TAHNIAH ANWAR !
SEMOGA PAHAT TIDAK BERBUNYI LAGI
Tamrin Tun Ghafar
Selasa - 29/11/22
( 1 - 18 )
1. SURAH AL IMRAN
ayat 26
m/s 53
Katakanlah ( Muhammad ) "Wahai Tuhanku Pemilik Kekuasaan , Engkau Berikan Kekuasaan Kepada Sesiapa Yang Engkau Kehendaki , Dan Engkau Menarik Kekuasaan Daripada Sesiapa Pun Yang Engkau Kehendaki . Engkau Memuliakan Sesiapa Yang Engkau Kehendaki Dan Engkau Menghinakan Sesiapa Yang Engkau Kehendaki . Dengan Kekuasaan Engkau Jualah Adanya Segala Kebaikan . Sesungguhnya , Engkau Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu"
2. Semua yang berlaku adalah ketentuan ALLAH SWT ; apa yang diberi adalah yang terbaik
3. Kita merancang tapi ALLAH adalah sebaik - baik perancang
justeru dengan melapangkan dada kita harus terima Keputusan Pilihanraya dan Pilihan Anwar sebagai Perdana Menteri ke10
4. Rakyat yakin Anwar akan melakukan TERBAIK untuk negara dan rakyat , jika GAGAL juga seperti Mahiaddin dan Ismail Sabri , pasti rakyat akan menghukum beliau pada Pilihanraya ke 16 nanti
5. Selepas mengundi pada hari Sabtu 19hb November dan perlantikan beliau oleh YDP Agong pada hari Khamis 24hb November Anwar, tanpa berlengah masa telah mengadakan beberapa mesyuarat dengan memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi rakyat selama ini
6. Selain itu , di dalam beberapa temuramah , beliau bertekad menghapuskan rasuah yang amat nyata dan keterlaluan
7. Sikap Anwar mahu memperkecilkan jumlah Ahli Kabinet , mengurangkan gaji Menteri dan beliau sendiri tidak akan mengambil gaji dan pada masa sama tidak membenarkan kemewahan seperti mengubahsuai pejabat dan menggunakan kenderaan yang ada juga satu langkah yang perlu dialu - alukan
8. Anwar akan pasti diberi sokongan dengan syarat mereka yang sedang menghadapi Perbicaraan Mahkamah TIDAK akan diberi tempat dalam Kabinet yang bakal diumumkan tidak lama lagi - ini TERMASUK Zahid Hamidi , Presiden UMNO merangkap Pengurusi BN yang menyokong beliau
9. Biarlah Badan Kehakiman BEBAS dari campurtangan Kerajaan ; TIDAK CUBA menangguh atau melewatkan Perbicaraan samada di Peringkat Mahkamah Tinggi , Mahkamah Rayuan mahupun di Peringkat Mahkamah Persekutuan
10. Banduan , TEMASUK Najib , bekas Perdana Menteri MESTI dilayani seperti 70,000 banduan lain - dalam ertikata lain TIDAK ada layanan seperti telefon bimbit , tilam yang lebih baik dan 'portable' aircond
11. Seperti janji Rafizi Ramly , Azam Baki perlu disiasat , begitu juga beberapa orang Pegawai Tinggi SPRM harus DIKELUARKAN dari SPRM dalam masa terdekat ini ; mereka tak ubah seperti pepatah :
HARAPKAN PEGAR ,
PEGAR MAKAN PADI
12. Oleh kerana janji Anwar mahu MELAKUKAN PEPERANGAN terhadap salahguna kuasa dan rasuah , rakyat mahu melihat Mahiaddin Yasin , Azmin Ali dan ramai lagi pemimpin yang korap di heret kemuka Pengadilan
13. Biarlah mereka dan penyokong menuduh Kerajaan Anwar zalim atau membalas dendam namun majoriti rakyat pasti akan menyokong tindakan beliau
14. Kes hubungan seks dengan Nika Gee yang telah dilapurkan ke JAWI beserta dengan SD bekas suami Nika tetapi ditutup begitu sahaja dan hubungan seks luar tabaii Azmin Ali dengan Haziq Aziz harus dibuka semula dan diambil tindakan
15. Anwar jangan sesekali :
MENUTUP BANGKAI
GAJAH DENGAN
NYIRU DAN JANGAN SESEKALI MEMILH BULU
ini termasuklah kawan dan lawan , dan jika terdapat mana Sultan atau keluarga yang melakukan kesalahan Perlembagaan dan Undang - Undang samada menjual hak negara dan negeri atau TIDAK MEMBAYAR SEBARANG CUKAI
ini juga REFORMASI yang diperjuangkan oleh PKR/PH selama ini
16. Kini bukan lagi masa rakyat tuduh menuduh , kita harus tumpukan masa dan tenaga membantu beliau membangunkan semula atau RESET negara kita yang telah dihancurkan oleh Mahiaddin Yasin yang GAGAL dan Ismail Sabri Yaakub yang lemah
17. Jika zaman Tun Dr. Mahathir dulu kita dikenali sebagai 'THE ASIAN TIGER' , dan jika Germany dan Jepun hancur akibat Perang Dunia ke2 mampu bangkit semula dan kini merupakan negara terkaya selain China , saya yakin jika kita bersatu dibawah pimpinan beliau , negara kita juga akan seperti Germany dan Jepun
18. BERILAH BELIAU PELUANG DAN SOKONGAN UNTUK MENUJU KEHADAPAN
Wassalam
Terima Kasih
Today, I had taken the time to read someone's blog and after this, will post on his blog. Someone whom nearly everyone in my paternal family look up to as an experienced elder and cousin as clearly stated by our own paternal grandmother. My ONLY advice to my cousin is Never To Spit On Your Own Father's Face. We know for a fact that your father is a straight, honest man who does not lie. Our fathers are all straight and honest. I am not talking about religion. Even Rais Yatim was there. Your father had succeeded in uniting MCA. My father was proud I had served MCA PSCD. Tomorrow, I am seeing Michael Chong to continue the same but in another method although I can always go back to active legal practice.
ReplyDeleteSo, all the best my cousin.
http://lib.perdana.org.my/PLF/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1996-1998/1998aj/ghafar%20batan%20homoseks.pdf