Wednesday, 16 June 2021

DI HARAP AGONG TIDAK MELANGGAR SUMPAH NYA SENDIRI

DIHARAP  AGONG TIDAK  MELANGGAR  SUMPAHNYA  SENDIRI 

Tamrin Tun Ghafar 

Rabu - 16/06/2021
( 1 -  16 )


1.   Apabila  Mahiaddin  mengatakan Parlimen  AKAN  bersidang Bulan September atau Oktober 2021  ini  ia dengan sendirinya mengundang  pelbagai pandangan. 

2.   PERKARA  55  ( 1 ) Perlembagaan  : 

'Yang Di Pertuan Agong  HENDAKLAH  memanggil Parlimen dari masa ke semasa dan TIDAK  BOLEH  MEMBIARKAN  enam ( 6 ) bulan berlalu ANTARA  PERSIDANGAN  yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya. 

3.  BUKANKAH  21hb Jun 2021 ini GENAP SUDAH   6 bulan dan Agong  MESTI  mengarahkan Parlimen Bersidang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan?? 

4.  Perlu  diingatkan semula  SUMPAH  JAWATAN  bagi Yang Di Pertuan Agong : 

'Kami  .........dan ........
Yang Di Pertuan Agong bagi Malaysia  bersumpah dengan melafazkan 

       WALLAHI
       WABILLAHI
       WATALLAHI 

maka dengan lafaz ini BERIKRARLAH  Kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya MENGAKU akan taat setia pada menjalankan dengan ADILNYA pemerintahan bagi Malaysia  dengan MENGIKUT  sepertimana UNDANG - UNDANG  DAN  PERLEMBAGAAN yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini. Dan lagi kami BERIKRAR MENGAKU dengan sesungguh dan dengan sebenarnya MEMELIHARA  PADA  SETIAP  MASA Agama Islam dan BERDIRI  TETAP  diatas pemerintahan  YANG  ADIL  dan aman didalam Negeri' 

5.  Itulah SUMPAH  yang telah dilafazkan  oleh beliau apabila dipilih oleh Raja - Raja  sebagai Agong. 

6.  Pada awalnya rakyat melihat tindakan - tindakan Agong  amat menggembirakan  tetapi lama kelamaan  kegembiran tersebut mula dingin dan pudar terutama apabila beliau MELANTIK  Mahiaddin sebagai Perdana Menteri TANPA  MENGAMBIL KIRA  PENDIRIAN  SETIAP  AHLI  PARLIMEN, sebaliknya HANYA  MENDENGAR  sokongan Ketua - Ketua Parti sahaja - apakah itu TINDAKAN ADIL? 

7.  PERKARA  43 ( 1 ) ( a )  : 

Yang Di Pertuan Agong  hendaklah  melantik seorang Perdana Menteri dari kalangan Ahli Dewan Rakyat  yang  PADA  HEMATNYA  MUNGKIN  MENDAPAT   KEPERCAYAAN  MAJORITI  Ahli Dewan Rakyat  -  persoalannya  APAKAH  dengan HANYA  mendengar akuan Ketua - Ketua Parti  TANPA mendapat  persetujuan setiap Ahli Dewan Rakyat telah MEYAKINKAN beliau? 

8.  Jika Mahiaddin cukup bilangan MENGAPA beliau perlu membeli sokongan dan menggantung Parlimen? 

9.   PERKARA  43 ( 4 )  : 

Jika Perdana Menteri  TIDAK  LAGI  MENDAPAT  KEPERCAYAAN  MAJORITI  Ahli Dewan Rakyat , maka Perdana  Menteri HENDAKLAH  MELETAKKAN  JAWATAN Perdana Menteri. 

10.  PERKARA  150 ( 1 )  : 

Jika Agong berpuas hati bahawa satu DARURAT  BESAR SEDANG  BERLAKU yang menyebabkan  KESELAMATAN, atau KEHIDUPAN  EKONOMI  atau KETENTERAMAN  AWAM  maka Agong BOLEH  mengeluarkan suatu Proklamasi  Darurat. 

150  ( 2 ) 

Proklamasi Darurat  dibawah Pasal  ( 1 )  boleh dikeluarkan SEBELUM  SEBENARNYA  barlaku kejadian yang MENGANCAM  KESELAMATAN, kehidupan  EKONOMI atau KETENTERAMAN  AWAM  -  persolannya   SEMASA  Agong  bersetuju  dengan cadangan Mahiaddin  ADAKAH  negara dalam  situasi sedemikian? -  PERKARA 150  ini juga  TIDAK  MENYEBUT  LANGSUNG  ( blank ) bahawa  Agong MESTI  bertindak mengikut kehendak Kabinet. 

11.  MENGAPA  pada 25hb Oktober 2020  Agong  boleh  berbincang terlebih dahulu dengan Raja - Raja Melayu dan MENOLAK  permohonan Mahiaddin  TETAPI  pada  11hb Januari 2021   TIDAK MEMPEDULIKAN   LANGSUNG  pandangan   Raja - Raja Melayu apabila mengisytiharkan Perintah Darurat? 

12.  Apakah  beliau  SUDAH  LUPA  JASA  Raja - Raja  Melayu  apabila memilih dan melantik beliau sebagai Agong? 

13.  Apakah dakwan rakyat  kononnya Agong sudah 'DIBELI'  oleh Mahiaddin benar? sehingga  SANGGUP  MENGENEPIKAN  Raja - Raja Melayu? 

14.  PERKARA  34 ( 3 ) dan  34  ( 6 )  : 

Agong  dan Permaisuri  TIDAK  BOLEH  melibatkan diri dalam apa - apa perusahan komersial. 

15.  APAKAH  RAJA - RAJA  MELAYU  KINI  UMPAMA: 

SUDAH  MENYEBERANG
TONGKAT  TIDAK 
BERGUNA  LAGI. 

16. SEMOGA  AGONG  TIDAK  LUPA  DENGAN  SUMPAHNYA  DAN  
SENANTIASA  MENJADIKAN  RAJA - RAJA  MELAYU  SEBAGAI  TALIAN  HAYAT  TERAKHIR  SEBELUM  KEMBALI  KEPADA  ALLAH MAHA  PENCIPTA. 


Wassalam
Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment