Monday 23 August 2021

RAKYAT KALAHKAN UMNO MELALUI PILIHANRAYA , UMNO KALAHKAN. RAKYAT MELALUI RAJA

'RAKYAT    
KALAHKAN  UMNO
MELALUI  
PILIHANRAYA ,
UMNO  KALAHKAN
RAKYAT  MELALUI
RAJA' 

Tamrin Tun Ghafar 

Isnin - 23/08/2021
( 1 -  22 ) 

1.  Saya tertarik dengan hantaran tulisan  yang tersebar luas, justeru saya menggunakan nya sebagai tajuk artikel kali ini 

2.  Yang sebenarnya apa yang berlaku kini ialah sikap BODOH  DAN  TAMAK Mahiaddin yang TERLALU  GILA KAN KUASA hingga SANGGUP bersekongkol dengan UMNO dan PAS yang beliau sendiri KUTUK menjelang Pilihanraya Umum lalu 

3.   Sejarah PASTI  TERUKIR Mahiaddin PM  BODOH , TAMAK  DAN  GAGAL - itulah  LEGASI beliau 

4.  NASI  SUDAH
     JADI  BUBUR 

Hanya tahniah diucapkan kepada Ismail Sabri Yaakub atas perlantikan  beliau sebagai PM 9 

5.   Telah di nyatakan dengan begitu jelas sekali beberapa PERKARA yang TERMAKTUB  dalam Perlembagaan TERMASUK SUMPAH  AGONG YANG DI LAFAZKAN NYA dalam tulisan saya : 

'HORMATI  PERLEMBAGAAN - PULANGKAN  HAK  RAKYAT' 

Khamis
19hb Ogos 2021 

6.  Parlimen TIDAK PERNAH DI BUBARKAN maka pilihan rakyat melalui proses Pilihanraya yang berlangsung pada Rabu 9hb Mei 2018 MASEH TERPAKAI , jestru soal siapa menang dan siapa kalah TELAH PUN DI PUTUSKAN oleh rakyat ketika itu 

7.  Apakah setiap Wakil Rakyat yang diarah  memilih seorang diantara mereka sebagai Perdana Menteri baru dengan cara yang dilakukan baru - baru ini oleh Agong BERTEPATAN dengan Perlembagaan  ? 

8.  Mahkamah Agong PERLU membuat SEMAKAN DAN KEPUTUSAN MUKTAMAD samada Agong mempunyai kuasa atau sebaliknya sedangkan Parlimen TIDAK PERNAH DI BUBAR - yang dilakukan beliau ialah Mengisthiarkan Darurat dan Menggantung Parlimen BUKAN membatal atau membubar Parlimen 

9.  Berdasarkan suara akar umbi  yang diputuskan di Perhimpunan Agong UMNO  ( PAU ), maka Majlis Kerja Tertinggi ( MKT ) mengarahkan SEMUA sokongan terhadap Mahiaddin dan Kerajaan PN ditarik balik serta merta 

10.  Hanya 15 orang sahaja Ahli Parlimen UMNO yang akur dan menghormati  keputusan sebulat suara dan arahan tersebut sedangkan yang lain nya TERMASUK Ismail Sabri Yaakob, Naib Presiden UMNO TIDAK  AKUR DAN TIDAK MENGHORMATI suara akar umbi melalui PAU dan arahan MKT 

11.   Ahli - Ahli UMNO BERHAK menyoal mengapa Presiden mereka berdiam diri TIDAK MENGGAMBIL sebarang tindakan disiplin seperti MENGGANTUNG KEAHLIAN terhadap Ismail Sabri yang BERSAMA Kerajaan PN pimpinan Mahiaddin sehingga ke saat akhir dan mereka yang engkar, seolah - olah kaku seperti mayat yang terbujur 

12.    Jika Ahli - Ahli UMNO menghalalkan perbuatan mereka termasuk Presiden yang  hanya bertindak untuk kepentingan diri agar terselamat dari di penjarakan maka elok lah UMNO ini diharamkan saja atau rakyat menghukum mereka pada Pilihanraya Umum akan datang 

13. BUKANKAH Ismail Sabri juga melalui UMNO adalah sebahagian dari mereka yang MELANGGAR Perlembagaan apabila bersokongkol dengan RAMPASAN KUASA yang dilakukan Mahiaddin - mereka TELAH TIDAK MENGGAMBIL KIRA pilihan rakyat iaitu MENOLAK UMNO / BN  dan MENYOKONG PH 

14.  Belum lagi angkat sumpah jawatan , hampir 500,000 rakyat telah menolak beliau ; ini tindakan yang tak pernah berlaku 

15.  Semoga Ismail Sabri dapat menangkis tuduhan konon nya Mahiaddin walaupun  BODOH DAN GAGAL tapi  cerdik sedikit dari  beliau, lagi pun beliau pernah bersama Mahiaddin dalam Kerajaan PN sebagai Menteri dan kemudiannya sebagai Timbalan Perdana Menteri ; persoalan nya TAKKAN LAH   AGONG   MELANTIK  SEORANG  YANG  TERLIBAT  DENGAN KERAJAAN  GAGAL SEBAGAI  PENGGANTI  KEPADA  PERDANA MENTERI  YANG  GAGAL walaupun beliau mendapat sokongan amat tipis 

16.  Rakyat akan lihat sejauh mana 3 perkara pokok ini dapat dibenteras :
     
      i.  Samada beliau mampu mengujudkan  Kerajaan yang stabil dan isu COVID 

    ii.  Menyelesaikan masalah ekonomi rakyat  dan negara - penganguran, harga barang keperluan yang melambung naik dan jumlah hutang negara yang terlalu tinggi 

    iii.  Kemampuan beliau meletakan semula negara kita ke tahap yang di hormati oleh negara - negara asing  

17. Selain dari TAKUT KEPADA AZAB ALLAH SWT ada 2 perkara jika dilakukan BOLEH MEMBANTU Ismail Sabri  dalam mengendalikan Pentadbiran  yang akan disokong rakyat sehingga Pilihanraya Umum kelak  : 

   i. Menggunapakai Majlis Pemulihan Negara ( MPN ) yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir dengan kuasa ekesutif; penubuhan MPN MISTI DI RESTUI YDP AGONG dan MISTI BEBAS dari politik 

ii.  Menujudkan satu Badan Khas atau Suruhanjaya Khas yang bebas  dari campurtangan politik bagi memerangi  SEGALA BENTUK penyelewengan  kuasa dan amalan rasuah; Badan atau Suruhanjaya Khas Bebas ini juga MISTI di letakan dibawah kawalan YDP Agong dengan Anggota Kekal nya terdiri dari KP Audit Negara, KP SPRM , Ketua Polis Negara, Gobenor Bank Negara dan KP LHDN 

18.  Akhir sekali bagi menentukan Kerajaan beliau ini stabil seperti yang di harapkan oleh Raja - Raja Melayu, adalah dicadangkan  Ismail melantik KESEMUA 114 Ahli Parlimen  yang menyokong beliau sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dan sekurang - kurang nya 5 diantara mereka  dilantik  sebagai Timbalan Perdana Menteri : 

   i.  Sarawak
   ii.  Sabah
   iii. UMNO
   iv.  BERSATU
   v.   PAS 

Jika perlu lantik juga Ketua Pembangkang  sebagai Menteri , dan boleh mengadakan Mesyuarat Kabinet di Stadium Negara atau dimana - mana Hotel 5 Bintang yang punyai kemudahan  - lagi pun kan Negara kita masih kaya dan mampu 

19.  HANYA DI MALAYSIA  SAHAJA  BOLEH  BERLAKU : 

    Yang  Kalah
    Jadi 
    Kerajaan
    Yang  Menang
    Jadi  
    Pembangkang 

20.  JIKA PERLEMBAGAAN TIDAK LAGI DI HORMATI MAKA CAMPAKAN SAHAJA KE DALAM LAUT 

21.  JIKA KEHENDAK AHLI DI KETEPIKAN MAKA ELOK LAH UMNO ITU DI HARAMKAN 

22.  Yang lucunya : 

UMNO  JATUHKAN  
PM  BERSATU ,
BERSATU  PULA
NAIK KAN UMNO
SEBAGAI  PM  BARU 

Perlantikan itu pula menjadi ejekan dunia apabila ianya HANYA melalui WhatsApp, e-mail, pdf dan fon; belum pernah PM dipilih cara sebegini 

MALAYSIA  BOLEH


Wassalam
Terima Kasih

1 comment:

  1. Singkat kata untuk keuntungan luar biasa yang anda bantu saya perolehi hanya dalam seminggu dengan strategi pilihan binari. Maaf kerana saya ragu pada awalnya, saya melabur $ 200 dan memperoleh $ 2,500 hanya dalam satu minggu, dan terus melabur lebih banyak lagi, hari ini saya mempunyai kewangan berjaya, anda boleh menghubunginya melalui E-mel: (tdameritrade077@gmail.com) whatsapp (+447883246472) Saya nasihatkan anda jangan ragu-ragu. Dia hebat.

    ReplyDelete

DI MANA MEREKA

DI  MANA  MEREKA  ?  Tamrin  Tun Ghafar Isnin  -  07/10/24 ( 1 - 19 ) 1.   Tentu  pehak  Imegresen  TIDAK  SETUJU   malah  ada  yang   marah...