Sunday 15 August 2021

DI MANA AGONG

DI  MANA  AGONG 

Tamrin Tun Ghafar 

Sabtu - 14/08/2021
( 1 -  27 )


1.  PERKARA 43 (4) Perlembagaan adalah  BEGITU JELAS SEKALI : 

'Jika Perdana Menteri TIDAK LAGI MENDAPAT  KEPERCAYAAN MAJORITI ahli Dewan Rakyat , maka Perdana Menteri HENDAKLAH  MELETAK JAWATAN melainkan jika atas permintaan nya Parlimen dibubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong 

2.  PERKARA  40 (2)
( a )  dan  ( b ) 

Yang Di pertuan Agong BOLEH BERTINDAK  MENURUT BUDI BICARA NYA pada MELAKSANAKAN FUNGSI NYA 

( a )  melantik seorang Perdana Menteri 

( b )  TIDAK memperkenankan permintaan bagi PEMBUBARAN Parlimen 

3.  PERKARA 43 (2)( a ) 

Yang Di Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang ahli Dewan Rakyat  swbagai Perdana Menteri PADA HEMAT NYA  MUNGKIN MENDAPAT KEPERCAYAAN MAJORITI ahli Dewan Rakyat 

4.   Dizaman Kerajaan PH bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir, Sultan Perak ketika itu melantik Zamri Kadir ( UMNO ) menggantikan Nizar Jamaluddin DI LUAR DEWAN; semasa Kerajaan PN pimpinan Mahiaddin kita menyaksikan pertukaran Kerajaan juga dilakukan DI LUAR DEWAN iaitu di Kedah dan Johor 

5.  Jika Perak, Kedah dan Johor BOLEH DAN  TELAH menukar Kerajaan TANPA MELALUI  proses UNDI TAK PERCAYA DALAM DEWAN  maka TIDAK ADA SEBAB mengapa Agong mahu melakukan DALAM DEWAN tidak seperti 3 negeri tersebut - SEBAB NYA  HANYA BELIAU DAN ALLAH SWT saja yang tahu 

6.  Mungkin ada yang sudah lupa namun ramai yang masih ingat kata - kata beliau pada awal PENGKHIANATAN  dulu: 

i.  'Saya TIDAK BERMINAT jawatan tersebut ( Perdana Menteri ) tapi terpaksa menyelamatkan keadaan' 

ii.  'Walaupun TIDAK MENDAPAT SOKONGAN namun saya lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara' 

7.  Jika dikaji dan diperhalusi apakah kata - kata dan janji beliau boleh dipercayai? 

8.  Kini UMNO dan KESEMUA Parti - Parti  Pembangkang berjumlah 120 dari 220 ahli Dewan Rakyat TELAH pun memberi notis kepada YDP Agong bahawa mereka TIDAK MENYOKONG  Mahiaddin dan Kerajaan PN 

9.  Yang menjadi tanda tanya, jika pada awal lagi TAK BERMINAT, mengapa bermatian sehingga kehari ini berpaut kepada jawatan tersebut dengan cuba menyogok  Ahli - Ahli Parlimen 

10.  BUKAN KAH beliau secara terangan MELANGGAR PERKARA 43 (4) 

11.  Sejak setahun 5 bulan yang lepas angka positif COVID sudah melebihi 1 juta, jumlah kematian lebih 10,000 dan yang bunuh diri lebih 2000 orang 

12.  Jumlah pengganguran akibat penutupan kilang dan perniagaan kira - kira 1 juta, ini tidak termasuk begitu ramai graduan yang menggangur 

13.   Inikah YANG TERBAIK untuk rakyat?  seperti janji beliau pada awal PENGKHIANATAN dulu 

14.  Daripada pencapaian ekonomi kita  bawah 4% bawah 0, tiba - tiba beberapa hari lepas beliau mengumumkan peratus GDP  negara kini sudah mencecah 16.7%, angka yang tertinggi sekali dalam dunia; sama ada beliau dan Zafrul ni BODOH DAN BANGAI  atau pun angka ini turun dari Bulan atau dari mana - mana Planet 

15.   Rakyat kini TIDAK PEDULI apa angka sekali pun yang dihidangkan; yang PENTING  rakyat  mahu penyelesain ekonomi mereka  jangka pendek dan panjang  

