Sunday 25 February 2018

20171023 FAKTA YANG TAK BOLEH DIPADAMKAN


Johor ruler won't permit 'power struggle crisis' to continue https://www.malaysiakini.com/news/402938

FAKTA  YANG  TAK  BOLEH DIPADAMKAN

Siapa yg jual Singapura  kpd British dahulu ? Sekarang siapa yg bertanggong jawab bawa masuk pemaju2 raksaksa dari China ke Johor dng projek2 mewah yg tak mampu dibeli oleh bukan sahaja orang Melayu bahkan pendudok2 tempatan yg lain . Jestru  siapa majoriti pembelinya pulak ? Pernah juga kita digegarkan dng berita  penjualan pasir secara besar2 an kpd Singapura ? Jangan  lupa sejarah hitam Pribet Adam.

Angkara  siapa itu semua ?

MUNGKIN  betul UMNO  lahir diIstana Johor walaupun ada yg berpendapat UMNO sebenarnya  lahir dari titik  pertemuaan dan permuafakatan Pertubohan2 Melayu seluroh Tanah Melayu  di Kelab Sultan  Abdul Samad di Kg. Baru ,  KLumpur.

Melayu  hari ini terbahagi kpd beberapa Parti Politik - satu Parti  ( Parti Perasan Suci ) yg telah berubah kiblat dari AMANAT asal kpd AMANAT baru tak ubah seperti Kitab Injil asal ke kitab Injil baru ( Old Testement to New Testement)   dan yg lainnya pula berhasrat memulihkan semula landasan yg membahayakan.

Rakyat ambil kira kebimbangan Sultan tentang apa yg dikatakan tetapi.

Perlembagaan Negara  jelas bahawa Sultan  TIDAK BOLEH campur tangan hal ehwal politik  dan pentadbiran dng apa alasan sekali pun MELAINKAN  dinasihat berbuat demikian.

Rakyat hari ini sudah boleh berfikir dng rasional dan matang.

Rakyat tahu apa yg tersirat dan apa yg tersurat.

Biarlah rakyat bebas membuat pilihan TANPA sebarang gangguan dan campur tangan oleh mana2 pehak.

HAK  MEMILIH ADALAH  HAK MUTLAK  RAKYAT.

Melayu sejak zaman keSultanan Melaka dahulu amat waras dan matang pemikiran mereka
Saya percaya selepas bidok lalu kiambang akan bertaup semula.

Yang penting kita semua adalah Bangsa Malaysia dan bukan bangsa lain  yang  cintakan Negara Malaysia yang satu ini.

Bersatu Tegoh Bercerai Roboh.

Ins Shaa Allah.

Tamrin Tun Ghafar
Khamis  23/11

No comments:

Post a Comment

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...