Sunday, 25 February 2018

20171203 HADI - TAK UBAH SEPERTI SEEKOR SESUMPAH


HADI - TAK  UBAH  SEPERTI  SEEKOR  SESUMPAH.

Saya lampirkan AMANAT  HADI yang asal  bertarikh 7 April 1981  dan beberapa video  ucapan beliau semoga ditatap dengan teliti  dengan minda terbuka tanpa punyai perasaan emosi oleh umum khasnya ahli2 PAS sendiri.

Ikhlas saya katakan  paparan ini dilakukan semata2 hendak memberi kesederaan bahawa PAS sekarang dipimpin oleh seorang yang tak ubah seperti seekor sesumpah yang boleh bertukar2  warna dan wajah mengikut kehendaknya sendiri.

PAS semasa dipimpin oleh  Allahyarham TGNA dahulu amat dihormati dan dipercayai oleh kawan dan lawan , oleh orang Islam dan bukan Islam.

Mengapa tiba2 Hadi dan beberapa kerat juaknya  berubah sikap sehingga sanggup  mengenepikan AMANAT nya sendiri , dari yang haram boleh dihalalkan dan dari berjihad boleh jadi sahabat.

Apakah tidak mungkin segala jawapan nya akan kita ketahui semasa keputusan perbicaran  Mahkamah di London kelak.

Hanya ahli2 PAS sahaja yang boleh menyelamatkan  keadaan samada mahu meneruskan tujuan perjuangan asal atau sebaliknya.

Semoga Ayat2 Suci Al Quraan dijadikan panduan  sebenar dalam segala apa yang dilakukan.

TEPUK DADA TANYA SELERA.

Tamrin Tun Ghafar
Mantan ahli PAS
Ahad 03/12

20171023 FAKTA YANG TAK BOLEH DIPADAMKAN


Johor ruler won't permit 'power struggle crisis' to continue https://www.malaysiakini.com/news/402938

FAKTA  YANG  TAK  BOLEH DIPADAMKAN

Siapa yg jual Singapura  kpd British dahulu ? Sekarang siapa yg bertanggong jawab bawa masuk pemaju2 raksaksa dari China ke Johor dng projek2 mewah yg tak mampu dibeli oleh bukan sahaja orang Melayu bahkan pendudok2 tempatan yg lain . Jestru  siapa majoriti pembelinya pulak ? Pernah juga kita digegarkan dng berita  penjualan pasir secara besar2 an kpd Singapura ? Jangan  lupa sejarah hitam Pribet Adam.

Angkara  siapa itu semua ?

MUNGKIN  betul UMNO  lahir diIstana Johor walaupun ada yg berpendapat UMNO sebenarnya  lahir dari titik  pertemuaan dan permuafakatan Pertubohan2 Melayu seluroh Tanah Melayu  di Kelab Sultan  Abdul Samad di Kg. Baru ,  KLumpur.

Melayu  hari ini terbahagi kpd beberapa Parti Politik - satu Parti  ( Parti Perasan Suci ) yg telah berubah kiblat dari AMANAT asal kpd AMANAT baru tak ubah seperti Kitab Injil asal ke kitab Injil baru ( Old Testement to New Testement)   dan yg lainnya pula berhasrat memulihkan semula landasan yg membahayakan.

Rakyat ambil kira kebimbangan Sultan tentang apa yg dikatakan tetapi.

Perlembagaan Negara  jelas bahawa Sultan  TIDAK BOLEH campur tangan hal ehwal politik  dan pentadbiran dng apa alasan sekali pun MELAINKAN  dinasihat berbuat demikian.

Rakyat hari ini sudah boleh berfikir dng rasional dan matang.

Rakyat tahu apa yg tersirat dan apa yg tersurat.

Biarlah rakyat bebas membuat pilihan TANPA sebarang gangguan dan campur tangan oleh mana2 pehak.

HAK  MEMILIH ADALAH  HAK MUTLAK  RAKYAT.

Melayu sejak zaman keSultanan Melaka dahulu amat waras dan matang pemikiran mereka
Saya percaya selepas bidok lalu kiambang akan bertaup semula.

Yang penting kita semua adalah Bangsa Malaysia dan bukan bangsa lain  yang  cintakan Negara Malaysia yang satu ini.

Bersatu Tegoh Bercerai Roboh.

Ins Shaa Allah.

Tamrin Tun Ghafar
Khamis  23/11

20171211 BOLEH KE SULTAN MENGENEPIKAN PERLEMBAGAAN NEGARA


BOLEHKE  SULTAN  MENGENEPIKAN  PERLEMBAGAAN  NEGARA;

Walaupun saya tidak lagi menganggotai mana2 parti politik namum saya tetap dengan pendirian saya menegur dan memberi pandangan2 dengan harapan ianya boleh membantu Negara tercinta ini terus maju dengan urusan dan pentadbiran mengikut aturan dan peraturan yang baik dan sempurna.

