Sunday 25 February 2018

20171030 KETUA PENGARAH SPRM INI ADA MARUAH KE?


KETUA PENGARAH SPRM INI ADA MARUAH KE?
(TTG 30/10/17)

Saya tidaklah berminat sangat dng Chua Soi Lek , mantan Presiden MCA dan Menteri Kesihatan ini tapi saya tabik juga dia walaupun perbuatan dia itu tidak bermaruah tapi dia ada maruah juga apabila dia tudak teragak2 mengaku bahawa lelaki dlm video sex itu adslah beliau dan tanpa berbelit2 dan tanpa menggunakan beberapa talian hayat beliau terus letak jawatan sebagai Ahli Kabinet . Itu tindakan bertanggong jawab seorang yg bukan Islam.

Jika terdapat bangkai tikus yg busuk baunya dirumah kita , pasti kita akan cepat2 buang dan jika perlu kita akan spray dng wangi2an bagi menghidar bau bangkai tadi.

Maka begitulah juga dng KP SPRM ini.

Apabila sehingga kini tidak berani menafikan sendiri  hubongan beliau dng seorang suri rumah yg maseh bersuami ketika itu maka beliau dng sendirinya mengaku perbuatan keji dan jijik itu seperti yg terdapat dlm gambar2 dan video mereka diBali.

Apa berzinah terutama dng isteri orang itu merupakan kegemeran beliau , dan dibenarkan pula oleh Agama Suci kita Islam ?

Saya bertanyakan ini kerana telihat dlm video KP SPRM itu memegang chokmar berkhutubah dng penoh semangat. Begitu juga ucupan2 dan bacaan sajak beliau yg diselitkan dng unsur2 keagamaan
Apakah tindakan beliau  ( berkhutubah dll) itu satu taktik yg sengaja dilakunkan bagi menutup aktiviti keji dan jijik beliau.

Perbuatan anda sebenarnya adalah lebih busuk dari bangkai tikus tadi.

Tidakkah anda merasa malu dan segan dng pegawai dan kakitangan SPRM apabila anda berhadapan dng mereka dipejabat atau apabila anda menghadiri taklimat2 dan sebagainya.

Apa pula agaknya perasaan mereka mempunyai seorang KP yg terbukti bergelumang dng isteri orang.

Tidakkah anda peduli perasaan isteri dan anak2 dan ahli keluarga ?

Saya simpati dng mereka.

Anda sepatutnya meminta maaf kpd  isteri, anak2 , pegawai dan kakitangan SPRM dan juga kpd rakyat Malaysia keselurohannya diatas perbuatan keji dan jijik anda itu.

Rakyat rata2 hairan mengapa pehak polis memakan mada yg agak lama untok bertindak , dan mengapa pula tiba2 Peguam Negara mengarahkan penubohan Pasukan Petugas Khas untok memantau/ menyiasat kes yg sudah pun terbukti.

Apakah berkemungkinan cakap2 diluar sini betul bahawa oleh kerana persahabatan  diantara KP SPRM ini , Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yg baru ini begitu rapat maka kononnya usaha2 usaha2 sedang dilakukan bagi menutup kes ini.

Sepatutnya KP SPRM ini dah boleh dipakaikan baju lokap polis dan digari sepertimana rajingnya beliau menyarongkan baju oren dan kadang2 digari pula WALAUPUN mereka yg dishaki itu hanya disiasat dan BELUM lagi ditudoh dan didapatii bersalah.

Janganlah  pulak polis dibawah kepimpinan baru ini meneruskan  sikap  DOUBLE STANDARD dan pilih bulu  seperti yg  pernah dilakukan dahulu  terutama dlm kes KP SPRM ini.

POLIS BERKHIDMAT UNTOK NEGARA DAN RAKYAT BUKAN MENUTUP dan MELINDUNGI KEPINCANGAN DAN KESALAHAN SESAORANG WALAUPUN SAUDARA DAN SAHABAT ANDAI.

Pada masa yg sama jangan ada mana2 pehak yg mempunyai  tujuan tertentu cuba mempertahankan  KP ini sekurang2nya sehingga selesai PRU akan datang.

Dengan dua kesalahan besar yg dilakukan oleh KP SPRM ini iaitu mempersoalkan keputusan Kerajaan secara terbuka dan terlibat dng sekendal sex dng isteri orang yg maseh bersuami ketika itu , rakyat sedang menunggu apakah   Kerajaan mampu dan berani memecat bahkan menyumbat KP SPRM ini kedalam penjara.

Apakah Kerajaan menggangap tidak seorang pun pegawai SPRM yg layak menerajui SPRM ini sehingga ada seorang Menteri dari Sabah yg menasihatkan KP ini untok terus kental ( steadfast) menghadapi ' tekenan ' ?? ini

Apakah dengan sikap ini Kerajaan memberi signal bahawa  TIDAK  AKAN menggambil sebarang tindakan jika ada mana2  Penjawat Awam yg menentang apa2 keputusan dan tindakan Kerajaan secara terbuka , dan melakukan perkara2 keji dan jijik  seperti yg dilakukan oleh KP SPRM ini
Demi menjaga kedudokan dan pangkat maka eloklah  JAKIM dan Mufti2  terus mendiamkan diri berpura  seolah2  mereka tidak tahu apa yg sedang dibicarakan ini tetapi ingat kita semua tidak boleh.  

No comments:

Post a Comment

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...