Tuesday, 12 January 2021

APA PERLUNYA DARURAT?

APA  PERLUNYA DARURAT?

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 12/1/21
( 1 - 25 )


1.   Mungkin  tindakan mengisytiharkan DARURAT atau EMERGENCY  yang diumumkan  YDP Agong  SETELAH mendapat nasihat Perdana Menteri dan SETELAH   berbincang  dan   mendapat persetujuan Raja - Raja Melayu adalah khusus   untuk tujuan menangani penuluaran  COVID 19.

2.   Tidak lama dahulu Agong dengan persetujuan Raja - Raja Melayu telah MENOLAK  cadangan Kerajaan Muhyiddin untuk mengisytiharkan darurat.

3.  Jika alasan Proklamasi  Darurat yang diberi semata - mata  kerana ingin menangani  masalah  penularan COVID 19 maka rata - rata berpendapat ia adalah  amat PELIK dan  AJAIB.

4.  Rakyat tidak mempertikaikan kuasa  Agong di bawah Perkara 150 Perlembagaan Malaysia untuk menangani COVID 19, cuma apa perlunya darurat tersebut?

5.  Atas nasihat Perdana Menteri, Agong boleh isytihar Pembubaran Parlimen dan Pilihanraya Umum boleh diadakan; begitu juga selepas ROMPAKAN KUASA Muhyiddin PERNAH TANGGUHKAN  Sidang Parlimen dari bulan Mac ke Mei 2020.

6.  Apabila Sidang Parlimen Dibuka Rasmi pada bulan Mei oleh Agong yang sama, Wakil Rakyat TIDAK dibenarkan berucap - isu COVID 19 dijadikan alasan yang ramai berpendapat alasan BODOH.

7. Jadi apa perlunya darurat?

8.  Apabila TIDAK ada Rampasan Kuasa Tentera dan rakyat pula  masih bebas  menjalankan tugasan harian, malah pada petang semalam pula  Muhyiddin sudah pun mengumumkan langkah - langkah tertentu bagi menangani COVID 19, perlaksanaan darurat ini tentu saja menimbulkan tanda tanya.

9.  RAMPASAN  KUASA   SEBENAR  ialah yang telah dilakukan Muhyiddin dan rakan - rakannya pada bulan Februari 2020.

10.  TIADA  siapa  yang  mempunyai otak waras yang mahu menggagalkan segala usaha menangangi COVID 19 dan  ekonomi.

11.  Sebenarnya dengan Perisytiharan Darurat ini ia bukan sahaja MEMBUKTIKAN  KEGAGALAN  Kerajaan Pakatan Nasional atau PN pimpinan Muhyiddin mengatasi isu COVID  dan masalah rakyat, malah ia dilihat lebih kepada MENYELAMATKAN  diri beliau daripada dijatuhkan.

12.  Dengan Perisytiharan ini Kerajaan BEBAS   MELAKUKAN  APA SAHAJA termasuk amalan salaguna kuasa yang boleh membawa kepada perbuatan rasuah.

13.  Oleh kerana  2 orang Wakil Rakyat sudah tiada maka Kini Muhyiddin hanya mempunyai 110 sokongan dari jumlah 220 atau hanya 50% Wakil - Wakil Rakyat dalam Parlimen.

14.  Walaupun sudah diisytiharkan  Darurat di mana Parlimen digantung  namun ia TIDAK  BERERTI  Ahli - Ahli Parlimen yang lain khasnya UMNO tidak boleh meneruskan rancangan MENARIK  SOKONGAN terhadap Kerajaan PN.

15.  Dalam  situasi begini di mana nyawa Muhyiddin tak ubah seperti :

     'Nyawa - Nyawa
      Ikan'

atau buah durian yang pasti gugur apabila ditiup angin, Muhyiddin  AKAN  GUNAKAN   DAN  BUAT  APA  SAHAJA bagi mengekalkan jawatan yang diambil melalui  RAMPASAN  KUASA yang telah dilakukannya.

16.  Mungkin  hari ini Muhyiddin dan rakan - rakan  boleh berpesta  kerana telah  berjaya meyakinkan  Agong namun TIDAK  MUSTAHIL  mulai malam ini beliau akan diburu MIMPI  NGERI!!

17.  TERSERAHLAH kepada Wakil - Wakil Rakyat atau MP  UMNO  khususnya  sama ada  mahu terus BERDOSA   menyokong  Kerajaan RAMPASAN  KUASA  ini atau sebaliknya.

18.  Mungkin  hari ini  Saudara juga boleh turut sama berpesta dan bergembira dengan beliau  tapi  jangan lupa HANYA  ALLAH  SWT  Sahaja  yang PASTI  menarik balik nyawa yang dipinjamkan kepada kita dan selepas itu kita akan berhadapan dengan Malaikat di alam Kubur dan seterusnya dibangkirkan semula di Akhirat kelak.

19.  Sudah 2 orang rakan Saudara di dalam Parlimen yang telah pergi.

20.  Kita Bila Pulak ?

21.  ‘TEPUK  DADA 
        TANYA  SELERA'

22.  Rakyat  SEKALI  LAGI DIPERDAYAKAN oleh Muhyiddin dan rakan - rakannya yang MABUK  KUASA -  untuk  apa ;  jawapannya ada pada mereka dan terserahlah pula kepada kita mengagaknya.

23.  Untuk rakyat Perintah Kawalan Perjalanan ( PKP )  dilaksanakan 2 minggu tapi untuk  SELAMATKAN diri Perintah Darurat dengan Penggantungan Parlimen selama 8 bulan.

24.   Diharap Agong  akan MENILAI  DENGAN  TELITI prestasi Kerajaan Perikatan Nasional  sejak RAMPASAN  KUASA  dilakukan mereka setahun yang lepas.

25.  Saya percaya cakap - cakap atau kiasan kononnya Muhyiddin telah 'MEMBELI'   Agong dengan  beberapa projek raksasa  yang memberi keuntungan  lumayan  HANYALAH  FITNAH  semata - mata.

Wassalam
Terima Kasih.

Thursday, 7 January 2021

APA YANG KITA LAKUKAN AKAN KEMBALI BERLAKU KEPADA KITA SEMULA

APA  YANG  KITA  LAKUKAN  AKAN  KEMBALI  BERLAKU  KEPADA  KITA  SEMULA

Tamrin Tun Ghafar

 Isnin - 04/01/2021
( 1 -  21 )


1.   ' Whats Goes 
        Around
        Comes
        Around '

itu pepatah Inggeris yang mempunyai maksud lebih kurang sama dengan tajuk tulisan saya ini.

2.  Di Australia masyarakat Kaum Asal atau Abrogines menggunakan satu alat senjata yang dikenali sebagai BOOMERANGS, apabila ia dibaling, alat tersebut akan kembali  semula kepada pembaling tersebut.

3.   Itulah yang berlaku kepada Muhyiddin dan akhirnya akan dirasai oleh mereka yang TERLIBAT DALAM RAMPASAN KUASA.

4.   Alasan yang diadakan selepas peristiwa tersebut adalah alasan yang susah diterima oleh mereka yang berfikiran waras dan  mereka  yang TIDAK  MUDAH  MENJUAL  MARUAH  seperti yang dilantik sebagai Menteri , Timbalan dan jawatan - jawatan dalam GLC.

5.  Kudeta atau dalam bahasa Perancisnya Coup D'etat  adalah  RAMPASAN  KUASA.

6.  Walaupun  matlamatnya sama namun cara dan coraknya berbeza :

i.  Di Indonesia, Soekarno diturunkan dalam satu RAMPASAN KUASA oleh Soeharto, seorang General yang cukup dipercayainya.

Rampasan Kuasa ini telah menyaksikan  peristiwa ngeri di mana 7 orang General yang tidak memihak kepada Soeharto dibunuh dan dicampakan ke dalam perigi yang dikenali sebagai 'Lubang Buaya'.

ii.  Di satu ketika dahulu RAMPASAN  KUASA  kerap berlaku di Thailand.

iii.   Pemberontakan bersenjata oleh A M Zahari bagi tujuan RAMPASAN  KUASA di Brunei telah dipatahkan oleh Kerajaan dengan bantuan tentera kelolaan Kerajaan Inggeris.

iv.  Mengikut Tun Ghazali Shafie yang lebih dikenali dengan panggilan King Ghaz  ( Alfatehah ) mantan Menteri Luar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri pertama ( Alfetahah ) dalam ruang atau columnya ' As I See It ' dalam akhbar The Star bahawa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah  RAMPASAN  KUASA  KECIL atau MINI COUP yang dirancang berbualan lamanya; Tunku dijatukan dan diganti oleh Tun Razak.

7.  Selepas PH memerintah selama 22 bulan, Muhyiddin dengan dibantu oleh Hamzah dan Azmin  dan pembantu Tun sendiri telah MENIKAM Tun dari belakang;  itulah RAMPASAN KUASA.

8.   Bagi menjayakankan RAMPASAN  KUASA ini pula Muhyiddin 'MENJUAL'  jawatan - jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Duta Khas bertaraf Menteri dan Pengerusi-Pengerusi GLC  kepada mereka kerana Muhyiddin tahu mereka PASTI menyokongnya dengan tawaran yang diberi kerana mereka lebih  MEMENTINGKAN  DIRI  dengan gaji dan imbuhan yang amat lumayan - dalam ertikata lain mereka ini manusia yang TIDAK  BERMARUAH - sanggup menjual diri dan melakukan apa apa sahaja seperti lembu dicucuk hidung.

9.  Inilah ‘Scheme of Things yang dirancang dan dilaksanakan oleh seorang yang kononnya tak berminat dengan jawatan Perdana Menteri.

10.  Mengikut seorang Ketua UMNO  Bahagian, Parti BERSATU  pimpinan Muhyiddin kini   membayar RM20,000 bagi setiap Cawangan UMNO  yang sanggup menukar bendera dari UMNO  kepada BERSATU.

11.  Sebahagian besar Bahagian - Bahagian UMNO di Kelantan  MENOLAK  kerjasama UMNO dengan BERSATU.

12.  Beberapa Bahagian UMNO  di Johor TERMASUK  Bahagian Pagoh dimana Ahli Parlimennya ialah Muhyiddin sendiri membuat  ketetapan yang sama.

13.  Jika  desakan sebegini berterusan, MKT  UMNO  SEPATUTNYA  MENGHORMATI   pandangan dan perasaan akar umbi - tarik balik sokongan UMNO  kepada Muhyiddin dan Menteri - Menteri dan Timbalan Menteri serta Pengerusi-Pengerusi  GLC  UMNO  berhenti serta merta dari jawatan yang mereka sandang.

14.  Janganlah tidur bersama isteri yang kita anggap sebagai seorang pelacur jika tidak mahu digelar sebagai lelaki DAYUS.

15.  Sebenarnya sejak  RAMPASAN KUASA  pada bulan Februari lepas sehingga kini tidak ada satu rancangan baik pun dari Mat Sejuk ini; mengikut kenyataan SPRM, yang meningkat naik ialah jumlah  penyelewanģan kuasa dan rasuah bertambah, malah lebih teruk dari zaman  Kerajaan Barisan Nasional  dan Pakatan Harapan dahulu.

16.  Kenyataan  dan tindakan  Menteri - Menteri dan Timbalan  Menteri banyak yang bercelaru seperti anak ayam tanpa ibu; ini berlaku  kerana Perdana Menteri HAPRAK - tidak boleh   kawal kebodohan mereka sehingga ada Menteri yang masih menggangap diri sebagai Mufti dan ada pula Menteri yang bercanggah secara terbuka dengan Timbalannya.

17.  Rakyat  kecewa dan putus asa melihat gelagat  mereka - jika setakat bantuan RM1500 sekali atau 'one off payment' bagi menangani maslah COVID 19, mereka  berkata sesiapa pun boleh buat.

18.  Yang rakyat ternanti - ternanti ialah Perancangan Ekonomi  Jangka Pendek  dan Panjang  yang meyakinkan BUKAN  cukup dengan mengulangi doa di kaca TV  kerana kata mereka bab baca doa ini adalah tugas Menteri Agama bukan tugas seorang Perdana Menteri, lagi pun rakyat tertanya - tanya apakah afdal doa seorang  yang pernah mengadakan hubungan seks dengan isteri orang?

19.  Apakah  Najib , Zahid dan ramai lagi Ahli - Ahli  MKT  UMNO  bertindak untuk menyelamatkan diri dari tindakan Mahkamah atau  bertindak untuk  kepentingan lebih 3 juta ahli UMNO?

20.  ‘TEPUK  DADA  
        TANYA  SELERA'

        PISAU  BERADA
        DI TANGAN  
        ANDA.

21.  Bak kata pepatah :

      'Jangan Menang
       Sorak
       Kampung  
       Tergadai'

Wasallam
Terima Kasih.

Monday, 28 December 2020

DEMI !!!

DEMI !!!

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 01/01/21
( 1 - 24 )


1.     Demi Kuasa
        Demi Ketuanan
        Demi Bangsa
        Demi  Negara
        Demi  Islam
        Demi Melayu
        Demi . . . . . . .

2.   Selain dari Demi itu dan Demi ini, satu lagi slogan yang tak asing ialah :

    'Tidak Melayu
     Hilang  Di Dunia'

3.  'Hidup Melayu
     'Allahuhakbar' !!!

itulah teriakan yang selalu dimainkan ke telinga para Perwakilan dan di tayang secara langsung oleh semua  stesen TV semasa Perhimpunan Agung Tahunan UMNO  dan PAS berlangsung.

4.  Tak cukup dengan berbagai slogan, mereka khususnya UMNO akan beramai - ramai menyanyikan dengan penuh semangat , malah ada yang mengalirkan air mata  lagu wajib parti tersebut :

    i.  'Bersatu
         Bersetia
         Berkhidmat'

ii.     'Anak Kecil
         Bermain Api'

5.  Jika diikuti ucapan Perasmian dan Penggulungan oleh Presiden  dan kebanyakan Ahli - Ahli  Kerja Tertinggi yang juga Menteri Kabinet, ia membuatkan orang Melayu  terlena diatas buaian seolah - olah ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.

6.  Kebanyakan Perwakilan yang berucap pula bukan sahaja tidak berani berterus terang tapi lebih kepada menjaga periuk nasi mereka sehingga mereka lupa atau tidak peduli segala janji yang dilafazkan pada Perhimpunan sebelum itu.

7.  Kira - kira 30 tahun  lepas Tun Dr. Mahathir telah berterus terang MENGINGATKAN  kita  bahawa pada tahun 2020 atau mungkin  awal lagi orang Melayu  AKAN MENOLAK  UMNO kerana katanya ketika itu pemimpin - pemimpinnya TIDAK  lagi  berjuang untuk bangsa ; mereka berebut - rebut kuasa dan melakukan  rasuah  untuk kepentingan diri dan keluarga.

8.  Ingatan Tun menjadi kenyataan apabila buat pertama kali sejak penubuhan UMNO  pada tahun 1946, oleh kerana bencinya kepada sikap pemimpin - pemimpin,  orang Melayu MENOLAK  UMNO  pada Pilihanraya Umum ke 14 yang berlangsung pada hari Rabu ,  9hb Mei 2018.

9.   Oleh kerana MEMERLUKAN  sokongan orang Melayu yang telah jauh hati, kini TANPA  SEGAN  SILU pemimpin - pemimpin UMNO  mula  MENIUP SERULING  dengan harapan tikus - tikus yang  BOLEH  DIPERBODOHKAN  LAGI akan  mengikut mereka  sehingga mati kelemasan di dalam longkang.

10.  Kata mereka TANPA  UMNO  orang Melayu akan jadi pengemis di Tanahairnya sendiri.

11.  Yang sebenarnya  pemimpin - pemimpin UMNO  lebih senang jika orang Melayu terus miskin kerana dengan itu orang Melayu akan terus sokong mereka apabila dicampakkan gula - gula.

