Sunday, 24 October 2021

SULTAN JOHOR - SEJARAH DAN FAKTA

SULTAN JOHOR - 
SEJARAH  DAN  FAKTA


Tamrin Tun Ghafar 

Isnin.- 25/10/2021
( 1 - 17 )


1.  Sejarah , samada baik atau sebaliknya adalah fakta yang tidak boleh dipinda apatah lagi disembunyi atau dipadamkan  kerana apa yang telah berlaku dan dilakukan sekarang lambat laun pasti akan TERSERLAH akhirnya 

WE  CANNOT  CHANGE  THE CLOCK BACK 

THE TRUTH
WILL PREVAIL 

2.   Sebagai contoh , walaupun berlaku kira - kira 320 tahun dahulu , dan berbagai usaha dilakukan bagi 'menghalalkan' perbuatan zalim Sultan Mahmud namun ia tetap menjadi bualan sehingga kehari ini 

3.  Begitu juga peristiwa sedih bagaimana Sultan Mahmud , bapa Sultan Johor sekarang  bertindak  GANAS  DAN  SESUKA  HATI  membunuh beberapa orang awam 

4.  Pada 30hb November 1992 , Douglas Gomez , seorang jurulatih pasukan hokey telah dibelasah dengan teruk oleh Sultan Mahmud di Istana beliau di Johor Bahru 

5.  Ekoran peristiwa kezaliman itu , bagi MENYELAMATKAN  nyawa orang awam  dan PADA  MASA  SAMA  bagi menyelamatkan Institusi Raja ,   Kerajaan yang dipimpin oleh Dr. Mahathir ketika itu  TIDAK  ADA  PILIHAN  melainkan TERPAKSA meminda Perlembagaan - apakah tindakan Dr. Mahathir  itu salah ?  ; sepatutnya rakyat dan Raja - Raja BERTERIMA  KASIH  kepada Tun 

6.   Pada 10hb Disember 1992 ayah saya , Encik Abdul Ghafar Baba  - Tun  ( Al-fatihah )  mengemukakan usul  didalam Parlimen bagi membolehkan mana - mana Raja atau  Sultan yang  MELANGGAR  Perlembagaan dan Undang - Undang BOLEH  di heret ke Mahkamah Khas ,  dan jika didapati  bersalah  HUKUMAN nya sama seperti orang awam jua , didenda , dipenjara atau pun digantung sampai mati JIKA  membunuh ; rakyat mungkin  bertindak liar  terhadap Raja - Raja  dan keluarga TANPA  PEDULI  undang - undang  jika Perlembagaan  tidak dipinda 

7.  Perangai buruk itu diikuti oleh TMJ yang ketika itu bergelar  Raja Muda Johor , apabila MEMBELASAH  dengan teruk Tengku Nadzimuddin Tengku Mudzaffar , cucu kepada Tuanku Jaafar , Negeri Sembilan ( Alfatehah ) 

8.  Walaupun 10 lapuran polis dan juga kepada Peguam Negara dibuat  tapi MALANGNYA  Polis dan Peguam Negara ketika itu menggambil  sikap 'berat sebelah' 

9.  Kini umum tertanya - tanya apakah Sultan Johor  tidak membuat kajian dan baca sejarah atau buat 'home work' SEBELUM  membuat komen berhubung PULAU BATU  PUTEH yang lebih dikenali oleh masyarakat antarabangsa dengan nama Portugese , PEDRA  BRANCA 

10.  Adalah lebih baik Sultan  berdiam diri atau 'Silence Is Golden' dari bak kata pepatah : 

  JANGAN  SUKA
  MENUDING JARI 

tambah pula ada niat mencari kesalahan orang lain  SEDANGKAN  lupa kesalahan dan kelemahan sendiri walaupun dilakukan oleh keturunan kita dahulu 

11.   Jika  cerita Pulau Batu Puteh  boleh di buka semula seperti 'mengeluarkan mayat dari kubur' , maka elok juga peristiwa - peristiwa lama pun di bincang semula 

12.  Ada 3 KESALAHAN  BESAR  yang dilakukan oleh Sultan Ibrahim Abu Bakar , moyang kepada Sultan Ibrahim , Johor sekarang : 

A. i. Mempengaruh Raja - Raja Melayu yang lain bersetuju dengan rancangan penjajah British mengujudkan Pemerintahan  British  melalui Malayan Union - dengan cara ini British AKAN TERUS  BERKUASA memerintah Tanah Melayu 

ii. Jika berjaya diteruskan  Tanah Melayu mungkin terus dijajah , dan  seorang Governor General British akan dilantik , maka tidak ada lagi Agong ; Raja - Raja Melayu pula hanya menjaga hal ehwal Agama Islam seperti Mufti dan melapur terus kepada Governor General British 

B.  Pada 21hb September 1953 , mengarahkan  Datuk Mohd Seth Saaid , Setiausaha Kerajaan Negeri Johor MEMAKLUMKAN kepada Setiausaha Jajahan atau The Colonial Secretary ,  Singapura bahawa Kerajaan Johor TIDAK menuntut  HAK  atau pun THE JOHOR GOVERNMENT DOES  NOT CLAIM  THE OWNERSHIP of Pedra Branca 

C.  Mengarahkan Pemangku Menteri Besar merangkap Setiausaha Kerajaan Johor  MENGGAGALKAN  Rundingan Kemerdekaan yang di ketuai Tengku di Kota London 

13. Raja - Raja Melayu yang ada  SEKARANG   PERLU  TAHU DAN BERTERIMA KASIH kepada rakyat kerana tanpa bantahan orang Melayu dan tanpa peranan yang di lakukan oleh  7 orang  WIRA MUAR  ketika itu  mungkin hari ini  tidak ada Raja - Raja lagi , justeru  rakyat PERLU  dihormati selalu  tambah pula TIADA  RAKYAT  TIADA  RAJA 

14.    Rakyat tidak membantah  penubuhan Jawatanhuasa Menyiasat Isu Pulau Batu Puteh  NAMUN  rata - rata  lebih senang jika dibentuk terus Royal Commission of Inquiry  ( RCI ) kerana ini AKAN  LEBIH  TULUS  DAN  TERBUKA dimana  tertuduh , Tun Dr. Mahathir  diberi peluang  menjawab SEMUA pertuduhan berkaitan isu tersebut 

15.  Oleh kerana isu Pulau Batu Putih  ditimbulkan semula seperti  'mayat di gali semula'  dari kubur maka rakyat  sedang menuntun sejauh mana Ismail Sabri Yaakob BERANI  BERTINDAK menubuhkan satu lagi Jawatankuasa Menyiasat atau RCI , atau beliau HANYA  seperti kerbau di cucuk hidung 

16.  Jika Kerajaan boleh menyiasat isu  Pulau Batu Puteh yang telah berlalu atas alasan 'MARUAH  NEGARA'  maka Kabinet juga harus bertindak adil menyiasat  SECARA  MENYELURUH perkara -  perkara berikut yang sering  dibangkit dan  menjadi perbualan  rakyat  kebelakagan  ini ; mereka mahu jawapan sebenar , BUKAN  'menyapu sampah dibawah permaidani'  atau 'do not sweep under the carpet' : 

i.  Bagaimana Singapura yang disatu ketika dahulu  HAK  Johor  , tapi  kini sudah  menjadi negara asing - siapa yang BERTANGGUNG  JAWAB ? 