Perlembagaan Negara kita adalah hasil perundingan dan persetujuan diantara Sultan2 dan rakyat
Negara kita mengamalkan Raja Berpelembagaan BUKAN  Raja Mutlak ( Constitutional Monarch  NOT Absolute  Monarch ).

Perlembagaan Negara adalah Supreme iaitu yang teratas sekali.

Jestru semua rakyat termasuk  Agong dan Sultan2 MISTILAH akur , menghormati , memelihara dan bertindak mengikut apa yang termaktub didalamnya.

Sultan2 TIDAK BOLEH melibatkan diri dalam perkara politik dan urusan pentadbiran melainkan atas nasihat Kerajaan.

Kini dikalangan rakyat  rungutan2 terhadap tindakan2   Sultan mula terdengar seperti ada yang memberi Anugerah dan Gelaran sewenang wenangnya tanpa kawalan teliti , ada yang melibatkan diri secara langsung urusan tanah dan pembangunan , ada yang bersaing bagi projek2 yang tinggi nilainya dan kebelakangan ini pula ada yang melibatkan diri dalam  kanca politik.

Menghalau keNegeri asal sesiapa yang bercanggah pendapat atau tidak sehaluan dengannya adalah kurang tepat sekali kerana Negeri ini , Negara ini adalah hak rakyat bukan hak individu.

Sesaorang Sultan mistilah berjiwa besar dan tidak emosi.

Jika Sultan boleh menegur Sultan juga boleh ditegur.

Segala campurtangan dan komen yang berunsor politik oleh mana2 Sultan ianya pasti mengundang reaksi rakyat sama ada setuju atau pun sebaliknya.

Tanpa rakyat maka tidak ada Sultan.

Saya tidaklah memihak kepada sesiapa tetapi sekadar menasihat dan mengingatkan sahaja agar Sultan tidak terlupa Lafaz Sumpah Jawatan ketika ditabalkan.

Jika sekiranya ada mana2 Sultan yang berminat dengan dunia politik maka sebaik baik cara ialah melepaskan kedudokan dan bertanding didalam mana2 Pilihanraya . Bak kata pepatah Inggeris ' you cannot have the best of both world'.

Yang Maha Agong ialah ALLAH SWT Maha Pencipta.

Setiap kali kita Sujud , setiap kali kita mengerjakan Umrah dan Ibadat Haji kita diwajibkan berikhram dengan berkain putih yang tidak berjahit.  Begitu juga akhirnya kita semua dikafankan dengan  kain warna yang serupa , putih - tidak ada beza langsun diantara Sultan dan pengemis ketika itu. Dalam erti kata  lain disisi ALLAH  SWT kita semua adalah sama sahaja.

Yang membezakan kita semua ialah rekaan dan ciptaan manusia semata2 .  Ianya bersifat sementara sahaja.

Jestru kita harus bersyukor dengan segala kesenangan, kedudokan dan nikmat yang diberikanNya
Semoga ALLAH  SWT MeRahmati makhlokNya yang suka bermaaf2an dan yang suka menjauhkan diri dari sifat benci dan dendam.

Segala peristiwa dan perkara yang berlaku dan dilakukan sudah pasti ada puncanya
Biarlah peristiwa Sultan Mahmud  hanya tinggal sebagai sejarah hitam Kesultanan Melaka
Semoga  Sultan2 khasnya Sultan Selangor menerima teguran dan pandangan ikhlas saya ini  tanpa dipegarohi perasaan emosi dan dengan hati dan minda terbuka.

Tamrin Tun Ghafar

20180101 SELAMAT TINGGAL 2017


SELAMAT
TINGGAL  2017

Semalam  telah pergi, kini kita rakyat yang cintakan negara Malaysia ini berhadapan dengan banyak lagi ujian di tahun baru ini dan tahun2  mendatang.

Walaupun 2017 telah berlalu tetapi ia tidak bermakna apa yang telah berlaku dan dilakukan ketika itu dan dalam tahun2 sebelumnya rakyat boleh lupa dan memaafkan.

Sebagai contoh isu melanggar Aturan dan Peraturan  Pentadbiran Awam dan isu skandal seks bersama isteri orang  yang dilakukan oleh Ketua sebuah Agensi Kerajaan yang dipertanggungjawabkan   membersikan negara  dari segala kesalahan rasuah  dan salahguna kuasa iaitu Tan Sri Dzulkipli Ahmad,  selaku Ketua Pengarah SPRM.

Bukan sahaja tindakan undang2 tidak diambil terhadap beliau  malah kenyataan2 beberapa pemimpin Kerajaan termasuk TPM sendiri membuktikan bahawa Kerajaan memang melindungi penjenayah2 seperti Tan Sri Dzulkipli ini.