12.   Jika hilang sokongan , yang hilang  'REZEKI' ialah pemimpin bukan rakyat.

13.  ORANG  MELAYU  MESTI  BERANI  DAN  TIDAK  MEMBENARKAN  LAGI  DIRI  DARI  TERUS   DITIPU  OLEH  PEMIMPIN - PEMIMPIN  MELAYU  SENDIRI.

14.  Hari ini orang Melayu  di tiup  dengan semangat  takut dan benci kepada parti DAP dengan berbagai FITNAH kononnya Parti  tersebut

i.    anti Melayu
ii.   anti  Islam
iii.  anti Raja - Raja
iv.  anti itu dan ini

15.  Fitnah  ini samalah dengan  ibu bapa menakutkan anak - anak  mereka  kononnya ada hantu atau penunggu  di sebatang pokok di hadapan rumah mereka  sedangkan ia hanya satu taktik sahaja bagi menghalang si anak  keluar rumah  pada waktu malam ; akibatnya bukan sahaja si anak malah ibu bapa pun turut percaya ciptaan  mereka itu.

16.  Kelemahan pemikiran  dan sikap  sambil lewa sebahagian besar  orang Melayu adalah akibat sisa - sisa  pengaruh penjajah Inggeris.

17.  Mereka didorongkan  lebih kepada SENI  DAN  BUDAYA, digalakkan bercucuk tanam dan menangkap ikan secara kecil - kecilan  sedangkan mereka yang mendatang seperti orang Cina dan India  TERPAKSA   bekerja keras tambah pula TIDAK  ADA  DASAR  EKONOMI  KHAS  seperti  Dasar Ekonomi Baru ( DEB )  dan lain - lain Dasar  dan kemudahan termasuk pembelajaran.

18.   Apabila Tun menggunakan istilah  'MALAS'  sebahagian  orang Melayu marah, melenting dan naik angin tetapi yang sebenarnya  Tun MAHU  MELIHAT  lebih ramai lagi  orang Melayu  RAJIN  DAN  BERJAYA   dari rakyat Malaysia  yang lain - itu adalah CABARAN  BUKAN  KUTUKAN.

19.   Sudah sampai masanya kita orang Melayu  BERHENTI  menyalahkan orang lain  diatas kelemahan kita sendiri.

20.  Biarlah pantun  yang pernah dibisikkan oleh Penjajah Inggeris ke telinga datuk nenek kita dahulu  dijadikan  CABARAN  bagi kita  untuk lebih maju dan berjaya kini dan selama - lamanya :

   'Buai Laju Laju
    Sampai Pokok Sena
    Jika Beli Maju
    Pergi Kedai Cina'

21.  ALLAH  SWT  MENJADIKAN  KITA   BERBAGAI - BAGAI  AGAR  KITA  MENGHORMATI  DI ANTARA  SATU  DAN LAIN.

22.  ALLAH  SWT  JUGA  TIDAK  AKAN  MENGUBAH  NASIB  SESUATU  KAUM  JIKA  KAUM  TERSEBUT  TIDAK  MEMBUAT  PERUBAHAN  SENDIRI.

23.   JANJI  ALLAH  SWT  NERAKA  JAHANAM  BAGI  MEREKA  YANG   TIDAK  BERAMANAH, MENGAMBIL  KESEMPATAN   SECARA TERANG - TERANGAN  DAN  SULIT; 

   'Buai Tinggi Tinggi
    Sampai Cucur  Atap
    Baru  Tumbuh Gigi
    Dah Pandai Songlap

24.   Semoga mulai  tahun ini  2021 kita akan menyaksikan  Negara  terkeluar dari segala malapetaka politik dan ekonomi.

SELAMAT  MENYAMBUT  TAHUN  BARU.

Wassalam
Terima Kasih.

Tuesday, 15 December 2020

DORAEMON PUN BOLEH !!

DORAEMON  PUN  BOLEH  !!!

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 12/12/2020
( 1 -  21 )


1.   Sama ada tahu tapi buat - buat tak tahu atau sengaja buat pekak dan bisu kerana  masih mengamalkan sikap tidak peduli  perasaan dan kebencian majoriti  rakyat terhadap beliau  asalkan beliau  dapat kekalkan  jawatan yang disandang.

2.   Apakah ini semua BALASAN  ALLAH  SWT di dunia lagi terhadap  beliau  dan beberapa orang perancang yang SANGGUP  MENGKHIANATI penggundi  dan  terhadap  orang yang  pernah  MEMBERI  MAKAN  kepada mereka.

3.  Firman ALLAH  SWT dalam Surah Al - Anfal di mula surat 179  Ayat 21 , 22  dan 23 

Ayat 21 :

'Dan  Janganlah  Kamu Menjadi Seperti Orang - Orang Munafik  Yang Berkata :

"Kami Dengar, "
Padahal Mereka Tidak Mendengar  ( Kerana Hati Mereka Mengingkarinya )'

Ayat 22 :

'Sesungguhnya Sejahat - jahat Makhluk Yang Melata Dalam Pandangan  Allah Ia Lah Mereka Yang Tuli Dan Bisu  ( Tidak Mendengar Dan Memahami  Kebenaran ) Ia Itu  Orang - Orang  Yang  Tidak  Memahami'

Ayat 23 :

'Dan Sekiranya ALLAH  Mengetahui Ada Kebaikan Pada Mereka , Teñtu Dia Jadikan Mereka Dapat Mendengar , Nescaya  Mereka Dapat  Mendengar , Nescaya Mereka Berpaling , Sedang Mereka Memalingkan Diri

ANDIAN dalam ayat ini bukan bererti ALLAH  SWT  Tidak Tahu , Tetapi ALLAH Maha  Tahu Bahawa Pada Mereka TIDAK  ADA   KEBAIKAN.

4.  Oleh kerana bencinya majoriti rakyat  kepada beliau ,  sehingga ada yang berkata jika orang macam 'Mat Sejuk' ini boleh jadi Perdana Menteri , maka sesiapa pun layak.

5.  Jika tidak ada isu wanita jadi pemimpin negara Islam seperti di Pakistan dulu dan kini di Bangladesh, sudah ada cakap - cakap   Rina Harun , Menteri Doraemon atau Riduan Yusof, Menteri Kereta Terbang pun boleh dan  MUNGKIN  lebih baik dari Muhyiddin.

6.  Itulah tahap kebencian dan tidak berkeyakinan  majoriti rakyat sejak kebelakangan  ini terhadap  KERAJAAN  PINTU  BELAKANG   atau ayat bodoh Hadi , KERAJAAN  TEBUK  ATAP terhadap pimpinan Muhyiddin.

7.   Oleh kerana terlalu  ghairah dan tergila - gila nak jadi  Perdana Menteri  beliau  SANGGUP  melakukan apa sahaja  termasuk  MENJILAT  LUDAH NYA  DAN  MELUTUT  seperti seorang  HAMBA  - itulah manusia  bernama  Muhyiddin Yassin.

8.  Lihat sahajalah apa yang baru berlaku di Perak ; beliau BERSETUJU  Timbalan Presiden BERSATU,  Peja, diturunkan sebagai Menteri Besar dan digantikan dengan Shaarani  dari UMNO.

9.   'TANPA  ANGIN  BERTIUP', tiba - tiba Menteri Besar Johor, Dr. Saharuddin Jamal dari Parti BERSATU   diarah turun takhta dan digantikan  dengan Menteri Besar baru dari UMNO ; ini bagi membuktikan kepada UMNO  dan PAS  bahawa beliau boleh dipercayai walaupun tempoh perkhidmatan Menteri Besar tersebut HANYA  10 bulan sahaja, dari 14hb April 2019 ke 28hb Februari 2020.

10.   Kerajaan Negeri Melaka pimpinan  Adly Zaahari dari  AMANAH juga ditumbangkan dan diganti dengan Wakil Rakyat UMNO.

11.  Di Kedah, Mukhriz Tun Mahathir yang asalnya dari Parti BERSATU digantikan dengan Sanusi Md. Nor dari PAS.

12.  Dikhabarkan usaha sedang dilakukan bagi menurunkan Amirudin Shari dari PKR sebagai Menteri Besar Selangor.

13.  Sejak  PENGKHIANATAN  dilakukan pada bulan Februari sehingga kini , Muhyiddin TAK  UBAH   SEPERTI  ROBOT  yang bergerak  mengikut REMOTE  CONTROL asalkan beliau  boleh kekal dengan  jawatan  yang ada.

14.   Muhyiddin  'IS A  FAILURE, NO  IDEAS AND  NO  STRENGHT ; ALL HE HAS  IS  TO PUT A BIG ACT' - Muhyiddin ' GAGAL  SEBAGAI  PEMIMPIN , TIDAK  ADA  FIKIRAN  YANG  BERNAS  DAN TIDAK ADA KEKUATAN  ; BELIAU  HANYA  PANDAI  BERLAKON'

15.   Kebanyakan tindakan  beliau  adalah  hasil ciptaan  2 orang makhluk bernama  Hamzah, Pengkhianat  UMNO  dan Azmin, Pengkhianat PKR.

16.  Mereka bertiga ini pula  terlibat  dengan  berbagai skandal  tersendiri :

i.  Muhyiddin dengan skandal seks bersama Nika Gee Siew Yee, isteri kepada  Stanley Clement Augustin  yang akhirnya TERPAKSA bercerai.

ii.  Hamzah MEMFITNAH  Anwar Ibrahim kononnya  cuba menggoda isteri ke2 beliau.

iii.  Azmin pula dikatakan telah mengadakan HUBUNGAN  SEKS  dengan seorang lelaki,  Haziq Abdul Aziz di Hotel Four Points di Sandakan, Sabah.

17.   Saya dengan ini  mencabar mereka di atas  mengambil  tindakan Mahkamah  jika apa yang ditulis ini suatu PEMBOHONGAN  DAN  FITNAH.

18.  Muhyiddin perlu  memberhentikan  sikap hipokrit yang  dipamerkan beliau kepada rakyat Malaysia selama ini.

19.   Lepaskanlah jawatan  SECARA  TERHORMAT sebelum Saudara dicampak keluar , dan BERKEMUNGKINAN  menghadapi  berbagai  tindakan undang - undang.

20.  Sementara  itu  lantiklah bekas Menteri Besar Perak yang kebetulan juga Timbalan Presiden  Parti  BERSATU sekurang - kurangnya sebagai Menteri Kanan jika tidak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

21.   Sebagai ingatan , MUHYIDDIN  JUGA  BUKAN  TUHAN  yang  perlu ditakuti !! ; diangkat sebagai Perdana Menteri ekoran RAMPASAN  KUASA  yang telah dirancang  begitu lama , dalam lain perkataan beliau ialah juga seorang PENGKHIANAT.

Wassalam
Terima Kasih.

Tuesday, 24 November 2020

TASBIH - ANTARA WIRID DAN SOKONGAN

TASBIH - ANTARA  WIRID  DAN  SOKONGAN

Tamrin Tun Ghafar

Isnin - 23/11/2020
( 1 -  22 )


1.   Biasanya  jumlah semut akan bertambah mendampingi gula namun kini kita dapati  jumlah semut berkurangan  walaupun sudah 9 bulan berada di meja.

2.  Katanya YDP Agong berpuas hati apabila dimaklumkan Muhyiddin mempunyai sokongan yang meyakinkan, justeru diperkenankan sebagai Perdana Menteri yang baru.

3.   Muhyiddin  dan juak-juaknya  berpelukan  dan ada yang  berpesta  sehingga menitiskan air mata kegembiran dengan berita perlantikan itu.

4.   PENGKHIANATAN  yang diikuti dengan tertubuhnya Kerajaan Pintu Belakang atau mengikut istilah Hadi,  Kerajaan Tebuk Atap  adalah ekoran peristiwa  'Langkah Sheraton'.

5.  TIDAK  BOLEH DINAFIKAN  3 pelakun utama RAMPASAN  KUASA   tersebut ialah Muhyiddin, Azmin  dan Hamzah sedangkan yang lainnya adalah pelakon tambahan sahaja yang memegang perisai dan tombak.

6.  Setelah menangguhkan Perasmian  Sidang Parlimen  dari bulan Mac ke Mei, dari 222 jumlah keseluruhan ,  sokongan terhadap Muhyiddin  HANYA 114 Ahli Parlimen sahaja; dan kini 113  satelah Ahli Parlimen Grik  meninggal dunia baru - baru ini ( ALFATIHAH ).

7.   TIDAK  PASTI sama ada  Muhyiddin  telah bercakap benar atau telah berjaya MEMBOHONGI  YDP  Agong dengan jumlah sebenar yang didapati.

8.  2 hari lagi iaitu pada hari Rabu 25hb November  2020  , Ahli - Ahli Parlimen AKAN  mengundi sama ada menyokong atau menolak  Belanjawan 2021  yang telah dibentangkan  oleh Menteri Kewangan.

9.   Berbagai - bagai pendapat dan syarat telah diberi dan ada yang  menggangap jika tidak menyokongnya ia merupakan sebagai PENGKHIANAT.

10.  Penolakan  Belanjawan bermakna  UNDI  TIDAK  PERCAYA  kepada Kerajaan Tebuk Atap  tetapi  ia TIDAK BERERTI  gaji dan pencen tidak boleh dibayar seperti sebelum ini.

11.  Dengan  majoriti 2 Kerusi sahaja walaupun mempunyai  Kabinet yang terbesar di dunia; Menteri dan 3 orang Duta bertaraf Menteri dan Timbalan  yang berjumlah 72 orang kesemuanya, Muhyiddin, Azmin dan Hamzah  mungkin tidak dapat tidur lena.

12.  UMNO  yang  merupakan Parti yang terbesar dalam Kerajaan sekarang  TELAH  TERLALU  BERLEMBUT  DAN  MENGALAH  kepada Muhyiddin,  seolah - olah  TELAH  DIPUKAU.

13.   ALLAH  SWT sedang menguji  PAS  yang  SEJAK  PENUBUHANNYA  berjuang  untuk mewujudkan undang - undang dan akhirnya menubuhkan negara Islam , dengan memberi mereka kuasa, namun setakat ini segala apa yang dipejuangkan itu  adalah RETORIK  semata - mata.

14.  Umat Islam khususnya ahli - ahli akar umbi PAS  tertanya - tanya  apakah  PAS  dibawah pimpinan Hadi  sudah mempunyai fatwa baru,  menghalalkan yang haram.

15.  Apa sudah jadi dengan RUU355, penutupan  semua kedai dan pusat judi termasuk kasino di Genting Highland dan pengharaman dan penutupan kedai - kedai arak dan kilang pengeluaran arak.

16.  Orang Islam juga menuntut  Kerajaan yang mana PAS  berada bersama  membersihkan negara ini dari SEGALA  aktiviti maksiat seperti yang diperjuangkan.

17.   ALLAH  SWT  Sedang  memerhati apakah  Ahli - Ahli Parlimen  PAS  (Parti Islam  SeMalaysia)  akan terus menyokong PENGKHIANAT  yang  terbukti  telah bergelumang dengan  maksiat seperti Muhyiddin dengan isteri orang,  Nika Gee, Azmin dengan kes SEMBURITnya dan  fitnah Hamzah terhadap Anwar.

18.  Menarik sokongan terhadap PENGKHIANAT  TIDAK  bererti  mengkhianati  seseorang. 

19.  Saya yakin  Ahli - Ahli Parlimen PAS  pun sedar bahawa  HANYA  ALLAH SWT  Sahaja yang  menentukan segala - galanya TERMASUK  rezeki  dan kedudukan , asalkan kita LAKSANAKAN  SEGALA  PERINTAHNYA dan  MENJAUHKAN  DIRI DARI  SEGALA  LARANGANNYA.

