Sunday 7 August 2022

TAK SANGKA ZAID LEBIH HEBAT DARI SHAFEE

TAK  SANGKA  ZAID  LEBIH  HEBAT  DARI  SHAFEE

Tamrin Tun Ghafar

Isnin - 08/08/2022
( 1 - 26 )


1.   Apakah  perlantikan Zaid Ibrahim  yang satu ketika dahulu  MEMBELASAH  Najib dan Apandi  ada kaitan dengan Tun Tengku Maimun Tuan Mat  , Ketua  Hakim Negara  yang kebetulan lahir di Kelantan juga  ( sila tonton video ucapan  Zaid ) 

2.  Jika itu sebab nya , saya fikir itu satu kesilipan besar  kerana  umum tahu Tun Tengku Maimun merupakan seorang Hakim yang terkenal dengan prinsip , TIDAK  boleh dijual beli atau dipengaruhi oleh sesiapa pun TERMASUK Agong ,  kawan rapat Najib

3.  Sebagai Ketua Hakim Negara , Tun Tengku Maimun HANYA berpegang  kepada  Perlembagaan  dan Undang - Undang bukan suapan dan mengejar pangkat  dan mementingkan jawatan

4.  Kini Najib diperingkat akhir rayuan , Mahkamah  Persekutuan ;  jika didapati bersalah  , Najib akan dibawa  terus  ke penjara tanpa berlengah

5.  Perbicaran kes SRC  ini yang  bermula pada 2019 , telah menyaksikan begitu banyak  penangguhan  

6.   Jika perlantikan Zaid Ibrahim ini  bagi menangguhkan  sekali lagi Perbicaraan Mahkamah maka ia  ternyata TIDAK  BERJAYA  apabila Mahkamah Persekutuan  sendiri  mengarahkan tarikh  rayuan beliau  dikekalkan  bermula 15hb Ogos ini  selama 10 hari

7.   Jika Zaid  Ibrahim  LEBIH  HEBAT  dari  Shafee  Abdullah  yang pernah  mendabek dada dengan menyatakan  beliau adalah peguam yang  terhandal , mengapa Najib  MEMECAT  Shafee dan melantik Zaid ?  ;  mengapa tidak menggunakan perkhidmatan Zaid dari awal perbicaraan lagi ?  

8.  Rakyat  khususnya  Hakim - Hakim  dan Peguam  AMAT  TERSINGGUNG  apabila  Agong dilihat meraikan Najib dan Rosmah  di Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara dan seolah - olah  tidak cukup  lagi  beliau meraikan  Najib  di Istana Pahang di Kuantan  sempena menyambut Hari Raya  

9.   Apa peranan  Peguam Negara dan Penasihat - Penasihat  Agong  yang  dengan  bangga nya  meraikan  PENCURI yang telah didapati  bersalah  oleh Mahkamah Tinggi dan 3 orang Hakim Mahkamah Rayuan ?  atau apakah Agong  TIDAK  PEDULI  nasihat  mereka  dan  reaksi  rakyat  ;  Agong  sepatutnya  menjaga  dan memelihara  nama baik Institusi Raja Berpelembagaan  BUKAN  buat  sesuka hati

10.  Apa yang dilakukan  Agong TIDAK  akan  dilakukan oleh Ratu atau  Queen Elizabeth   di England , malah Queen  sendiri  MELUCUT  semua  jawatan dan gelaran dari  Prince Andrew , adik Prince Charles yang merupakan  anak kandung nya sendiri bagi menghadapi  Perbicaraan Mahkamah  nanti kerana skandal hubungan seks beliau hasil pergaulan dengan  dengan Jeffrey  Epstein , seorang  Ahli Perniagaan Amerika Syarikat

11.  Pertama kali Agong melakukan kesilapan  apabila  membenarkan diri  DI TIPU  oleh Mahiaddin  berhubung angka yang konon nya menyokong beliau  sebagai Perdana Menteri

12.  Kesilapan  kedua apabila beliau TIDAK  MAHU  berjumpa Tun Dr. Mahathir  dengan menutup pintu Istana bagi memaklum kan jumlah angka sokongan sebenar  yang di perolahi sedangkan Istana Negara  ADALAH  HAK  RAKYAT ;  Agong  hanya menumpang  selama 5 tahun  secara bergilir - gilir atau selama mana  beliau memegang jawatan tersebut

13.  Istana Negara  akan didiami oleh Agong baru sama ada tamat tempoh 5 tahun atau  mengikuti jejak langkah Muhammad V , Sultan Kelantan yang merupakan Agong pertama meletak jawatan selepas 2 tahun 

14.  Rakyat mula  mempersoalkan  di mana  Sumpah Setia  Agong tatkala  menerima jawatan  dulu - memerintah  dengan  ADIL  DAN  MEMPERTAHANKAN  PERLEMBAGAAN  DAN UNDANG - UNDANG ?  

15.  Apakah Sumpah itu hanya untuk hari itu sahaja ?

16.  Alasan mengatakan mereka berdua bersahabat sejak di bangku sekolah lagi, dan Najib pula mempunyai gelaran keturunan 'Orang Kaya - Kaya Pahang TIDAK boleh diterima

17.  Abdullah  atau nama pendek nya Dollah yang mungkin diguna oleh arwah bapa nya apabila mereka berduan  - Wallahualam !  SEPATUT NYA  tahu dan boleh membezakan diri ,  kini mereka bukan lagi dibangku sekolah

18.  Abdullah kini sudah berjawatan AGONG   , dan Najib pula , bekas Menteri Besar Pahang  dan Perdana Menteri yang telah didapati bersalah  MENCURI  wang  negara/rakyat  melalui  1MDB  dan anak syarikat nya , SRC

19.  Baru - baru ini Tengku Zafrul , Menteri Kewangan  mengumumkan  hutang negara kini sudah mencecah RM1.04  Trillion  dan hutang  1MDB  RM32  Billion

20.  Apa kah kumpulan yang dibayar  'MALU APA  BOSS KU'  dan  pengampu  beliau  sanggup  menyelesaikan hutang 1MDB  atau biar saja anak cucu mereka  menanggung beban  yang dilakukan Najib dan isteri

21.   Apa pun alasan yang digunakan Najib  MEMECAT  Shafee   pada saat - saat akhir Rayuan di Mahkamah Persekutuan pasti punyai sebab dan reaksi :

i.  MENGESAHKAN  Zaid  lebih hebat ,  berwibawa dan lebih berkeliber dari Shafee Abdullah

ii.  MENGANTIKAN   Jonathan Laidlaw , Queen Council  dari  Englang yang  ditolak permohanan nya oleh Mahkamah  

iii.  USAHA  terakhir Najib melewat - lewatkan pendengaran Perbicaran Mahkamah Persekutuan isu SRC , jika didapati bersalah  beliau akan terus dibawa ke penjara

22.  Pada bulan September ini Mahkamah  Persekutuan  akan mendengar rayuan  Najib dan anak nya  dalam kes Lembaga Hasil Dalam Negeri  atau Income Tax  yang melibatkan wang sebanyak  RM1.7 Billon

23.   Kes meminda  Lapuran Audit  dan kes 1MDB   sedang  dalam perbicaraan

24.  Jika Najib kalah  dalam semua kes ini , ia bermakna beliau  akan merengkok dalam penjara  sekurang - kurang nya 40 tahun

25.   Difahamkan Najib juga berhadapan dengan Mahkamah di Perancis dan New York

26.  SEGALA  USAHA   PENGAMPUNAN  MISTI  MELALUI  PROSES TERTENTU ;  AGONG TIDAK  ADA  KUASA  MEMBERI  PENGAMPUNAN  SESUKA  HATI


Wassalam
Terima Kasih

8 comments:

  1. Hussain Najadi was deliberately assasinated on July 29, 2013. Pascal Najadi should already know this :
    Last week, Salmah had confirmed that AmBank helped convert US$710,999,952 or over US$710 million in this client’s account to RM2.17 billion or RM2,172,376,853.28 during a period from October 31, 2012 to April 10, 2013.
    https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/06/13/1mdb-trial-ambank-officer-verifies-documents-showing-rm45m-entered-najibs-account-in-2014/12066

    ReplyDelete
  2. A former 1MDB Director & Prosecution Witness has already stated that the Crimes of Money Laundering etc. happened between 2011 and 2014.

    What Else Does Pascal Najadi Need?