Apa sebab Kerajaan  bersikap pilih bulu atau double standard  dengan melindungi mereka seperti ini atau kita hanya boleh mengagaknya sahaja?

Saya masih teringat kisah kejatuhan keSultanan Melaka yang menyaksikan Melaka kehilangan Sultan sehingga ke hari ini.

Seorang Tokoh Sejarah Melaka (arwah) pernah menceritakan kepada saya bagaimana siKitol berjaya mempengarohi Sultan2 ketika itu sehingga Sultan2 menjauhkan diri dari penasihat2 tulin dan ikhlas.

Mengikut Ahli Sejarah itu lagi siKitol adalah gelaran sahaja  saperti  gelaran Agong di zaman ini dan Firaun di zaman Nabi Musa. Nama sebenar  siKitol  ialah Abibal anak lelaki Abdel Raman.

SiKitol amat berpengaruh dan amat  tamak . Walaupun beliau tidak punyai jawatan  tertentu dalam Istana tetapi Sultan2 ketika itu amat mempercayai beliau.

SiKitol hanya mementingkan perutnya sendiri  tanpa peduli apa yang berlaku kepada Melaka dan kedudukan Sultan sehingga berlakunya tragedi  hitam Sultan Mahmud mangkat dijulang.

Sekiranya Pemimpin2 hari ini mempercayai dan seterusnya membenarkan siKitol mencorak Undang2 dan Pentadbiran Negara maka jangan terperanjat jika sekiranya rakyat membuat penghukuman pada PRU yang pasti akan diadakan bila2 masa sahaja.

APAKAH  KERAJAAN SUDAH BERSEDIA DITUKAR ATAU DIGANTI SEMATA2 KERANA  TIDAK SANGGUP MELUKAKAN HATI  SIKITOL.

Kepada Tan Sri Dzulkipli Ahmad, nasihat  ikhlas saya mulai Tahun Baru ini, jika tidak bertaubat dan memohon maaf kepada rakyat secara terbuka maka berhentilah membaca khutbah , bersajak dan memberi segala apa nasihat  kepada anak buah dan umum. Mustahil bapak ketam boleh mengajar anaknya berjalan lurus.

Berhentilah menjadi Hantu Raya jika Saudara masih bermaruah dan masih sayangkan SPRM  dan Negara.

Semoga pandangan saya ini  dapat dikongsi bersama demi kebaikan negara.

Tamrin Tun Ghafar
Isnin 01/01/2018

20180108 KP SPRM - BADUT SARKAS YANG TERHEBAT


KP  SPRM  -  BADUT  SARKAS  YANG  TERHEBAT

Dua  hari lepas , semasa sidang akhbar  di Wisma MCA Dzulkipli selaku KP  SPRM menegaskan SPRM  tidak akan teragak agak mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa  jika ada salahlaku dalam kes ' kehilangan' tanah Felda di Jalan Semarak , Kuala Lumpur.

Saya tidaklah tidak bersetuju ketegasan beliau itu kerana pendirian saya selama ini pun sesiapa yang didapati menyalahguna kuasa , menyeleweng rasuah dan sebagainya mistilah dihukum.

Ini termasuklah kes2 skandal sex dengan isteri orang.

Dalam menyokong ketegasan beliau itu rakyat masih tertanya2 bila lagi SPRM nak memakaikan baju pesalah dan pada masa yang sama menggari KP SPRM yang telah terang2 melanggar undang2.

Dimana sumpah Pegawai2 SPRM  yang konon nya akan bertindak tanpa mengira  kawan dan lawan atau dalam bahasa Inggeris nya ' Without Fear or Favour'.

Saya sendiri tertanya tanya  apa dah jadi pada Dato Azam Baki dan Pegawai2  Tertinggi SPRM.  Mengapa mereka senyap sunyi dalam kes yang jelas ini  bak kata pepatah ' Sudah Terang Lagi Bersuluh'.

Apakah mereka juga bersekongkol dengan KP mereka dengan tidak berani bertindak.

Jika tidak , takkan  mereka rela melihat nama baik SPRM dicemari oleh seekor kerbau ini yang dah terpalit  lumpur dan rosaknya susu sebelanga kerana nila setitik.

LANGKAH YANG  TERBAIK BAGI  DATO  AZAM  DAN  PEGAWAI2 NYA  ADALAH MENGADAKAN  SOLAT  ISTIKHARAH ( PETUNJUK)  BAGI  MENGEMBALIKAN  SEMULA KEBERANIAN  YANG  TELAH  HILANG.

Semoga penghormatan rakyat terhadap SPRM dikembalikan seperti dizaman Tan Sri Harun Hashim.