20.   Berdoa dan berzikir itu sememangnya baik dan digalakan namun apa faedahnya jika ianya setakat di bibir sahaja  TANPA  melaksanakan segala yang diperintah ALLAH  SWT.

21.   Bagi mengekalkan jawatan,  Muhyiddin sekali  lagi TERPAKSA   berbaik dan berjanji  dengan semua pihak. 

22.  TIDAK  MUSTAHIL  TASBIH  DI TANGAN  DIGUNAKAN  BUKAN  UNTUK  BERWIRID  TAPI  UNTUK  MENGHITUNG JUMLAH  UNDI  YANG  AKAN  DIPEROLEHI.

Wassalam
Terima Kasih.

Thursday, 19 November 2020

AHLI PARLIMEN YANG PALING BANGSAT

AHLI  PARLIMEN  YANG PALING  BANGSAT

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 20/11/20
( 1 - 21 )


1.  'Orang Berbudi
      Kita Berbahasa
      Orang Memberi
      Kita Merasa'

2.   Jika Kita Tidak
      Boleh  Membalas
      Budi
      Sekurang
      Kurangnya
      Kita
      Tahu Mengenang
      Budi

3.  Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu , Sarawak  AKAN  DIKENANG   sebagai  seorang  Ahli Parlimen yang terlalu BANGSAT oleh generasi kini dan akan datang.

4.  Tindakan beliau melemparkan tuduhan liar terhadap Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kementerian  Kesihatan  yang  BEKERJA KERAS  menangani  Wabak Covid 19  telah  mengundang kritikan rakyat kerana  rakyat faham Tan Sri Noor Hisham  adalah  kepala atau ketua ribuan  doktor dan Kakitangan Hospital dan Kementerian; mereka TERPAKSA berpisah dengan keluarga, bertarung nyawa bagi menyelamatkan kita semua.

5.   Yang peliknya dari 72 orang Menteri, yang Bertaraf Menteri dan Timbalan  hanya salah seorang Timbalan Menteri Kesihatan sahaja yang bersuara, itu pun SETELAH  Tun Dr. Mahathir  ( Ahli Parlimen Langkawi ) dan beberapa Ahli Parlimen DAP membuat kritikan tegas.

6.   Sepatutnya Ahli Parlimen itu mempersoalkan di mana 'hilangnya' Adham Baba , Menteri Kesihatan dan 2 orang Timbalannya  yang TIDAK  MUNCUL.

7.  Mungkin oleh kerana yang melakukan perbuatan keji dan hina terhadap KP itu adalah  PENGAMPU Muhyiddin Yassin, yang kebetulan pula telah melantik beliau sebagai Duta Khas Malaysia ke China bertaraf Menteri, maka parti - parti lain dalam Perikatan Nasional  dan Muafakat Nasional  SENYAP  SERIBU  BAHASA.

8.  Beliau, jika faham, sepatutnya  merasa lega  kerana saya memilih untuk  tidak  menggunakan tajuk yang  LEBIH  KESAT  seperti  Ahli Parlimen Haramjadah, Barua, Bangkai, Binatang,   Yang Tak Tahu Mengenang Budi dan beberapa perkataan lain.

9.  Di satu ketika dahulu  Lim Guan Eng  dipenjarakan kerana  MEMPERTAHANKAN  MARUAH  seorang gadis Melayu bawah umur yang telah diperkosa oleh seorang pemimpin UMNO.

10.   Dalam kes terbaru ini 2 orang Ahli  Parlimen  DAP  yang  BUKAN  Melayu, YB RSN Rayer (Jelutong) dan YB Lim Lip Eng (Kepong) dihalau keluar dari  Dewan Parlimen kerana mahu MEMBELA  Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan,   seorang Pegawai Tinggi Kerajaan yang kebetulan seorang Melayu / Islam yang dicemuh oleh BANGSAT  ini.

11.  Di mana Ahli - Ahli  Parlimen dari UMNO, PAS  dan BERSATU dan juga Parti - Parti lain yang kononnya  berjuang  untuk Melayu / Islam; mereka TIDAK  BERSUARA   seolah - olah  PEKAK  dan BISU - apakah  berkemungkinan  mereka ini semua TELAH  TERMAKAN  BUDI  dari Ahli Parlimen  BANGSAT ini?

12.  Cuba bayangkan apa akan jadi  jika sekiranya  Ahli Parlimen DAP  yang membuat  serangan seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bintulu itu; SUDAH  PASTI  mereka akan diserang bertubi - tubi oleh UMNO , PAS  dan BERSATU  dan NGO - NGO  dan Parti - Parti Melayu lain atas dasar PERKAUMAN.

13.  Saya tidak pasti  sama ada Ahli Parlimen Bintulu ini adalah Tiong  yang PERNAH  DIKAITKAN  dengan skandal tanah  PKFZ  di Kawasan Pelabuhan Kelang di satu ketika dahulu.

14.  Jika  tekaan  itu benar, ini  bererti jika ada  Ahli - Ahli Parlimen Melayu / Islam yang mungkin disogok dengan wang ringgit , mereka dan keluarga  sebenarnya telah  TERMAKAN  DUIT  HARAM.

15.   Muhyiddin pula TIDAK  akan  bertindak terhadap beliau seperti MELUCUTKAN  jawatan Duta Khas ke China Bertaraf Menteri  kerana PERLUKAN  SOKONGAN  beliau.

16. Oleh kerana TAKUT terus diserang dan boleh menjejaskan  Muhyiddin sendiri maka akhirnya  atas nasihat, beliau TERPAKSA meminta  maaf - sama ada ikhlas atau sebaliknya itu pada beliau tidak penting.

17.  JIKA  'BUDGET' pun  TIDAK   dibentangkan di Kabinet dan Menteri  pula  TAK TAHU  apa yang dilakukan oleh Timbalannya dalam kes  JASA, maka  jawabnya Kerajaan Perikatan Nasional atau PN pimpinan Muhyiddin SEMEMANGNYA  TERLALU  LEMAH dan Ahli - Ahli  Parlimen pula  boleh ambil kesempatan  buat dan kata apa sahaja seperti Ahli Parlimen  BANGSAT ini.

18.  BUDGET  YANG  DI BENTANGKAN  BUKAN  UNTUK  MENANGANI  WABAK   COVID 19  DAN UNTUK  RAKYAT,  TAPI  IA LEBIH  KEPADA  MENENTU DAN  MENGUATKAN  KEDUDUKAN  MEREKA YANG  GILA KUASA  TERUS  KEKAL.

19.  Itulah  sebabnya  'Budget' yang dibentangkan baru - baru ini TIDAK  BOLEH  DISOKONG oleh mana - mana  Ahli  Parlimen jika mereka punyai fikiran WARAS!!

20.   'Terlajak Perahu
         Boleh DiUndur
         Terlajak Kata
         Buruk 
         Padahnya'

21.  Sebenarnya yang  takut mati  ialah ialah Ahli Parlimen Bintulu itu sendiri dan Menteri Air Suam  yang dimaklumkan memang berhasrat menggantikan Tan Sri  Noor Hisham kerana beliau lebih diyakini dan dipercayai oleh rakyat dari Menteri bodoh yang dilantik oleh seorang yang LEBIH  MEMENTINGKAN  DIRI  dari segala yang lain.

Wassalam
Terima Kasih.

Tuesday, 10 November 2020

MUKA TEMBOK

'MUKA  TEMBOK' 

Tamrin Tun Ghafar

Rabu - 11/11/2020
( 1 - 19 )


1.   Cuba dengar klip  video yang disertakan dengan teliti serangan, cemuhan,  tuduhan  dan kata - kata kesat Muhyiddin terhadap UMNO  dan PAS  tidak berapa lama dulu.

2.  "UMNO  Adalah Parti  PEROMPAK  dan PAS  Pula Parti Yang Kononnya Memperjuangkan Islam, Tapi MENYOKONG  PEROMPAK; Islam Apa Ini ?"

