Sunday, 20 June 2021

MUHYIDDIN , MAHIADDIN ATAU MAIN HIDING

MUHYIDDIN, MAHIADDIN  ATAU  MAIN  HIDING ?  - Zunar

Tamrin Tun Ghafar

Isnin - 21/06/2021
( 1 - 23 )


1.  Jarang  sekali kartunis  Malaysia  diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa  seperti  Zunar.

2.  Antara pengiktirafan yang diterimanya:

     i.  Courage in Editorial Cartooning Award oleh Cartoonist Rights Network International - 2011.

  ii.  Cartoonist For Peace  Award, Geneva, disampaikan sendiri oleh Kofi Annan, mantan Setiausaha Agung Bangsa - Bangsa Bersatu atau UN - 2016.

  iii.  Human Rights Watch - Hellman / Hammett Award - 2011 & 2015.

   iv.  International Press Award, New York - 2015.

3. Di negara sendiri  beliau DIHINA dan DIZALIMI  oleh Kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana  Menteri 1MDB :

7 kali beliau ditangkap , 9 kali diheret ke Mahkamah di bawah Akta Hasutan, 11 buku kartun beliau diharamkan dan dilarang keluar negara selama 2 tahun.

4.  Semua dakwaan tersebut  dan larangan perjalanan digugurkan selepas Kerajaan  PH  pimpinan Tun Dr. Mahathir ambil alih. 

5.  Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mattias Chang ditahan polis  selama 28 hari dibawah Akta SOSMA, malah saya sendiri dan beberapa orang rakan dilokapkan di Balai Polis Jinjang.

6.   Inilah demokrasi ala Malaysia ketika itu  tetapi di luar negara Najib dan Menteri - Menterinya  BERBOHONG  kononnya  Malaysia  MENGAMALKAN  Demokrasi  dan MENJAMIN  Hak Bersuara  seperti  yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

7.  Malangnya selepas RAMPASAN  KUASA  dan menubuhkan KERAJAAN  PINTU  BELAKANG, bukan saja Darurat dilaksanakan tapi Parlimen pun digantung juga?

8.  Selama berpuluh tahun rakyat DITIPU  oleh seorang yang kini memimpin  KERAJAAN  BODOH  dan GAGAL  dengan  MENIPU  nama sebenar, dari MAHIADDIN  MD. YASIN  ke Muhyiddin Yassin.

9.  Bukan saja rakyat MALAH  Agong   pun turut  DITIPU  sama apabila menggunakan nama Muhyiddin SEMASA  MENGANGKAT  SUMPAH  di Istana Negara.

10.   Bak kata pepatah :

SIAKAP  SENOHONG
GELAMA  IKAN DURI
BERCAKAP  BOHONG
LAMA - LAMA
MENCURI

11.  Allahamdullilah , bagi MENYELAMATKAN  rakyat yang sedang menderita  dan negara  akibat KEBODOHAN  Mahiaddin ,  pada hari Rabu 16hb Jun 2021  Raja - Raja Melayu  setelah  berbincang 
sesama sendiri  telah MENGELUARKAN  KENYATAAN  yang antara lain  berbunyi  seperti berikut :

i.  Nyawa dan kehidupan rakyat WAJIB  DIUTAMAKAN mengatasi perkara - perkara lain.

ii.  Program vaksinasi hendaklah 
dipertingkatkan dengan MENGURANGKAN  KERENAH  BIROKRASI  agar mencapai matlamat imuniti kelompok 80% secepat mungkin.

iii.   Program menangani wabak COVID - 19  hendaklah difahami serta mendapat sokongan rakyat  TANPA  MENIMBULKAN  SEBARANG  KERAGUAN  dan TANPA  DIANGGAP MEMPUNYAI SEBARANG MUSLIHAT  POLITIK YANG  TERSELINDUNG.

iv.  Kaedah menangani wabak COVID -19 hendaklah  bersifat inklusif, melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam semangat yang sedia mendengar, mempelajari, sedia melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan dan sedia melakukan penerokaan  baharu HINGGA  BERJAYA  MENYAKINKAN  dan MENDAPAT  kerjasama rakyat pelbagai peringkat.

v.  Suhu politik yang semakin panas wajib diredakan.

vi.  PENTINGNYA  SEBUAH  KERAJAAN  YANG  STABIL DAN MENDAPAT  KEYAKINAN  SERTA MENDAPAT  SOKONGAN  MAJORITI  RAKYAT.

vii.  TIDAK ADA  KEPERLUAN  meletakkan  negara  di bawah PEMERINTAHAN  DARURAT  selepas 1hb Ogos 2021.