Tamrin Tun Ghafar
Isnin  08/01/18

20171110 MENGAPA ZAHID HAMIDI BERSUNGGOH2 MEMPERTAHAN KP SPRM


MENGAPA  ZAHID HAMIDI BERSUNGGOH2 MEMPERTAHAN  KP  SPRM.

Kata Zahid biarlah KP SPRM ini meneruskan tugas dia tanpa diganggu . Elakan pembunohan karekter ( character assassination).

Begitu juga  sikap Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) membisu seolah olah  beliau pun bersetuju dng pendirian Zahid ini.

TAKKAN TEMPUA BERSARANG RENDAH JIKA TIDAK ADA APA2.

Dua kesalahan serious  dilakukan oleh KP  SPRM ini :-

1)  KP SPRM ini mungkin ada kewajaran  soheh yg ditimbulkanya berhubong dng pemotongan  budget untok SPRM ,   tetapi apakah Kabinet beranggapan tindakan KP ini TIDAK menyalahi mana2 Aturan dan Peraturan Pentadbiran Negara apabila beliau mempertikaikan keputusan Kerajaan  secara umum.

2) Terlibat dlm skandal dng isteri orang ( perlu diingatkan sudah hampir tiga bulan beliau maseh tidak membuat sebarang penafian umum walaupun cabaran demi cabaran diutarakan).

Dalam perkara ini apakah pehak Kerajaan beranggapan skandal sex seperti yg dilakukan oleh KP SPRM ini adalah amalan  biasa sahaja maka tidak perlu diambil sebarang tindakan undang2 walaupun undang2 yg sedia ada  berhubong kes sebagini maseh belum dihapuskan atau dipinda oleh Parlimen.

Yang aneh juga mengapa sehingga hari ini Jamil Khair Baharum  Menteri Agama , Ketua pengarah JAKIM  dan  selain Mufti Perlis yg bersuara  Mufti2 lain terutama kaki2 cakap seperti Mufti Perak dan Mufti Pahang senyap sunyi seolah olah anda semua melindungi maksiat yg dilakukan oleh KP SPRM itu  kerana mungkin ianya  pada anda tidak menyalahi Hukum ALLAH.

Begitu juga sikap membisu Hadi dan pewaris2  Nabi yang lain , apakah mereka dah terjumpa Ayat2 Suci dalam Al Quraan dan Hadith soheh yang mengatakan perbuatan keji sebagini dibolehkan.

Mereka boleh beralas dengan mengatakan jika perkara ini benar maka salah dari segi Hukum.


Saya sedar ilmu ugama mereka jauh lebih tinggi dari saya umpama langit dengan bumi tetapi sekadar mengingatkan bahawa segala pangkat , pingat , gelaran ,  kedudokan , gaji dan pendapatan lain dan kemewahan2   adalah bersifat sementara sahaja.  Saudara , saya , Sultan2 , peminta sedekah semuanya  sama iaitu  kita akan mati dan tidak boleh lari dari menghadapi hukuman  ALLAH apabila sampai masanya.

INGAT  JANJI ALLAH  SWT DALAM  KITAB SUCINYA  AL QURAAN  DAN PESANAN RASULNYA MUHAMMAD  SAW.

Dengan kenyataan Zahid dlm Parlimen , apakah ini menandakan Aturan dan Peraturan  Pentadbiran Negara sudah dipinda yg membenarkan keritikan terbuka terhadap Kerajaan oleh mana2 kakitangan Kerajaan . Jestru bolehkah Kerajaan mengumumkan keputusan tersebut  , dan seterusnya memberi  JAMINAN TERBUKA kepada kesemua Penjawat Jawatan Awam ( Civil Servants ) bahawa  mulai sekarang  mereka bebas mempersoalkan sebarang keputusan dan tindakan Kerajaan seperti yg dilakukan oleh KP SPRM ini TANPA sebarang tindakan disiplin akan  diambil terhadap  mereka yg bersuara secara terbuka nanti ( diharap Zahid tidak akan buat u-turn sekali lagi seperti yg pernah dilakukan sebelum ini dng menyalahkan kononnya jawapan  beliau diParlimen telah diputar belitkan oleh media yg tidak sehaluan dng Kerajaan ).

Berbagai andaian dan cakap2 yg sering  diperkatakan berhubong sikap dan tingkahlaku KP SPRM ini.

Ada cakap2 yang mengatakan Polis dan  Kerajaan hari ini tak ubah seperti seorang pondan - ada telor tapi perangai lebih lembut dari seorang gadis. Ada juga berpendapat  Peguam Negara dan Polis akan menutop kes ini dng mengeluarkan kenyataan seperti berikut : ' setelah mengkaji dng teliti oleh Polis dan Pasukan Tugas2 Khas yang ditubohkan maka adalah didapati segala gambar dan video yg diedarkan adalah perbuatan pehak2 yg cuba mencemar nama baik Kerajaan dan KP SPRM khasnya - maka kes ini ditutop ( No Further Action).