3.  "SAYA  TIDAK  AKAN  KEMBALI  ATAU  BERSAMA  UMNO  LAGI - SATU PEROMPAK  DAN SATU LAGI  PENYOKONG   PEROMPAK -  NO WAY"

4.  Apakah tindakan beliau  membuat U-Turn atau Pusingan U kini terhadap UMNO  dan PAS  yang pernah beliau caci itu  HANYA SANDIWARA  SEMATA - MATA  bagi  MENDAPATKAN  SOKONGAN  mereka atau beliau benar - benar  SUDAH  INSAF  dan MENYESAL kerana segala apa tuduhannya itu adalahu PEMBOHONGAN  DAN FITNAH  yang sengaja  dibuat bagi  MENDAPATKAN   SOKONGAN rakyat?

5.   Muhyiddin   KENA  JELASKAN   kepada UMNO, PAS  dan  umum di atas  PENIPUAN  dan FITNAH  itu  dan tampil  mengakui  bahawa  UMNO dan PAS  adalah Parti yang BERSIH  dari AMALAN   RASUAH   DAN   SALAHGUNA   kuasa - jika dengan Allah SWT kita sentiasa memohon ampun, apatah lagi sesama manusia, tambah pula sebangsa dan seagama.

6.   Jika enggan atau gagal  berbuat demikian maka ia bermakna  Muhyiddin  sanggup berpelukan  dengan PEROMPAK  dan PENYOKONG  PEROMPAK  semata - mata  kerana  gilakan kuasa.

7.   Dalam  erti kata lain  beliau sanggup berbuat apa sahaja termasuk  MENJILAT  LUDAH  DAN  KAHAKNYA  SENDIRI  bagi  memenuhi  nafsunya.

8.   UMNO  dan PAS  pula  sah  TIDAK  kisah atau peduli atas   serangan  dan tuduhan  Muhyiddin terhadap mereka kerana apa yang dituduh itu mungkin benar ASALKAN  mereka dapat kekalkan  jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC.

9.   Justeru  tidaklah keterlaluan  jika  Pemimpin dan Ahli-Ahli Bersatu, UMNO  dan PAS  seperti:

‘MUKA  TEMBOK’

Tidak  bermaruah  dan tidak ada perasaan malu langsung.

10.  Muhyiddin, Zahid dan  Hadi  JANGAN  FIKIR  rakyat  tidak tahu  dan tidak nampak  PERMAINAN KOTOR  mereka  yang  HANYA   PENTINGKAN  DIRI  dan JAWATAN   dari  memikirkan  hal rakyat di bawah ini.

11.   PEMBELOT  dan PENGKHIANAT  Azmin dan Hamzah pula senantiasa  berfikir  langkah - langkah  seterusnya   yang  perlu dihidangkan  kepada  Muhyiddin yang  bak kata Khairuddin Abu Hassan  mempunyai 'OTAK UDANG'.

12.   Muhyiddin  ibarat  pengantin  yang dihias, dipakaikan pakaian pengantin, dipimpin ke pelamin, dibawa memotong kek, ke meja makan  dan akhirnya diusung ke pintu  keluar untuk bersalaman dengan tetamu dan diucapkan  -  SELAMAT  PENGANTIN  BARU!;  tak  perlu  berfikir  kerana semuanya dibereskan oleh tukang andam  - Azmin dan Hamzah Zainuddin.

13.   Muhyiddin  PASTI   jatuh  seperti durian  yang  menunggu masa saja untuk gugur, jika tidak jatuh secara baik ke dalam jaring ia pasti jatuh ke atas tanah dan mungkin bergolek  ke dalam longkang.

14.  Apabila sampai musimnya  SEMUA durian yang di dahan akan turut  gugur sama.

15.   APABILA  NYAWA   SUDAH   SAMPAI   KE HALKUM, MASA  ITU  ALLAH  TIDAK  LAGI  TERIMA  TAUBAT.

16.  Tambah pula  Pembentangan  Belanjawan  atau Budget 2021 merupakan 'BELANJAWAN  HAPRAK'   yang  kononnya bagi membantu  mengatasi kesusahan rakyat tetapi ianya setakat: 

  'Melepas Batuk
   Di Tangga'

17.  Lidah Propanganda Kerajaan, JASA  dihidupkan  semula  dengan  peruntukan sebanyak RM81 juta; sekiranya  benar Ketua Pengarah JASA  yang bakal dilantik adalah  penyokong kuat Azmin maka tak salahlah jika dikatakan JASA yang diwujudkan semula itu akan digunakan untuk menguatkan Muhyiddin dan Azmin.

18.   Lihatlah sendiri   Peruntukan  Keperluan  Hospital / pesakit yang  di potong begitu sahaja tanpa peduli penderitaan  rakyat:

19.   'SEPANDAI  -
         PANDAI
         TUPAI  
         MELOMPAT
         PASTI JATUH
         KE TANAH  JUA’

Wassalam
Terima Kasih.

Saturday, 31 October 2020

NOTIS TUNTUTAN

NOTIS  TUNTUTAN

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 01/11/2020
( 1 - 6 )


1.   Kenyataan  Akhbar  atau 
Press Statement oleh YB Hajjah Zuraida Kamaruddin , Menteri , Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan atau KPKT pada 28hb Ogos 2020 dirujuk

2.  Satu  NOTIS TUNTUTAN  atau  NOTICE  OF  DEMAND  bertarikh 13hb Oktober 2020 telah di hantar oleh Peguam saya , Ram Karpal Singh dari Tetuan  Karpal Singh & Company  kepada YB Zuraida ; NOTIS TUNTUTAN   tersebut telah diakui terima oleh Setiausaha  Politik beliau pada 14hb Oktober 2020

3.  Pada tarikh yang sama juga satu lagi NOTIS  TUNTUTAN  atau  NOTICE  OF  DEMAND dihantar kepada Dr. Puad Zarkashi , mantan Timbalan Menteri , dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dikediaman beliau di Putrajaya dan melalui Surat Berdaftar atau AR Registered Letter ke Pejabat UMNO  Bahagian Batu Pahat , Johor dimana beliau adalah Ketua Bahagian tersebut

4.   NOTICE  TUNTUTAN  yang  sama akan dihantar kepada  'BLOGGER - BLOGGER' dan kepada mereka yang terlibat  MEMFITNAH  saya , ini termasuk Tan Sri Aziz Yassin , Ahli  Majlis Pimpinan  Tertinggi  BERSATU  yang kebetulan abang kepada  kepada Muhyiddin Yassin

5.   Saya  AKAN  TERUSKAN  tindakan undang - undang terhadap mereka jika sekiranya mereka gagal memenuhi tuntutan saya

6.  Saya  BERSEDIA  bekerjasama  dengan Polis  dan SPRM  jika diperlukan

Wassalam
Terima Kasih

HARAKIRI!!

HARAKIRI!!

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 30/10/20
( 1 - 25 )


1.    Jika berlaku di Eropah, India atau Australia, pemimpin dan semua Ahli Kabinetnya PASTI  akan letak jawatan TANPA  diarah atau TANPA  menunggu Undi Tak Percaya diusulkan di Parlimen.

2.  Di zaman Samurai di Jepun tindakan  lebih ekstrim dilakukan - HARAKIRI.

3.  Istiadat membunuh diri dilakukan  dengan memakai pakaian serba putih dan diikuti dengan menikam perut dengan pedang yang disediakan.

4.   Kesemuanya ini dilakukan  kerana mereka bertanggungjawab, malu dan bermaruah di atas  kegagalan yang telah berlaku.

5.  Apabila Sinzo Abe, Perdana Menteri Jepun meletak jawatan kerana kesihatan, Muhyiddin TIDAK  TERAGAK - AGAK  memuji tindakan Abe itu.

6.  Di Malaysia walaupun Yang Di Pertuan Agong dan Raja - Raja  Melayu MENOLAK  cadangan Kabinet  Muhyiddin bagi melaksanakan Darurat atau Emergency, namun beliau  LIAT, TIDAK  BERASA  MALU  DAN MENUNJUKAN  SIKAP  TIDAK  BERMARUAH  langsung  dengan ENGGAN  MELETAK  JAWATAN.