16.  Rakyat sudah penat dan muak dengan segala janji Mahiaddin dan Kerajaan PN TAPI  KOSONG 

17.   RAKYAT BUKAN BODOH seperti yang dianggapkan; walaupun setiap Bahagian dan Wakil Rakyat telah diberi sumbagan wang  beratus ribu ringgit dan projek TAPI BERANI SAYA KATAKAN pada PRU 15 ini Parti BERSATU PASTI akan kalah disemua Kerusi yang dipertandingkan, ini termasuk Parlimen Pagoh dan DUN Bukit Gambir 

18.   TIDAK MUSTAHIL bahang nya akan dirasai juga oleh mana - mana Parti  yang bersubahat dengan nya TERMASUK Wakil - Wakil Rakyat UMNO yang SANGGUP TIDAK  MENGHORMATI keputusan sebulat suara akar umbi semata - mata gilakan jawatan, pendapatan dan kemudahan seperti Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kanan dan seterusnya 

19.  JKOM buat lah propaganda apa pun namun Mahiaddin AKAN kecundang pada Sidang Parlimen nanti 

20.  Soalnya sekarang MENGAPA Agong TIDAK bertindak tegas MEMECAT Mahiaddin mengikut PERKARA 43 ( 4 ) 

21.   Sepatutnya beliau menghadapi cabaran dan dugaan sebegini dari menjauhkan diri di Istana Rakyat di Kuantan atau Pekan, dan katanya sedang berihat di Cameron Highland  pulak 

22.  Sementara tiada di Kuala Lumpur, Mahiaddin pula bermaharajalela sehingga sudah kedengaran ayat 'SIAPA RAJA' 

23.  Demi rakyat yang sengsara dan negara, Agong tidak boleh tidak WAJIB menggunakan kuasa yang ada MEMECAT Mahiaddin serta merta; TAK PERLU tunggu undi TAK  PERCAYA di dalam Parlimen yang TIDAK MUSTAHIL di tangguhkan seperti yang PERNAH dilakukan pada Isnin 6hb Ogos 2021 atas alasan Kluster Parlimen dan sebagainya 

24.  Agong AKAN MELAKUKAN kesilipan besar sekali lagi JIKA MASIH PERCAYA pembohongan Mahiaddin 

25.  Arwah Azman Attar ( Al-fatihah ) semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO: 

  'IF  YOU HAVE 
   THE  POWER
   BE  POWERFUL
   OTHERWISE 
   YOU ARE A 
   BLOODY  FOOL' 

26.  Diatas PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN terhadap Agong dan Raja - Raja Melayu, dan KEDEGILAN beliau  MELETAK JAWATAN secara terhormat, Agong TIADA PILIHAN LAIN melainkan mengarahkan polis dan tentera TANGKAP SAJA beliau; ini akan menjadi pelajaran kepada mana - mana pemimpin akan datang 

27.   SELEPAS ITU AGONG MELANTIK KERAJAAN SEMENTARA atau INTERIM  GOVERNMENT DI KALANGAN AHLI PARLIMEN YANG SUDAH TERBUKTI DENGAN MEMPUNYAI PENGELAMAN LUAS MENYELESAIKAN BERBAGAI MASALAH YANG NEGARA PERNAH HADAPI DI SATU KETIKA DAHULU DENGAN CEKAP DAN BIJAK - Rakyat akan pilih siapa yang mereka yakin ketika Pilihanraya Umum ke15nanti


Wassalam
Terima Kasih

2 comments:

  1. Tabik hormat kepada saorang patriot- [insan yang bernama Tamrin Tun Ghafar] yang kami hormati.

    ReplyDelete
  2. Hello Adakah Anda Memerlukan Pinjaman Segera (Whats App) nombor: +46769618757 e-mel kami sekarang kami mempunyai pinjaman untuk anda remy.credit111@gmail.com dari 2,000 euro hingga 50,000,000.00 euro tanpa cagaran diperlukan dan menerima persetujuan pinjaman tanpa kewajiban. Kami mengalu-alukan peluang untuk menunjukkan betapa berkesannya kami dalam membantu pelanggan mendapatkan wang yang mereka perlukan untuk berjaya. Kakitangan profesional kami tersedia untuk Konsultasi Percuma. Di syarikat Patiala Pvt yang sah, hubungi kami sekarang kadar faedah 2%, balas tunai jangka panjang dan pendek kepada kami (Whats App) nombor: +46769618757 e-mel kami sekarang kami mempunyai pinjaman untuk anda remy.credit111@gmail.com
    Encik Remy ..

    ReplyDelete

DI MANA MEREKA

DI  MANA  MEREKA  ?  Tamrin  Tun Ghafar Isnin  -  07/10/24 ( 1 - 19 ) 1.   Tentu  pehak  Imegresen  TIDAK  SETUJU   malah  ada  yang   marah...