Saturday, 26 June 2021

SIAPA RAJA ?

SIAPA  RAJA  ? 

Tamrin Tun Ghafar 

Sabtu - 26/06/2021
( 1 -  22  )


1.   Biasanya Raja - Raja  TIDAK  MELIBATKAN  DIRI   dalam Pentadbiran Negara tetapi setelah berbincang sesama sendiri pada hari Rabu 16hb Jun 2021 mereka  TERPANGGIL  memberi pandangan , pendapat dan 'nasihat' kepada KERAJAAN  GAGAL  pimpinan Mahiaddin 

2.  Dalam  bahasa  pasar mereka sebenarnya  menunjuk ajar Kerajaan PN cara dan bagaimana  mentadbir negara dengan lebih tulus , bersih dari segala salahguna kuasa dan rasuah 

3.  Daripada 16 penghayatan , teguran dan harapan yang telah dipersetujui bersama  yang kemudian nya di kongsi bersama rakyat melalui Kenyataan Rasmi mereka adalah AMAT   WAJAR  DI BERI  PERHATIAN  SERIUS  oleh Mahiaddin , Menteri - Menteri dan Pegawai - Pegawai  yang sentiasa  'memagar' beliau 

4.   Walaupun nada dan cara penyampaian Raja - Raja  itu  LEMBUT , TELITI  DAN  BERHATI - HATI  DAN  AMAT  BERHEMAH  namun mesej yang dizahirkan itu  AMAT  TAJAM  DAN TEPAT sekali 

5.   Ia juga pasti MENCERMINKAN  KEGELISAHAN , KERESAHAN  DAN KEPRIHATINAN  mereka terhadap  KESUSAHAN  DAN  KEPERITAN yang sedang ditimpa rakyat dan Negara 

6.  i.  Atas alasan kononnya Perintah Darurat dan sekali gus 'menggantung' Parlimen adalah cara terbaik mengawal dan memerangi  wabak  COVID namun REALITINYA angka jankitan harian  bertambah lagi besar, begitu juga jumlah kematian yang terus meningkat 

ii.   Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan sendiri jumlah hutang dan kerugian  ( loan and  liability )  Negara kini telah mencecah 89.2%  dari KDNK ; hutang negara sudah mencecah RM1.3 trillion - situasi ini jika berlarutan ia pasti akan membebankan anak cucu kita kelak 

  iii.  Jumlah kilang yang tutup , dan ada yang berhijrah ke Indonesia dan ke negara - negara jiran MENJADI  PENYEBAB  UTAMA lebih  700,000 rakyat hilang pekerjaan dan pendapatan - ini TIDAK  TERMASUK  jumlah graduan yang menggangur 

  iv.  Kerumitan bertambah lagi ekoran penutupan sekolah dan pusat - pusat pengajian dan ratusan ribu  yang TERPAKSA  bekerja dari rumah 

  v.  Walaupun Islam adalah Agama Rasmi Negara namun umat Islam disekat dari  mengerjakan  berbagai ibadah dan dari menunaikan Solat Jumaat sedangkan SEBELUM  'TOTAL' LOCKDOWN di laksana  masjid dan surau  dibuka  ASALKAN   JEMAAH  PATUH  kepada syarat - syarat yang diwajibkan ; jika terdapat mana - mana Masjid dan Surau  yang gagal melaksanakan segala syarat maka patut Kerajaan bertindak terhadap mereka - 

  JANGAN  SEBAB
  NYAMUK  SEEKOR
  SELURUH  RUMAH
  DI BAKAR 

Ini amat berbeza  dengan negara - negara  bukan Islam , mereka terus membenarkan  Solat Berjemaah dan Jumaat  asalkan mengikut perintah SOP ;  lebih ketara lagi apabila Australia MENGHORMATI  'Frontliners' mereka dengan mengeluarkan stamp yang menggunakan wajah seorang Doktor Islam yang berhijab 

7.  Selain itu Raja - Raja Melayu juga  MENEKANKAN  PENTINGNYA Kerajaan yang TIDAK PUNYAI  IDEA ini mendengar , mempelajari  dan SEDIA  melakukan pengubahsuaian dan penambahbaikan  bagi mengatasi wabak COVID  ini  dan masalah rakyat dan negara ,  jestru mereka 'MENASIHATKAN'  Parlimen dibuka SEGERA  dan Perintah Darurat  MESTI  ditamatkan tidak lewat pada 1hb Ogos 2021 ini 

8.   Mereka juga MENEGASKAN   berapa  PENTING NYA sebuah Kerajaan MENDAPAT  SOKONGAN  MAJORITI  RAKYAT bagi  menentukan kestabilan - mengapa isu ini diSENTUH  oleh Raja - Raja  ? - ini JELAS membawa maksud bahawa  DARI  AWAL  LAGI Kerajaan PN pimpinan PEROMPAK  Mahiaddin  ini  SEMEMANGNYA  TIDAK ADA MAJORITI PARLIMEN , apakah beliau berjaya MENIPU  Agong  atau bak kata pepatah 

     ADA  UDANG
     DI SEBALIK
     BATU 

atau dalam bahasa
Inggerinya 

     YOU  SCRATCH
     MY BACK
     AND
     I SCRATCH  YOURS 

9.  Diharap  apa yang  TELAH  DILAKUKAN  oleh Agong tidak akan di ulang lagi - lagi pun 

     NASI  SUDAH 
     MENJADI
     BUBUR 

10.   SETIAP  HARI  rakyat menagih simpati  malah ramai juga MEMBUNUH  DIRI   ekoran  KEGAGALAN  DASAR EKONOMI  Kerajaan  yang Agong lindungi - dalam bahasa pasar Agong  BERTANGGUNG
JAWAB  kerana TERUS  melantik  Mahiaddin  yang beliau sedia maklum TIDAK  CUKUP  BILANGAN  atau TIDAK ADA   sokongan majoriti Ahli Parlimen , dan kemudian nya  TANPA  MENDAPAT  Pandangan Raja - Raja terus  BERSETUJU  meletakan negara dalam Perintah  Darurat DAN  Mengantung Parlimen 

11.  Rakyat  HAIRAN  mengapa pada kali pertama  Raja - Raja dibawa berunding , dan MENOLAK  cadangan Kerajaan untuk mendapatkan Perintah Darurat , namun  kali ini Agong  BERTINDAK  SENDIRIAN  MELULUSKAN  Perintah Darurat  DAN  menggantung Parlimen - seolah - olah  pada Agong  peranan Raja - Raja TIDAK  PENTING ?  maka  tidak perlu berbincang ? ; kemudian pada 16hb Jun 2021  , Agong  libatkan Raja - Raja berhubung situasi terkini  sedangkan  rakyat tahu Agong lah yang  BERTANGGUNG   JAWAB   terhadap  situasi yang dihadapi rakyat dan negara dengan BERSETUJU  CADANGAN  Mahiaddin 

12.   Selepas Perintah Darurat satu Ordinan  di perkenalkan : 

ORDINAN  DARURAT
(Kuasa - Kuasa Perlu)
            2021 

13.  PERSIDANGAN
       PARLIMEN 

Perkara 14  ( 1 ) 

Bagi tempoh darurat 

( a )  Peruntukan yang berhubung  dengan memanggil , memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan  TIDAK  MEMPUNYAI  KESAN ; dan 

( b )   Parlimen HENDAK LAH  di panggil , diprorog dan di bubarkan pada suatu tarikh sebagaimana  YANG  DIFIKIRKAN   SESUAI  OLEH
Yang DiPertuan Agong 

Perkara 15 ( 1 ) 