Ada juga mengatakan apakah tidak ada kuasa yang lebih hebat sehingga Kabinet terpaksa berdiam dalam kedua dua kesalahan tersebut.

Ada juga cakap2 dengan kelemahan dan kesalahan2 yang dilakukan maka beliau ( KP SPRM )  ini boleh digunakan untok terus memalu sesiapa  dan menutop mana2 kes yang diarah.
Pada saya KP SPRM tanya diri sendiri samada dia telah melakukan perkara2  jijik itu atau tidak.


20180131 SELAMAT PENGANTIN BARU


SELAMAT  PENGANTIN  BARU
KP  SPRM

Ada kawan bertanya betulke Dzulkifli , Hantu Raya tu dah bernikah dengan perempuan yang dia pernah heret keBali  dan beberapa tempat lain seperti yang terdapat dalam gambar2 dan video
Takkanlah  pula dia begitu zalim menikah orang lain pula sedangkan perempuan tersebut sanggup bercerai dengan suaminya. Apatah lagi punyai dua orang anak , sebagai bukti kasih sayang  pada Dzulkifli.

Dari segi Hukum Syarak pernikahan itu betul.

Sama ada Dzulkifli sudah bertaubat , memohon keampunan ALLAH SWT mahupun  sudah meminta maaf dengan Puan Sri dan anak2 , itu semua tidak menghalalkan perbuatan keji dan jijik yang beliau lakukan bersama isteri orang ketika itu.

'Menggoda wanita berkahwin ( bersuami ) adalah kesalahan dibawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan
Mereka yang bersalah boleh dijatuhkan hukum penjara  2 tahun atau denda atau kedua2nya sekali'
Akta SPRM Seksyen 2 pula menyentuh mengenai promosi integeriti.

Hantu Raya ini telah melakukan dua kesalahan besar :

1 ) Melanggar Aturan dan Peraturan Pentadbiran Awam dengan mempersoalkan secara terbuka keputusan Kerajaan menubohkan Jabatan Integeriti dan Tadbir Urus Negara atau JITN.

2 ) Melakukan hubungan haram dengan wanita yang ketika itu maseh  lagi bersuami
Saya tak pasti samada Kanun Keseksaan itu telah ada klaus tambahan dimana kes2 sebigini boleh dikecualikan dari sebarang hukuman ATAU  ada klaus baru yang mengatakan perbuatan sumbang haram  itu terbatal apabila pasangan itu bernikah,  seperti kes Hantu Raya ini.

Bagaimana Agensi yang diamanah membuat pembersihan sedangkan pada masa yang sama ia dikepalai oleh seorang Ketua Pengarah yang kurang ajar , biadap terhadap Kerajaan ,  dan yang tidak menunjokan ciri integeriti yang boleh dicontohi oleh anak buah.

Umum maseh menunggu apakah kes ini ditutup begitu sahaja atau Dzulkifli ini dilucutkan jawatan sebagai KP serta merta.

UMUM  SEDANG MEMERAHATI  APAKAH KERAJAAN  AKAN MEMBUKTIKAN
KEIKHLASAN , KEBERANIAN  DAN KETEGASAN  MENANGANI KES  INI  SEBELUM  MEREKA  MENGUNDI.

Saya bersedia bersemuka dengan Tan Sri Fuzi , Ketua Polis Negara dalam masa terdekat ini bagi merungkai skandal yang belum selesai ini.

Diharap KPN sudi melapangkan masa bertemu saya bersama dua orang rakan lain , seorang jururakam dan seorang saksi.

Semuga tulisan dan harapan saya ini dapat disampaikan kepada KSN dan Dzulkifli.

Tamrin Tun Ghafar

SUDAH SAMPAI MASANYA HANTU RAYA INI DI TANGKAP DAN DILOKAP


SUDAH  SAMPAI MASANYA     HANTU  RAYA  INI  DI TANGKAP  DAN  DILOKAP

Jika mereka yang hanya  baru disiasat  boleh dihina  dan diaibkan  dengan ditangkap dan dilokap  mengapa tindakan  yang sama tidak boleh dilakukan  terhadap  KP  SPRM ini.

Rakyat jika tak muntah, dah muak dan bosan dengan   wayang kulit atau wayang pacak cina yang terus ditayang kepada mereka.

Dalam kes  KP SPRM  ini Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang baru ini  tak ubah seperti pemain bolah yang mengawal agar  bola  tidak masuk gol seolah olah mereka  bermain mengikut arahan.

Hentikan pertunjokan silap mata ini.

CUKOPLAH  DENGAN  ALASAN  DEMI  ALASAN.

