Friday, 11 September 2020

PROJEK PELUPUSAN SISA PEPEJAL OLEH SYARIKAT BUMI SEGAR INDAH

PROJEK  PELUPUSAN  SISA  PEPEJAL  OLEH  SYARIKAT  BUMI  SEGAR  INDAH

1.   Pada hari Sabtu 29hb Ogos 2020 saya telah mengeluarkan  Kenyataan Media berhubung perkara tersebut diatas

2.   Kenyataan Media tersebut adalah ekoran  Kenyataan Media ( Press Release )  oleh YB. Hajjah  Zuraida Kamaruddin ,  Menteri Kementerian  Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT )  pada 28hb Ogos 2020 yang MENGGAMBARKAN seolah - olah  projek tersebut diberi SECARA  RUNDING  TERUS  atau  DIRECT  NEGO  oleh mantan Menteri Kewangan  YB. Lim Guan Eng kepada Syarikat tersebut atas dasar pengelibatan saya dalam Syarikat tersebut

3.   Untuk makluman projek tersebut TELAH  diberi SECARA  RUNDING  TERUS  atau  DIRECT  NEGO  oleh Kerajaan Barisan Nasional  atau  BN  dalam tahun 2017 ;  Menteri KPKT   ketika itu ialah Tan Sri Noh Omar

4.   Bagi MENYELAMATKAN wang negara ,  adalah difahamkan  DASAR  Kerajaan Pakatan Harapan atau PH telah digubal  ketika itu  iaitu  SEMUA projek  yang telah diberi  SECARA  RUNDING  TERUS atau  DIRECT  NEGO   oleh Kerajaan Barisan Nasional atau BN di TURUNKAN atau DIKURANGKAN  harga sebanyak 10% dari harga asal

5.   Perkara - perkara lain  AKAN  dikemukakan semasa  PERBICARAN di Mahkamah nanti

6.  Surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian ( KSU ) KPKT bertarikh 9hb September 2020 yang telah disah penerimaan nya disertakan

Wassalam
Terima Kasih

Tamrin Tun Ghafar
Khamis - 10/09/2020

tamrintunghafar.blogspot.com

Thursday, 27 August 2020

JENERAL TANPA TENTERA

JENERAL  TANPA  TENTERA

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 28/08/2020
( 1 - 25 )


1.   Dalam tulisan saya bertarikh 8hb Ogos 2020 bertajuk :

     'Orang Melayu
      Sudah Kenal
      Siapa UMNO
      Siapa  PAS'

tamrintunghafar.blogspot.com

telah didedahkan SERANGAN dan KRITIKAN Muhyiddin terhadap UMNO dan PAS selain dari MENABUR  JANJI kepada rakyat.
(sila tonton klip video)

2.   "No way !!! - KITA  TIDAK  AKAN  KEMBALI  BERSAMA UMNO  SELAMA - LAMANYA” - itulah sebahagian JANJI  beliau bagi meraih  sokongan rakyat khususnya pengundi di Johor menjelang Pilihanraya Umum yang baru lepas.

(sila tonton klip video)

3.   Seolah - olah dipukau  seperti :

        'Lembu DiCucuk 
         Hidung'

tidak menghairankan   apabila keseluruhan 'penganut dan pengampu'  beliau yang terdiri dari Ahli Pimpinan Tertinggi BERSATU menyokong apa saja yang keluar dari mulut beliau : mengapa ?? ,  ini kerana mereka TAKUT kehilangan jawatan seperti Menteri dan Timbalan dan Pengerusi atau Pengarah GLC.

4.   Keputusan terbaru ialah bersetuju  Parti BERSATU  MEMOHON   menjadi ahli gabungan  Muafakat Nasional ( MN )  yang diasaskan oleh UMNO dan PAS, kedua - dua parti yang beliau benci sebelum ini.

5.   Jika kenyataan Setiausaha Agung  PAS  SELEPAS  BERSATU  membuat permohonan untuk bersama dalam MN itu betul  yang menyatakan PAS  kini akan  bersama BERSATU  dalam Kerajaan  Perikatan Nasional ( PN )  TANPA  ambil kira pendirian UMNO , apakah Muhyiddin tidak akan meneruskan hasrat awalnya itu dan Ahli Pimpinan Parti BERSATU  akan ikut saja kehendak beliau.

6. Apa pun ALASAN yang diberi namun rakyat khasnya ahli - ahli akar umbi BERSATU yang telah meninggalkan UMNO  semata - mata setelah  mendengar kata - kata dan janji beliau kini merasa segala pengorbanan  mereka TIDAK LAGI DI HORMATI, DIAMBIL  PEDULI  DAN DIPARUAHKAN ; mereka TELAH  DITIPU oleh Muhyiddin seperti berjayanya beliau memanipulasi Ahli Pimpinan Tertinggi parti tersebut.

7.   Tidak hairan apabila Wakil - Wakil Rakyat dari BERSATU  dan Ketua -Ketua Bahagian BERSATU sama ada di Peringkat Pusat mahupun Negeri  sanggup jadi 'PAK  TURUT’ setelah mereka diumpan dengan jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar,  EXCO  dan imbuhan lain seperti Pengerusi atau Pengarah GLC.

8.   Ada pula yang menganggap amat tidak masuk akal seorang anak 'ulamak'  terkenal  di Pagoh suatu  ketika dahulu SANGGUP  MENIPU, BERBOHONG DAN  MELAKUKAN MAKSIAT DENGAN ISTERI ORANG  semata - mata kerana NAFSU.

9.   Kini beliau cuba menipu rakyat dengan menampilkan  imej  'ALIM' dan 'SEJUK' seolah - olah beliau seorang  pemimpin  yang  boleh dicontohi dan disokong; bagi tujuan tersebut   semua  stesen TV  tak putus - putus mengulangi  tayangan 'DOA'  beliau itu.

10.   Berdasarkan Kitab Suci Al Quran  dan Hadith, orang yang berpura - pura, suka  berbohong dan menipu  ia dikategorikan  sebagai  FASIK ; pengikut dan pengampu pula PASTI  akan disoal dan dicampakkan ke dalam Neraka Jahanam, Nauzubillah !!

11.   Amat tepat sekali  kata - kata mendiang Abraham Lincoln , Presiden Amerika Syarikat ke16 dari tahun 1861 hingga 1865 :

   "You Can Fool All
     The People
     Some Of The Time

     But You Cannot
     Fool
     All The People
     All The Time"

12.   Bak kata pepatah :

    'Sepandai - Pandai
     Tupai Melompat
     Pasti Akhirnya
     Akan Jatuh
     Ke Tanah Jua'

13.  'Langkah Sheraton'' adalah LANGKAH  PERTAMA beliau iaitu MERAMPAS  KUASA Kerajaan  dari parti  Pakatan Harapan ( PH ) yang beliau sama - sama menangkan sebelum ini.

14.   Setelah melihat sokongan beliau MEROSOT dari 114 ke 111 dari jumlah 222 Ahli Parlimen  walaupun hampir kesemua Ahli - Ahli Parlimen PN telah  disumbatkan dengan berbagai Jawatan seperti Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC, kini bagi menguatkan kedudukan,  beliau  TIDAK ADA PILIHAN melainkan bergabung dengan musuh utamanya, UMNO dan PAS - itu adalah  LANGKAH  KEDUA.

15.  Muhyiddin AKAN  LAKUKAN  apa sahaja TERMASUK  MENJILAT LUDAHNYA  SENDIRI bagi melayani NAFSUnya.

16.  Perbuatan ini dengan sendirinya umpama : 

     'Membuka Pekong
      Di Dada' 

17. Setelah BERSATU diterima sebagai ahli dalam gabungan MN dan setelah  Najib, Zahid dan beberapa pemimpin Tertinggi UMNO  disumbatkan ke penjara maka LANGKAH  KETIGA  dan TERAKHIR beliau ialah  mengambil alih kepimpinan  UMNO.

18.    Kata - kata Barrack Obama terhadap Donald Trump ada kesamaannya dengan Muhyiddin : 

     "He  Hasn't  Grown 
      Into  The Job
      Because He Can't"

19. Umpama seorang pengantin yang tak perlu berfikir dan melakukan apa - apa tentang masalah di sekeliling selain dari berfikir nak duduk di pelamin dan mungkin  terbayang padang golf, Muhyiddin disarungkan  dengan pakian seperti seorang Raja  dan dihias oleh 2 orang 'Pak Andam' yang bernama  Hamzah dan Azmin; mereka seterusnya  akan mengiringi beliau  masuk ke Dewan diiringi dengan pukulan kompang oleh pengampu - pengampunya  menuju ke pentas pelamin; setelah selesai upacara merenjis beliau sekali lagi diiringi  'Pak Andam', kali ini ke meja jamuan dan sekali lagi naik ke pentas bagi upacara memotong kek; selesai saja 'Pak Andam' tersebut akan mengiringi beliau ke pintu besar untuk bersalaman perpisahan - itulah senario yang berlaku sejak  RAMPASAN  KUASA.

20.   Tak pasti apa untungnya  Setiausaha Agung BERSATU  yang kebetulan PENGKHIANAT  UMNO  menyenaraikan sejumlah 282 ahli BERSATU  yang telah dipecat sedangkan sebahagian besar mereka sudah pun keluar Parti.

21.   HANYA  Muhyiddin sahaja yang merupakan salah seorang  pengasas BERSATU  yang tinggal  setelah 'PEMECATAN'  dilakukan kerana yang lain adalah mereka yang menyertainya kemudian, sama ada dari UMNO  mahupun PKR.

22.  Dengan ribuan Ahli  meninggalkan  Parti Bersatu  setiap minggu dan apabila ditoleh  barulah  beliau sedar rupa - rupanya nya beliau HANYA  SEORANG  JENERAL  TANPA  TENTERA atau  A GENERAL  WITHOUT  AN  ARMY.

23.  'Manusia Yang Durjana  Akan Berakhir  Dengan Kehinaan;  Hanya Masa Akan Menentukan  Cepat Atau Lambat Pembalasan’.

24.   Perkataan ‘PENYELAMAT’ direka untuk melindungi dan menghalalkan ‘PENGKHIANAT’.

25. KEMBALILAH  KE PANGKAL  JALAN  SEBELUM  TERLEWAT.

Wassalam
Terima Kasih.

PENYELESAIAN YANG MUDAH

PENYELESIAN 
YANG  MUDAH

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 21/08/2020
( 1 -  17 )


1.   Politik Negara ini memang meriah - tak sunyi dari berbagai isu dan kontroversi.

2.   Bermula dengan  'Langkah Sheraton'  kemudian diikuti oleh PERANCANGAN Muhyiddin bagi menguatkan kedudukan beliau dengan  MERASUAH  berbagai  Jawatan Menteri, Timbalan Menteri, MB, EXCO  dan GLC , ini termasuk beberapa  Ketua Bahagian BERSATU.

3.   Tak cukup dengan itu , baru - baru ini Parti  BERSATU membuat permohonan rasmi untuk bergabung dengan  Muafakat Nasional ( MN )  gabungan 2 parti yang ditaja oleh MUSUH  KETAT mereka,!UMNO  dan PAS;  rupa - rupanya Muhyiddin  ini  JENIS  SPESIS  yang suka JILAT  LUDAHNYA  SENDIRI , kemudian buat  SELAMBA  atau MUKA  SADIN seolah - olah mengesahkan apa yang dilakukan itu adalah asam garamnya sejak zaman 'hingusan' lagi.

4.  Kontroversi  yang paling terbaru sekali apabila seorang Menteri dari  PARTI  AMALAN  SESAT ( PAS )  atau ada kalanya  digelar  PARTI  ANGKUT  SAMPAH  ( PAS ) , Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali  At-Takiri  MENCABUL  Perundangan Negara.

5.   Di mana datangnya perkataan 'At-Tikiri' ? -  seperti juga  sebahagian penganut  PAS  ini mereka akan mengguna atau menggelar nama mereka mengikut tempat lahir atau di mana yang bersesuaian sepertimana yang diamalkan oleh 'Tok Sheikh' di Timur Tengah -  At - Takiri ini berasal dari nama daerah atau kawasan  bernama  Seberang Takir di mana beliau dilahirkan.

6.  Ada 3 orang Menteri dan 5 orang Timbalan selain dari Pengerusi-Pengerusi  GLC dan Tuan Presidennya pula adalah Duta Khas BERTARAF  Menteri.

7.  Di kalangan mereka yang cerdik  tak ramai - kebetulan mereka terdiri dari kumpulan yang tak berserban atau bersongkok seperti Setiausaha Agungnya.

8.  Tak pasti sama ada  mereka yang  mengiringi beliau ke Turki  terdiri dari ahli keluarga dan pegawai Kementerian juga TIDAK  melakukan kurantin 14 hari dari tarikh kepulangan.

9.   Selain dari menghadiri Sidang Parlimen, Menteri Perusahan Perladangan dan Komiditi ini TELAH  juga menghadiri beberapa program yang dihadiri oleh orang ramai.

10.  Makcik 'gelang merah jambu' didenda sebanyak RM8,000, pengusaha  kedai kopi  di Kedah dipenjara 5 bulan dan denda RM12,000 - ini kerana mereka MENCABUL  undang - undang seperti juga Menteri yang tak cerdik ini.

11.  Yang peliknya yang membuat kenyataan  berhubung salahlaku Menteri ini ialah Timbalan Menteri Kesihatan yang juga pernah didenda kerana tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP sedangkan Menteri Kesihatan senyap sahaja - mungkin masih mengira jumlah sebenar Negeri dalam Malaysia dan jumlah sebenar Negara dalam dunia.

12.  Cadangan pertama beliau sebagai  Menteri  bagi menangani harga minyak sawit yang merudum ialah  MENGGANTIKAN   sawit dengan tanaman buluh sedangkan apabila Teresa Kok, Menteri Industri Utama Kerajaan PH  membuat cadangan yang sama, beliaulah orang yang  PERTAMA  MENENTANG cadangan tersebut.

13.  Alasan kononnya Istana Negara membenarkan beliau turut  menghadiri  upacara di Istana telah  MEMBUKTIKAN beliau negatif Covid 19 dengan jelas menampilkan KEBODOHAN beliau.

14.  Undang - undang mensyaratkan  setiap orang yang sampai dari Luar Negara  WAJIB  menjalani kuarantin  selama 14 hari.

15.   Undang - undang ini  PASTI  dibincang dalam Mesyuarat Kabinet  dan diperingatkan selalu melainkan beliau ini  TIDAK  FAHAM  atau DUNGUnatau faham tapi DEGIL kerana nak tunjuk bahawa sebagai seorang  Menteri beliau ‘TAK  MAKAN  SAMAN’.

16.  Sebenarnya ada 4 cara mudah yang boleh menyelesaikan kontroversi  ini :

i.   LETAK   Jawatan Menteri  secara terhormat,

ii.   Bagi membuktikan bahawa Muhyiddin ini adil dan tidak pilih bulu, lakukan PEMECATAN  seperti beliau  PECAT 282  Ahli BERSATU.

iii.   Hadi buat satu FATWA baru yang mengecualikan Menteri Bodoh ini daripada sebarang tindakan berdasarkan  KONONNYA  tatkala berlaku wabak Para Sahabat DIKECUALIKAN  dari arahan Baginda Nabi Muhammad  SAW  untuk  berada di rumah.

iv.   Memandangkan nyawa Muhyiddin berada di hujung pedang, Hadi boleh  MENGUGUT  Muhyiddin supaya mengarahkan agar denda terhadap Menteri ini TAK  LEBIH  RM1,000  atau sebaik - baiknya TIDAK  ADA  sebarang tindakan diambil ; jika engkar PAS  boleh ugut 'TARIK  HAND  BREAK' terhadap kerajaan.

17.   Terserah pada Hadi  MEMBUKTIKAN  persahabatan beliau bersama Menteri ini ikhlas atau beliau juga TIDAK  PEDULI  seperti  Muhyiddin tidak peduli perasaan pengundi khususnya penyokong BERSATU  di Johor.

Wassalam
Terima Kasih.

Friday, 14 August 2020

ORANG MELAYU SUDAH KENAL SIAPA UMNO SIAPA PAS

“ORANG  MELAYU
   SUDAH  KENAL
   SIAPA  UMNO
   SIAPA  PAS"

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 08/08/2020
( 1 - 36 )


1.  "Sejak kalah Pilihanraya Umum ke14 yang lalu UMNO  dan PAS mula mengamalkan pendekatan politik ekstrem atau politik keterlaluan - UMNO  menggunakan politik perkauman dan PAS  pula menggunakan Islam sebagai senjata BAGI  MENDAPATKAN  SEMULA  sokongan orang Melayu.

2.  "Saya dan Shafie Apdal digugurkan dari Kabinet dan dipecat sebagai Ahli UMNO oleh Majlis Tertinggi UMNO  kerana membangkitkan isu 1MDB.

3.  "Berani saya katakan Najib dan dan penyokong - penyokong TELAH  MEROMPAK  hak rakyat dan Negara sedangkan PAS pula MENYOKONG perompak - perompak  tersebut - INI  ISLAM  APA ?

4.  "Orang Melayu tidak boleh ditipu lagi; MEREKA  SUDAH KENAL  SIAPA  UMNO  DAN  SIAPA  PAS”.

5.  "PERCAYALAH  SAYA  TIDAK  AKAN  SEKALI - KALI  BERSAMA  UMNO LAGI”.

6.   Itu adalah beberapa sedutan ucapan  yang diluahkan Muhyiddin bagi  menunjukkan  KEBENCIAN beliau terhadap UMNO  dan PAS tidak lama dulu.