7.  Inilah kali pertama dalam sejarah negara, Yang Di Pertuan Agong dan Raja - Raja Melayu  MENOLAK  cadangan Kabinet.

8.   Cara Raja - Raja Melayu bertindak adalah begitu TERTIB  dan HALUS yang sepatutnya difahami oleh Muhyiddin sedangkan rakyat keseluruhan amat faham YANG  TERSIRAT  DAN TERSURAT.

9.  Keingkaran MELETAK  JAWATAN  membuktikan  SIKAP  SOMBONG  DAN  BIADAP  beliau TERHADAP  Yang Di Pertuan Agong dan Raja - Raja Melayu itu sendiri. 

10.  ‘Jika Takut
        Di Lambung
        Ombak
        Jangan Berumah
       Di Tepi Pantai

       Jika Takut
        Hilang Jawatan
        Hentikan 
       Perbuatan
       Merampas Kuasa’

11.  Keputusan UMNO  menyokong  Kerajaan  Muhyiddin  SENGAJA  dilakukan  seolah - olah  mereka INGKAR  DAN   MENCABAR  RAJA - RAJA  MELAYU  itu sendiri.

12.  Apabila  hilang sokongan, Tun Dr. Mahathir TIDAK  TERAGAK - AGAK  melepaskan jawatan Perdana  Menteri - inilah sikap seorang yang  TIDAK  GILA  KUASA, beliau  mengikut AMALAN  DEMOKRASI.

13.  Di Jakarta dan di Bangkok  ribuan rakyat berdemonstrasi setiap  hari, namun Kerajaan mereka tidak pula memgisytiharkan darurat seperti dicadangkan Muhyiddin.

14.  Belum ada mana - mana negara yang bercadang berbuat demikian  walaupun angka kematian akibat Wabak Covid  jauh lebih tinggi dari Malaysia.

15.  SEBENARNYA  Muhyiddin dan sebahagian besar Menteri-Menterinya TAKUT  BERHADAPAN  dengan  Ahli - Ahli Parlimen  menjelang Sidang Parlimen mulai 2hb November ini yang diikuti dengan Pembentangan Belanjawan Negara  4 hari selepas itu, justeru  cara yang mudah ialah MENGISYTIHARKAN  DARURAT.

16.  Rakyat Bersyukur  dan Menjunjung Kasih kepada YDP Agong dan Raja - Raja Melayu  yang lebih  MEMENTINGKAN  RAKYAT  dan NEGARA  dari beberapa individu  yang  HANYA  MEMENTING KAN  DIRI.

17.  Keadaan beliau sekarang umpama durian yang PASTI  jatuh - sila baca tulisan saya  pada 20hb Oktober 2020 bertajuk :

'MUHYIDDIN  UMPAMA  DURIAN  YANG  PASTI  JATUH'

tamrintunghafar.blogspot.com

18.  Kini selepas Yang Di Pertuan Agong dan Raja - Raja Melayu menolak cadangannya itu, beliau boleh buat pilihan :

i.   JIKA  BERMARUAH  DAN  MALU, LETAK  JAWATAN  SECARA  TERHORMAT.

ii.  BUAT  PELAN B ATAU  APA-APA  PELAN  BARU  BAGI
MENGEKALKAN  JAWATAN.

iii.   UMPAMA DURIAN, PECAH  JIKA JATUH  DI ATAS  TANAH  ATAU  BORGOLEK  KE DALAM  LONGKANG

19.  Terdapat  sebuah pantun yang dipinjam dan diolah :

   'Apa Guna
    Memakai Sari
    Jika Tidak 
    Dengan
    Selendang
    Elok Sungguh 
    Jadi Menteri
    Dan 
    Perdana Menteri
    Gaji Banyak
    Walupun
    BANGANG'

20.  SEMOGA  MUHYIDDIN  TIDAK  MELIBATKAN  TUANKU  YDP AGONG  MEMBANTU  BELIAU  MENGHADAPI  PARLIMEN; INILAH SEBAIK -  BAIK  GELANGGANG  TEMPAT  RAKYAT BERSUARA.

21.  Menjadi TANGGUNGJAWAB Ahli-Ahli Parlimen MENGKAJI dan MENYOAL SETIAP perkataan dan angka yang dikemukakan oleh Kerajaan.

22. YDP  Agong  boleh  memberi nasihat  tapi  tak boleh  MEMAKSA; Parlimen  BUKAN 'rubber stamp' yang  boleh diarah.

23. RAKYAT  PERLUKAN  TALIAN  HAYAT   BUKAN  DARURAT.

24.  Mereka MESTI TAHU dari mana sumber kewangan yang diperolehi dan bagaimana kewangan negara dibelanjakan, maka SELEPAS itu barulah mereka membuat keputusan - MENYOKONG atau MENOLAK - jika majoriti tolak ia bermakna Kerajaan HILANG SOKONGAN, maka KENA letak jawatan.

25. Ketika itu Muhyiddin TIDAK LAGI BOLEH bersembunyi seperti kanak-kanak bersembunyi di dalam kain.

Sila  kongsikan pandangan saya ini untuk generasi semasa dan akan datang.

Terima Kasih
Wassalam.

Monday, 19 October 2020

MUHYIDDIN UMPAMA BUAH DURIAN YANG PASTI JATUH

MUHYIDDIN  UMPAMA  BUAH  DURIAN  YANG  PASTI  JATUH

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 20/10/20
( 1 -  27 )


1.   Umpama buah durian yang hanya menunggu masa untuk gugur, ia tak perlu lagi  dijolok, hanya menunggu angin sepoi meniupnya.

2.   Apabila dia jatuh, yang lain pun akan ikut sama; maka bolehlah dijual di kaki-kaki lima  untuk dimakan -  Insha Allah  itulah yang AKAN  berlaku  kepada Muhyiddin dan   pengampu - pengampu beliau dalam masa terdekat ini.

3.   Itulah balasan tunai  ALLAH  SWT  kepada PENGKHIANAT - PENGKHIANAT  yang sanggup menggigit tangan yang pernah menyuap makanan kepada mereka.

4.   Berdoalah  agar isu  NIKA  GEE, SEMBURIT  dan  FITNAH  yang melibatkan  isteri kedua  tidak akan dikorek sehingga ke lubang cacing selepas ini.

5.   Tak boleh dibayangkan  setiap  malam  sebelum tidur  dan  setiap pagi,  mereka ini - Muhyiddin, Hamzah  dan Azmin dok terbayang  dan  berfikir  berapakah  jumlah sokongan atau undi  yang masih kekal  menyokong mereka atau jumlah yang dah lari.

6.  Apakah Muhyiddin boleh  dianggap seperti lukisan karikatur dibawah ini :

          🙈🙉🙊

BUTA , PEKAK , BISU

7.  Terdapat pepatah 

     'Umpama  Musang
      Berbulu  Ayam'

yang membawa maksud  orang  jahat  yang  berpura - pura  baik; tujuan  pepatah ini  memberi  kita AMARAN  supaya senantiasa  berhati - hati  dan  berwaspada terhadap  orang  sebegini agar :

      'Pisang Tidak
       Berbuah Dua Kali'

8.   Kini  beliau  sedang  bersembunyi di sebalik  WABAK  COVID 19  konongnya  dengan entah berapa kali  Perutusan Khas disampaikan  dan membaca  doa yang sama  yang  di diulang - ulang  di kaca  TV, beliau ini pemimpin yang  baik dan boleh dipercayai, itulah  mainan politik bagi menguatkan  kedudukannya.