Rakyat yang menggundi  mula menyoal mampu dan berani ke Kerajaan menangkap  KP SPRM ini atau lebih baik  terus  biarkan sahaja Hantu Raya ini bebas merayau,  dan pada masa yang sama beliau  boleh diguna bagi  mengaib sesiapa sahaja yang Tuan nya arah sehingga selesai PRU nanti atau  beliau  sedang digunakan bagi menutop  kes2 tertentu.

Siapa agaknya mereka  yang memelihara Hantu Raya ini sehingga PM dan Kabinetnya terpaksa menutop mulut dan  TIDAK BERANI bertindak sedangkan kesalahan  KP  SPRM ini bak kata pepatah 'bulu dah mencucok mata' ,  'dah terang lagi bersuloh.

Dulu pernah seorang KSU dan beberapa Pegawai Tinggi Kerajaan ditamatkan,  dan ada pula diturunkan pangkat , diturunkan gaji  dll kerana terlibat dlm kesalahan2  seperti yang dilakukan oleh KP SPRM ini.

Rakyat yang pernah memberi  kuasa  amat dahagakan pentadbiran yang adil lagi saksama bukan nya pentadbiran yang mengamalkan sikap pilih bulu atau double standard.

YANG  LEBIH  SERIOUS  LAGI IALAH  RAKYAT MAHU  MELIHAT KERAJAAN  YANG  ADIL  DAN  BERANI  BUKAN LEMAH , KERAJAAN  YANG TIDAK  MELINDUNGI  PESALAH SEPERTI  KP  SPRM  INI.

Kepada  KP  SPRM ini  apakah anda tidak punyai perasaan malu dan harga diri dengan kakitangan dan pegawai2  SPRM sendiri dan dengan rakyat keselurohannya. Apakah anda tidak rasa bersalah dengan isteri dan anak2 dirumah.

Apakah KP SPRM ini begitu  hebat sehingga tidak ada seorang pun Pegawai SPRM yang layak menggantikannya.

Nasihat  saya anda BERHENTILAH menyalahguna  Ayat2 Quraan dan Hadith dengan memegang chokmar memberi khutubah , bersajak dan bersyarah bagi menutop pekong dibadan.

Lazimnya Hantu Raya akhirnya boleh memakan tuan nya sendiri.

Semoga pandangan ikhlas saya  ini dapat disampaikan kepada mereka yang berkenaan.

Tamrin Tun Ghafar
Ahad  26/12

20171030 KETUA PENGARAH SPRM INI ADA MARUAH KE?


KETUA PENGARAH SPRM INI ADA MARUAH KE?
(TTG 30/10/17)

Saya tidaklah berminat sangat dng Chua Soi Lek , mantan Presiden MCA dan Menteri Kesihatan ini tapi saya tabik juga dia walaupun perbuatan dia itu tidak bermaruah tapi dia ada maruah juga apabila dia tudak teragak2 mengaku bahawa lelaki dlm video sex itu adslah beliau dan tanpa berbelit2 dan tanpa menggunakan beberapa talian hayat beliau terus letak jawatan sebagai Ahli Kabinet . Itu tindakan bertanggong jawab seorang yg bukan Islam.

Jika terdapat bangkai tikus yg busuk baunya dirumah kita , pasti kita akan cepat2 buang dan jika perlu kita akan spray dng wangi2an bagi menghidar bau bangkai tadi.

Maka begitulah juga dng KP SPRM ini.

Apabila sehingga kini tidak berani menafikan sendiri  hubongan beliau dng seorang suri rumah yg maseh bersuami ketika itu maka beliau dng sendirinya mengaku perbuatan keji dan jijik itu seperti yg terdapat dlm gambar2 dan video mereka diBali.

Apa berzinah terutama dng isteri orang itu merupakan kegemeran beliau , dan dibenarkan pula oleh Agama Suci kita Islam ?

Saya bertanyakan ini kerana telihat dlm video KP SPRM itu memegang chokmar berkhutubah dng penoh semangat. Begitu juga ucupan2 dan bacaan sajak beliau yg diselitkan dng unsur2 keagamaan
Apakah tindakan beliau  ( berkhutubah dll) itu satu taktik yg sengaja dilakunkan bagi menutup aktiviti keji dan jijik beliau.

Perbuatan anda sebenarnya adalah lebih busuk dari bangkai tikus tadi.

Tidakkah anda merasa malu dan segan dng pegawai dan kakitangan SPRM apabila anda berhadapan dng mereka dipejabat atau apabila anda menghadiri taklimat2 dan sebagainya.

Apa pula agaknya perasaan mereka mempunyai seorang KP yg terbukti bergelumang dng isteri orang.

Tidakkah anda peduli perasaan isteri dan anak2 dan ahli keluarga ?

Saya simpati dng mereka.

Anda sepatutnya meminta maaf kpd  isteri, anak2 , pegawai dan kakitangan SPRM dan juga kpd rakyat Malaysia keselurohannya diatas perbuatan keji dan jijik anda itu.

Rakyat rata2 hairan mengapa pehak polis memakan mada yg agak lama untok bertindak , dan mengapa pula tiba2 Peguam Negara mengarahkan penubohan Pasukan Petugas Khas untok memantau/ menyiasat kes yg sudah pun terbukti.

Apakah berkemungkinan cakap2 diluar sini betul bahawa oleh kerana persahabatan  diantara KP SPRM ini , Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yg baru ini begitu rapat maka kononnya usaha2 usaha2 sedang dilakukan bagi menutup kes ini.

Sepatutnya KP SPRM ini dah boleh dipakaikan baju lokap polis dan digari sepertimana rajingnya beliau menyarongkan baju oren dan kadang2 digari pula WALAUPUN mereka yg dishaki itu hanya disiasat dan BELUM lagi ditudoh dan didapatii bersalah.

Janganlah  pulak polis dibawah kepimpinan baru ini meneruskan  sikap  DOUBLE STANDARD dan pilih bulu  seperti yg  pernah dilakukan dahulu  terutama dlm kes KP SPRM ini.

POLIS BERKHIDMAT UNTOK NEGARA DAN RAKYAT BUKAN MENUTUP dan MELINDUNGI KEPINCANGAN DAN KESALAHAN SESAORANG WALAUPUN SAUDARA DAN SAHABAT ANDAI.

Pada masa yg sama jangan ada mana2 pehak yg mempunyai  tujuan tertentu cuba mempertahankan  KP ini sekurang2nya sehingga selesai PRU akan datang.

Dengan dua kesalahan besar yg dilakukan oleh KP SPRM ini iaitu mempersoalkan keputusan Kerajaan secara terbuka dan terlibat dng sekendal sex dng isteri orang yg maseh bersuami ketika itu , rakyat sedang menunggu apakah   Kerajaan mampu dan berani memecat bahkan menyumbat KP SPRM ini kedalam penjara.

Apakah Kerajaan menggangap tidak seorang pun pegawai SPRM yg layak menerajui SPRM ini sehingga ada seorang Menteri dari Sabah yg menasihatkan KP ini untok terus kental ( steadfast) menghadapi ' tekenan ' ?? ini

Apakah dengan sikap ini Kerajaan memberi signal bahawa  TIDAK  AKAN menggambil sebarang tindakan jika ada mana2  Penjawat Awam yg menentang apa2 keputusan dan tindakan Kerajaan secara terbuka , dan melakukan perkara2 keji dan jijik  seperti yg dilakukan oleh KP SPRM ini
Demi menjaga kedudokan dan pangkat maka eloklah  JAKIM dan Mufti2  terus mendiamkan diri berpura  seolah2  mereka tidak tahu apa yg sedang dibicarakan ini tetapi ingat kita semua tidak boleh.  

20180118 ANTARA MEKAH DAN MADINA


ANTARA  MEKAH  DAN  MADINA
(TTG 18/1/18)

"Mengapa  mereka buat zalim pada you, Isa? Jika mereka nak bersihkan UMNO, majoriti Ahli Majlis Tertinggi patut diambil tindakan sama, bukan pilih bulu". Itulah ayat pertama Ayahanda  saya Tun Ghafar semasa saya menemani Tan Sri Isa melawat Tun di Hospital Universiti di Petaling Jaya. Tun kembali ke Rahmatullah tidak lama selepas itu.

Detik bermulanya Isa dianianya dan dijadikan kambing hitam apabila beliau mendapat undi tertinggi dikalangan Naib2 Presiden.

Isa bukan sahaja digugurkan sebagai Naib Presiden tetapi juga hilang jawatan Menteri Kabinet.
Kita tahu dan sebahagian besar ahli2 UMNO masih ingat siapakah dalang yang begitu berpengaruh sekali di zaman pemerintahan Dollah Badawi dulu.

Isa tidak merajuk dan memberontak selepas beliau ditikam oleh kawan sendiri. Beliau terus bersabar walaupun sesekali wajah kesedihannya tidak dapat disembunyikan.

Kuasa ALLAH siapa yang tahu. Seperti cerita Laksamana Hang Tuah apabila Isa terpaksa digunakan bagi menyelamatkan  UMNO yang telah ' membunuhnya' semasa  Pilihan Raya Kecil DUN  Bagan Pinang dengan meletakan beliau sebagai calon.

Apabila berlaku kekecohan/penyelewengan di FELDA semua jari menuding kepada Isa sehingga beliau dicampakan ke dalam lokap  SPRM selama lima malam.