7.  Apakah beliau langsung tidak berfikir  sebelum mengeluarkan kata - kata tersebut  atau setakat  seronok - seronok sahaja untuk dendangan  umum?

8.  Beranikah  beliau MENAFIKAN  dengan melakukan SUMPAH  LAKNAT  seperti  yang dilakukan oleh Najib di Masjid dan di dalam Mahkamah bahawa segala yang ditulis diatas  adalah FITNAH   bagi tujuan memburukkan watak 'WARAK atau ALIM' beliau?

9.  Jika BERSUMPAH  LAKNAT  itu  tidak baik dari sisi Islam , apakah beliau SANGGUP  MENYAMAN atau MEMBAWA  saya ke Mahkamah bagi membersihkan diri?

10.  Saya tidak mahu menyentuh apa yang dilakukannya semasa di Johor selaku Menteri Besar atau isu peribadi  yang melibatkan isteri orang sehingga kes tersebut dilaporkan ke Pejabat Agama Islam WP.

11.     Sebenarnya  perasaan BENCI  beliau  meluap - luap di dalam  dada setelah dimaki hamun, diperlekeh, dihina dan dipijak - pijak oleh UMNO ; beliau dilayani  seperti anjing kurap sehingga tiada parti yang mahu terima beliau kecuali Tun Mahathir melalui DEKLARASI  RAKYAT  yang kemudiannya menubuhkan Parti BERSATU.

12.  Sejarah amalan dan sifat semulajadi politik beliau  'TIKAM  BELAKANG'  atau  'MENGGIGIT  TANGAN  YANG  MEMBERI  MAKAN' bermula apabila beliau berjaya  menumbangkan Osman Saad ( Alfatihah ) , Menteri Besar Johor dan Ketua UMNO  Bahagian Pagoh  sedangkan Osmanlah yang mendidik beliau sehingga diangkat sebagai Ketua Pemuda UMNO  Bahagian  tersebut.

13.  Dendam beliau terhadap  Mahathir bermula setelah Mahathir  mengajak Perwakilan UMNO  MENOLAK  mereka yang MEMBELI  UNDI  atau yang mengamalkan POLITIK  WANG; ekoran saranan itu Muhyiddin kalah sebagai calon Naib Presiden UMNO.

14.   Kenyataan beliau di Singapura adalah pukulan terakhir atau ' the last straw' yang menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

15.  Apabila Najib naik menggantikan Abdullah, Muhyiddin naik pangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

16.  Peluang beliau menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri ekoran isu 1MDB TERBANTUT  apabila beliau  dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Ahli UMNO.

17.   Kebencian  beliau terhadap  Tun bertambah lagi  apabila Tun  tidak melantik beliau  sebagai MENTERI  KEWANGAN yang diidamkan-idamkannya.

18.  Perancangan   beliau membalas dendam terhadap Tun  akhirnya berjaya apabila  MUSUH  KETATNYA, UMNO  dan PAS  dan beberapa  Ahli Parlimen lain berjaya MENUMBANGKAN Tun.

19.  TANPA  SOKONGAN  UMNO dan  PAS  perancangan beliau PASTI  TIDAK  AKAN KESAMPAIAN; inilah SUMBANGAN BESAR UMNO dan PAS kepada beliau.

20.  Cakap - cakap KONONNYA  beliau tidak berminat malah telah DIPAKSA  mengamblih alih jawatan  Perdana Menteri ke 8 itu adalah satu gimik politik atau dalam perkataan lain satu PEMBOHONGAN belaka.

21.  Oleh kerana terlalu seronok, tanpa menghiraukan kehadiran  beberapa orang Menteri di rumahnya,  beliau dengan menggengam tangan ( fist )  dengan BANGGA menyatakan “AT LAST I MANAGED TO BRING HIM DOWN SINGLE HANDEDLY atau AKHIRNYA  BERJAYA  MENUMBANGKAN  TUN MAHATHIR 'SINGLE HANDEDLY'.

22.  Tanpa disedari, beliau mempunyai SPLIT PERSONALITY atau DUA WAJAH YANG BERLAINAN - beliau menampakkan atau mempamerkan wajah ‘SEJUK’ dan ‘ALIM’ bagaikan ‘PIJAK SEMUT TAK MATI’ seorang yang boleh diharap dan dipercayai; bagi mencapai maksud tersebut stesen-stesen TV digalakkan mengulang tayang berkali-kali ‘BACAAN DOA’ beliau.

23. Beliau akan lakukan apa saja termasuk ‘’memancung’ sesiapa yang tidak sebulu atau yang cuba menghalang ‘nafsunya’.

24. PERCAYALAH,!selepas Najib didapati  bersalah oleh Mahkamah  Tinggi, beliau dan beberapa orang kepercayaannya sedang menunggu giliran Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin UMNO lain ke Penjara Sungai Buloh; beliau akan pastikan Mat Hassan TIDAK akan dapat jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri kerana ‘nafsu’ beliau itu.

25. Bagi mengekalkan kedudukan, beliau akan lakukan apa sahaja TERMASUK  MENJILAT  LUDAH  DAN MUNTAHNYA SENDIRI sehingga sanggup MEMBAWA  Parti BERSATU  dalam Gabungan Muafakat Nasional yang terdiri dari UMNO  dan PAS; beliau TIDAK  PEDULI  dengan janji awalnya yang TIDAK  AKAN  BERSAMA UMNO dan PAS lagi.

26. Pemimpin - Pemimpin UMNO  HARUS  BERWASPADA  terhadap  'ULAR  KEPALA  DUA'  ini.

27. Sesiapa sahaja yang tidak menyokongnya, beliau  AKAN  cari jalan menjatuh dan  menggantikan mereka dengan 'ORANG  SURUHANNYA’.

28. Perkara ini sedang berlaku di Sabah apabila Parti Warisan yang dipimpin oleh Shafie Apdal, Ketua Menteri ENGGAN  MENYOKONG  beliau.

29. Musa Aman  yang TERPAKSA   berubat  di London dan menggunakan  tongkat dan  dibebaskan pula dari SEMUA  TUDUHAN MAHKAMAH  tiba - tiba sihat dan  tak perlu bertongkat lagi kini begitu bersemangat apabila MENDAPAT  RESTU  Muhyiddin.

30. Kehendak Muhyiddin  diperkuatkan lagi apabila Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri merangkap Setiausaha Agong BERSATU yang  baru dilantik dan Nardin Awang, Setiausaha Politik Muhyiddin mengadap TYT  Yang Di Pertua Sabah.

31. Kehadiran kedua - dua orang 'SURUHAN' Muhyiddin itu adalah petanda atau bukti jelas hasrat campur tangan beliau dalam Politik dan Pentadbiran Negeri Sabah itu sendiri.

32. Malangnya NIAT  JAHAT  beliau  TIDAK  KESAMPIAN  apabila  TYT  Yang Di Pertua Sabah  BERSETUJU  membubarkan Dewan Negeri  dengan memulangkan  semula kuasa  penentu kepada rakyat Sabah.

33. Yang menjadi tanda tanya bagaimana polis yang di bawah kelolaan Kementerian Dalam Negari dimana Hamzah Menterinya TIDAK  MEMBENARKAN  rombongan Musa menghadap TYT Yang Di Pertua TIDAK  BEBERAPA  LAMA  selepas itu?

34. Seperti biasa Muhyiddin akan menampilkan imaj 'SEJUK' dan 'ALIM' nya seolah - olah beliau  TIDAK  TERLIBAT dengan rancangan jahatnya itu.

35. Kepada mereka yang terlalu TAKSUB   atau yang MEMENTINGKAN  PANGKAT  dan IMBUHAN  TANPA  MEMPEDULIKAN  PERINTAH  ALLAH sama ada sebagai Menteri, Timbalan dan Pengerusi - Pengerusi GLC, anda boleh bergembira di dunia ini  namun  INGATLAH  SERUAN  ALLAH SWT, anda semua TIDAK  BOLEH  LARI  dari dipersoalkan di Akhirat kelak.

36. BALIKLAH  KE PANGKAL  JALAN  SEBELUM  TERLEWAT.

Wassalam
Terima Kasih.

https://www.malaysia-today.net/2016/08/12/nika-gee-will-get-only-rm20-million-and-not-rm50-million/

Friday, 17 July 2020

TANGISAN DALAM SENYUMAN - NORMA BARU?

TANGISAN DALAM SENYUMAN - NORMA BARU?

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 17/07/2020
( 1 - 28 )


1. Bagi mereka yang mungkin terlupa atau tidak pasti, kesemua Negara Komanwel iaitu Negara yang pernah dijajah dan di perintah British seperti Negara kita MENGAMALKAN Sistem Parlimen ala Wesminster, Great Britain.

2. Pengaruh Penjajah British begitu tebal sehingga Sultan Sir Ibrahim, moyang Sultan Johor sekarang MAHUKAN Persekutuan Tanah Melayu ketika itu TERUS dijajah dan diperintah oleh British; lihat sahaja pakaian rasmi mereka yang ala Barat sehingga kini, ia TIDAK LANGSUNG mencerminkan pakaian tradisi Melayu seperti Sultan-Sultan yang lain.

3. Dek sebab 'Sistem Parlimen Wesminster' inilah UMNO pernah diserang, dikutuk dan yang dahsyat sekali diKAFIRKAN oleh PAS menerusi ucapan berapi Hadi pada 7hb April 1981 di Kampong Bonggol Paradong , Kuala Terengganu.

4. Bermula dari AMANAT HADI AWANG itulah, PAS mula terjerumus dengan sikap BERDOLAK DALIK dan BERBOHONG seolah - olah mereka tidak pernah melakukan sebarang kesilapan atau kesalahan; justeru sehingga saat ini Hadi tidak pernah menarik balik tuduhan liar dan jahatnya terhadap UMNO apatah lagi meminta maaf secara terbuka.

5. Mereka terus MENIKUS dengan harapan UMNO akan terlupa atau melupakan atau memaafkan saja PAS terhadap AMANAT tersebut.

6. Perangai mereka tak ubah seperti

'Burung Kasawari
Menyembunyikan 
Kepala Dalam 
Tanah'.

7. PAS khususnya pemimpin - pemimpin mereka terus memperalat Agama bagi mendapat sokongan dan menguatkan kedudukan.

8. Jubah dan Serban mereka adalah 'perisai' terbaik bagi menonjolkan imaj kealiman yang boleh dipercayai; sesiapa saja Ahli yang tidak sehaluan atau berani mempersoalkan tindak tanduk pemimpin, akan di serang dan dikutuk habis - habisan.

9. Sejak 'berjinak dan berfoya' dengan musuh tradisi mereka, UMNO apatah lagi kini berada didalam KERAJAAN PINTU BELAKANG atau bak kata Hadi KERAJAAN TEBUK ATAP , isu Menjadikan Malaysia Negara Islam , Penyalahangunaan Kuasa dan Rasuah, Hudud dan RUU355 , LGBT, Pesta Arak Oktoberfest dan Seruan Penutupan Kilang - Kilang Arak dan Kedai - Kedai Menjual Arak dan Judi TERMASUK Kasino Genting Highland TIDAK LAGI MERUPAKAN AGENDA PERJUANGAN PAS - mulut mereka TERKUNCI seolah - olah sudah disumbat dengan 'dedak' oleh UMNO dan Muhyiddin.

10. Satu lagi contoh , apabila Presiden MCA sebuah parti komponan BN yang HANYA MEMPUNYAI 2 orang MP dan seorang SAJA wakil dalam Kabinet memberi amaran agar isu menjadikan Negara ini sebagai Negara Islam TIDAK DIBANGKITKAN LAGI , PAS yang mempunyai 18 Ahli Parlimen dan 3 orang Menteri tiba - tiba sahaja LIDAH MEREKA TERKELU TIDAK BERKATA - KATA - bak kata anak - anak muda zaman sekarang , mereka KECUT dan TIDAK ADA 'TELOQ'; begitu juga mereka langsung tak bersuara apabila Kerajaan PN dengan senang hati memberi sumbangan RM58 juta kepada Universiti Tunku Abdul Rahman kepunyaan MCA.

11. Asalkan dapat jawatan dan boleh mengekalkannya dan mendapat imbuhan lumayan , pemimpin - pemimpin mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk MENJILAT LUDAH DAN KAHAK MEREKA SENDIRI.

12. Oleh kerana TAKUT tidak dapat cium pintu Syurga, Ahli - Ahli PAS TERPAKSA TERUS MEMUJA , MEMUJI , dan TIDAK BERANI menyoal apatah lagi mengkritik pemimpin mereka yang digambarkan sebagai Ulamak Perwaris Nabi yang Suci dan Maksum.

13. Tidak keterlaluan apabila satu ketika dahulu Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu menyifatkan PAS sebagai Parti Amalan Sesat dan kini ada pula yang melabelkan PAS, Parti Angkut Sampah.

14. 'Sudah Terang 
Lagi Bersuluh'

apabila pada hari Isnin 13hb Julai 2020 lepas kesemua 18 Ahli Parlimen PAS menyokong pemecatan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff dari jawatan Speaker Dewan Rakyat.

15. Salah seorang 'lebai' PAS cuba menunjukkan 'kepintaran' menyokong tindakan tersebut dan menyokong Speaker baru.

16. Sudahkah Hadi dan 17 Ahli Parlimen PAS MENGKAJI terlebih dahulu 'manusia' yang disokong sebagai Speaker sedangkan PENDIRIAN Azhar terlalu jelas BERTENTANGAN dengan Dasar PAS dan Islam, atau demi kepentingan diri dan jawatan mereka TIDAK PEDULI itu semua (sila lihat klip video Azhar Harun)

17. Mengikut Tan Sri Ariff penyingkiran beliau TANPA SEBAB TERTENTU ATAU TANPA ALASAN LOGIK sebagai Speaker TIDAK PERNAH BERLAKU sejak 'Sistem Parlimen ala Wesminster' itu diperkenalkan 800 tahun dahulu.

18. Pemecatan Speaker hanya berlaku sekali sahaja dalam sejarah apabila dalam tahun 1990 Speaker Dewan Rakyat Trinidad di dapati melakukan rasuah.

19. Dari segi CONVENTION atau AMALAN yang digunapakai pemecatan atau pengisian Speaker Dewan dilakukan atas sebab - sebab berikut :

i. Mati

ii. Berhenti

iii. Gila 

iv. Melanggar 
undang - undang 
seperti rasuah.

20. Kerajaan BERHAK menukar Speaker ASALKAN ianya BERPANDU kepada Aturan dan Peraturan Mesyuarat Parlimen.

21. Difahamkan perlantikan Azhar sebagai Speaker baru TIDAK mengikut Aturan dan Peraturan Mesyuarat.

22. Oleh kerana perkara ini TERLALU PENTING dan SERIUS maka dicadangkan Ahli - Ahli Parlimen yang TIDAK BERSETUJU mendapatkan PERINTAH MAHKAMAH sama ada perlantikan itu menepati kehendak Aturan dan Peraturan Mesyuarat Parlimen.

23. Walaupun 'menang' namun keputusan pengundian tersebut 111 dari 222 dengan 2 berkecuali dan Pembangkang pula mendapat 109, yang sebenarnya 'kemenangan' yang AMAT MEMALUKAN kepada Muhyiddin.

24. Lazimnya seseorang Perdana Menteri selepas 4 bulan berkuasa dan ditokok pula dengan 72 orang yang dilantik sebagai Menteri, Timbalan dan hampir kesemua Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan Pas dilantik sebagai Pengerusi GLC dengan imbuhan yang lumayan sepatutnya jumlah sokongan bertambah BUKAN berkurangan.

25. ‘Kemenangan' yang didapati itu sebenarnya ia lebih kepada 'TANGISAN DALAM SENYUMAN'.

26. Berdasarkan kepada sokongan yang AMAT TIPIS SEKALI yang beliau perolehi mungkin LEBIH SEMPURNA jika Yang Di Pertuan Agong MENGKAJI SEMULA sama ada Baginda telah dipersembahkan oleh Muhyiddin jumlah sokongan yang sebenar atau sebaliknya.

27. Dalam situasi begini ditambah pula KESIHATAN yang tak begitu baik, Muhyiddin HANYA ada 2 pilihan :

i. Tingkatkan berdoa agar dipanjangkan umur dan dipulihkan penyakit BARAH yang sedang dialami, atau 

ii. Berundur dengan cara TERHORMAT; lagi pun hajat dan cita - cita beliau selama ini untuk menjadi Perdana Menteri sudah pun tertulis dalam sejarah; ini adalah NORMA BARU atau NEW NORMAL yang selalu disebut - JANGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

28. PISAU DI TANGAN ANDA , LAKUKAN YANG TERBAIK SEBELUM NASI MENJADI BUBUR.

Wassalam
Terima Kasih.

Monday, 6 July 2020

PILIHAN TERAKHIR

PILIHAN TERAKHIR

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 07/07/2020
( 1 - 22 )


1. Beberapa hari lepas saya telah mengirim kepada beberapa orang kenalan pandangan ringkas saya berkaitan isu politik semasa:

"No one is perfect. So the best way is to go for Emergency Rule and get rid of ALL those politicians be it from PH or PN. The rakyat is so tired and fedup with those people on top squabbling for positions - NOT for the poor rakyat"

TERJEMAHAN

"Tidak seorang pun yang sempurna. Maka jalan yang terbaik ialah melalui Pemerintahan Darurat dan membersihkan Negara dari ahli - ahli politik sama ada dari PH atau pun dari PN. Rakyat merasa penat dan benci dengan apa yang dilakukan oleh mereka di atas sana yang hanya berebut jawatan - BUKAN untuk rakyat.”

2. Reaksi yang diterima hampir kesemua mereka bersetuju dengan pandangan tersebut.

3. Lagi pun HANYA dengan cara ini sahaja anak - anak muda boleh dilatih dan diberi peluang memimpin negara; ini kerana sistem politik hari ini TIDAK menggalakkan anak - anak muda terutama yang berpelajaran tinggi mendapat tempat yang diperlukan.

4. Sama ada bersetuju atau tidak ini adalah pandangan ikhlas saya yang muak melihat telatah mereka yang diberi kepercayaan dan diharapkan oleh rakyat bawahan.

5. Pemimpin dan pengampu / penyokong mereka hari ini HANYA BERLAKON seolah - olah merekalah orang yang berjuang untuk rakyat tetapi satelah diberi peluang, mereka mula mengatur langkah mengkayakan diri , keluarga dan juak - juaknya; rakyat TERPAKSA MENUNGGU sekian lama bagi berjumpa dengan mereka yang telah diberi kepercayaan; ada yang bernasib baik dapat jumpa dan ada pula yang TERPAKSA TUNGGU Pilihanraya sekali lagi apabila 'pemimpin' tersebut datang sehingga ke dapur bagi menagih undi dan memberi sedikit bantuan berupa wang ringgit.

6. YANG PATUT DIPERSALAHKAN IALAH PENGUNDI ITU SENDIRI KERANA MEREKA BOLEH DENGAN SENANG DIPERDAYA DENGAN JANJI - JANJI MANIS.

7. Amalan salahguna kuasa dan rasuah sudah menjadi makanan dan darah daging mereka yang telah diberi amanah,

8. Dari Perdana Menteri hinggalah budak pejabat amalan tak bermaruah dan jijik ini bagaikan :

'Irama Dan Lagu
Yang Tak Boleh Dipisahkan’ 


9. Ayat - Ayat Al-Quran dan Hadith pula ditafsir begitu mudah mengikut selera dan keperluan mereka; yang dulu diharamkan, kini dihalalkan begitu juga yang pernah dipuji dan disanjung kini diharamkan.

10. Pengikut - pengikut Parti Angkut Sampah ini pula terlalu percaya dan taksub seolah - olah pemimpin mereka adalah Perwaris Nabi yang maksum; tidak boleh menyoal apatah lagi mengkritik jika mahukan ke Syurga.

11. Rasuah bukan sahaja dilakukan oleh orang politik , malah ia turut di lakukan oleh sebahagian Pegawai dan Kakitangan Kerajaan sehingga sanggup menjadi PENGKHIANAT NEGARA.

12. Ini semua berlaku kerana bak kata pepatah :

'Ikan Busuk
Bermula
Dari Kepala'

13. Rampasan Kuasa dilakukan semata - mata bagi memenuhi nafsu; suara dan dan hak rakyat TIDAK LAGI DIPEDULI, DIHORMATI DAN DIAMBIL KIRA.

14. Alasan yang didendangkan kepada rakyat khususnya orang Melayu ialah KONONNYA bagi menjamin kuasa Melayu daripada dikuasai oleh DAP.

15. Sebenarnya mereka tahu dan sedar bahawa DAP hanya mempunyai 42 Kerusi Parlimen dari 43 Kerusi yang mereka bertanding dari jumlah 222 Kerusi dan DAP pula HANYA menentang calun - calun MCA dan Gerakan sahaja, BUKAN calun Melayu UMNO dan PAS.

16. Yang sedihnya ramai orang Melayu termakan dengan DAKYAH dan FITNAH yang SENGAJA DICIPTA oleh UMNO dan PAS kononya DAP akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu , Bahasa, Agama Islam dan Raja - Raja Melayu.

17. " Bangsa Sendiri Yang Mencuri Hak Bangsanya Tapi Dia Akan Tuduh Bangsa Lain Supaya Dia Bebas Mencuri

Negara Akan Pasti Hancur Kerana Adanya para PENGKHIANAT Bangsa Sendiri

- itulah pesan Bung Karno atau Soekarno , Presiden Indonesia kepada rakyatnya sekitar tahun 1955

18. Perkara diatas sebenarnya telah TERMAKTUB / TERTANAM DIDALAM PERLEMBAGAAN; ia TIDAK BOLEH DIPINDA APATAH LAGI DIHAPUS oleh sesiapa pun apatah pula DAP yang hanya miliki 42 Kerusi; walau 100 Kerusi sekali pun.

19. Tidak dinafikan ada segilintir masyarakat Cina dan bukan Islam yang kebetulan Ahli DAP yang terus menyalak namun mereka ini tak ubah seperti : 

'Anjing Menyalak
Bukit'

20. Apa bangsa sekalipun sama ada orang Cina , India mahu pun Melayu pasti terdapat beberapa orang 'extrimis' di kalangan mereka yang menyakiti perasaan bangsa lain.

21. Keadaan Negara kini TERLALU BERCELARU ( confused state ) disebabkan 'mainan politik melampau' oleh pemain - pemain politik yang mementingkan diri; rakyat menderita dan ramai pula yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ekoran COVID 19, maka PILIHAN TERAKHIR DAN TERBAIK ialah Yang DiPertuan Agong hendaklah MENGGANTUNG PARLIMEN dan MELANTIK seorang Ketua Pentadbir yang difikirkan sesuai.

22. SEMOGA KITA TIDAK KESAL APABILA NASI SUDAH JADI BUBUR.

Wassalam
Terima Kasih.

Saturday, 6 June 2020

AKHIR NYA !!

AKHIR NYA !!

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu - 06/06/2020
( 1 - 15 )


1. Pesanan terakhir Megat Seri Rama, Laksamana Bentan sebagai balasan kekejaman Sultan terhadap isterinya Dang Anum sebelum menikam mati Sultan ialah ungkapan kata-kata:-

"RAJA ADIL
RAJA DISEMBAH
RAJA ZALIM
RAJA DISANGGAH"

2. Sejak peristiwa itu yang diingati sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Di Julang', Melaka tidak lagi mempunyai sebarang Sultan sehingga ke hari ini.

3. Namun Melaka terus membangun dan maju, malah lebih maju dan pesat dari negeri - negeri lain walaupun ianya tidak mempunyai sumber asli seperti balak dan bijih timah.

4. Seolah - olah tidak dipedulikan, bukan sahaja kehilangan Sultan tapi yang sedihnya sejak negara mencapai Kemerdekaan 63 tahun dahulu , AKHIRNYA buat pertama kali anak Melaka jati diangkat sebagai Tuan Yang Terutama ( TYT ) atau Gabenor Negeri Melaka.

5. Bagaikan :

'Belut Pulang
Ke Lumpur ,
Haruan Pulang
Ke Lubuk ,
Sirih Pulang
Ke Gagang'

perlantikan Muhd. Ali bin Muhd. Rastam atau Ali Rastam pada hari Khamis 4hb Jun 2020 SEMEMANGNYA menjadi kebanggaan rakyat Melaka yang telah lama menunggu dan menunggu tak ubah seperti :

'Pungguk
Rindukan
Bulan'

akhirnya segala mimpi dan harapan telah menjadi kenyataan.

6. Perlantikan Ali ( Tun ) mengingatkan kita sejarah kira - kira 1400 tahun dahulu apabila seorang Penghulu yang kebetulan mempunyai nama yang sama, Ali ( Tun Ali ) dilantik sebagai Bendahara ke-4 bagi Kesultanan Negeri Melaka.

7. Hanya yang membezakan kedua - dua insan ini ialah bapa Tun Ali adalah seorang saudagar yang kaya berasal dari India bernama Mani Purindam sedangkan TYT kita berasal dari keluarga miskin.

8. Perlantikan anak jati Melaka ini sebagai TYT ke-7 adalah satu lagi sejarah Melaka yang seharusnya dicatat dengan tinta emas kerana sebelum ini KESEMUA TYT Melaka adalahyang 'di import' dari negeri lain :

i. Tun Leong Yew Koh
( Perak )
31/08/1957 -
30/08/1963

ii. Tun Abdul Malek
Yusof
( N.Sembilan )
31/08/1963 -
30/08/1971

iii. Tun Dr. Hj Abdul
Aziz Abdul Majid
( Selangor )
31/08/1971 -
09/05/1975

iv. Tun Syed
Zahiruddin
Syed Hassan
( Perak )
25/05/1975 -
30/11/1984

v. Tun Syed Ahmad
Syed Mahmud
Shahabuddin
( Kedah )
04/12/1984 -
03/06/2004

vi. Tun Mohd Khalil
Yaakob
( Pahang )
04/06/2004 -
03/06/2020

9. Berbekalkan pengalaman luas sebagai Ketua Menteri Melaka selama 14 tahun iaitu dari 1999 hingga 2013 sudah pasti Ali selaku TYT yang baru beliau boleh memberi pandangan dan nasihat baik kepada Kerajaan Negeri.

10. Saya mula mengenali Ali apabila Othman Muhammad, Naib Ketua Pemuda, dan kemudiannya dilantik oleh Ali sebagai Speaker Dewan Negeri, membuat cadangan kepada saya selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Berendam ketika itu untuk melantik beliau ( Ali ) sebagai Bendahari Pemuda Bahagian.

