Tuesday, 15 June 2021

MENGAPA RAJA - RAJA TIDAK DIRUJUK?

MENGAPA  RAJA - RAJA  TIDAK  DIRUJUK?

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 13/06/2021
( 1 -  20  )


1.  Sambungan artikel saya bertajuk :

'RAJA - RAJA  
 MELAYU - SUDAH
 SAMPAI  MASANYA'

yang ditulis 2 hari lepas iaitu pada 11hb Jun 2021  PERLU dijelaskan. 

2.  Bagi berlaku adil kepada  Raja - Raja  Melayu,  rakyat  TAHU  SEBENARNYA  Raja - Raja  BUKAN  SAJA  TIDAK  DIRUNDING  MALAH  TIDAK  DIMAKLUMKAN  LANGSUNG  oleh Agong  keputusan  beliau  bersetuju permintaan Mahiaddin bagi  PENGISYTIHARAN  Darurat  dan sekaligus PENGGANTUNGAN  Parlimen - ini satu keputusan yang AMAT  SEDIH  DAN  MEMERANJATKAN  kepada rakyat yang  mengamalkan  sistem  Demokrasi Berparlimen.

3.  Yang peliknya MENGAPA  pada  25hb Oktober 2020  Agong  BOLEH MENGHORMATI  PANDANGAN  DAN NASIHAT 
Raja - Raja  bagi membuat  keputusan yang  PENTING, sedangkan kali ini iaitu  pada 11hb Januari 2021  beliau  SANGGUP MEMBELAKANGKAN  mereka, BERSETUJU  dengan permintaan Mahiaddin  - 
'U TURN'  Agong  yang  MENIMBULKAN  KEMARAHAN  rakyat.

4.   Rata - rata  rakyat  begitu lega apabila Raja - Raja MENOLAK  cadangan pertama Kerajaan  PN  pimpinan Mahiaddin; ini kerana Raja - Raja   Melayu  AMAT  FAHAM  itu BUKAN  cara  menangani penularan wabak COVID.

5.   Kepada  Mahiaddin ketika itu ia adalah satu tamparan, namun kepada 32 juta rakyat  pendirian tegas  Raja - Raja Melayu  adalah  BUKTI  JELAS   Raja - Raja  mementingkan  rakyat dan negara; rakyat bersyukur dan  berterima kasih.

6.  Rakyat masih tidak puas hati dengan sikap Agong; apakah  beliau  HANYA  mementingkan Mahiaddin  yang TIDAK  ADA  SOKONGAN  MAJORITI  Parlimen atau 32 juta rakyat?

7.   Kononnya Darurat  dan sekaligus menggantung Parlimen boleh mengawal  bahkan  menangani wabak COVID ini l; yang sebenarnya ia HANYA  ALASAN  yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras.

8.  Kini selepas pelaksanaan Darurat jumlah kes positif dan kematian meningkat setiap hari ke angka yang menggerunkan, justeru  di mana letaknya muka Mahiaddin  dan penasihat - penasihat  beliau?

9.  Apakah  Agong  masih berpeluk tubuh atau menunggu  sehingga ribuan rakyat mati setiap hari baru nak bertindak?

10.   SIAPA  YANG  LEBIH  PENTING,  32  JUTA  RAKYAT  ATAU  MAHIADDIN, ZAFRUL  DAN BERBERAPA  KERAT  PENASIHAT BELIAU? - inilah  soalan  rakyat.

11.  Oleh kerana Parlimen DIGANTUNG  maka rakyat  BERSIDANG  di mana - mana sahaja termasuk ditepi - tepi jalan, di ladang dan di kandang lembu.

12.  Sudah mula kedengaran  cerita dan dakwaan kononnya Agong telah 'DIBELI' oleh  Mahiaddin sepertimana yang pernah dilakukan beliau  melalui ‘SCHEME  OF  THING' bagi mengukuhkan kedudukannya dengan  'MEMBELI' sokongan  Ahli - Ahli Parlimen  KHUSUSNYA dari kalangan ahli UMNO.

13.   Dakwaan yang terbaharu  ialah kononnya  Agong  TERLIBAT  dengan projek yang MENCEMARKAN Tasik Chini  dan  'UNDER  DECLARE'  jumlah pasir  yang dieksport; diharap kedua - dua tuduhan ini tidak benar, tetapi jika boleh dibuktikan maka ia adalah  perbuatan zalim dan melanggar undang - undang negara.

14.  Rakyat juga ingin jawapan  berhubung ladang durian di Raub yang dirampas  dan kemudiannya di mberi kepada syarikat di mana salah seorang anak perempuannya TERLIBAT.

15.  Rakyat juga menunggu bila agaknya Agong akan saman Clare Rewcastle Brown dari Sarawak Report berhubung pendedahan pembelian sebuah rumah di London yang dibeli dengan harga RM350 juta serta kos penyelenggaran bernilai RM2 juta  sebulan; tanya mereka lagi apakah gaji dan elaun Agong, Permaisuri dan Pemangku Sultan Pahang  RM2 juta sebulan?

16.  Soalan  terakhir rakyat apakah  Agong benar - benar ikhlas mahu mendapat pandangan  
Ketua - Ketua  Parti berhubung kekalutan yang sedang berlaku ATAU  hanya bagi   'Publisiti ' untuk menunjukkan keprihatinan beliau terhadap rakyat dan bagi menunjukkan  kepada Raja - Raja  apa yang dilakukannya.

17.   Rakyat  PERCAYA  DAN  YAKIN  jika Agong  yang  kini  HANYA  dipanggil dengan  nama Dollah  saja berbincang terlebih dahulu dengan 
Raja - Raja  Melayu  BERKEMUNGKINAN  rakyat tidaklah menderita seperti sekarang.

18.   Rakyat AMAT  BERHARAP agar Raja - Raja  Melayu akan melakukan sesuatu yang  'drastik'  bagi memulih dan menyelamatkan rakyat dan negara  dari terus terjunam.

19.   PENGAKUAN  Mahiaddin semasa Wawancara Khas baru - baru ini bahawa "amat sukar baginya menangani COVID19 dan perkara yang berkaitan"; ini  JELAS  MEMBUKTIKAN beliau 'GAGAL'  tapi seperti  kata  pepatah  :

     HIDUP SEGAN
     MATI  TAK MAHU

     HIDUNG  
     TAK  MANCUNG
     PIPI 
     TERRSORONG
     SORONG

20.  SEMOGA  ALLAH  SWT  MEMBALAS  SEGALA  PERTOLONGAN  YANG DIBERIKAN.

Wassalam
Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment