Wednesday, 30 June 2021

1000 ORANG BUNUH DIRI BARU NAK LETAK JAWATAN ?

1000  ORANG  BUNUH  DIRI   BARU  NAK  LETAK  JAWATAN  ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Khamis - 01/07/2021
( 1 -  23  )


1.   Berita BUNUH  DIRI akibat TEKANAN  JIWA  ekoran berhadapan dengan masalah ekonomi  rumah tangga tidak lagi menjadi berita sensasi  seperti sebelum ini 

2.  Boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja berita sebegini tersiar di laman - laman web 

3.  Seolah - olah  telah diarah , Stesen Radio dan  TV  TIDAK  menyiarkan  berita - berita  sebegini ; MENGAPA ?. TST  saja lah !! 

4.  Difahamkan jumlah yang telah  BUNUH  DIRI  sejak PKP  dilaksanakan  sudah mencecah lebih 320 orang 

5.   Dari jumlah itu dikatakan tak kurang 60% terdiri dari orang Islam yang mana ianya  JARANG malah  TIDAK  PERNAH  kita dengar berlaku 

6.   Memang benar mengambil nyawa itu adalah  SALAH  dari HUKUM  ALLAH  SWT  namun realitinya  mereka  TIDAK  TAHAN LAGI  menghadapi tekanan hidup ;  bak kata   P Ramlee ( Al-fatihah )  : 

      'KU  PANDANG
       KIRI
       KU  PANDANG
       KANAN
       DI KAU
       TIADA' 

7.  Akibat  TIADA  DASAR  yang baik  boleh diterima rakyat , 700, 000 orang  sudah hilang pekerjaan ,  justeru  mata  pencarian dan begitu juga hampir 100, 000 graduan  masih tercari - cari  kerja 

8.   APA  NAK  JADI ?  DAN   SIAPA  NAK  TANGGUNG  KELUARGA  YANG  MALANG INI ? 

9.   Mahiaddin  HANYA   boleh baca doa seperti yang dipertontonkan di kaca TV dan sekali sekala campakan  aiskrim atau gula - gula kepada rakyat miskin dengan harapan  mereka  akan undi beliau dan juak - juak pada PRU  ke 15 nanti 

10.  Dimaklumkan  berbagai syarat perlu dilakukan  sebelum sebarang bantuan  diberi 

11.   Sehingga kini  Pemandu Taksi  masih menunggu - nungu bantuan RM500 seorang yang diumumkan  sejak 4 bulan yang lepas -  ini 

bak  kata Mat Rempit : 

  JANJI  CAPATI
  BUKAN
  JANJI  DI TEPATI 

12.  Yang terbaru Raja - Raja  Melayu  dan Agong  sendiri  SEBULAT  SUARA BERSETUJU   bahawa  negara  AMAT  PERLUKAN   KERAJAAN  YANG  STABIL  DAN  MENDAPAT  SOKONGAN   MAJORITI  RAKYAT 

13.  Apakah ayat yang semudah ini pun Mahiddin  masih  TAK FAHAM ? ;  rakyat tahu sebenarnya dia MASIH  MAHU  KEKAL  BERKUASA  bagi memudahkan  rompakan boleh terus dilakukan dan pada masa sama cuba menutup kesalahan  yang dilakukan beliau dan ahli keluarga 

14.  Sehingga  sekarang  beliau TIDAK  BERANI  menjawab  jauh  sekali  menyaman saya  berhubung  skandal seks  yang pernah dilakukan dengan Nika Gee 

15.   Sehingga sekarang juga  beliau KECUT  menyahut cadangan saya agar berdebat  SECARA  TERBUKA   dengan  Tun Dr. Mahathir , orang yang dia  TIKAM  DARI  BELAKANG 

16.   Begitu juga  tuduhan  yang anak kandung beliau PERNAH  MENERIMA  sogokan wang 1MDB  dari Jho Low 

17.   KINI  RAKYAT  MAHU  MAHIADDIN YANG  GAGAL BERUNDUR  ATAU  DI PECAT  SERTAMERTA 

18.   Kita tunggu dan lihat apakah Agong , dibawah  kuasa - kuasa  Ordinan  Darurat  BERANI  menggambil  tindakan  tersebut 

19.  Jangan sampai  rakyat marah  sehingga  tempias nya terkena pada Agong  dan Raja - Raja Melayu 

20.   Agong  dan  Raja - Raja  Melayu  WAJIB menggambil kira dan memandang  serius  Gerakan  BAJU HITAM  atau BENDERA  PUTIH yang dilakukan rakyat  sekarang ini walaupun ada pula seorang  Menteri yang  tiba - tiba  'claim'  kononnya dia juga telah mencadang kan rakyat kibar BENDERA  PUTIH untuk mendapat bantuan kerajaan 

21.  Mungkin  Pungutan Suara  atau Petisyen dilakukan mendesak Mahiaddin mengundur diri  secara terhormat  atau di pecat
  
22.  APAKAH  PERLU  MENUNGGU  1000 NYAWA TERBANG   SEBELUM  MAHIADDIN  YANG  MABUK  KUASA  INI   BERUNDUR 

22.   Sebagai  ingatan kepada  Agong  dan Raja - Raja  Melayu : 

  JANGAN  
  DI SEBABKAN
  NILA  SETITIK
  MAKA  ROSAK
  SUSU  SEBELANGA 

23.  Rakyat percaya  Agong dan Raja - Raja  BOLEH  MENYELAMATKAN  mereka dan negara


Wassalam
Terima Kasih

2 comments:

  1. buatlah hal yang baik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  2. Having taken and participated in the "COVID-19: Tackling the Novel Coronavirus" course offered by LSHTM and taught by the highly distinguished Professor Peter Piot and world renowned academicians, researchers and medical practitioners etc., the very notion of catching & enclosing SARS-CoV-2 in bottles through publicity by this particular group of the Federal Government supporters, makes a downright mockery of the vaccination efforts and research led by scientists.

    https://www.thevocket.com/guna-kaedah-rawatan-islam-ustaz-ini-tangkap-dan-kurung-covid-19-dalam-botol/

    ReplyDelete