11. Selaku Ketua Menteri beliau sering mendapatkan pandangan dan nasihat ayah kami, Tun Abdul Ghafar Baba ( Alfatihah ) walaupun ketika itu beliau tidak lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

12. SAYA DAN RAKYAT MELAKA AMAT TERHARU DAN MENDOAKAN AGAR ALLAH SWT MERAHMATI SEGALA APA YANG BELIAU LAKUKAN SEBAGAI TYT MELAKA YANG BARU.

13. Semoga perlantikan anak jati Melaka ini akan dijadikan amalan yang berterusan selepas ini.

14. TAHNIAH
SAHABATKU !!

15. Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.


Wassalam
Terima Kasih.

Saturday, 30 May 2020

NAJIB LANGGAN SISTEM DARI ISRAEL ??

NAJIB LANGGAN SISTEM DARI ISRAEL ??

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 31/05/2020
( 1 - 18 )


1. Belum lagi reda malah suhu ( temperature ) makin hari makin bertambah panas keadaan politik negara khususnya Parti BERSATU dan kedudukan Muhyiddin sendiri selaku Perdana Menteri 'PINTU BELAKANG, tiba - tiba kita dikejutkan dengan satu berita yang amat MENGGEMPARKAN.

2. Jika berita ini benar maka ia bererti satu lagi PENGKHIANATAN yang disembunyikan selama ini dari pengetahun rakyat KHASNYA kepada umat Islam negara ini TERBONGKAR.

3. PEMBONGKARAN PENGKHIANATAN ini datangnya bukan dari orang biasa tapi dari mahkamah Israel sendiri.

4. Oleh kerana kezaliman Yahudi Israel terhadap penduduk Islam khusunya di Semenanjung Gaza dan Palestin, Malaysia adalah satu - satu negara Islam yang TIDAK mengiktiraf negara tersebut justeru kita TIDAK DIBENARKAN berurusan dengan mereka.

5. Lupakah kita APCO , sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan Organasasi Pengintapan Israel dilantik oleh Kerajaan UMNO/ BN dengan bayaran RM75 juta bagi membantu mereka memenangi PRU14 dulu?

6. Walaupun pada mulanya Kerajaan ketika itu menafikannya namun atas desakan demi desakan AKHIRNYA seorang Menteri tampil membuat pengakuan di dalam Sidang Parlimen.

7. Hari ini Mahkamah Israel memaklumkan Kerajaan Malaysia TELAH membeli beberapa alat pengintipan dari sebuah syarikat Israel.

8. Oleh kerana tidak ada Hubungan Diplomatik maka syarikat Israel dan Kerajaan Najib TERPAKSA membelinya MELALUI negara ketiga, Cyprus.

9. SEPERTI BIASA Najib MENYALAHKAN orang lain seolah - olah tangan dan jiwanya BERSIH seperti juga isu 1MDB , SRC dan lain - lain kesalahan.

10. Tidak hairan juga jika beliau sekali lagi BERSUMPAH di mana - mana Masjid seperti kes PEMBUNUHAN ALTANTUYA .

11. Selain dari BERSUMPAH biasanya mereka akan ke Mekah bagi menunjukkan kononnya betapa ALIM mereka ini, dan orang alim takkan nak buat kerja-kerja kotor begitu - KALAU TAK MEROMPAK BUKAN UMNO NAMANYA!!

12. Cukup dengan SUMPAH , pemakan - pemakan dedak yang senantiasa kelaparan akan terus percaya kepada beliau.

13. Selepas KENYANG seperti ular sawa, mereka TIDAK PEDULI sama ada mereka telah ditipu dan negara dan maruah mereka TERGADAI.

14. Seolah - olah terlebih minum air ketum atau mabuk dadah, yang mereka diajar dan tahu hanya beberapa perkataan sahaja 'Malu Apa BossKu', Hidup Melayu dan Takbir , Allahuakhbar'.

15. Kata - kata Najib ada kebenarannya ' CASH IS KING '.

16. Ini yang dikatakan

'Menang Sorak 
Kampung Tergadai'.

17. Menjelang PRU 14, Najib buat apa saja asalkan menang, ini termasuk berbilion ringgit ditabur - namun bak kata Muhyiddin rakyat sudah kenal permainan UMNO dan PAS - itu Muhyiddin dulu , tapi sekarang bagi mendapatkan jawatan beliau BOLEH pula bercumbu - cumbuan dan tidur bersama dengan kedua - dua Parti tersebut.

18. SAMA ADA MUHYIDDIN BOLEH TIDUR LINA ATAU MENGIGAU DI CEKIK HANTU, SAMA - SAMALAH KITA TUNGGU DAN LIHAT PENYUDAH KEPADA LAKONAN YANG DIPERTONTONKAN ini.

Wassalam
Terima Kasih.

Friday, 15 May 2020

APA YANG NAK DITAKUTKAN?

APA  YANG  NAK  DITAKUTKAN?

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat - 15/05/2020
( 1 -  25 )


1.  6 hari lepas  iaitu pada 9hb Mei 2020 genap 2 tahun  Pakatan Harapan  atau PH  mengingati HARI  KEMENANGAN  RAKYAT.

2.  Tarikh  itu 2 tahun  yang lepas, buat pertama kali  dalam sejarah negara rakyat telah  menggunakan kuasa mereka menukar Kerajaan UMNO / BN  sejak Merdeka 61 tahun dahulu.

3.  Kebencian rakyat terhadap Kerajaan UMNO / BN  yang diseliputi najis rasuah dan kezaliman tidak boleh dikawal lagi, justeru  rakyat  MENOLAK mereka.

4.  Polis di bawah Khalid Bakar yang diberi gelaran Mr. Twitter ketika itu bagaikan  ROBOT, bertindak keras termasuk  menangkap dan mendakwa sesiapa saja  yang lantang menentang pemimpin - pemimpin yang terang - terang MEROMPAK  harta negara/ rakyat.

5.  Ramai Pegawai Tinggi Kerajaan seperti Peguam Negara  sama ada dipecat atau ditukarkan ke Jabatan lain.

6.   Selain Tun Mahathir yang  DIHALANG meneruskan ucapan di Majlis  'Nothing To Hide' , polis juga pernah  merakam kenyataan Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang  ketika itu sudah pun berusia 92 tahun kerana menghadiri Perhimpunan Wanita di Kuala Lumpur membantah kenaikan harga barang dan lain - lain lagi.

7.  Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO  dibuang begitu saja  seperti sampah oleh Najib dan Majlis Tertinggi UMNO  kerana MENDEDAHKAN cerita sebenar 1MDB; begitu juga nasib yang sama  yang menimpa Shafie Apdal yang pada masa itu Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

8.  Saya sendiri bersama rakan - rakan lain seperti  Tian Chua, Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Peguam Haris Ibrahim dicampakan ke dalam lokap Balai Polis Jinjang kerana tak puas hati dengan keputusan Pilihanraya.

9. Peristiwa RAMPASAN KUASA yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Azmin terhadap Tun  pada 23hb Februari 2020  mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku di Italy  di zaman The Roman Empayar kira - kira  1000 tahun  dahulu di mana Brutus dan rakan - rakan  MENIKAM  Julius Caesar sampai mati.

10.  "Et Tu Brute ?"  atau   Kau Juga Brutus ?" -  apakah soalan sama Tun terhadap  Azmin  yang dianggap  sebagai  ANAK EMAS beliau sehingga SANGGUP BERSUBAHAT  MENIKAM  DARI  BELAKANG?

11.  Jika dikaji, rampasan kuasa  itu  tidak berlaku dalam sekelip mata,  sebenarnya TELAH  DIRANCANG  lebih awal lagi dengan cermat dan teliti yang melibatkan UMNO  dan PAS  - masakan Tun pernah menyatakan beliau berbangga mempunyai sokongan hampir keseluruhan Ahli - Ahli Parlimen.

12.  Bagi mengelak diri dari dituduh, Muhyiddin, Azmin dan seorang dua lagi dari tuduhan MENIKAM  TUN  DARI  BELAKANG mereka telah  menggunakan 'orang tertentu'  sebagai  'pendinding atau alibi' seolah - olah orang inilah yang bertanggungjawab 'menjatuhkan' seorang Perdana Menteri yang mempunyai pengelaman amat luas.

13.  Sejak tertularnya rakaman suara siri 1 dan 2  mesyuarat MPT  BERSATU  yang berlangsung pada 23 dan 24hb Februari 2020 barulah RAKYAT  SEDAR siapakah SEBENARNYA  yang BERBOHONG - Tun atau Muhyiddin?

14.  Sejak Mengangkat  Sumpah  Jawatan Perdana Menteri pada 1hb Mac 2020 sehingga sekarang sebahagian rakyat masih percaya cakap - cakap KONONNYA  Muhyiddin TIDAK  BERMINAT Jawatan Perdana Menteri.

