SUSAH KAH NAK IKUT YANG BAIK
Tamrin Tun Ghafar
Sabtu - 30/07/2022
( 1 - 30 )
1. 'KELUARGA MALAYSIA' yang
disebut selalu dengan bangga , dan mengakui pula itu adalah cetusan pemikirannya sendiri kononnya telah dimulakan pada 22hb August 2021 , iaitu sehari selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
2. Mengikut rekod 'KELUARGA MALAYSIA' adalah Deklarasi yang TELAH dilancarkan oleh Dr. Wan Azizah Ismail pada 25hb September 2019 di Pusat Inovasi dan Kreativiti ( MAGIC ) 2 tahun SEBELUM Ismail mengangkat sumpah ; semasa itu Dr. Wan ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Wanita dan Kebajikan
3. Walaupun mungkin pada penyokong perkara itu remeh dan tak penting namun ramai juga MAHUKAN PENJELASAN siapa yang benar - Dr. Wan Azizah atau Ismail Sabri
4. Begitu juga siapa yang SEBENARNYA yang mula - mula mencetuskan cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negara atau MPN yang kini dipengurusikan oleh Mahiaddin Yasin , mantan Perdana Menteri GAGAL yang kini BERTARAF Menteri - Tun atau Mahiaddin sendiri ?
5. Jika Dr. Wan Azizah dan Tun yang mencetuskan idea tersebut , ini bermakna mereka berdua ( Ismail Sabri dan Mahiaddin ) TIDAK MEMPUNYAI idea tersendiri , dan tanpa mempunyai perasaan malu dan bersalah MENIPU rakyat dengan mengciplak idea orang lain
6. Umum MENDESAK mereka semua tampil menjelaskan perkara sebenar
7. Dengan hampir 300 juta rakyat , Jokowi , Presiden Indonesia mampu melawat hampir kesemua daerah dengan menggunakan pesawat , helikopter , berkereta , bermotosikal mahupun berjalan kaki bagi menemui rakyatnya
8. Walaupun mampu , beliau memilih kesederhanaan dengan tidak menunjuk atau bermegah dengan pakian - pakian yang mahal seperti baju berjenama berharga RM5,000 yang dipakai oleh Perdana Menteri , Ismail Sabri sewaktu bertemu Perdana Menteri Singapura tidak lama dahulu atau memakai jam tangan bernilai RM240,000 SEDANGKAN rakyat susah
9. Pakian Jokowi dan isteri beliau AMAT SIMPLE ; berbaju kemeja puteh dengan menyenseng lengan dan tidak pun memakai jam tangan , begitu juga kasut getah yang dipakai tidak melebihi RM200.00 sepasang namun rakyat terus mengalu dan mencintainya
10. Itulah contoh baik seorang pemimpin berjiwa rakyat yang patut diikuti oleh Ismail Sabri yang selalu melaungkan 'KELUARGA MALAYSIA' yang hanya berjumlah 33 juta rakyat sahaja ; bak kata pepatah :
ULAR MENYUSUR AKAR TIDAK HILANG BISANYA
11. Dahulu sebut sahaja RASUAH , kita dan dunia pasti menuding jari ke Indonesia tapi kini semuanya sudah berubah
12. Apakah kita tidak malu apabila Indek Rasuah membuktikan Malaysia sudah jauh kehadapan meninggalkan Indonesia dan negara - negara yang dikenali sebagai perasuah ?