ii.  Siapa yang mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor MELEPASKAN  Pulau Batu Puteh ke penjajah British 

iii.  Apakah benar Sultan Ibrahim PERNAH  MENGARAHKAN   Datuk Md Seth  MENGGAGALKAN   Rundingan Merdeka 

iv.  Siapa yang MENJUAL  ribuan ton pasir ke Singapura sehingga  sempadan negara tersebut menghampiri  Johor 

v.  Sanggupkah Pulau Kukup  DIPULANGKAN  semula kepada Kerajaan Johor setelah ianya dijadikan  'Tanah Sultan' atau 'Sultanate Land' 

vi.  Mengapa Sultan bersungguh - sungguh  mahukan  'Permenant Resident Status ' atau 'Malaysia As A Second Home' diberi kepada semua pembeli hartanah di Forest City 

vii.  Siasatan juga perlu dilakukan keatas projek melombong emas dan lain - lain logam di Tenggaroh - sebuah usahasama diantara Sultan Johor dengan sebuah syarikat awam Singapura atau  Public Listed Company , Southern Alliance Mining Limited dimana Sultan diberi saham percuma 15% dan TELAH  menerima 3juta sebagai pembayaran awal 

viii.  Siasatan juga PERLU dilakukan keatas syarikat Aras Kuasa  Sdn Bhd 

ix.  Rakyat juga BERHAK  TAHU  samada cukai beratus buah kereta kepunyaan  Sultan dan TMJ  telah  dibayar seperti rakyat biasa 

x.  Oleh kerana rakyat inginkan kepastian maka elok juga Jawatankuasa yang saya cadangkan ini siasat samada Sultan Johor sekarang benar - benar berketurunan Raja /Sultan Ali atau keturunan Temenggong Abdul Rahman yang bukan keturunan Raja tapi telah berpakat dengan penjajah British 

17.   JANGAN  
        CUBA 
        JOLOK
        SARANG
        TEBUAN 

            dan 

        JANGAN 
        HANYA
        NAMPAK
        KUMAN
        DI SEBERANG
        LAUTAN
        SEDANGKAN
        GAJAH
        DI DEPAN
        MATA
        BUAT - BUAT
        TAK NAMPAK 

              dan 

        JANGAN
        BALING 
        BATU
        DI RUMAH
        KACA 

Terserah kepada Ismail Sabri dan  Kabinet nya samada  BERANI  menubuhkan Jawatankuasa Khas  tersebut ; rakyat khasnya pengundi - pengundi di Melaka  PASTI  akan membuat penilian mereka 

Wassalam
Terima Kasih

Sunday, 10 October 2021

ISLAM HALALKANRASUAH ?HADI MERAPU LAGI

ISLAM  HALALKAN
RASUAH  ?
HADI  MERAPU  LAGI 

Tamrin Tun Ghafar 

Ahad - 10/10/2021
( 1 - 24 )


1.   Jika apa yang diperkatakan Hadi itu benar ,  "Islam Membenarkan Rasuah" ,  maka benarlah  kata  bekas Perdana Menteri yang GAGAL bahawa  PAS  bukan lagi  Parti Islam SeMalaysia tapi PAS  sudah  jadi Parti Ajaran Sesat 

2.  'BERTAUBAT   LAH   SEBELUM  TERLAMBAT'  

3.  Oleh kerana  gambaran yang diberikan seolah - olah  Hadi lah Pemimpin Agung Islam namun kini sejak memimpin PAS ,  Islam  dinegara ini tercemar , dimomok dan di ejek oleh bukan Islam - lagi pun mereka pun  tahu ketika memperkenal dan mengembangkan Islam dahulu , Rasullulah  TIDAK  PUN menggunakan  Parti Islam bagi tujuan tersebut 

4.   Mereka faham dan hormat  Islam yang dibawa  oleh  Nabi Besar kita  namun  pada mereka  Islam  yang dipimpin Hadi tak ubah seperti seekor  SESUMPAH  yang  bertukar warna  mengikut kesusaian dan keperluan semasa 

5.   Mengikut Hashim Jasin , Mursyidul Am PAS , Hadi KERAP berjumpa  Rasulullah dalam mimpi  BAGI  MENDAPAT  ARAHAN  menjelang Piliharaya Umum yang lepas tetapi selepas Pilihanraya tersebut isu ini TIDAK lagi timbul 

6.  Memang benar apa yang dikatakan 

     IKAN  ITU
     BUSUK
     BERMULA DARI
     KEPALA NYA 

namun dalam hal ini kita tidak perlu salahkan pengikut - pengikut yang maseh percaya dengan beliau 

7.  Ahli - ahli PAS  telah di TARBIAHKAN  dari awal lagi  agar  'WALAK'  atau  akur dan taat kepada Ulil Amri  atau  pemimpin mereka  TANPA  dibenarkan  menyoal ; dalam  bahasa mudah yang senang difahami mereka ini : 

   LURUS  BENDUL 

Saya kesian melihat mereka tak ubah seperti : 

       LEMBU 
       CUCUK
       HIDUNG 

kadang - kadang saya lihat mereka  seperti  : 

     KATAK  BAWAH
       TEMPURUNG 

mereka  TERKONGKONG ,  ibarat  orang  Semenda : 

       DI PANGGIL
       DIA  DATANG
       DI SURUH
       DIA  PERGI 

8.   Mereka TIDAK  DI PERJELASKAN  apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'Taat Kepada Ulil Amri' atau  Pemimpin ; yang mereka diajar ,  sesiapa yang  tidak patuh  pada pemimpin dan Parti   pasti  TIDAK  AKAN  DAPAT  CIUM  PINTU SYURGA 

9.   'Ulil Amri atau Pemimpin' yang dimaksudkan ialah mereka yang  BERSIH  DAN  PATUH  kepada  SEMUA  perintah ALLAH  SWT , bukan bersembunyi di sebalik rekaan 'Fatwa atau Dalil'  'POLITIK MATANG' , bagi menangguhkan pelaksanaan  dan sebagainya 

10.  Hadi dan pemimpin - pemimpin  PAS  lain JANGAN   BERDOLAK DALIH  konongnya belum punyai kuasa penuh untuk melaksanakan apa yang diperjuangkan  sejak penubuhan nya dalam tahun 1951 

11.  SEBENARNYA HADI  MASEH  MENGIDAM JAWATAN  PERDANA  MENTERI 

12.  Cara nya  MUDAH ; bekerjasama dengan musuh utamanya , UMNO  melalui  Muafakat Nasional ( MN )  dan  dengan BERSATU   melalui Pakatan Nasional ( PN ) dengan harapan kedua - dua Parti Melayu itu AKAN  MENYOKONG   semua calon - calon PAS  ; sebaliknya PAS  akan 'chaketing' atau 'sabotaj'  calon - calon  UMNO  dan BERSATU , jestru  PAS  AKAN  DAPAT  Kerusi Parlimen terbanyak , maka Hadi akan ditabalkan sebagai Perdana Menteri 

13.  Kalau dahulu Idris Ahmad , Naib Presiden PAS  pernah memberi  jaminan PAS  hanya perlu 5 hari sahaja  BUKAN 5 tahun  untuk membuat  perubahan , kini  setelah di lantik sebagai  Menteri bertanggong jawab  Hal Ehwal  Agama Islam , dan dibantu  oleh Timbalan  Menteri dari parti yang sama ,  ALLAH  SWT  sedang MELIHAT  samada apa yang diperjuankan akan dilaksanakan 