Media cetak dan elektronik kepunyaan UMNO digunakan seolah2 Isa orang yang bertanggungjawab dan bersalah.

Sekali lagi Isa dipersalahkan dalam kes terbaru  'kehilangan' Tanah Milik Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sharir cuba menunjukan seolah-olah beliaulah wira yang berjaya mendapatkan semula tanah yang 'hilang' itu. Sharir seolah-olah mahu menjadi jaguh dunia dengan mendapatkan tanah Felda yang tidak pernah hilang. Adalah lebih baik beliau dihantar ke Palestine bagi menjadi pakar perunding untuk mendapatkan semula tanah Palestine yang dicuri oleh Yahudi Laknatullah.

Begitu  zalimnya  tindakan Lembaga Disiplin Parti terhadap Isa,  ia masih mempunyai kesan sehingga kini.

Hari ini kami berangkat balik ke Kuala Lumpur.

Perjumpaan yang tidak dirancang dengan TPM di Madinah adalah biasa sahaja dan tidak ada perkara serius yang dibincangkan.

Walaupun kami tidak  bertemu PM di Mekah tetapi beberapa pesanan untuk PM  telah disampaikan apabila kami bertemu Dato Azeez Rahim, Pengerusi TH.

Demi kebaikan adalah lebih baik jika sekiranya perbincangan empat mata diadakan segera di antara Isa dan PM menjelang PRU ini.

JANGAN  BIARKAN SI KITOL  MERUGIKAN  KITA.

Tamrin Tun Ghafar
Khamis 18/01/18

BANDUANBANDUAN TERHORMAT ?Tamrin Tun GhafarSabtu - 01/12/24( 1 - 14 )1. Puas saya mencari dalam mana - mana kamus termasuk kamus Dewan Bahasa makna dan maksud 'BANDUAN TERHORMAT' tetapi gagal2. Belum ada dalam sejarah istilah ini di gunakan dalam dunia termasuk di Negara - Negara miskin samada di Benua Afrika dan Negara - Negara di Amerika Selatan apatah lagi Negara Maju3. Hanya di Malaysia sahaja istilah ini di perkenalkan oleh seorang banduan yang kini dengan sokongan Parti - Parti lain. termasuk DAP , sebuah Parti TERBESAR dalam..gabungan Pakatan Harapan atau PH membolehkan beliau di lantik sebagai Perdana Menteri ke 10 , jawatan yang di idam - idamkan sekian lama4. SUDAH TERLALU LAMA saya MENUNGGU seperti : MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA namun Anwar MASIH TAK BERANI bertindak BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH5. Ada yang mengingatkan dan ada juga bosan dengan tuduhan LIWAT itu 6. Sebagai orang Islam saya juga tahu hukuman terhadap pemfitnah dan kepada yang bosan itu , NASIHATKAN lah Anwar MENYAMAN MALU terhadap saya di Mahkamah , dan JANGAN MENANGGUHKAN PERBICARAN itu seperti kes tuduhan Tun Dr. Mahathir yang mencabar beliau menunjukan bukti 6 kotak bukti berhubung konon nya Tun sakau duit Negara berbillion ringgit7. Pada MULA nya Anwar yang MINTA PENANGGUHAN dan kini sudah hampir setahun Anwar masih GAGAL berbuat demikian tapi maseh bercakap berkenaan nya dengan tidak menyebut nama orang yang di maksudkan8. Harap tidak ada usaha dari sesiapa yang MENEMUI dadah dan Pistol dalam kereta saya seperti yang berlaku pada Yusuf Rawther dan TAK PERLU gunakan Polis dan MCMC merampas fon bimbit saya seperti yang berlaku kepada Chegu Bad , Papagomo , Naim Brandage dan ramai lagi yang AMAT menyampah kepada Anwar9. Dulu saya katakan Mahiaddin gagal , begitu juga Ismail Sabri lemah sebagai Perdana Menteri10. Baru - baru ini BERSIH memberi Grad D dan Parti BERSATU pula memberi Grad F kepada Anwar dan Kerajaan beliau11. ANWAR , SEORANG PEMBOHONG YANG SUKA BERJANJI TAPI TIDAK MENUNAIKAN JANJI - JANJI TERSEBUT , MAKA SAYA SIFATKAN BELIAU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG 'MUNAFIK' SELAIN DARI BAPA PEMBOHONG No. 1 NEGARA12. Kegemaran Anwar ialah LIWAT , LIWAT dan LIWAT13. SAYA MENUNGGU TINDAKAN SAMAN MALU BELIAU DI MAHKAMAH JIKA SEKIRA NYA SAYA MEMFITNAH14. Pepatah Cina ada mengatakan : NANG BO TI NANG KUI BO TI KUI bermaksud Orang Bukan Hantu Pun BukanWassalamTerima KasihTERHORMAT