    ReplyDelete
  3. Fact that then AG was removed is proof of a criminal conspiracy & acts to obstruct the course of justice under S.186 Act 574 (Penal Code) & S.202 compels those with reasonable belief to give info. SRC Conviction in HiCt, sustained by COA is sufficient.

    http://www.theedgemarkets.com/article/exmacc-chief-abu-kassim-suggested-charging-najib-1mdb-srcrelated-crimes-2015#.YvGzxQW-ajc.twitter

    ReplyDelete
  4. Paragraph 37 of the Federal Court's decision clearly upheld the findings of the High Court, as affirmed by the Court of Appeal and has agreed that the defence is so inherently inconsistent and incredible that it does not raise a reasonable doubt on the prosecution's case. The Federal Court also noted under Paragraph 24 of the said decision that the Court of Appeal had meticulously examined these findings and found no appealable errors which includes the crux of the Court of Appeal's judgment that the so-called Arab donations were/are concoctions bereft of any credibility.

    The appellant is now placed under incarceration of the Malaysian penal system as a Convict Undergoing Sentence. These judgments of the High Court and decisions of the Court of Appeal and Federal Court discern the fact that there are/were deliberate concoctions of the so-called Arab donations which have been clearly refuted by the prosecution. By the highly respected and very honest and diligent reasonings of the High Court, Court of Appeal and Federal Court, these concoctions could not only have been made by the Convict, but also the defence witnesses etc.

    The Edge Markets has managed to provide the Malaysian and general global audience with the clearcut exposition that there remained a criminal conspiracy and even acts by the Convict, his fellow accomplices/abettors and co-conspirators to obstruct public servants in the discharge of their public functions which is a criminal offence under section 186 of Act 574 - the Penal Code, Pursuant to section 202 of the Penal Code, it behoves a person who has a reasonable belief that an offence has been committed, to give information in respect of that offence. Then MACC Chief Commissioner Abu Kassim and then AG Gani were public servants at those material times.

    The Federal Court has found the Convict guilty of Criminal Offences. The Buck Does Not Stop There!

    https://cdn.thestar.com.my/Content/PDF/Grounds_of_Judgment_-_Dato'_Sri_Najib_v_PP_(Appeals)_(23.8.2022).pdf

    https://www.theedgemarkets.com/article/witness-exmacc-chief-abu-kassim-recommended-ag-charge-najib-investigations-completed#

    ReplyDelete
  5. APAKAH MESEJ YANG HENDAK DISAMPAIKAN RAKYAT JELATA DAN PARA PENYOKONG TIADA OTAK - MELIWAT BONTOT DIBOLEHKAN PENGAMPUNAN?

    Saya tidak kenal dan tiada kaitan dengan peguam yang dilantik sebagai pendakwa dalam kes dinyatakan artikel ini, tetapi persoalannya, kalau sudah didapati meliwat bontot/dubur/lubang najis besar (takkan hidung Saiful yang diliwatnya!) oleh Mahkamah Persekutuan, boleh dberikan pengampunan di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, kenapa mereka membezakan pula kes jenayah SRC International yang diputuskan baru sedemikian ini?

    https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/02/10/anwar-jailed-as-federal-court-maintains-sodomy-conviction/838015

    ReplyDelete
  6. On 13 May 2015, published news report stated that officially the current Serving Convict is supported by that organization. Convict was amongst others found guilty of abusing his power by using his positions as prime minister and finance minister to approve two loans of RM2 billion each by KWAP to SRC in 2011 and 2012, and also convicted of three counts each of criminal breach of trust and money laundering involving RM42 million of SRC’s funds, which ended in his private bank account between Dec 26, 2014, and Feb 10, 2015.

    https://www.klik.com.my/item/story/5665256/hadi-sokong-najib-kekal-pm

    ReplyDelete
  7. Article 42(1) Is Anathema To The Rule of Law & A Modern Progressive Democratic Society

    The grant of pardon by an individual or body of persons is actually “the raw exercise of power against the law itself” and does not display any constraint consistent with the law & the Rule of Law.

    The grant of pardon always contains something beyond the complete discipline or domestication of law, something essentially lawless. This “un-fettered discretion” which sits in the sole individual's “breast,” lies in the realm of emotion rather than logic and reason.

    Any grant of pardon under Art.42(1) of the Federal Constitution appears to be out-side of, or beyond, the Law and thus, a real significant threat to any modern progressive democratic society dedicated to the Rule of Law.

    ReplyDelete

DI MANA MEREKA

DI  MANA  MEREKA  ?  Tamrin  Tun Ghafar Isnin  -  07/10/24 ( 1 - 19 ) 1.   Tentu  pehak  Imegresen  TIDAK  SETUJU   malah  ada  yang   marah...