14.  Selain dari jawatan - jawatan Pengurusi GLC  untuk 12 orang Ahli Parlimen mereka , Hadi pula dilantik sebagai Duta Khas ke Timur Tengah BERTARAF  Menteri yang  TIDAK  DI  TERIMA  oleh sebahagian besar negara - negara Islam di sana 

15.  Kalau dulu mereka  MENYALAK  kerana Kerajaan TIDAK melulus dan  melaksanakan Hukum Hudud atau RUU 355  , TIDAK  menutup kilang arak dan TIDAK  mengharamkan kedai - kedai judi TERMASUK  menutup Kasino Genting , kalau dulu mereka menuntut semua permaguri  tutup aurat dan kalau dulu mereka 'champion' kes Adib tapi kini mereka SENYAP seribu bahasa , tak ubah seperti : 

     TIKUS  JATUH
     KE  BERAS 

16.  Mereka BISU  apabila  Kerajaan umum  kes  Adib di tutup , begitu juga cabutan judi di naikkan semula dari 8 kali setahun ke 22 kali setahun ; sedangkan  Kerajaan PH bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir melalui Menteri Kewangan dari Parti 'Komunis' DAP Lim Guan Eng yang MENGURANGKAN jumlah cabutan judi tersebut - didalm isu ini siapa yang lebih Islam , Komunis DAP  atau Islam PAS ? 

17.  Jika seorang Menteri MCA pun boleh bertindak tegas bagi masyarakat Cina inikan pula 18 Ahli Parlimen PAS - apakah mereka ini sememangnya  BODOH  atau BUTA   dan  TAK TAHU menggunakan KUASA  yang di beri  ALLAH  SWT 

SURAH AL - SAFFAT
Mukasurat  447
Ayat   28 

Seseungguhnya pengikut - pengikut mereka berkata kepada pemimpin mereka "Kamulah yang datang kepada kami dengan membawa tipu muslihat yang memikat hati" 

18.  SURAH IBRAHIM 

Mukasurat 258
Ayat 21 

"Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut - pengikutmu , maka dapatkah kamu menghindarkan kami daripada azab ALLAH   ( walaupun ) sedikit sahaja ? "
"Mereka menjawab " Sekiranya  ALLAH memberi petunjuk kepada kami , nescaya kami memberi petunjuk kepadamu .  Sama sahaja bagi kita .  Kita tidak mempunyi tempat untuk melarikan diri" 

19.  SURAH  AL - ANAM 

Mukasurat 136
Ayat 70 

Tinggalkanlah orang - orang yang memjadikan agamnya sebagai permainan dan gurua senda , dan mereka telah tertipu oleh kehidupan dunia .  Peringatkanlah  mereka dengan  al- Quran agar setiap orang tidak terjurumus kedalam neraka kerana perbuatan nya sendiri 

20.   Mulai sekarang  rakyat  TIDAK PERLU  LAGI  KRITIK   kalau pemimpin atau pegawai kerajaan melakukan rasuah kerana  mengikut Hadi dan PAS , Islam menghalalkan perbuatan terkutuk itu 

21.  HADI  BUKAN  TOK GURU NIK AZIZ  ATAU  FADZIL  NOOR -  SEBAHAGIAN   PEMIMPIN  PAS  KINI  HANYA  PENTINGKAN JAWATAN  DAN  KEBENDAAN  DUNIA 

22.   Dengan sikap  Hadi ,  Menteri ,  Timbalan Menteri  dan  Ahli - Ahli Parlimen  PAS  yang lain  maka TIDAK  MUSTAHIL  mereka juga akan menerima tawaran untuk jawatan  sama  jika pun  tawaran tersebut datangnya dari Anwar Ibrahim , Mat Sabu  mahupun dari Lim Guan Eng ;   Hadi  AKAN  keluarkan  Fatwa atau  Dalil  baru bagi MENGHALALKAN  tindakan  tersebut 

23.  Yang  MENJADI  PERSOALAN  PENTING   mengapa Agong sebagai Ketua Agama Islam , Raja - Raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri , Majlis Fatwa dan Mufti - Mufti BERDIAM  DIRI ,  TIDAK  ada sepatah tegurun dan sebarang tindakan oleh pehak berkuasa pun  di ambil terhadap mereka yang menyalahguna dan memutarbelit  Al Quraan dan Hadith sehingga membuatkan rakyat khasnya umat Islam 'CONFUSED' 

24.  Apakah Agong dan Raja - Raja sudah lupa atau tutup telinga dan mulut  SUMPAH yang dilafaskan  mereka  dulu ? 

Wassalam
Terima Kasih

Tuesday, 21 September 2021

APAKAH MERDEKA ATAU RASUAH YANG DI PERJUANGKAN ?

APAKAH  MERDEKA  ATAU  RASUAH  YANG  DI PERJUANGKAN  ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Rabu - 22/09/2021
( 1 - 28 )


1.    " Saya JANGKA  pada tahun 2020 , dan mungkin awal lagi orang Melayu akan tolak UMNO ; ini kerana masa itu pemimpin - pemimpin  UMNO  hanya berjuang untuk diri , bukan lagi untuk rakyat ; mereka berebut kuasa  dan  jawatan untuk kayakan diri dan keluarga "  -  itu lah  AMARAN  AWAL  Dr. Mahathir  agar pemimpin - pemimin UMNO  disemua peringkat  MENGHAPUSKAN amalan rasuah dikalangan mereka 

2.   Jangkaan  Dr. Mahathir yang disuarakan dihadapan  ahli - ahli  UMNO kira - kira  20 tahun SEBELUM  Pilihanraya Umum 2018  TELAH  MENJADI  KENYATAAN 

3.   Buat pertama kali sejak Pilihanraya Umum pertama diadakan iaitu pada 27hb Julai 1955  orang Melayu  MENOLAK   UMNO / BN ; ini kerana sifat dan sikap Pemimpin UMNO  yang SOMBONG , TAMAK   DAN  TIDAK PEDULI  PERASAAN  RAKYAT , mereka berlagu  seperti  'DUNIA  INI  ANA  YANG  PUNYA' , di tambah pula ketika itu  'CASH  IS  KING ' 

4.  SEJARAH  HITAM  tersebut berlaku pada hari Rabu 9hb Mei 2018 

5.  BUKAN  MUDAH  ibu bapa dan nenek moyang kita berjuang bagi membebaskan Tanahair dan Bangsa dari cengkaman Penjajah 'Orang Putih'  Inggeris , dan   BUKAN SENANG  Penjajah nak  MELEPASKAN  negara yang dijajah 

6.  Landskap  politik negara  berubah apabila munculnya Sir Harold MacMichael bagi mendapat persetujuan Raja - Raja Melayu rancangan Kerajaan Inggeris membentuk MALAYAN  UNION 

7.  Tanpa membuang masa dan tanpa berunding ,  Sultan Ibrahim Abu Bakar  adalah Sultan pertama yang menurunkan tandatangan BERSETUJU  dengan rancangan jahat itu 

8.  Raja - Raja Melayu yang lain dipujuk rayu oleh Sultan Johor itu ,  dan pada masa sama  MacMichael MENGUGUT jika mana - mana  Raja tidak bersetuju , kedudukan atau jawatan  mereka akan DIGANTI  oleh orang lain sebagai Raja atau Sultan 

