Tamrin Tun Ghafar
Isnin - 07/11/2022
( 1 - 22 )
1. Najib kata orang Melayu akan TERBANGSAT jika tidak sokong UMNO
2. ALLAH SWT Maha Berkuasa ; orang yang membuat kenyataan melampau tersebut terhadap
bangsa nya sendiri kini merengkok dipenjara Kajang apabila 9 orang Hakim sebulat suara mendapati beliau bersalah MENCURI wang rakyat dalam kes SRC International , dan dihukum sebanyak 12 tahun penjara dan denda RM210 juta - gagal bayar, hukuman tambahan 5 tahun penjara lagi dikenakan
3. Jika bayar , beliau perlu menyiadakan hujah yang boleh diterima akal oleh LHDN dari mana sumber RM210 juta itu diperolehi
4. Samada Agong akan MENGAMPUNKAN Banduan yang kebetulan rakan kenalan baik beliau yang belum sampai setahun dua dipenjarakan , sama - samalah kita tunggu dan lihat kerana Najib sudahpun membuat rayuan Pengampunan Di Raja atau Royal Pardon
5. Apakah beliau juga akan diberi Pengampunan Di Raja diatas beberapa kes berkaitan pencurian wang negara sebanyak RM2.3 Billion yang BELUM selesai dan SEDANG berjalan diMahkamah atau Lembaga Pengampunan dan Agong mahu SEMUA kes tersebut selasai sebelum Pengampunan di beri ?
6. Walupun telah dinyatakan dalam tulisan saya bertajuk :
'JUSTICE DELAYED
JUSTICE DENIED'
bertarikh 10/10/2022
namun ianya HARUS diingatkan selalu dengan harapan Lembaga Pengampunan dan Agong BERTINDAK SEGERA dengan TIDAK melewat - lewatkan keputusan melainkan ada sesuatu perancangan yang umum tidak tahu
7. Penyokong - penyokong tegar beliau terutama yang dibayar mengenakan baju dengan perkataan 'MALU APA BOSSKU' sudah mula pudar ; rakyat mula sedar ini semua PROPAGANDA Najib bagi menagih simpati terhadap beliau dan Rosmah
8. Tanpa disedari ucapan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengurusi BN di Perhimpunan MIC baru - baru ini telah dengan sendirinya meluahkan rahsia yang tersimpan didalam hati beliau
9. UMNO , seperti biasa akan menafikan ucapan tersebut yang telah disiarkan beberapa kali di TV dengan mengatakan ucapan itu diputar belit , salah pengertian dan akhir sekali meyalahkan Pembangkang dan pemberita - itulah penyakit 'PENAFIAN' atau 'DENIAL SINDROM' UMNO dari dulu hingga lah sekarang
10. Kenyataan Zahid itu MEMBAWA ERTI :
I. Zahid tidak rela beliau diheret ke penjara tanpa pemimpin - pemimpin UMNO /BN diheret sama
ii. Mengesahkan beliau tahu pemimpin - pemimpin UMNO/BN korap
iii. Beliau tahu kesalahan - kesalahan yang dilakukan jestru Pilihanraya Umum PERLU diadakan sebelum Mahkamah menjatuhkan hukum keatas beliau bagi melayakan beliau bertanding
iv. Jika berjaya menubuhkan Kerajaan , beliau dan pemimpin - pemimpin UMNO/BN yang korap akan terlepas dari segala hukuman
v. Najib dan Rosmah SUDAH PASTI diberi Pengampunan DiRaja bagi membolehkan beliau menjadi Pemimpin UMNO/BN semula
11. Jika ini berlaku maka Sistem Perundangan Negara AKAN HANCUR ; UMNO/ BN akan bermaharajalela terutama meneruskan agenda rasuah mereka ; bak kata pepatah :
RETAK MENUNGGU
BELAH
12. Kenyataan Zahid juga membawa erti beliau tidak boleh memimpin Parti tersebut lagi - beliau sudah mula kehausan 'lakunan drama'
13. Difahamkan Hari Mengundi pada 19hb Nobember ini kebetulan jatuh pada 'Hari Tandas Sedunia' jestru bagi menghormati nya rakyat perlu 'FLUSH' UMNO/BN yang korap dari atas hingga kebawah buat selama - lamanya
14. Kita sedang dipertuntunkan dengan beberapa 'adegan drama' oleh mereka sehingga Bulan ini boleh digelar 'Bulan Murah Hati' , apa tidaknya :
wang ringgit ada yang diberi terus dan ada yang menyelitkan nya bersama makanan yang dibungkus , pemberian beras , minyak masak dan lain - lain lagi keperluan dapur , yang tak mampu makan dan uzur di suapkan dan diberi ubat , mereka akan ke dapur , dan membawa yang kurang upaya ke Pusat Mengundi
Ingat kata - kata ini
"Baik , Baik Ada
Makna"
15. Selepas menang bukan kata nak jumpa calon , malah nak jumpa pegawai pun susah - situasi ini akan di ulang setiap kali Pilihanraya diadakan - itu pun maseh ramai yang tak peduli kerana mendapat sedikit upah - CUKUP LAH DENGAN MAINAN DAN PENIPUAN UMNO/BN
16. Inilah peluang rakyat bertindak MEMBUKTIKAN mereka BUKAN seperti :
LEMBU DI CUCUK
HIDUNG
Buktikan kepada dunia bahawa orang Melayu BUKAN BANGSAT seperti tuduhan Najib
17. Bak pesan arwah Tok Guru Nik Aziz :
Dia Beri Kain , Ambil
Dia Beri Duit , Ambil
Undi Adalah Hak Kita
lagi pun dari manakah datang nya sumber UMNO/BN tiba - tiba bermurah hati memberi duit dan sagu hati kepada pengundi
18. JANGAN PERDAGANGKAN MERUAH KERANA TERMAKAN BUDI JIKA SAYANGKAN ANAK CUCU KITA
19. SEPATUTNYA nya mereka yang di tuduh apatah lagi berhadapan dengan Perbicaraan TIDAK DI BENARKAN BERTANDING
20. SESAL
DULU
PENDAPATAN
SESAL
KEMUDIAN
TIDAK
BERGUNA
21. JANGAN
BIARKAN
SENJATA
MAKAN
TUAN
22. Semoga pengundi tidak seperti ikan termakan umpan dikail , akibatnya dikuali jua ia berakhir
Wassalam
Terima Kasih
sila kongsikan artikel ini seluas - luasnya
No comments:
Post a Comment