( c )  Dewan  Undangan Negeri  HENDAKLAH  dipanggil , di prorog dan dibatalkan pada suatu tarikh  SEBAGAIMANA  DI FIKIRKAN  SESUAI OLEH Yang Di Pertuan Agong SELEPAS  berunding dengan Raja atau Yang Di Pertua Negeri yang berkenaan 

ini  JELAS  DAN TERANG bahawa  SEMASA NEGARA DI DALAM  DARURAT KUASA  memanggil Sidang Parlimen  bergantung 100% ditangan Agong TANPA PERLU MENDAPAT  NASIHAT TERLEBIH  DAHULU  dari   Perdana Menteri seperti yang temaktub didalam Perlembagaan 

14.  Oleh kerana sebuah Jawatankuasa Khas Bebas telah pun di wujudkan bagi menasihati Agong seperti kehendak Ordinan Darurat dalam Perkara 2 ( 1 ) maka  Mahiaddin TIDAK  PERLU lagi  menwujudkan satu lagi Jawatankuasa bagi 'mengkaji Persidangan Parlimen'   sedangkan Parlimen yang sudah ujud sejak MERDEKA  sudah pun dilengkapi dengan segala Aturan dan Peraturan nya - ini SEBENARNYA TAKTIK KOTOR DAN JAHAT ;  Mahiaddin cuba melengah - lengahkan Persidangan Parlimen 

15.  JANGAN  SOMBONG DAN  BERLAKU  BIADAP  DAN  JANGAN  CUBA  MEMPERBODOH - BODOHKAN  RAJA - RAJA  dengan alasan  kononnya  tiada tarikh yang ditetapkan untuk Parlimen Bersidang semula 

16.   Jangan berlagak 'SIAPA  RAJA'   kerana  rakyat hari ini sudah kenal dan tahu siapa  SEBENARNYA  Mahiaddin , SEMBURIT  dan Hamzah 

17.  Gunakan lah segala jentera penerangan , TV dan Radio  dan gunakan lah  segala  wang ringgit hasil rasuah , penyalahan kuasa namun rakyat HANYA  MENUNGGU  MASA saja  untuk mentalkin kan mereka


18.  Rakyat  kini  MENUNGGU  apakah  TINDAKAN  SUSULAN   Agong dan  Raja - Raja ekoran keputusan mesyuarat 
Raja -  Raja  Melayu pada 16hb Jun yang lepas ; apakah  cukup dengan Kenyataan  Resmi mereka  sedangkan  keadaan rakyat bertambah teruk 

19.  Teguran dan Harapan  Raja - Raja MENGUATKAN  hujah  rakyat bahawa  sejak RAMPASAN  KUASA  Kerajaan  PN  GAGAL 

20.  MUSTAHIL  Agong dan Raja - Raja  maseh  MAHU  MENERIMA  PAKAI  DAN  PERCAYA   cerita manis dari orang yang sudah ternyata  GAGAL 

21.  RAKYAT  SEBENARNYA   SUDAH  BOSAN  DAN JIJIK  DENGAN PERMAINAN  AHLI - AHLI  PARLIMEN  YANG  TAK HABIS - HABIS  BERUSAHA  MEREBUT JAWATAN  ;   SUDAH  SAMPAI  MASANYA   SENARIO  POLITIK BEGINI  DI SIMPAN  DAHULU  SEHINGGA  KEADAAN EKONOMI RAKYAT  DAN NEGARA  PULIH SEMULA 

22.  Semoga  Agong dan Raja - Raja  Melayu  TIDAK  sia - siakan  HARAPAN  rakyat 

Wassalam
Terima Kasih

1 comment:

  1. Bukankah satu Polisi Negara untuk menentukan "Jaminan Keselamatan Makanan" atau "Food Security Guarantee" warganegara Malaysia terpelihara? Mana dia tindakan-tindakan Kerajaan Pusat mahupun Negeri dan deliberasi & tindakan di bawah Perkara 38(3) Perlembagaan Persekutuan demi menjaga keberlangsungan kehidupan harian RAKYAT MALAYSIA?

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/07/11/daily-meals-a-struggle-for-b40-families-after-job-loss-pay-cuts/

    ReplyDelete