9.   MUNGKIN  TAKUT  hilang kedudukan ,  mereka  akhirnya turut  BERSETUJU 

10.  Sementara itu rakyat khususnya orang Melayu MEMBERONTAK ,  MENOLAK penubuhan MALAYAN  UNION 

11.   Pada masa sama sekumpulan Tujuh Orang Muar , Johor  yang berpengaruh   melancarkan gerakan yang sama 

12.  Kumpulan itu diketuai oleh Datuk Abdul Rahman Yassin  ( TIDAK  ADA talian darah dengan Mahiaddin Yasin ) , seorang Hakim ; beliau ialah bapa kepada Tun Dr. Ismail dan datuk kepada Taufik Tun Ismail , mantan Ahli Parlimen Benut dan moyang kepada Tariq , anggota Parti  PEJUANG 

13.  Datuk Hassan Yunus  yang pada masa itu Mufti Besar Johor yang mewakili Gerakan tersebut  telah  BERJAYA menyakinkan Sultan MENARIK BALIK  sokongan yang beliau berikan kepada  Inggeris  dan Raja - Raja Melayu  yang lain IKUT sahaja 

14.  Walaupun dari Negeri yang sama tapi Datuk Abdul Rahman dan rakan - rakan ialah  WIRA RAKYAT  DAN  NEGARA  yang tak didendang  sedangkan Mahiaddin pula ialah PEROMPAK  dan  PERAMPAS  KUASA  yang di agung - agungkan oleh mereka yang disogoknya melalui 'SCHEME OF THINGS' 

15.  Orang Melayu TOLAK  Malayan Union atas 3 sebab : 

i.   Tidak sanggup bertuankan Penjajah  lagi 

ii.  Tidak sanggup melihat Raja - Raja Melayu  DI HINA dengan  MENURUNKAN  kedudukan mereka dari Raja ke taraf Mufti  dan mungkin bawah lagi iaitu Penghulu sahaja 

iii.  Kerajaan Inggeris akan melantilk orang nya  sebagai  Governor General bertindak sebagai  Ketua Negara  atau Agong 

16.  Pada awal 1956  , Datuk Seth Said ,  Pemangku Menteri Besar merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Johor telah diberi ARAHAN  oleh Sultan Ibrahim Johor agar dengan apa cara sekali pun Rundingan MERDEKA   yang diketuai oleh Tengku Abdul Rahman dengan Kerajaan Inggeris di Kota London ,  MESTI  DI TENTANG 

17.  Ketetapan  Inggris  ialah TIDAK  ada MERDEKA  jika terdapat salah seorang wakil Sultan  tidak bersetuju 

18.  Jika ketika itu Datuk Seth Said TIDAK  BELOT kepada Sultan Ibrahim maka sampai kehari ini mungkin kita masih di jajah dan diperintah Inggeris 

19.  Kedua - dua TINDAKAN Sultan Ibrahim Abu Bakar , moyang kepada Sultan Ibrahim sekarang  yang BERSETUJU  Malayan Union dilaksanakan  dan  TIDAK  mahu Merdeka ,  boleh dianggap sebagai PENGKHIANATAN   ATAU  PENDERHAKAAN  kepada rakyat dan Tanah  Melayu 

20.  Semasa Pindaan Perlembagaan dahulu , jika sekiranya Dr. Mahathir  TIDAK  MENENTANG  hasrat beberapa pihak , MUNGKIN keadaan hari ini berlainan 

21.  Tindakan orang Melayu MEMBERONTAK ,
dengan  bantuan Gerakan 7 orang WIRA  Muar ,  Keputusan Datuk Seth Said  MEMBELAKANG  arahan Sultan dan  PERANAN  Dr. Mahathir yang mahu mengekalkan Institusi Raja - Raja  Melayu  PERLU  di jadikan  bahan buku sejarah dan dibaca oleh setiap pelajar dan setiap insan yang cintakan negara ; begitu juga perananan Tok Janggut , Tok Bahaman , Mat Kilau dan ramai lagi WIRA  YANG  TIDAK  DI DENDANGKAN 

22.  64 tahun selepas Merdeka nampaknya Wakil - Wakil Rakyat yang rakyat pilih semasa Pilihanraya TIDAK  LAGI  peduli perasaan dan kepentingan rakyat 

23.   RASUAH ,  SALAHGUNA  KUASA  sudah menjadi darah daging umpama ; 

   ISI  DAN KUKU 

mereka TIDAK MALU dan TIDAK TAKUT undang - undang kerana dilindungi oleh pemimpin yang dahagakan sokongan 

24.  Tranparensi Antarabangsa  atau TI  meletakan Malaysia ditangga melebihi Indonesia dan beberapa negara Afrika dan Latin Amerika 

25.  Agensi - agensi seperti  SPRM dan polis tak ubah seperti : 

HARAPKAN PEGAR
PEGAR  
MAKAN PADI 

kes - kes yang melibatkan orang kenamaan atau yang punyai 'hubungan dengan si anu - si anu ditutup sahaja sedangkan yang mencuri se tin milo dan curi duit surau dan masjid dihukum penjara 

26.  Sedih rasanya apabila seorang geladangan iaitu mereka TERPAKSA  tidur dikaki - kali lima oleh kerana tak mampu bayar sewa bilik dihukum RM2,000 dan pencuri petai dihukum 2 bulan penjara  sedangkan PEMBERI  rasuah di denda RM1.5  juta dan  PENERIMA  rasuah  dibebaskan 

27.  TIDAK  nampak  Ismail Sabri  akan berusaha kearah PEMBERSIHAN  negara dari  penyakit  RASUAH  ini ;  yang rakyat nampak tak sampai seminggu pun masuk pejabat abang beliau dilantik sebagai Pengurusi NAFAS  Kebangsaan yang baru atas alasan "Abang Saya Pun Keluarga Malaysia" -  sudah saya katakan walaupun Mahiaddin tu bodoh tapi beliau CERDIK  sedikit dari Ismail Sabri 

28.  INI KAH  MERDEKA  YANG  KITA  BANGGAKAN ? 

Wassalam
Terima Kasih

Tuesday, 31 August 2021

JANGAN BUNUH ANGSA YANG BERTELUR EMAS

JANGAN  BUNUH  ANGSA  YANG  BERTELUR  EMAS 

Tamrin Tun Ghafar 

Selasa - 31/08/21
( 1 -  26 )


1.   Sepatutnya hari ini rakyat  menyambut  Hari Kebangsaan  kita ke 64  dengan perasaan  bangga , dan gembira 

2.  Jalur Gemilang yang sepatutnya berkibar di pelusuk tanahair  boleh dibilang dengan jari , sebaliknya rakyat menggunakan apa saja untuk dijadikan  Bendera Putih , tanda  memerlukan bantuan 

3.   Selain dari  COVID , perlantikan  Menteri dan Timbalan Menteri  AMAT MENGHAMPAKAN  HARAPAN  RAKYAT  terhadap  Perdana Menteri  yang baru ini 

4.  Serupa dengan Mahiaddin , Ismail Sabri  LEBIH  mengutamakan  diri dari rakyat ; peluang MENGUBAH  dari yang   KERAJAAN  GAGAL  terlepas begitu saja 

5.  Sepatut nya Ismail melantik muka - muka baru  yang lebih muda dan dinamik seperti Nurul Izzah , Rafizi Ramly , Syed Saddiq , Hannah Yeoh , Yeo Bee Yin , Azlina Othman Said  dan Mukhriz Mahathir , Ashraf Wajidi dan Fahmi Fadzil sebagai contoh  menggotai Kabinet , BUKAN  'KITAR   SEMULA'  muka lama  dan pada masa sama MEMBAWA  MASUK beberapa orang penyamun dan perompak -  SEBENAR NYA  rakyat  sudah  bosan dan jemu melihat wajah dan tingkah laku  ahli - ahli politik  yang tidak berakal , dan menjerit - jerit dalam Parlimen seperti ungka 

6.   Stesen - Stesen TV seolah - olah 'mengampu' ,  berlumba - lumba  menayangkan   berita yang telah diolah menggambarkan  'kegembiran' rakyat 'menerima' perlantikan  Kabinet sedangkan hakikat  sebenar  tidak sebegitu 

7.  Sebelum dipilih lagi , melalui petisyen tanda tangan , lebih 500,000 rakyat TELAH  MENOLAK  Ismail  sebagai pengganti ; ini TIDAK  PERNAH  BERLAKU  SEBELUM  INI 

8.  Sehingga kini perlantikan  Kabinet yang dikatakan 'Kitchen Kabinet' atau 'Kabinet Dapur'  yang di penuhi dengan 'Mangkok Plastik'  yang  di 'Kitar Semula'  maseh mendapat  tentangan hebat ,  dan mungkin berterusan 

9.  Jika dulu Mahiaddin disifatkan  sebagai PM  BODOH  dan GAGAL  kini sudah kedengaran cakap - cakap bahawa Mahiaddin walaupun BODOH  tapi cerdik sedikit dari Ismail 

10.  Jika Mat Maslan , Setiausaha Agong UMNO  tidak  di lantik atas alasan Klaster Mahkamah jika di bandingkan dengan Setiausaha Agong PAS  dan  BERSATU mengapa pula Timbalan Presiden UMNO  diketepikan  begitu sahaja ; bukankah beliau BOLEH  dilantik sebagai Senator bagi jawatan Menteri ? 

11.  Apakah Peja  , Timbalan Presiden BERSATU  dan mantan MB Perak  dan Tuan Ibrahim Tuan Man , Timbalan Presiden PAS  lebih berkeliber dari Mat Hassan yang juga pernah menjawat jawatan Menteri Besar ? 

12.  MCA  yang punyai 2 orang Ahli Parlimen  diberi 5 jawatan - seorang Menteri dan 4 Timbalan Menteri 

13.  Selepas ini orang Islam khusus nya  ahli - ahli  PAS  PASTI  seronok  apabila negara ini  akan bertukar kepada Negara Islam  yang SEBENAR  ; mengapa ? 

14.  Timbalan Presiden PAS , Naib Presiden dan Setiausaha Agong  bersama 5 orang Timbalan Menteri nya DIBERI  PELUANG  KEEMASAN  melaksanakan SEGALA  tututan ALLAH  SWT  seperti  yang termaktub dalam Perlembagaan Parti tersebut 

15.  Bak kata Idris Ahmad , Naib Presiden PAS , yang baru dilantik sebagai Menteri bertanggong jawab Hal Ehwal  Agama ; beri kuasa dalam tempoh  5 hari sahaja  bukan  5 tahun negara akan menjadi  Negara Islam dalam ertikata sebenar nya jestru Umat Islam dan.ahli - ahli PAS   akan melihat kedai dan kilang - kilang arak  , begitu juga segala kedai judi dan Pusat Judi Kasino Genting akan ditutup ; disko , kelab hiburan dan rumah - rumah urut dan  maksiat PASTI  AKAN  DI HAPUSKAN  dalam masa terdekat ini 

16.  PISAU  KINI  SUDAH  BERADA  DI TANGAN - jangan sia - siakan  perjuangan PAS  selama ini 

17.  Dengan jumlah 18 orang Ahli Dewan  , Ismail TERPASA  AKUR  KEHENDAK  PAS 

18.  Jika 18 Ahli PAS  termasuk 3 Menteri dan 5 Timbalan Menteri dan seorang Duta BERTARAF  Menteri maseh  'BERSILAT' dengan  fatwa ciptaan nya maka saya yakin bukan sahaja pengundi Islam bahkan Ahli - Ahli  PAS  sendiri TIDAK  akan menyokong Parti tersebut ; ketika itu bak kata Mahiaddin PAS. adalah  Parti Ajaran Sesat atau bak kata Mat Rempit PAS  ialah  Parti Angkut Sampah 

19.  Ismail pula HANYA punyai satu peluang jika mahu terus bertahan , dan menang Pilihanraya Umum ke 15 akan datang ;  'RESET'  atau kembalikan semula negara kelandasan asal 

20.   'RESET' adalah buah fikiran murni dan ikhlas dari seorang yang enggan nama nya di dedahkan 

21.   Cara negara BOLEH  di RESET ialah Ismail MENGGUNAPAKAI  cetusan pemikiran Tun Dr. Mahathir dan melantik Tun sebagai  Pengurusi MAJLIS  PEMULIHAN  NEGARA  atau  MPN yang bertindak secara ekesutif dan MELAPUR TERUS  segala aktiviti kepada Agong dan kepada Ismail sebagai  Perdana Menteri 

22.  Ini bermakna  sekurang - kurang nya setengah masalah Kabinet dan negara seperti COVID , Ekonomi , Pelajaran dan Sosial AKAN  dipertanggong jawabkan kepada  MPN ini - dalam kata mudah Ismail dan Kabinet  boleh lah menumpukan masa dan tenaga kepada masalah lain seperti politik dan lain - lain 

23.  Jika Germany dan Jepun , dua negara yang  HANCUR  ketika Perang Dunia ke11 boleh bangkit semula malah kini yang TEMAJU di dunia , mengapa Malaysia  tidak boleh KEMBALI  sebagai The Asian Tiger  SEMULA 

24.  AMAT  TIDAK  MASUK  AKAL  jika orang yang  terbukti GAGAL mengepalai MPN  ini ;  HANYA  PENCETUS  PEMIKIRAN  ini sahaja yang punyai ramuan yang boleh menyelamatkan negara , Tun Dr. Mahathir 

25.  JANGAN LAH  BUNUH  ANGSA  YANG BERTELUR  EMAS 

26.   Kepada Mahiaddin elok lah terus bermanja dengan Nika Gee yang kini sudah pun menjanda ; jika berani  HALALKAN sahaja perhubungan sulit yang pernah dilakukan  , kerana  TIDAK  SIAPA  LAGI  AMBIL  KESAH  terhadap beliau  yang  akan dikenang  dalam  sejarah negara sebagai Perdana  Menteri  BODOH  DAN GAGAL 


Wassalam
Terima Kasih

Monday, 23 August 2021

PECAT SAHAJA MAHIADDIN

PECAT SAHAJA
MAHIADDIN 

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 03/08/21
( 1 -  21  )


1.   DEMOKRASI TELAH MATI apabila  Parlimen di tutup

2.  Bermula pada Isnin 26hb Julai  apabila satu Persidangan Khas  yang di jadualkan Bersidang selama 5 hari  iaitu sehingga Isnin 2hb Ogos 2021

3.   Sekali lagi rakyat CUBA DI TIPU konon nya Kerajaan SUDAH PUN MEMBATALKAN Ordinan tersebut berkuatkuasa  mulai Rabu 21hb Julai lagi

4.  Alhamdulillah kita bersyukur dan berterima kasih kepada Agong yang telah MENAFIKAN   penipuan tersebut

5.  Kita sudah pun agak bahawa apabila Menteri Undang - Undang akan memberi jawapan di Parlimen pada Isnin 2hb Ogos  , ia sebenarnya  pasti tidak akan berlaku

6.  Tiba - tiba sahaja Noor Hisham   mengumumkan bangunan Parlimen terpaksa ditutup kerana konon nya 2 orang telah dijangkati virus COVID?

