Sunday 25 February 2018

20180108 KP SPRM - BADUT SARKAS YANG TERHEBAT


KP  SPRM  -  BADUT  SARKAS  YANG  TERHEBAT

Dua  hari lepas , semasa sidang akhbar  di Wisma MCA Dzulkipli selaku KP  SPRM menegaskan SPRM  tidak akan teragak agak mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa  jika ada salahlaku dalam kes ' kehilangan' tanah Felda di Jalan Semarak , Kuala Lumpur.

Saya tidaklah tidak bersetuju ketegasan beliau itu kerana pendirian saya selama ini pun sesiapa yang didapati menyalahguna kuasa , menyeleweng rasuah dan sebagainya mistilah dihukum.

Ini termasuklah kes2 skandal sex dengan isteri orang.

Dalam menyokong ketegasan beliau itu rakyat masih tertanya2 bila lagi SPRM nak memakaikan baju pesalah dan pada masa yang sama menggari KP SPRM yang telah terang2 melanggar undang2.

Dimana sumpah Pegawai2 SPRM  yang konon nya akan bertindak tanpa mengira  kawan dan lawan atau dalam bahasa Inggeris nya ' Without Fear or Favour'.

Saya sendiri tertanya tanya  apa dah jadi pada Dato Azam Baki dan Pegawai2  Tertinggi SPRM.  Mengapa mereka senyap sunyi dalam kes yang jelas ini  bak kata pepatah ' Sudah Terang Lagi Bersuluh'.

Apakah mereka juga bersekongkol dengan KP mereka dengan tidak berani bertindak.

Jika tidak , takkan  mereka rela melihat nama baik SPRM dicemari oleh seekor kerbau ini yang dah terpalit  lumpur dan rosaknya susu sebelanga kerana nila setitik.

LANGKAH YANG  TERBAIK BAGI  DATO  AZAM  DAN  PEGAWAI2 NYA  ADALAH MENGADAKAN  SOLAT  ISTIKHARAH ( PETUNJUK)  BAGI  MENGEMBALIKAN  SEMULA KEBERANIAN  YANG  TELAH  HILANG.

Semoga penghormatan rakyat terhadap SPRM dikembalikan seperti dizaman Tan Sri Harun Hashim.

Tamrin Tun Ghafar
Isnin  08/01/18

No comments:

Post a Comment

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...