAN  SEORANG  PEMIMPIN   YANG  PENUH  DENGAN  PENGELAMAN  DAN IDEA  WALAUPUN SUDAH MENCAPAI UMUR 97  TAHUN   TAPI MASEH BERTENAGA  DARI  MEREKA  YANG  TERLALU RETORIK DAN SIBUK MERANCANG  UNTUK NAIK KE ATAS  WALAUPUN  MUDA

25. Jadikan Tun yang penuh dengan pengelaman sebagai bapa yang akan mendidik orang muda untuk menggambil alih kepimpinan negara

26.  Bak pesan arwah ayah saya , Tun Ghafar  Baba , mereka yang sibuk merancang naik keatas pasti tidak akan berjaya - SKIMMER  CAN NEVER BE SUCCESSFUL

27.  'Apa Yang 
       Di Rancang 
       TIDAK  Akan 
       Dapat

       Apa Yang Dapat
       Tak Pernah 
       Di Rancang

28.  'SELAMAT  HARI  JADI  TUN DAN TUN HASMAH  SEMOGA ALLAH SWT  PANJANGKAN  UMUR  DAN  BERI  KESIHATAN  YANG BAIK' dan SELAMAT  MENYAMBUT  HARI RAYA  AIDIL  ADHA


Wassalam
Terima Kasih

2 comments:

  1. Ha..ha.. Tun menjadi mangsa. Hanya orang bodoh jer percaya. siapa dalang kejatuhan kerajaan PH. Siapa yg tak ttunaikan janji nak serah jawatan PM pada Anwar. Siapa cakap manifesto bukan Kitab suci. Bukan ker manusia lahanat ni. Semua pM yg diatur oleh manusia lahanat ni semua membawa kehancuran pada negara. Bermula dgn Pak lah,najib,mahyudin Dan last sekali Ismail sabri.
    Tolonglah jangan bawa mitos tentang melayu Dan islam. Semua Tu alat tunggangan ahli politik lahanat. Keluar Aku.

    ReplyDelete
  2. Sudah2 lah mendendangkan kisah manusia bernama Tun ni. Sudah Tiba masanya Malaysia dibebaskan dari pengaruh manusia lahanat ni. Sejarah bagaimana makhluk ini mempersendakan hukum Allah,menghina ulamak,menghina bangsa melayu. Harus ditamatkan. Sudah tibanya Malaysia dipimpn oleh pemimpin yg jujur,muda,bermanah,bukan Kaki rasuah.sudah Tiba masanya mangkuk2 politik yg dah lama dlm arena politik ni dilemparkan ke Dalam tong sampah. Selagi Ada mangkuk2 dlm kerajaan,maka jadilah APA yg berlaku sekarang. Jgn jadikan ISU kaum,agama Dan sultan utk meraih sokongan. Semua ni dakyah pukimak yg dirayib oleh politikus lahanat

    ReplyDelete

DI MANA MEREKA

DI  MANA  MEREKA  ?  Tamrin  Tun Ghafar Isnin  -  07/10/24 ( 1 - 19 ) 1.   Tentu  pehak  Imegresen  TIDAK  SETUJU   malah  ada  yang   marah...