7.  Menteri Undang - Undang pula dimasukan ke Hospital Private di Bangsar atas sebab ATAU hanya alasan konon nya sakit jantung  sedangkan  beliau boleh dihantar ke IJN  atas 2 fakta :

   i.  IJN diwujudkan khuusus  bagi merawat pesakit jantung jestru SEMUA  doktor  disana adalah PAKAR  dalam bidang tersebut

   ii.   Menteri, Kakitangan Kerajaan dan pesara  tawaran di IJN  termasuk pembedahan dan ubat - ubatan  adalah  PERCUMA  tidak seperti di hospital private yang berbayar

8.  Oleh kerana Ahli - Ahli Parlimen DISEKAT maka mereka berhimpun di Dataran Merdeka meluahkan perasaan rakyat

9.  Entah Undang - Undang atau Akta mana yang diguna pakai oleh polis yang MEMBOLEHKAN mereka  bertindak menyekat  Ahli - Ahli Parlimen  menjalankam  tugas mereka

10.  Sama - samalah kita menonton 'drama' berikutnya sama ada polis mengambil tindakan susulan terhadap  kesemua Ahli - Ahli Parlimen yang berhimpun itu termasuk Tun Dr. Mahathir  atau  mereka akan menggambil tindakan  terhadap polis dan Kerajaan  ZALIM , PENIPU  DAN  GAGAL ini

11.  Peguam Negara yang BERKUASA dan bertindak   seperti :

LEMBU DI CUCUK
HIDUNG

bolehlah mengarahkan agar mereka semua dipenjara atau diberi denda  maksima seorang

12.  Oleh kerana didapati bersalah , maka  adik Peguam Negara  yang juga Speaker Dewan  Rakyat   bolehlah MENGHARAMKAN  mereka  sehingga Parlimen dibubar

13.  Bak kata pepatah :

ALANG  - ALANG
MENYELUK  
PEKASAN  BIARLAH
KE PANGKAL  LENGAN

maka TERLEPAS LAH Mahiaddin   DARI UNDI TAK PERCAYA, dan tak perlu  lagi ugut dan   belanja  'BELI  KATAK'

14.   Mereka tidak sedar seluruh dunia memerahati gelagat KERAJAAN GAGAL ini

15.  Rakyat khusnya pengundi TIDAK SABAR menunggu hari penngundian pada PRU ke 15 akan datang

16.  Secara rambang berani dinyatakan sekurang - kurang nya 85% pengundi AKAN TOLAK BERSATU dan PAS sedangkan UMNO pula jika terus bersekongkol dengan Kerajaan Gagal ini akan menerima nasib yang sams

17.  Ahli - Ahli Parlimen UMNO maseh percaya bahawa RAKYAT  BOLEH  TERUS   DI TIPU  dengan segala janji manis mereka KONONGNYA mereka adalah  PEJUANG rakyat  ; tanpa mereka  rakyat akan kebuluran

18.  Terus terang saya katakan RAKYAT BUKAN BODOH ;  mereka  kenal siapa mereka

19.  Kini Agong dan Raja - Raja Melayu    DIHINA oleh Kerajaan PN pimpinan  Mahiaddin ini

20.  Jika  Agong dan Raja - Raja berdiam  diri  maka :

NAIK  LAGI LAH
TOCHANG   
MAHIADDIN

persoalan berikutnya

SIAPA YANG  LEBIH  BERKUASA ,
MAHIADDIN  ATAU
RAJA - RAJA ?  atau dalam kata - kata lain bukan sahaja Parlimen dimatikan BAHKAN MUNGKIN Institusi Raja Berpelembagaan pun dimusnahkan

21.   PECAT saja Mahiaddin  dalam masa terdekat ini  jika Agong dan Raja - Raja  Melayu   berazam  MENYELAMAT KAN negara dan rakyat  dan pada masa sama MENYELAMATKAN   Institusi Raja Berpelembagaan


Wassalam
Terima Kasih

RAKYAT KALAHKAN UMNO MELALUI PILIHANRAYA , UMNO KALAHKAN. RAKYAT MELALUI RAJA

'RAKYAT    
KALAHKAN  UMNO
MELALUI  
PILIHANRAYA ,
UMNO  KALAHKAN
RAKYAT  MELALUI
RAJA' 

Tamrin Tun Ghafar 

Isnin - 23/08/2021
( 1 -  22 ) 

1.  Saya tertarik dengan hantaran tulisan  yang tersebar luas, justeru saya menggunakan nya sebagai tajuk artikel kali ini 

2.  Yang sebenarnya apa yang berlaku kini ialah sikap BODOH  DAN  TAMAK Mahiaddin yang TERLALU  GILA KAN KUASA hingga SANGGUP bersekongkol dengan UMNO dan PAS yang beliau sendiri KUTUK menjelang Pilihanraya Umum lalu 

3.   Sejarah PASTI  TERUKIR Mahiaddin PM  BODOH , TAMAK  DAN  GAGAL - itulah  LEGASI beliau 

4.  NASI  SUDAH
     JADI  BUBUR 

Hanya tahniah diucapkan kepada Ismail Sabri Yaakub atas perlantikan  beliau sebagai PM 9 

5.   Telah di nyatakan dengan begitu jelas sekali beberapa PERKARA yang TERMAKTUB  dalam Perlembagaan TERMASUK SUMPAH  AGONG YANG DI LAFAZKAN NYA dalam tulisan saya : 

'HORMATI  PERLEMBAGAAN - PULANGKAN  HAK  RAKYAT' 

Khamis
19hb Ogos 2021 

6.  Parlimen TIDAK PERNAH DI BUBARKAN maka pilihan rakyat melalui proses Pilihanraya yang berlangsung pada Rabu 9hb Mei 2018 MASEH TERPAKAI , jestru soal siapa menang dan siapa kalah TELAH PUN DI PUTUSKAN oleh rakyat ketika itu 

7.  Apakah setiap Wakil Rakyat yang diarah  memilih seorang diantara mereka sebagai Perdana Menteri baru dengan cara yang dilakukan baru - baru ini oleh Agong BERTEPATAN dengan Perlembagaan  ? 

8.  Mahkamah Agong PERLU membuat SEMAKAN DAN KEPUTUSAN MUKTAMAD samada Agong mempunyai kuasa atau sebaliknya sedangkan Parlimen TIDAK PERNAH DI BUBAR - yang dilakukan beliau ialah Mengisthiarkan Darurat dan Menggantung Parlimen BUKAN membatal atau membubar Parlimen 

9.  Berdasarkan suara akar umbi  yang diputuskan di Perhimpunan Agong UMNO  ( PAU ), maka Majlis Kerja Tertinggi ( MKT ) mengarahkan SEMUA sokongan terhadap Mahiaddin dan Kerajaan PN ditarik balik serta merta 

10.  Hanya 15 orang sahaja Ahli Parlimen UMNO yang akur dan menghormati  keputusan sebulat suara dan arahan tersebut sedangkan yang lain nya TERMASUK Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden UMNO TIDAK  AKUR DAN TIDAK MENGHORMATI suara akar umbi melalui PAU dan arahan MKT 

