Sunday 25 February 2018

20180118 ANTARA MEKAH DAN MADINA


ANTARA  MEKAH  DAN  MADINA
(TTG 18/1/18)

"Mengapa  mereka buat zalim pada you, Isa? Jika mereka nak bersihkan UMNO, majoriti Ahli Majlis Tertinggi patut diambil tindakan sama, bukan pilih bulu". Itulah ayat pertama Ayahanda  saya Tun Ghafar semasa saya menemani Tan Sri Isa melawat Tun di Hospital Universiti di Petaling Jaya. Tun kembali ke Rahmatullah tidak lama selepas itu.

Detik bermulanya Isa dianianya dan dijadikan kambing hitam apabila beliau mendapat undi tertinggi dikalangan Naib2 Presiden.

Isa bukan sahaja digugurkan sebagai Naib Presiden tetapi juga hilang jawatan Menteri Kabinet.
Kita tahu dan sebahagian besar ahli2 UMNO masih ingat siapakah dalang yang begitu berpengaruh sekali di zaman pemerintahan Dollah Badawi dulu.

Isa tidak merajuk dan memberontak selepas beliau ditikam oleh kawan sendiri. Beliau terus bersabar walaupun sesekali wajah kesedihannya tidak dapat disembunyikan.

Kuasa ALLAH siapa yang tahu. Seperti cerita Laksamana Hang Tuah apabila Isa terpaksa digunakan bagi menyelamatkan  UMNO yang telah ' membunuhnya' semasa  Pilihan Raya Kecil DUN  Bagan Pinang dengan meletakan beliau sebagai calon.

Apabila berlaku kekecohan/penyelewengan di FELDA semua jari menuding kepada Isa sehingga beliau dicampakan ke dalam lokap  SPRM selama lima malam.

Media cetak dan elektronik kepunyaan UMNO digunakan seolah2 Isa orang yang bertanggungjawab dan bersalah.

Sekali lagi Isa dipersalahkan dalam kes terbaru  'kehilangan' Tanah Milik Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sharir cuba menunjukan seolah-olah beliaulah wira yang berjaya mendapatkan semula tanah yang 'hilang' itu. Sharir seolah-olah mahu menjadi jaguh dunia dengan mendapatkan tanah Felda yang tidak pernah hilang. Adalah lebih baik beliau dihantar ke Palestine bagi menjadi pakar perunding untuk mendapatkan semula tanah Palestine yang dicuri oleh Yahudi Laknatullah.

Begitu  zalimnya  tindakan Lembaga Disiplin Parti terhadap Isa,  ia masih mempunyai kesan sehingga kini.

Hari ini kami berangkat balik ke Kuala Lumpur.

Perjumpaan yang tidak dirancang dengan TPM di Madinah adalah biasa sahaja dan tidak ada perkara serius yang dibincangkan.

Walaupun kami tidak  bertemu PM di Mekah tetapi beberapa pesanan untuk PM  telah disampaikan apabila kami bertemu Dato Azeez Rahim, Pengerusi TH.

Demi kebaikan adalah lebih baik jika sekiranya perbincangan empat mata diadakan segera di antara Isa dan PM menjelang PRU ini.

JANGAN  BIARKAN SI KITOL  MERUGIKAN  KITA.

Tamrin Tun Ghafar
Khamis 18/01/18

No comments:

Post a Comment

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...