15.  Ramai juga yang bertanya :

i.  Jika tidak berminat  mengapa SANGGUP membawa  BERSATU keluar dari Pakatan Harapan  atau PH dan bergabung dengan UMNO  dan PAS  yang telah ditolak rakyat dalam Pilihanraya dahulu?

ii.  Jika benar tidak berminat mengapa tidak bawa kembali BERSATU  ke PH dan serahkan  Jawatan Perdana Menteri tersebut pada yang berhak, Tun?

iii.  Bagi MENENTUKAN  kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri  TIDAK  TERGUGAT, seramai hampir 80 Ahli Parlimen dilantik sebagai Menteri dan Timbalan, ini selain dari melantik Ahli - Ahli Parlimen dan beberapa Ketua Bahagian UMNO  dan Parti - Parti yang menyokongnya sebagai Pengurusi GLC.

NOTA :  
a ) Amerika Syarikat  yang maju dengan jumlah penduduk lebih 300 juta orang HANYA  mempunyai 18 orang Menteri sahaja.

b )  China dan India yang maju dan masing - masing  mempunyai seramai lebih 1.2 Billion rakyat HANYA diwakili tak lebih 40 orang Menteri sahaja.

c )  Jiran kita Indonesia  hanya mempunyai tak lebih 30 Menteri yang memberi khidmat kepada hampir 300 juta rakyat  yang tinggal merata 7000 pulau negara tersebut.

16.  Pada mulanya Sidang Parlimen yang sepatutnya diadakan pada pertengahan bulan Mac  telah ditangguhkan ke 18hb Mei ini atas alasan memberi ruang kepada Menteri - Menteri baru terutama  Menteri yang kurang cerdik dari  Parti Lebai menyiapkan  diri.

17.  Atas desakan Ahli - Ahli 'Pembangkang' yang sebenarnya 'Kerajaan' , Speaker telah bersetuju  membenarkan usul melanjutkan hari PERDEBATAN  daripada hanya  1 hari ke 8 hari.

18.  Atas SEBAB - SEBAB  PENTING  UNTUK RAKYAT  dan PERLU  DIBAHASKAN  maka  Usul Undi Tak Percaya Ahli Parlimen Langkawi , Tun Dr. Mahathir terhadap Muhyiddin Yassin sebagai  Perdana Menteri juga diterima untuk dimasukkan dalam aturun peraturan Mesyuarat Parlimen.

19.  Difahamkan Menteri Undang - Undang yang juga bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen TELAH  memaklumkan kepada wakil PH Agenda Mesyuarat Sidang Parlimen 18 Mei ini.

20.  Tiba - tiba tanpa ambil kira penerangan  Menteri Undang - Undang kepada wakil PH, ATAS  ARAHAN  PERDANA  MENTERI, Speaker TERPAKSA   menghadkan masa Sidang Parlimen ini HANYA  bagi mendengar Titah Yang DiPertuan  Agong sahaja TANPA sebarang perbahasan sehinggalah bulan Julai akan datang.

21.  Memandangkan  berkemungkinan alasan  wabak COVID 19  ini boleh menjangkiti  mana - mana Ahli Parlimen dan mungkin  terkena pada  YDP Agong sendiri, maka  YDP Agong boleh mengeluarkan Perintah atau Arahan agar Perasmian Sidang Parlimen pada Isnin 18hb Mei ini diadakan secara 'LIVE' - YDP Agong jika perlu mengenakan Pakaian Rasmi yang lengkap dan bertitah dari Istana Negara.

22.  Adalah AMAT ANEH   Agong dan 222 Ahli Parlimen TERMASUK  Speaker dan  pegawai - pegawai Parlimen yang bertugas TERPAKSA memakai 'face mask' semasa berucap dan hadir nanti.

23.  Difahamlan hampir semua Ahli Parlimen termasuk dari Sabah dan Serawak sudah berada di Kuala Lumpur lebih awal dari 18hb Mei ini.

24.  Bayangkan jumlah kos termasuk tiket kapalterbang, hotel, makan minum dan elaun hadir mesyuarat bagi 222 orang Ahli Parlimen yang mesti  hadir lebih awal  begitu besar  sedangkan rakyat TERPAKSA  menunggu ehsan bantuan Kerajaan.

25.  Persoalannya JIKA  MUHYIDDIN  YAKIN  PUNYAI  SOKONGAN  KUAT  DI PARLIMEN, MENGAPA  BERDOLAK DALIK  TAKUT  BERHADAPAN  DENGAN  UNDI  TAK  PERCAYA ?

Wassalam
Terima Kasih.

Sunday, 3 May 2020

GENDANG PERANG SUDAH BERBUNYI - LEBIH BAIK BERUNDUR SEBELUM DIHUMBAN KELUAR

GENDANG PERANG SUDAH BERBUNYI - LEBIH BAIK BERUNDUR SEBELUM DIHUMBAN KELUAR

Tamrin Tun Ghafar

Selasa - 05/05/2020
( 1 - 35 )


1. Bagi menghormati Bulan Ramadhan ini saya telah bertekad untuk tidak membuat sebarang komen seperti yang lazim dilakukan.

2. Namun dengan beberapa peristiwa dan kenyataan politik beberapa hari ini, tidak dapat tidak atau suka tak suka saya TERPANGGIL juga untuk memberi ulasan.

3. Walaupun ramai yang bersetuju namun tidak dapat dinafikan ada juga segelintir 'pengampu- pengampu' yang tak senang dengan pandangan dan kritikan saya sama ada secara terang - terangan mahu pun secara sinis.

4. Kita perlu menegur dan BERCAKAP BENAR jika mahu melihat negara kita terus maju, malah lebih maju dari negara lain yang sudah maju.

5. Perkara ini tidak mustahil; jika kita masih ingat kehebatan negara kita pada awal 1990 dibawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad ketika itu, negara kita disanjung tinggi sehingga digelar 'THE ASIAN TIGER' oleh dunia.

6. IMF dan George Soros yang pernah mengkritik Dr. Mahathir ketika Asian Financial Crisis AKHIRNYA memuji kehebatan dan kecekapan beliau menangani situasi tersebut dengan baik dan berkesan.

7. Begitu juga walau pun TIDAK disenangi oleh 9 orang Raja - Raja Melayu, namun Dr. Mahathir memilih menyelamatkan negara dan rakyat dari terus 'DIBULI' dan dalam masa yang sama BERJAYA MENYELAMATKAN Institusi Raja Berpelembagaan semasa Krisis Perlembagaan dahulu; malangnya masih ada di kalangan mereka yang marah dan menggangap Dr. Mahathir seorang 'PEMBELOT’.

8. Tun Dr. Mahathir BUKANLAH MAKSUM seperti Hadi, beliau juga tak lepas dari melakukan kesilapan.

9. Menjelang Pilihanraya Umum ke14 pada 9hb Mei 2018, walaupun sudah menjangkau usia 93 tahun ketika itu namun Parti - Parti Gabunagan PH ( PKR , AMANAH, DAP dan BERSATU ) pada masa itu TERPAKSA memujuk Tun bagi mengepalai mereka bagi menumbangkan UMNO/BN.

10. Kerana keengganan Kerajaan Najib membenarkan penggunan nama dan simbol Pakatan Harapan ketika itu, AKHIRNYA mereka semua bersetuju MEMINJAM nama dan simbol PKR.

11. Situasi sama ini hampir menjadi kenyataan apabila PAS dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz pernah membenarkan DAP ( yang kini dianggap oleh Hadi sebagai anti Melayu dan Islam ) bertanding atas nama dan simbol PAS.

12. Tun telah dipilih sebagai Pengerusi BERSATU dan Muhyiddin pula sebagai Presidennya.

13. Mengikut Perlembagaan BERSATU, Pengerusi mempunyai kuasa yang lebih dari Presiden; sebagai contoh Presiden MESTI TERLEBIH dahulu mendapat persetujuaan Pengerusi bagi segala apa yang hendak dilakukan, ini termasuk dalam perlantikan Setiausaha Agung Parti.

14. Langkah Sheraton telah mengubah corak amalan politik negara apabila Muhyiddin SANGGUP melupakan PERJANJIAN PERSEFAHAMAN antara 4 Parti Gabungan PH yang mana beliau sendiri menandatanganinya dan bekerjasama dengan UMNO , PAS dan disokong pula oleh GPS Sarawak dan 10 bekas Ahli Parlimen PKR pimpinan Azmin Ali bagi menubuhkan Kerajaan yang TIDAK DIPILIH rakyat.

15. Bagi mendapatkan jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin selaku Pengerusi BERSATU Johor SANGGUP dengan mudah menyerahkan Kerajaan Johor dari BERSATU kepada UMNO.