11.   Ahli - Ahli UMNO BERHAK menyoal mengapa Presiden mereka berdiam diri TIDAK MENGGAMBIL sebarang tindakan disiplin seperti MENGGANTUNG KEAHLIAN terhadap Ismail Sabri yang BERSAMA Kerajaan PN pimpinan Mahiaddin sehingga ke saat akhir dan mereka yang engkar, seolah - olah kaku seperti mayat yang terbujur 

12.    Jika Ahli - Ahli UMNO menghalalkan perbuatan mereka termasuk Presiden yang  hanya bertindak untuk kepentingan diri agar terselamat dari di penjarakan maka elok lah UMNO ini diharamkan saja atau rakyat menghukum mereka pada Pilihanraya Umum akan datang 

13. BUKANKAH Ismail Sabri juga melalui UMNO adalah sebahagian dari mereka yang MELANGGAR Perlembagaan apabila bersokongkol dengan RAMPASAN KUASA yang dilakukan Mahiaddin - mereka TELAH TIDAK MENGGAMBIL KIRA pilihan rakyat iaitu MENOLAK UMNO / BN  dan MENYOKONG PH 

14.  Belum lagi angkat sumpah jawatan , hampir 500,000 rakyat telah menolak beliau ; ini tindakan yang tak pernah berlaku 

15.  Semoga Ismail Sabri dapat menangkis tuduhan konon nya Mahiaddin walaupun  BODOH DAN GAGAL tapi  cerdik sedikit dari  beliau, lagi pun beliau pernah bersama Mahiaddin dalam Kerajaan PN sebagai Menteri dan kemudiannya sebagai Timbalan Perdana Menteri ; persoalan nya TAKKAN LAH   AGONG   MELANTIK  SEORANG  YANG  TERLIBAT  DENGAN KERAJAAN  GAGAL SEBAGAI  PENGGANTI  KEPADA  PERDANA MENTERI  YANG  GAGAL walaupun beliau mendapat sokongan amat tipis 

16.  Rakyat akan lihat sejauh mana 3 perkara pokok ini dapat dibenteras :
     
      i.  Samada beliau mampu mengujudkan  Kerajaan yang stabil dan isu COVID 

    ii.  Menyelesaikan masalah ekonomi rakyat  dan negara - penganguran, harga barang keperluan yang melambung naik dan jumlah hutang negara yang terlalu tinggi 

    iii.  Kemampuan beliau meletakan semula negara kita ke tahap yang di hormati oleh negara - negara asing  

17. Selain dari TAKUT KEPADA AZAB ALLAH SWT ada 2 perkara jika dilakukan BOLEH MEMBANTU Ismail Sabri  dalam mengendalikan Pentadbiran  yang akan disokong rakyat sehingga Pilihanraya Umum kelak  : 

   i. Menggunapakai Majlis Pemulihan Negara ( MPN ) yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir dengan kuasa ekesutif; penubuhan MPN MISTI DI RESTUI YDP AGONG dan MISTI BEBAS dari politik 

ii.  Menujudkan satu Badan Khas atau Suruhanjaya Khas yang bebas  dari campurtangan politik bagi memerangi  SEGALA BENTUK penyelewengan  kuasa dan amalan rasuah; Badan atau Suruhanjaya Khas Bebas ini juga MISTI di letakan dibawah kawalan YDP Agong dengan Anggota Kekal nya terdiri dari KP Audit Negara, KP SPRM , Ketua Polis Negara, Gobenor Bank Negara dan KP LHDN 

18.  Akhir sekali bagi menentukan Kerajaan beliau ini stabil seperti yang di harapkan oleh Raja - Raja Melayu, adalah dicadangkan  Ismail melantik KESEMUA 114 Ahli Parlimen  yang menyokong beliau sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dan sekurang - kurang nya 5 diantara mereka  dilantik  sebagai Timbalan Perdana Menteri : 

   i.  Sarawak
   ii.  Sabah
   iii. UMNO
   iv.  BERSATU
   v.   PAS 

Jika perlu lantik juga Ketua Pembangkang  sebagai Menteri , dan boleh mengadakan Mesyuarat Kabinet di Stadium Negara atau dimana - mana Hotel 5 Bintang yang punyai kemudahan  - lagi pun kan Negara kita masih kaya dan mampu 

19.  HANYA DI MALAYSIA  SAHAJA  BOLEH  BERLAKU : 

    Yang  Kalah
    Jadi 
    Kerajaan
    Yang  Menang
    Jadi  
    Pembangkang 

20.  JIKA PERLEMBAGAAN TIDAK LAGI DI HORMATI MAKA CAMPAKAN SAHAJA KE DALAM LAUT 

21.  JIKA KEHENDAK AHLI DI KETEPIKAN MAKA ELOK LAH UMNO ITU DI HARAMKAN 

22.  Yang lucunya : 

UMNO  JATUHKAN  
PM  BERSATU ,
BERSATU  PULA
NAIK KAN UMNO
SEBAGAI  PM  BARU 

Perlantikan itu pula menjadi ejekan dunia apabila ianya HANYA melalui WhatsApp, e-mail, pdf dan fon; belum pernah PM dipilih cara sebegini 

MALAYSIA  BOLEH


Wassalam
Terima Kasih

Friday, 20 August 2021

HORMATI PERLEMBAGAAN - PULANGKAN HAK RAKYAT

HORMATI  PERLEMBAGAAN - PULANGKAN  HAK  RAKYAT 

Tamrin Tun Ghafar 

Khamis - 19/08/21
( 1 -  24 ) 

1.   PERKARA  55 
      ( 3 ) dan ( 4 ) 

( 3 )  MELAINKAN  JIKA  DI BUBAR TERLEBIH  DAHULU , Parlimen HENDAK LAH BERJALAN    SELAMA  LIMA  TAHUN dari tarikh mesyuarat pertama nya dan selepas itu adalah terbubar 

( 4 )   APABILA  PARLIMEN  BUBAR SUATU  PILIHANRAYA  UMUM  'HENDAK LAH'  DI ADAKAN  dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia dibubar 

2.   MENGAPA  perkara pembubaran Parlimen dan Piliharaya Umum seperti yang tersebut di PERKARA  55 ( 3 )  dan  ( 4 )  BEGITU  MUSTAHAK sehingga dijadikan  sebahagian dari Perlembagaan Negara  ? 

3.   Ini MEMBUKTIKAN  RAKYAT LAH YANG  BERKUASA   namun kuasa itu di berikan kepada wakil - wakil mereka  yang digelar  WAKIL  RAKYAT yang bermusyarat dan membahas   semasa Sidang Parlimen di adakan 

4.  PERKARA  37  JADUAL KEEMPAT BAHAGIAN 1 

SUMPAH  BAGI  YANG  DI PERTUAN  AGONG 

.....dengan sebenarnya MENGAKU  AKAN  TAAT  SETIA  pada menjalankan tugas  dengan  ADIL NYA 
pemerintahan ......
MENGIKUT  sebagaimana Undang - Undang  dan perlembagaan ........dan  BERIKRAR MENGAKU  DENGAN SESUNGGUH  DAN  SEBENAR NYA  MEMELIHARA
PADA SETIAP  MASA  AGAMA ISLAM DAN  BERDIRI  TETAP  DI ATAS  PERLEMBAGAAN  YANG  ADIL DAN  AMAN 

5.  SUMPAH  yang di lafazkan oleh Agong  di mulakan dengan menyebut nama  ALLAH  SWT : 

        WALLAHI
        WABILLAHI
        WATALLAHI 

6.  Pilihanraya Umum  telah  diadakan pada hari Rabu 9hb Mei 2018  DAN  mulai tarikh tersebut  Parlimen  TIDAK  PERNAH  DIBUBARKAN 