9.   Apa pun yang  dilakukan  rakyat mula jemu dan hilang kepercayaan terhadap beliau.

10.   Mengikut Abu Hurairah RA , Rasullullah SAW  BERSABDA -  3 tanda atau ciri bagi  mengenali orang  MUNAFIK :

i.    Apabila Dia
      Bercakap Dia
      Bohong

ii.   Apabila Dia 
      Berjanji Dia
      Tidak Tepati

iii.  Apabila Dia
      Diberi Amanah
      Dia Khianati

11.  'Adat Melayu
        Pantang Khianat
        Orang Khianat
        DiMakan Kutuk
        Menurut Nafsu
        Datanglah
        Laknat
        Orang Laknat
        Matinya Teruk'

12.  ALLAH  SWT  bukan sahaja  BENCI  kepada orang yang besikap  MUNAFIK tapi  juga berjanji neraka jahanam bagi mereka yang MENYOKONG  atau  BERSEKONGKOL  dengannya.

13.   Dijelaskan lagi dalam  Surah Al Baqarah, muka surat 25, ayat 167  yang bermaksud :

   "Dan Bagi Orang - Orang Yang Mengikutinya Berkata Sekiranya DiBeri Kesempatan  ( kembali ke dunia ) Tentu Kami Tidak Akan Mengikuti Mereka; 

Mereka Tidak Akan Keluar Dari Neraka"

14.   Rakyat khususnya pengundi - pengundi pada Pilihanraya Umum  ( PRU ) yang lepas masih ingat janji beliau  bahawa beliau TIDAK  AKAN  KEMBALI  LAGI  BERSAMA  UMNO kerana  UMNO  adalah parti PEROMPAK  dan PAS pula kononnya parti yang memperjuangkan Islam tapi MENYOKONG  PEROMPAK - Islam jenis apa ini? soal beliau.

    " NO  WAY " !!!

itulah janji dan teriakan Muhyiddin  yang disambut dengan tepukan gemuruh oleh mereka yang membanjiri ceramah beliau.

15.  Tak sampai 2 tahun sahaja, dek gilakan kuasa segala CAKAP, JANJI  dan AMANAH  yang diberi rakyat telah disia - siakan.

16.   Terserahlah kepada pembaca  membuat perhitungan sama ada Muhyiddin  MENEPATI ciri - ciri  seperti orang MUNAFIK  yang telah diSabdakan Rasullulah SAW atau sebaliknya.

17.   Covid-19 yang melanda negara kita BERPUNCA    dari Pilihanraya Negeri Sabah; perkara ini telah diakui oleh beliau sendiri.

18.  Pilihanraya Negeri TERPAKSA  diadakan ekoran  mainan politik kotor Muhyiddin yang mahu menggantikan Shafie Apdal  dengan Musa Aman.

19.   Umum semua tahu Muhyiddin telah menghantar Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri merangkap Setiausaha Agung BERSATU  dan Nardin  Awang , Setiausaha Politiknya sendiri untuk MENDESAK  TYT  mengikut telunjuk mereka, namun ditolak dan atas cadangan Shafie, Dewan Negeri pun dibubarkan.

20.  Pemimpin -  pemimpin UMNO yang dipimpin oleh Zahid Hamidi  adalah merupakan PONDAN  TUA  yang sanggup dipermainkan oleh Muhyiddin.

21.  BERSATU yang HANYA punyai 6 Kerusi  BOLEH MEMPERDAYA  UMNO  yang punyai  39 Kerusi sehingga sanggup bersetuju Muhyiddin diketengahkan walaupun asalnya BERSATU Muhyiddin hanya diwakili 6 Ahli Parlimen  SEBELUM  Pengkhianat UMNO  dan PKR  melompat ke kolam  BERSATU  seperti katak.

22.  Yang terbaharu apabila UMNO  sanggup 
MENGALAH  memberi jawatan Ketua Menteri Sabah kepada BERSATU sedangkan UMNO  mendapat sokongan lebih daripada BERSATU.

23.  Sepatutnya dengan jumlah Menteri dan Timbalan yang terbesar di dunia dan hampir kesemua Ahli - Ahli Parlimen telah  digula - gulakan dengan jawatan GLC namun sokongan terhadap beliau di Parlimen terus berkurangan BUKAN  bertambah; nyawa beliau senantiasa dihantui oleh  ketidakstabilan sebagai seorang pemimpin.

24.  ANDA  SUDAH  GAGAL  atau dalam bahasa Inggerisnya, YOU  ARE  A FAILURE.

25.   Bagi MEMUDAHKAN  tugas   Duli Yang Di Pertuan  Agong dan bagi MEMBUKTIKAN  anda bukan jenis makhluk yang hanya mementingkan diri dari rakyat dan jika  masih BERMARUAH  maka disarankan  adalah  lebih baik MELETAK JAWATAN  sebelum dicampak keluar.

26.   YOU  ARE  FIGHTING  A  LOSING  BATTLE.

27.  Semoga tulisan saya ini dapat dibaca oleh semua termasuk Muhyiddin dan konco - konconya.

Wassalam
Terima Kasih.

BANDUANBANDUAN TERHORMAT ?Tamrin Tun GhafarSabtu - 01/12/24( 1 - 14 )1. Puas saya mencari dalam mana - mana kamus termasuk kamus Dewan Bahasa makna dan maksud 'BANDUAN TERHORMAT' tetapi gagal2. Belum ada dalam sejarah istilah ini di gunakan dalam dunia termasuk di Negara - Negara miskin samada di Benua Afrika dan Negara - Negara di Amerika Selatan apatah lagi Negara Maju3. Hanya di Malaysia sahaja istilah ini di perkenalkan oleh seorang banduan yang kini dengan sokongan Parti - Parti lain. termasuk DAP , sebuah Parti TERBESAR dalam..gabungan Pakatan Harapan atau PH membolehkan beliau di lantik sebagai Perdana Menteri ke 10 , jawatan yang di idam - idamkan sekian lama4. SUDAH TERLALU LAMA saya MENUNGGU seperti : MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA namun Anwar MASIH TAK BERANI bertindak BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH5. Ada yang mengingatkan dan ada juga bosan dengan tuduhan LIWAT itu 6. Sebagai orang Islam saya juga tahu hukuman terhadap pemfitnah dan kepada yang bosan itu , NASIHATKAN lah Anwar MENYAMAN MALU terhadap saya di Mahkamah , dan JANGAN MENANGGUHKAN PERBICARAN itu seperti kes tuduhan Tun Dr. Mahathir yang mencabar beliau menunjukan bukti 6 kotak bukti berhubung konon nya Tun sakau duit Negara berbillion ringgit7. Pada MULA nya Anwar yang MINTA PENANGGUHAN dan kini sudah hampir setahun Anwar masih GAGAL berbuat demikian tapi maseh bercakap berkenaan nya dengan tidak menyebut nama orang yang di maksudkan8. Harap tidak ada usaha dari sesiapa yang MENEMUI dadah dan Pistol dalam kereta saya seperti yang berlaku pada Yusuf Rawther dan TAK PERLU gunakan Polis dan MCMC merampas fon bimbit saya seperti yang berlaku kepada Chegu Bad , Papagomo , Naim Brandage dan ramai lagi yang AMAT menyampah kepada Anwar9. Dulu saya katakan Mahiaddin gagal , begitu juga Ismail Sabri lemah sebagai Perdana Menteri10. Baru - baru ini BERSIH memberi Grad D dan Parti BERSATU pula memberi Grad F kepada Anwar dan Kerajaan beliau11. ANWAR , SEORANG PEMBOHONG YANG SUKA BERJANJI TAPI TIDAK MENUNAIKAN JANJI - JANJI TERSEBUT , MAKA SAYA SIFATKAN BELIAU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG 'MUNAFIK' SELAIN DARI BAPA PEMBOHONG No. 1 NEGARA12. Kegemaran Anwar ialah LIWAT , LIWAT dan LIWAT13. SAYA MENUNGGU TINDAKAN SAMAN MALU BELIAU DI MAHKAMAH JIKA SEKIRA NYA SAYA MEMFITNAH14. Pepatah Cina ada mengatakan : NANG BO TI NANG KUI BO TI KUI bermaksud Orang Bukan Hantu Pun BukanWassalamTerima KasihTERHORMAT