12.  Raja - Raja  MAHU  MENJAMIN  BERLAKUNYA  KEADILAN   dan MENGHINDARKAN  berlakunya  sebarang  PENYALAHAAN  KUASA.

13.  'Nasihat dan Kehendak’ Raja - Raja Melayu  ini adalah  berlandaskan kepada fakta - fakta berikut :

  i.  Negara sedang menghadapi wabak Covid - 19 dengan angka jangkitan harian yang besar MESKIPUN telah berada dalam  PEMERINTAHAN  DARURAT.

 ii.  Keadaan ekonomi dan kewangan negara  yang MEMBIMBANGKAN.

 iii.  SUASANA  POLITIK  YANG  TIDAK  STABIL.

iv.  Perpaduan rakyat yang semakin retak.

v.  KESUSAHAN  yang sangat dihadapi  OLEH  RAKYAT  yang kehilangan pekerjaan  dan sumber  pendapatan.

 vi.  Suasana pekerjaan, suasana hidup dan suasana pembelajaran disekolah dan pusat - pusat pengajian yang terjejas dan MENIMBULKAN  PELBAGAI  KERUMITAN.

 vii.  Umat Islam TIDAK  DAPAT  melakukan program - program ibadah di masjid dan surau  terutama untuk menunaikan  SOLAT  JUMAAT; demikian juga penganut - penganut agama lain yang turut terhalang daripada berpeluang melakukan urusan agama masing - masing.

14.   Kenyataan Media Raja - Raja Melayu ini di tandatangan oleh Syed Danial Syed Ahmad  ( Tan Sri ), Penyimpan Mohor Besar Raja - Raja.

15.  Oleh kerana Ahmad Fadil Shamsuddin, Datuk Pengelola Bijaya Di Raja Istana Negara TELAH  menyedia dan mengeluarkan  TERLEBIH  DAHULU  2 mukasurat Kenyataan Media BAGI  PIHAK  Agong maka  rakyat  BERHAK  MENDAPAT  KEPASTIAN   apakah  Agong  BERSETUJU   atau  TIDAK   PENDIRIAN  Raja - Raja  sedangkan rakyat kini SUDAH  TAHU  Agonglah yang MELANTIK  Mahiaddin DAN  BERSETUJU  Deklarasi Darurat  DAN  sekaligus  Parlimen  digantung TANPA  berunding  terlebih dahulu dengan Raja - Raja?

16.  Dari segi logiknya    pendekatan dan keputusan  MUKTAMAD  Raja - Raja Melayu yang berbincang pada 16hb Jun 2021 itu SEBENARNYA  adalah  TAMPARAN  HEBAT  kepada Mahiaddin dan  Agong itu sendiri.

17.  Rakyat  TABIK  kepada Sultan Muhammad V, yang secara sukarela  MENGUNDURKAN  DIRI  sebagai Yang Di Pertuan Agong yang lepas.

18.   Apakah  Mahiaddin yang  mengetuai KERAJAAN  BODOH  DAN  GAGAL ini masih  BERMARUAH  atau masih mahu bersembunyi dicelah ketiak Agong  dengan berbagai alasan atau  TANPA  MEMPEDULIKAN   'NASIHAT  DAN TEGURAN'  Raja - Raja Melayu?

19.  Akhirnya  selepas  berpuluh tahun menipu rakyat  terpaksa MENGAKU  juga  bahawa  nama  sebenar beliau ialah MAHIADDIN  MD. YASIN   bukan  MUHYIDDIN  YASSIN.

20.   Jangan cuba berdolak dalik dengan berbagai  alasan BODOH  terutama berhubung masa penamatan darurat  dan Persidangan Parlimen.

21.  HORMATLAH  KESEMUA  PANDAPAT  DAN  KESIMPULAN  RAJA - RAJA  MELAYU berhubung  KEGAGALAN  KERAJAAN  PN  ini.

22.  BERHENTILAH  SEBELUM  RAKYAT  BERTINDAK.

23.  Itulah  BALASAN  ALLAH  SWT  terhadap orang yang gila kuasa sehingga SANGGUP MENGGIGIT TANGAN ORANG 
YANG  MENYUAP  NASI  KE MULUTNYA.

Wassalam
Terima Kasih.

2 comments:

  1. There is NO definition for the so-called "Murka" & "Derhaka" under the Federal Constitution nor specifically under Art. 160(2). Neither are definitions found in the Interpretation Acts 1948 and 1967 (Akta Tafsiran 1948 & 1967) which were enacted to provide for the commencement, application, construction, interpretation and operation of written laws; to provide for matters in relation to the exercise of statutory powers and duties; and for matters connected therewith.

    Don't bother with nothing-ness & trivialities!

    ReplyDelete
  2. Saya bukan penyokong atau kenal Shahidan Kassim. Tetapi membaca peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, definisi di bawah Perkara 160(2), definisi-definisi Akta-Akta Tafsiran mahupun kesalahan-kesalahan Akta 574 - Kanun Keseksaan, Shahidan memang betul! Lagipun dia tidak didakwa di bawah Akta Hasutan!

    Mana dia peruntukan definisi "Murka" dan "Derhaka"?

    Zaman Hikayat Merong Mahawangsa ke? Takkan Kurun ke-21 binatang burung tuh tak turun?

    https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/342838/apa-itu-murka

    ReplyDelete