Tuesday 31 August 2021

JANGAN BUNUH ANGSA YANG BERTELUR EMAS

JANGAN  BUNUH  ANGSA  YANG  BERTELUR  EMAS 

Tamrin Tun Ghafar 

Selasa - 31/08/21
( 1 -  26 )


1.   Sepatutnya hari ini rakyat  menyambut  Hari Kebangsaan  kita ke 64  dengan perasaan  bangga , dan gembira 

2.  Jalur Gemilang yang sepatutnya berkibar di pelusuk tanahair  boleh dibilang dengan jari , sebaliknya rakyat menggunakan apa saja untuk dijadikan  Bendera Putih , tanda  memerlukan bantuan 

3.   Selain dari  COVID , perlantikan  Menteri dan Timbalan Menteri  AMAT MENGHAMPAKAN  HARAPAN  RAKYAT  terhadap  Perdana Menteri  yang baru ini 

4.  Serupa dengan Mahiaddin , Ismail Sabri  LEBIH  mengutamakan  diri dari rakyat ; peluang MENGUBAH  dari yang   KERAJAAN  GAGAL  terlepas begitu saja 

5.  Sepatut nya Ismail melantik muka - muka baru  yang lebih muda dan dinamik seperti Nurul Izzah , Rafizi Ramly , Syed Saddiq , Hannah Yeoh , Yeo Bee Yin , Azlina Othman Said  dan Mukhriz Mahathir , Ashraf Wajidi dan Fahmi Fadzil sebagai contoh  menggotai Kabinet , BUKAN  'KITAR   SEMULA'  muka lama  dan pada masa sama MEMBAWA  MASUK beberapa orang penyamun dan perompak -  SEBENAR NYA  rakyat  sudah  bosan dan jemu melihat wajah dan tingkah laku  ahli - ahli politik  yang tidak berakal , dan menjerit - jerit dalam Parlimen seperti ungka 

6.   Stesen - Stesen TV seolah - olah 'mengampu' ,  berlumba - lumba  menayangkan   berita yang telah diolah menggambarkan  'kegembiran' rakyat 'menerima' perlantikan  Kabinet sedangkan hakikat  sebenar  tidak sebegitu 

7.  Sebelum dipilih lagi , melalui petisyen tanda tangan , lebih 500,000 rakyat TELAH  MENOLAK  Ismail  sebagai pengganti ; ini TIDAK  PERNAH  BERLAKU  SEBELUM  INI 

8.  Sehingga kini perlantikan  Kabinet yang dikatakan 'Kitchen Kabinet' atau 'Kabinet Dapur'  yang di penuhi dengan 'Mangkok Plastik'  yang  di 'Kitar Semula'  maseh mendapat  tentangan hebat ,  dan mungkin berterusan 

9.  Jika dulu Mahiaddin disifatkan  sebagai PM  BODOH  dan GAGAL  kini sudah kedengaran cakap - cakap bahawa Mahiaddin walaupun BODOH  tapi cerdik sedikit dari Ismail 

10.  Jika Mat Maslan , Setiausaha Agong UMNO  tidak  di lantik atas alasan Klaster Mahkamah jika di bandingkan dengan Setiausaha Agong PAS  dan  BERSATU mengapa pula Timbalan Presiden UMNO  diketepikan  begitu sahaja ; bukankah beliau BOLEH  dilantik sebagai Senator bagi jawatan Menteri ? 

11.  Apakah Peja  , Timbalan Presiden BERSATU  dan mantan MB Perak  dan Tuan Ibrahim Tuan Man , Timbalan Presiden PAS  lebih berkeliber dari Mat Hassan yang juga pernah menjawat jawatan Menteri Besar ? 

12.  MCA  yang punyai 2 orang Ahli Parlimen  diberi 5 jawatan - seorang Menteri dan 4 Timbalan Menteri 

13.  Selepas ini orang Islam khusus nya  ahli - ahli  PAS  PASTI  seronok  apabila negara ini  akan bertukar kepada Negara Islam  yang SEBENAR  ; mengapa ? 

14.  Timbalan Presiden PAS , Naib Presiden dan Setiausaha Agong  bersama 5 orang Timbalan Menteri nya DIBERI  PELUANG  KEEMASAN  melaksanakan SEGALA  tututan ALLAH  SWT  seperti  yang termaktub dalam Perlembagaan Parti tersebut 

15.  Bak kata Idris Ahmad , Naib Presiden PAS , yang baru dilantik sebagai Menteri bertanggong jawab Hal Ehwal  Agama ; beri kuasa dalam tempoh  5 hari sahaja  bukan  5 tahun negara akan menjadi  Negara Islam dalam ertikata sebenar nya jestru Umat Islam dan.ahli - ahli PAS   akan melihat kedai dan kilang - kilang arak  , begitu juga segala kedai judi dan Pusat Judi Kasino Genting akan ditutup ; disko , kelab hiburan dan rumah - rumah urut dan  maksiat PASTI  AKAN  DI HAPUSKAN  dalam masa terdekat ini 

16.  PISAU  KINI  SUDAH  BERADA  DI TANGAN - jangan sia - siakan  perjuangan PAS  selama ini 

17.  Dengan jumlah 18 orang Ahli Dewan  , Ismail TERPASA  AKUR  KEHENDAK  PAS 

18.  Jika 18 Ahli PAS  termasuk 3 Menteri dan 5 Timbalan Menteri dan seorang Duta BERTARAF  Menteri maseh  'BERSILAT' dengan  fatwa ciptaan nya maka saya yakin bukan sahaja pengundi Islam bahkan Ahli - Ahli  PAS  sendiri TIDAK  akan menyokong Parti tersebut ; ketika itu bak kata Mahiaddin PAS. adalah  Parti Ajaran Sesat atau bak kata Mat Rempit PAS  ialah  Parti Angkut Sampah 

19.  Ismail pula HANYA punyai satu peluang jika mahu terus bertahan , dan menang Pilihanraya Umum ke 15 akan datang ;  'RESET'  atau kembalikan semula negara kelandasan asal 

20.   'RESET' adalah buah fikiran murni dan ikhlas dari seorang yang enggan nama nya di dedahkan 

21.   Cara negara BOLEH  di RESET ialah Ismail MENGGUNAPAKAI  cetusan pemikiran Tun Dr. Mahathir dan melantik Tun sebagai  Pengurusi MAJLIS  PEMULIHAN  NEGARA  atau  MPN yang bertindak secara ekesutif dan MELAPUR TERUS  segala aktiviti kepada Agong dan kepada Ismail sebagai  Perdana Menteri 

22.  Ini bermakna  sekurang - kurang nya setengah masalah Kabinet dan negara seperti COVID , Ekonomi , Pelajaran dan Sosial AKAN  dipertanggong jawabkan kepada  MPN ini - dalam kata mudah Ismail dan Kabinet  boleh lah menumpukan masa dan tenaga kepada masalah lain seperti politik dan lain - lain 

23.  Jika Germany dan Jepun , dua negara yang  HANCUR  ketika Perang Dunia ke11 boleh bangkit semula malah kini yang TEMAJU di dunia , mengapa Malaysia  tidak boleh KEMBALI  sebagai The Asian Tiger  SEMULA 

24.  AMAT  TIDAK  MASUK  AKAL  jika orang yang  terbukti GAGAL mengepalai MPN  ini ;  HANYA  PENCETUS  PEMIKIRAN  ini sahaja yang punyai ramuan yang boleh menyelamatkan negara , Tun Dr. Mahathir 

25.  JANGAN LAH  BUNUH  ANGSA  YANG BERTELUR  EMAS 

26.   Kepada Mahiaddin elok lah terus bermanja dengan Nika Gee yang kini sudah pun menjanda ; jika berani  HALALKAN sahaja perhubungan sulit yang pernah dilakukan  , kerana  TIDAK  SIAPA  LAGI  AMBIL  KESAH  terhadap beliau  yang  akan dikenang  dalam  sejarah negara sebagai Perdana  Menteri  BODOH  DAN GAGAL 


Wassalam
Terima Kasih

3 comments:

  1. Bangkai Bernyawa Tiada Berguna,
    Rintihan Rakyat Dikau Ketawa,
    Tunggu Kau ke Pusara,
    Biar Menyembah Setan Durjana!

    Bangkai Bernyawa Tiada Berguna,
    Tangisan Rakyat Dikau Hina,
    Dikau Keturunan Barua Petaka,
    Tiada Guna Melihat Muka!

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan....saya sgt meminati tulisan tuan...jujur, padu dan berani...saya minta tuan comment knp si dia di Johor tu beria ia sgt tak puas hati dgn Hamzah Zainuddin
    pasal MMH2 di Johor..konon pasal ekonomi..rakyat mahu tahu kebenaran sbb ada muslihat..kacau bisnes ke..

    ReplyDelete
  3. Singkat kata untuk keuntungan luar biasa yang anda bantu saya perolehi hanya dalam seminggu dengan strategi pilihan binari. Maaf kerana saya ragu pada awalnya, saya melabur $ 200 dan memperoleh $ 2,500 hanya dalam satu minggu, dan terus melabur lebih banyak lagi, hari ini saya mempunyai kewangan berjaya, anda boleh menghubunginya melalui E-mel: (tdameritrade077@gmail.com) whatsapp (+447883246472) Saya nasihatkan anda jangan ragu-ragu. Dia hebat.

    ReplyDelete

DI MANA MEREKA

DI  MANA  MEREKA  ?  Tamrin  Tun Ghafar Isnin  -  07/10/24 ( 1 - 19 ) 1.   Tentu  pehak  Imegresen  TIDAK  SETUJU   malah  ada  yang   marah...