16. Di Johor, Wakil-Wakil Rakyat dari Bersatu sudah TIDAK LAGI DIHORMATI oleh UMNO.

17. Rakyat Johor mula terasa telah DIPERALAT dan DITIPU oleh Muhyiddin dek kerana gilakan jawatan Perdana Menteri.

18. Mereka masih TERBAYANG bagaimana BENCI dan JANJI Muhyiddin bahawa apa pun jadi TIDAK AKAN BERSAMA UMNO lagi; jika di Jepun terutama di zaman SAMURAI dahulu demi menjaga maruah.....mmm faham sajalah.

19. Jika Dewan Negeri Johor dibubarkan dan diadakan pilihanraya semula, BERSATU yang kini ada 11 kerusi Dewan Negeri akan HANYA dapat TAK LEBIH 4 kerusi sahaja.

20. Pada rakyat Johor khususnya mereka terlalu bosan dari terus dipermain-mainkan dan ditipu seolah-olah undi mereka pada BERSATU TIDAK DIHORMATI, apa faedah menyokong BERSATU jika Muhyiddin yang kini sudah dapat apa yang diidamkan beliau selama ini, maka beliau sendiri TIDAK PEDULIKAN perasaan pengundi di sana.

21. Walaupun TIDAK BOLEH BERTAHAN LAMA atas sebab tekanan politik dan barah tali perut sehingga ada yang menggelarkan beliau sebagai Perdana Menteri setengah hari (beliau perlu balik ke rumah setiap hari dan berehat selepas mengambil ubat-ubatan) namun yang penting bagi Muhyiddin ia terukir dalam sejarah negara bahawa beliau pernah menjadi Perdana Menteri walaupun TAK SAMPAI setahun.

22. INILAH SIKAP MEMENTINGKAN DIRI daripada menghormati suara dan kehendak rakyat yang telah menolak UMNO dan PAS.

23. Memang benar apa yang dikatakan oleh Mat Sabu, Presiden AMANAH:

'YANG MENANG
JADI
PEMBANGKANG
YANG KALAH
JADI
KERAJAAN.’

24. Dalam politik tidak ada kawan dan lawan yang kekal - dulu Muhyiddin dan Azmin adalah 'orang kepercayaan' Tun Mahathir tapi demi kepentingan diri masing-masing, kedua-dua mereka sanggup MENIKAM Tun dari belakang; lupakah kita peristiwa Muhyiddin ‘menikam’ Abdullah Badawi dan lupakah kita bagaimana Azmin ‘menikam’ Anwar serta Wan Azizah ekoran ‘Langkah Kajang’?

25. Kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) hari ini tak ubah seperti nyawa di hujung pedang.

26. Ekoran kenyataan Mat Hasan, Timbalan Presiden UMNO beberapa hari lepas, sudah ada laporan-laporan dibuat kepada ROS yang ingin kepastian apakah PN pernah didaftarkan seperti Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) dan bila pula Azmin Ali dan 9 orang Ahli Parlimen PKR mengisi Borang Keahlian BERSATU dan diluluskan pula oleh parti yang mana Tun bukan sahaja sebagai Pengerusi, bahkan telah diumumkan MENANG
tanpa bertanding bagi penggal akan datang sedangkan Muhyiddin sebagai Presiden pula menghadapi tentangan.

27. Bagi menentukan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya itu tidak tergugat, beliau SANGGUP MENJADI PAK TURUT - kini tak ubah seperti mesin duit atau ‘ATM machines’ - siapa saja orang politik yang berjawatan tak kira ssma ada di Pusat mahu pun Negeri membuat ugutan, maka bagi menutup mulut, mereka akan diberi jawatan dalam GLC.

28. Muhyiddin selaku Pengerusi BERSATU Johor kini TIDAK MAMPU berbuat apa - apa terhadap UMNO yang terang - terangan membuli BERSATU di peringkat negeri Johor walau pun BERSATU mempunyai 11 Kerusi Dewan Undangan Negeri dan majoriti Kerajaan PN HANYA 1 Kerusi sahaja.

29. Difahamkan Kerajaan negeri Perak juga sedang bergolak di mana hampir kesemua Ketua - Ketua Bahagian UMNO TIDAK senang dengan Menteri Besar mereka yang kebetulan pula penyokong kuat Muhyiddin; jika ini berlaku BERSATU yang HANYA punyai 4 Kerusi Dewan Undangan Perak, termasuk 3 yang melompat, pasti akan tumbang.

30. QUE SERA SERA - APA NAK JADI, JADILAH - yang maha penting bagi Muhyiddin ialah jawatan Perdana Menteri saja.

31. Apakah benar RM250 Billion bagi menangani masalah yang dihadapi Makcik Kiah seperti yang pernah diumumkan dan disambut dengan titisan air mata gembira benar - benar mencapai sasaran atau satu lagi gula - gula yang dicampakan keatas tanah untuk kutipan Makcik Kiah?

32. Rakyat tak sabar menunggu bagi melihat sejauh mana Kerajaan PN ini boleh bertahan.

33. Muhyiddin ada 2 pilihan :

i. Bagi mengekalkan jawatan Perdana Menteri, tangguhkan lagi Sidang Parlimen ATAU,

ii. Pilih jalan mana yang sesuai untuk keluar SEBELUM DIHUMBAN - pintu depan, belakang, tingkap atau bak kata Hadi, Duta Khas kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri, ‘melalui’ TEBUK ATAP'.

34. Bagi tujuan meraih simpati dan sokongan dan dalam masa yang sama MENYALAHKAN TUN kerana meletak jawatan, nasihat ikhlas saya Hentikan DRAMA atau MAINAN POLITIK konon nya beliau TAK BERMINAT nak jadi Perdana Menteri

35. ‘YA ALLAH MASUKKAN AKU DARI PINTU YANG BENAR DAN KELUARKAN AKU JUGA DARI PINTU YANG BENAR' - Amiin !


Wassalam
Terima Kasih.

BANDUANBANDUAN TERHORMAT ?Tamrin Tun GhafarSabtu - 01/12/24( 1 - 14 )1. Puas saya mencari dalam mana - mana kamus termasuk kamus Dewan Bahasa makna dan maksud 'BANDUAN TERHORMAT' tetapi gagal2. Belum ada dalam sejarah istilah ini di gunakan dalam dunia termasuk di Negara - Negara miskin samada di Benua Afrika dan Negara - Negara di Amerika Selatan apatah lagi Negara Maju3. Hanya di Malaysia sahaja istilah ini di perkenalkan oleh seorang banduan yang kini dengan sokongan Parti - Parti lain. termasuk DAP , sebuah Parti TERBESAR dalam..gabungan Pakatan Harapan atau PH membolehkan beliau di lantik sebagai Perdana Menteri ke 10 , jawatan yang di idam - idamkan sekian lama4. SUDAH TERLALU LAMA saya MENUNGGU seperti : MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA namun Anwar MASIH TAK BERANI bertindak BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH5. Ada yang mengingatkan dan ada juga bosan dengan tuduhan LIWAT itu 6. Sebagai orang Islam saya juga tahu hukuman terhadap pemfitnah dan kepada yang bosan itu , NASIHATKAN lah Anwar MENYAMAN MALU terhadap saya di Mahkamah , dan JANGAN MENANGGUHKAN PERBICARAN itu seperti kes tuduhan Tun Dr. Mahathir yang mencabar beliau menunjukan bukti 6 kotak bukti berhubung konon nya Tun sakau duit Negara berbillion ringgit7. Pada MULA nya Anwar yang MINTA PENANGGUHAN dan kini sudah hampir setahun Anwar masih GAGAL berbuat demikian tapi maseh bercakap berkenaan nya dengan tidak menyebut nama orang yang di maksudkan8. Harap tidak ada usaha dari sesiapa yang MENEMUI dadah dan Pistol dalam kereta saya seperti yang berlaku pada Yusuf Rawther dan TAK PERLU gunakan Polis dan MCMC merampas fon bimbit saya seperti yang berlaku kepada Chegu Bad , Papagomo , Naim Brandage dan ramai lagi yang AMAT menyampah kepada Anwar9. Dulu saya katakan Mahiaddin gagal , begitu juga Ismail Sabri lemah sebagai Perdana Menteri10. Baru - baru ini BERSIH memberi Grad D dan Parti BERSATU pula memberi Grad F kepada Anwar dan Kerajaan beliau11. ANWAR , SEORANG PEMBOHONG YANG SUKA BERJANJI TAPI TIDAK MENUNAIKAN JANJI - JANJI TERSEBUT , MAKA SAYA SIFATKAN BELIAU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG 'MUNAFIK' SELAIN DARI BAPA PEMBOHONG No. 1 NEGARA12. Kegemaran Anwar ialah LIWAT , LIWAT dan LIWAT13. SAYA MENUNGGU TINDAKAN SAMAN MALU BELIAU DI MAHKAMAH JIKA SEKIRA NYA SAYA MEMFITNAH14. Pepatah Cina ada mengatakan : NANG BO TI NANG KUI BO TI KUI bermaksud Orang Bukan Hantu Pun BukanWassalamTerima KasihTERHORMAT