7.  Yang berlaku dan dilakukan ialah  PENGANTUNGAN  parlimen  dan Darurat  BUKAN  dibubarkan , maka itu lah sebabnya  Piliharaya Umum yang baru  TIDAK  di adakan 

8.   Agong  , sepertimana SUMPAH NYA  SEPATUT NYA  MEMULANGKAN  KEMBALI  HAK RAKYAT  yang  telah  diputuskan mereka  dalam Pilihanraya Umum ke 14 yang diadakan pada 9hb Mei 2018 itu 

9.  Dunia tahu keputusan Piliharaya Umum tersebut telah MENOLAK  UMNO/BN  dan memberi kuasa kepada Pakatan Harapan ( PH )  selagi mana Parlimen tidak dibubarkan 

10.  Berlandaskan kepada Perlembagaan  dan Sumpah Agong maka  dikhuatiri apa yang dilakukan kini  seolah - olah Perlembagaan Negara  telah tidak terpakai dan di hormati lagi 

11.  Jika ramalan  yang mengatakan  UMNO / BN  mendahului  majoriti pengundian dikalangan Wakil - Wakil Rakyat itu betul walaupun tipis  maka Agong TERPAKSA  AKUR  keputusan tersebut  , namun ia HANYA  ramalan sahaja 

12.  Kita jangan lupa  SCHEME  OF  THINGS  yang dilaksanaan Mahiaddin dimana  Wakil - Wakil Rakyat  TELAH  termakan budi samada menujudkan Kabinet yang terbesar di dunia mahupun  di kabuni oleh jawatan dalam GLC 

13.   Jangan lupa juga  jumlah  Wakil Rakyat  yang telah MELOMPAT  Parti seperti  KATAK 

14.   Kekusutan ini berlaku  apabila Agong  melantik Mahiaddin  yang dari awal lagi TIDAK  ADA  MAJORITI  sokongan 

15.  Kekusutan  berterusan  apabila Agong  MENDENGAR   NASIHAT dari seorang Perdana Menteri yang TAKUT  di uji ke absahan nya dengan Mengisthiarkan Darurat dan Menggantung Parlimen  KONON NYA  bagi  menangani  wabak COVID 

16.  Kesudahan nya , sejak setahun yang lepas lebih 1 juta di jangkati kuman  tersebut dengan angka kematian melebihi  10,000  dan yang bunuh diri  lebih 1500 

17.  Apakah  perbuatan curang  dilakukan  diatas  nyawa yang hilang ? dengan  pembelian ubat vaksin ? 

18.  TERUS TERANG  DI NYATAKAN   TIDAKAN  mengisthiarkan Darurat dan Menggantung Parlimen  adalah  satu KESILIPAN  BESAR 

19.  Di harap   Agong kali ini TIDAK  LAGI  MELAKUKAN   kesilipan  seperti yang telah berlaku 

20.  PULANGKAN   SEMULA  HAK  RAKYAT seperti yang telah dilakukan pada hari Rabu 9hb Mei 2018 , asalkan  TIDAK  ADA  LAGI  RAMPASAN  KUASA  seperti yang dilakukan Mahiaddin , Hamzah dan SEMBURIT 

21.  Rakyat sudah terlalu menderita dan ekonomi negara   terlalu teruk akibat KEBODOHAN  dan KEGAGALAN   Kerajaan PN  pimpinan  Mahiaddin 

22.   Yakinlah  jika Perlembagaan 
di hormati  dengan MEMULANGKAN  SEMULA  HAK  RAKYAT ,  Kerajaan PH  BOLEH Menyelesaikan  kekusutan tersebut  dengan Tun Dr. Mahathir yang kaya dengan berbagai pengelaman  di beri tugas  khas melalui MAJLIS   PEMULIHAN  NEGARA  atau MPN 

23.  BIARLAH 
       YANG
       MENANG
       TERUS
       MEMERINTAH 

24.  JIKA  HAK RAKYAT  TIDAK  DI AMBIL KIRA  MAKA  ADALAH  LEBIH  BAIK PILIHANRAYA  DI TIADAKAN LAGI  , ini  boleh juga menyelamatkan wang negara


Wassalam
Terima Kasih

BANDUANBANDUAN TERHORMAT ?Tamrin Tun GhafarSabtu - 01/12/24( 1 - 14 )1. Puas saya mencari dalam mana - mana kamus termasuk kamus Dewan Bahasa makna dan maksud 'BANDUAN TERHORMAT' tetapi gagal2. Belum ada dalam sejarah istilah ini di gunakan dalam dunia termasuk di Negara - Negara miskin samada di Benua Afrika dan Negara - Negara di Amerika Selatan apatah lagi Negara Maju3. Hanya di Malaysia sahaja istilah ini di perkenalkan oleh seorang banduan yang kini dengan sokongan Parti - Parti lain. termasuk DAP , sebuah Parti TERBESAR dalam..gabungan Pakatan Harapan atau PH membolehkan beliau di lantik sebagai Perdana Menteri ke 10 , jawatan yang di idam - idamkan sekian lama4. SUDAH TERLALU LAMA saya MENUNGGU seperti : MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA namun Anwar MASIH TAK BERANI bertindak BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH5. Ada yang mengingatkan dan ada juga bosan dengan tuduhan LIWAT itu 6. Sebagai orang Islam saya juga tahu hukuman terhadap pemfitnah dan kepada yang bosan itu , NASIHATKAN lah Anwar MENYAMAN MALU terhadap saya di Mahkamah , dan JANGAN MENANGGUHKAN PERBICARAN itu seperti kes tuduhan Tun Dr. Mahathir yang mencabar beliau menunjukan bukti 6 kotak bukti berhubung konon nya Tun sakau duit Negara berbillion ringgit7. Pada MULA nya Anwar yang MINTA PENANGGUHAN dan kini sudah hampir setahun Anwar masih GAGAL berbuat demikian tapi maseh bercakap berkenaan nya dengan tidak menyebut nama orang yang di maksudkan8. Harap tidak ada usaha dari sesiapa yang MENEMUI dadah dan Pistol dalam kereta saya seperti yang berlaku pada Yusuf Rawther dan TAK PERLU gunakan Polis dan MCMC merampas fon bimbit saya seperti yang berlaku kepada Chegu Bad , Papagomo , Naim Brandage dan ramai lagi yang AMAT menyampah kepada Anwar9. Dulu saya katakan Mahiaddin gagal , begitu juga Ismail Sabri lemah sebagai Perdana Menteri10. Baru - baru ini BERSIH memberi Grad D dan Parti BERSATU pula memberi Grad F kepada Anwar dan Kerajaan beliau11. ANWAR , SEORANG PEMBOHONG YANG SUKA BERJANJI TAPI TIDAK MENUNAIKAN JANJI - JANJI TERSEBUT , MAKA SAYA SIFATKAN BELIAU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG 'MUNAFIK' SELAIN DARI BAPA PEMBOHONG No. 1 NEGARA12. Kegemaran Anwar ialah LIWAT , LIWAT dan LIWAT13. SAYA MENUNGGU TINDAKAN SAMAN MALU BELIAU DI MAHKAMAH JIKA SEKIRA NYA SAYA MEMFITNAH14. Pepatah Cina ada mengatakan : NANG BO TI NANG KUI BO TI KUI bermaksud Orang Bukan Hantu Pun BukanWassalamTerima KasihTERHORMAT