Sunday 25 February 2018

SUDAH SAMPAI MASANYA HANTU RAYA INI DI TANGKAP DAN DILOKAP


SUDAH  SAMPAI MASANYA     HANTU  RAYA  INI  DI TANGKAP  DAN  DILOKAP

Jika mereka yang hanya  baru disiasat  boleh dihina  dan diaibkan  dengan ditangkap dan dilokap  mengapa tindakan  yang sama tidak boleh dilakukan  terhadap  KP  SPRM ini.

Rakyat jika tak muntah, dah muak dan bosan dengan   wayang kulit atau wayang pacak cina yang terus ditayang kepada mereka.

Dalam kes  KP SPRM  ini Peguam Negara dan Ketua Polis Negara yang baru ini  tak ubah seperti pemain bolah yang mengawal agar  bola  tidak masuk gol seolah olah mereka  bermain mengikut arahan.

Hentikan pertunjokan silap mata ini.

CUKOPLAH  DENGAN  ALASAN  DEMI  ALASAN.

Rakyat yang menggundi  mula menyoal mampu dan berani ke Kerajaan menangkap  KP SPRM ini atau lebih baik  terus  biarkan sahaja Hantu Raya ini bebas merayau,  dan pada masa yang sama beliau  boleh diguna bagi  mengaib sesiapa sahaja yang Tuan nya arah sehingga selesai PRU nanti atau  beliau  sedang digunakan bagi menutop  kes2 tertentu.

Siapa agaknya mereka  yang memelihara Hantu Raya ini sehingga PM dan Kabinetnya terpaksa menutop mulut dan  TIDAK BERANI bertindak sedangkan kesalahan  KP  SPRM ini bak kata pepatah 'bulu dah mencucok mata' ,  'dah terang lagi bersuloh.

Dulu pernah seorang KSU dan beberapa Pegawai Tinggi Kerajaan ditamatkan,  dan ada pula diturunkan pangkat , diturunkan gaji  dll kerana terlibat dlm kesalahan2  seperti yang dilakukan oleh KP SPRM ini.

Rakyat yang pernah memberi  kuasa  amat dahagakan pentadbiran yang adil lagi saksama bukan nya pentadbiran yang mengamalkan sikap pilih bulu atau double standard.

YANG  LEBIH  SERIOUS  LAGI IALAH  RAKYAT MAHU  MELIHAT KERAJAAN  YANG  ADIL  DAN  BERANI  BUKAN LEMAH , KERAJAAN  YANG TIDAK  MELINDUNGI  PESALAH SEPERTI  KP  SPRM  INI.

Kepada  KP  SPRM ini  apakah anda tidak punyai perasaan malu dan harga diri dengan kakitangan dan pegawai2  SPRM sendiri dan dengan rakyat keselurohannya. Apakah anda tidak rasa bersalah dengan isteri dan anak2 dirumah.

Apakah KP SPRM ini begitu  hebat sehingga tidak ada seorang pun Pegawai SPRM yang layak menggantikannya.

Nasihat  saya anda BERHENTILAH menyalahguna  Ayat2 Quraan dan Hadith dengan memegang chokmar memberi khutubah , bersajak dan bersyarah bagi menutop pekong dibadan.

Lazimnya Hantu Raya akhirnya boleh memakan tuan nya sendiri.

Semoga pandangan ikhlas saya  ini dapat disampaikan kepada mereka yang berkenaan.

Tamrin Tun Ghafar
Ahad  26/12

No comments:

Post a Comment

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...