13. Akibat amalan rasuah yang menjadi - jadi banyak pelabur menjual saham dan memindahkan operasi mereka ke Indonesia dan negara - negara jiran justeru meninggalkan kesan buruk terhadap ekonomi terutama jumlah pengganguran terus meningkat
14. Berpunca dari amalan rasuah lah nilai matawang negara terus merudum , dan dengan itu kos barang - barang keperluan terus meninggi seolah - olah tiada nokta
15. Sindrom nafi atau Denial Syndrom yang menjadi amalan pemimpin terutama pemimpin - pemimpin UMNO harus dihentikan segera - mereka harus :
BERPIJAK DIBUMI NYATA
16. IKAN ITU
BUSUK DARI
KEPALA
jika Perdana Menteri pilihan Agong BUKAN rakyat itu rasuah maka ianya akan menjadi ikutan SEMUA
17. Jika Jokowi boleh melakukan reformasi dengan menggantikan 4 orang Menterinya dengan yang lebih dinamik dalam tempoh masa 4 bulan dan mempenjarakan pemimpin - pemimpin politik lain kini rakyat Malaysia juga MENUNTUT KEBERANIAN Ismail Sabri memecat sekurang - kurangnya 50% Menteri yang lemah , bangang dan korup yang boleh dijadikan 'kayu api' atau dalam bahasa Inggerisnya 'Dead Wood' ; lagi pun jumlah Kabinet Malaysia adalah yang TERBESAR sekali di dunia dengan kos menampung mereka dan pegawai - pegawai boleh digunakan membantu rakyat dan membangunkan negara
18. Selain beberapa badut atau clown di Dewan Rakyat , Malaysia juga punyai 2 orang adik beradik - seorang Peguam Negara dan seorang lagi Yang Di Pertua Dewan Rakyat atau Speaker yang PATUT di pecat kerana mereka tidak mencerminkan tingkah laku yang baik sebagai penyandang jawatan masing - masing ; mereka berdua adalah hasil lantikan Mahiaddin
19. Jika SPRM dan Peguam Negara beramanah menjalankan tugas tanpa pilih bulu dan kedudukan , tidak mustahil Mesyuarat Kabinet boleh diadakan di penjara Sungai Buloh
20. Baru - baru ini Ahli Parlimen Kota Belud diperintah keluar dan digantung selama 2 hari kerana mengemukakan usul berhubung Kaum Sulu yang merampas 2 aset Petronas tetapi dalam masa sama tidak ada tindakan tegas terhadap seorang Ahli Parlimen UMNO yang menggunakan bahasa jelek dan kotor terhadap Ahli Parlimen Wanita
21. Menolak usul Kota Belud dengan ALASAN konon nya ia nya subjudis adalah satu pembohongan atau pun kebodohan Speaker
22. 3 orang Menteri mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ahli - Ahli Parlimen di sebuah hotel terkemuka berhubung usul tersebut adalah TIDAK BERMORAL sama sekali ; mengapa tidak dibahaskan terus di Parlimen ?
23. Kini rakyat lagi bertambah BOSAN apabila beberapa pemimpin parti politik MASIH BERANGAN - ANGAN menjadi Perdana Menteri
a. Sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi lagi sehingga sekarang Anwar bercita - cita jawatan tersebut
b. Mahiaddin yang TERBUKTI MENIPU ANGKA DAN TERBUKTI GAGAL masih menamakan diri sendiri kejawatan tersebut
c. Shafie Apdal dari Parti WARISAN juga tidak ketinggalan dengan menamakan diri nya sendiri sebagai calon Perdana Menteri
d. Hanya Tun Dr. Mahathir sahaja yang TIDAK menamakan dirinya sebagai calon Perdana Menteri , walaupun berumur tapi jika dibandingkan dengan yang lain , jauh lebih baik dari ukuran fizikal , mental dan pengelamannya yang luas
24. Tun yang mempunyai pengelaman luas sebagai Perdana Menteri boleh mengasuh dan membimbing anak - anak muda seperti Rafizi , Nurul Izzah dan lain - lain yang bakal menggambil alih kepimpinan negara kelak
25. Tun bukan lah Malaikat atau Nabi yang terkecuali dari kelemahan dan kesilipan tetapi untuk rekod walaupun dituduh dan difitnah oleh musuh - musuh politik , Perdana Menteri yang terkaya di Malaysia jika tidak di dunia , dari zaman Abdullah , Najib , Mahiaddin dan kini Ismail Sabri tidak ada bukti pun kearah tersebut
26. Nabi Muhammad pernah menasihati Abdul Rahman bin Samurah agar tidak meminta jawatan kerana jika diberi jawatan TANPA meminta , ALLAH SWT AKAN MENOLONG tetapi jika meminta jawatan tersebut ia AKAN DI BIARKAN
27. Kehebatan beliau terserlah lagi apabila mantan Menteri Perdagangan Indonesia menemuramah beliau sedangkan pemimpin Parti lain tidak berada dalam senarai nya
28. Selain dari Jepun, Korea dan Universiti Oxford yang Tun telah menerima jemputan , beberapa negara lain sedang menunggu giliran
29. Mengapa negara - negara tersebut hanya menjemput Tun yang tua pada umurnya tetapi tidak pun menjemput mereka yang jauh lebih muda ?
30. Kata - kata Erdogan , Presiden Turki :
ALLAH SWT MENGHADIAHKAN TUN UNTUK MALAYSIA SEDANGKAN DUNIA MEMERLUKAN NYA
Wassalam
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment