Sunday, 14 October 2018

20180622 BILA BNM NAK BUKA SEMULA KES RM10 JUTA ??

BILA  BNM  NAK  BUKA  SEMULA  KES  RM10 JUTA ??

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat -  22/06/18
( 1 - 15 )

1.  Tindakan pertama Mohamad Hassan atau Mat Hassan, apabila dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ialah menghantar RM10 juta ke London.

2.  Wang tersebut dihantarnya melalui sebuah syarikat Pengurup Wang atau Money Changer.

3.  Diatas kesalahan tersebut  Bank Negara Malaysia atau BNM telah mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut tetapi tidak terhadap Mat Hassan.

4. Berkali - kali Pembangkang ketika itu mempersoalkan perkara tersebut di Dewan Negeri dan Parlimen tapi tidak dihiraukan.

5. Apakah dibawah Kerajaan sekarang BNM dan SPRM masih mahu menutup kes ini begitu saja sedangkan kes - kes yang lebih ringan  diburu sehingga ke lubang cacing?

6. Selain dari kes diatas , rakyat Negeri Sembilan khususnya begitu benci dengan Datuk Azman, abang kepada Mat Hassan yang bertindak seperti 'Besar Sudu Dari Senduk' sepanjang  beliau menjawat jawatan MB selama ini.

7.  Dato Azman adalah orang yang membolot hampir semua kontrak di pejabat-pejabat daerah melalui pelbagai syarikat yang beliau mempunyai kepentingan.

8. Seorang lagi adik kepada MB bernama Dato Ghani Hassan bekas ADUN Rantau juga dilaporkan mempunyai kekayaan bernilai jutaan ringgit.

9. UMNO telah menjadi parti keluarga semasa era Mat Hassan di mana abang( Dato Azman ) sebagai setiausaa, manakala adik ( Dato Ghani ) menjadi bendahari tak resmi sehingga menyebabkan rakyat meluat dan menolak BN dalam pilihanraya lalu.

10.  Beliau ini umpama bunga ros yang hanya cantik dilihat tapi penuh dengan duri.

11. Menjelang PRU 14 yang lalu Mat Hassan menggalakkan Pemuda BN di kawasan Parlimen Rembau bertindak ganas dengan menterbalikkan meja jika terjumpa mereka yang menentang kerajaan di kedai-kedai kopi.

12. Sepatutnya sebagai seorang MB beliau tidak bertindak seperti seekor binatang buas dan ganas.

13. Walaupun menang tanpa bertanding, oleh kerana calon Pembangkang dihalang dari memasuki Dewan ketika penamaan calon, namun kiraan undi membuktikan calon Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kalah teruk di kawasan Dun Rantau di
mana Mat Hassan sebagai Adunnya.

14. Jika UMNO  terus memilih orang sebegini sebagai Timbalan Presidennya, maka sudah patutlah UMNO dikuburkan oleh rakyat yang bencikan penyelewangan kuasa dan rasuah.

15. Semoga BNM, SPRM dan Bukit Aman bertindak segera terhadap beliau sebelum Parlimen bersidang pada pertengahan Julai nanti.

Terima kasih.

20180620 MENANG JADI ARANG

MENANG  JADI  ARANG 

Tamrin Tun Ghafar

Rabu -  20/06/18
( 1 -  21 )

1.   Seperti juga Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebenarnya saya juga tidak berminat nak ambil tahu apatah lagi nak komen mengenai parti yang pernah saya anggotai di suatu waktu dahulu.

2.  UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sudah pun tinggal nyawa - nyawa ikan sahaja.

3.  Ini semua berlaku angkara kerakusan dan tamak haloba Najib Tun Razak ,  bekas pemimpin UMNO yang mereka puji dan puja, malah bak kata Ismail Sabri, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, “tak percaya Najib bermakna tak percaya ALLAH”.

4.  Kepada Najib, bukan sahaja 'cash is king’ tetapi yang beliau utamakan ialah ketaatan atau loyalty kepada beliau sebagai pemimpin walaupun  seseorang itu hanya punyai   'otak udang' saja.

5.  Bak kata pepatah cina   'Ikan Itu Busuk Bermula Dari Kepala', bermakna apabila ketua  itu rasuah,  pencuri, penyamun dan perompak, maka ia  pasti diikuti oleh jual-juaknya.

6.  Kini  UMNO yang hanya ‘tinggal nyawa - nyawa ikan' sedang cuba diberi nafas dengan harapan ia tidak di talkinkan terus.

7.  Perangai lama UMNO masih melekat lagi di badan mereka ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan; SIAPA KAYA dan PEMURAH, BERJAYA.

8.  Sepatutnya dalam keadaan sebegini mereka insaf, duduk semeja berunding siapakah di antara pemimpin yang ada yang harus diketengahkan sebagai Presiden atau Ketua yang baharu seperti yang di amalkan oleh para sahabat selepas wafatnya Baginda Rasulullah SAW.

9.  UMNO sebenarnya ketandusan pemimpin yang bersih dan bertenaga.

A .  ZAHID  HAMIDI :

Walaupun ketika ini beliau bertindak sebagai Pemangku Presiden, namun kredibiliti beliau tercalar dengan beberapa isu seperti kes jenayah dan pembohongan yang mana beliau sendiri terlibat -

a )  Insiden Amir Bazli yang dibelasah beliau dan beberapa orang suruhan nya.

b)  Saham syarikat Kretam Holdings Berhad dan Tekala Berhad yang pada asalnya kepunyaan Pemuda UMNO melalui Yayasan Gerak Bakti.

c )  Pembohongan beliau berhubung 1MDB kononnya beliau sendiri telah berjumpa dua orang 'penderma’ Arab.

d ) Tuduhan beliau 'Mahathir ialah  anak lelaki Iskandar Kutty’ yang sehingga kini beliau gagal membuktikannya.

e )  Tak sampai sebulan dilantik sebagai Timbalan PM, beliau  sudah meminta sokongan Tun Mahathir bagi menggantikan Najib sebagai PM, sehingga kini beliau gagal mengeluarkan rakaman perbincangan yang pernah dijanjikannya.

f )  Belum pun sebulan menerima kekalahan ,  beliau selaku Pemangku Presiden telah meminta nasihat Tun  bagaimana nak kuatkan UMNO semula sedangkan Tunlah yang orang yang mengepalai Pakatan Harapan yang menggalahkan  parti tersebut.

B.  KHAIRY  JAMALUDDIN :

a )  Ketua Pemuda dan bekas Menteri Beliau dan Sukan.

b )  Semasa bapa mertuanya Abdullah Ahmad Badawi menerajui Kerajaan, beliau lebih dikenali sebagai 'budak tingkat 4'.

c )  Di zaman itulah 'budak tingkat 4' ini begitu bermaharajalela mempengaruhi bapa mertuanya yang lemah sebagai Perdana Menteri.

d ) Kegemilangan UMNO mula merudum akibat kebosanan rakyat terhadap campurtangan ‘budak tingkat 4’ inilah.

e ) Di zaman ‘budak tingkat 4’ inilah bermulanya kebencian rakyat terhadap UMNO dan ia meletup seperti gunung berapi pada pilihanraya yang baru lepas.

f )  Beliau tidak boleh lepas tangan kes kehilangan  RM100 juta semasa beliau menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

C.  TENGKU RAZALEIGH HAMZAH:

a )  Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan.

b )  Selain Tengku Abdul Rahman, beliaulah  satu - satunya Keluarga Raja yang tak mengira penat lelah berjuang untuk rakyat.

c )  Selepas tidak berjaya mengalahkan Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO dalam tahun 1987 , beliau menerajui parti Semangat 46 ( S46 ).

d )  Walaupun  bergabung dengan PAS dan DAP,  beliau gagal mengalahkan UMNO dan BN yang di pimpin oleh Dr. Mahathir ketika itu.

e )  Akhirnya parti S46 itu dibubarkan dan ahli - ahlinya termasuk Tengku Razaleigh sendiri balik kepangkuan UMNO.

f )  Usaha bagi melibatkan beliau dalam kes BMF di Hong Kong hanya satu rekaan dan  sia - sia sahaja.

10.  Selama ini setiap Bahagian mendapat bantuan dari Ibu Pejabat UMNO sebanyak RM10,000/- sebulan , malangnya bantuan ini telah pun diberhentikan selepas sahaja BN kalah pilihanraya.

11.  Sesiapa yang dipilih sebagai Presiden yang baru perlu juga memikirkan cara mana boleh membantu pentadbiran dan aktiviti Bahagian dan Cawangan.

12.  RM10,000/- sebulan  x 192 Bahagian = RM1,920,000 x 12 bulan = RM23,040,000/- setahun x 5 tahun  ( jika Piliharaya diadakan ketika itu )  = RM115,200,000/-.

13.  Bahagian dan Cawangan TIDAK akan bergerak TANPA bantuan kewangan.

14.  Sepatutnya jika Najib sayangkan UMNO, beliau harus melepaskan jawatan Presiden parti itu setahun yang lepas.

15. Khaled Nordin ( Johor )  dan Mohamad Hassan ( Negeri Sembilan ) sepatutnya tidak bertanding untuk jawatan - jawatan tertinggi seperti jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

16. Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN, mereka BERTANGGUNGJAWAB atas  kekalahan UMNO dan BN di negeri  masing - masing.

17. Mereka sepatutnya menumpukan masa sepenuhnya membetul dan  menguatkan parti di negeri masing - masing selepas kekalahan baru-baru ini, bukan nak menonjol diri seolah-olah mereka telah berjaya mengekalkan kemenangan.

18. Terserahlah kepada ahli - ahli UMNO sama ada mereka sanggup membuat kesilapan kali kedua atau sebaliknya.

19. KINI  NASI  SUDAH  JADI  BUBUR.

20. Menang jadi arang, kalah jadi abu.

21. Sebaik-baik cara bagi UMNO mencari pemimpin ialah dengan memperkenal dan melaksanakan sistem LELONG.

Terima Kasih.

20180615 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT  HARI  RAYA  AIDILFITRI

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat  15/06/18
( 1 -  20 )

1.  Syukur Alhamdulillah umat Islam telah berjaya menunaikan ibadah- ibadah dalam bulan Ramadhan selama sebulan  dengan sempurna.

2.  Hari ini 1 Syawal, kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan rasa gembira.

3.  Semoga segala amalan baik yang dituntut ALLAH SWT dan yang telah ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW menjadi pegangan hidup kita sehingga kita kembali kepadaNYA.

4.  Tahun 2018 ini merupakan tahun yang penuh sejarah dan cabaran.

5.  Bermula pada hari Rabu  9hb Mei, UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) yang telah memerintah negara selama 61 tahun buat pertama kali telah kalah kepada parti Pakatan Harapan ( PH ).

6.  Pada usia 93 tahun , Tun Dr. Mahathir Muhamnad yang pernah menjadi Ketua Kerajaan selama 22 tahun dipilih semula sebagai Perdana Menteri ke-7.

7.  Malangnya upacara mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri sama ada disengajakan atau tidak telah tertangguh dari jam 9.30 pagi ke 5 petang dan akhirnya ke 9. 30 malam, inilah kali pertama perkara seperti ini berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan.

8.  Selama 10 hari lamanya surat Perdana Menteri yang mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru telah tidak mendapat maklum balas dari Istana Negara.

9.  Dalam perutusan sempena  Hari Raya, Yang Dipertuan Agong menyatakan baginda dan Raja - Raja sentiasa bertindak mengikut Perlembagaan dan Undang - Undang.

10.  Apakah  berkempen secara terbuka menentang Tun Mahathir dan partinya oleh Sultan Johor dan anaknya, Tunku Mahkota Johor, melengah-lengahkan perlantikan Perdana Menteri dan Peguam Negara bertepatan dengan Perlembagaan Negara?

11.  Teguran A Kadir Jasin terhadap Agong dan Raja - Raja memang tepat dan berpatutan, beliau sepatutnya tidak  perlu melepaskan jawatan selaku jurucakap ' Council of Eminent People'.

12.  Tak tahulah siapa yang telah berjaya menyakinkan Tun Mahathir untuk  bertemu Zahid Hamidi tetapi yang penting dan menggelikan hati apabila Zahid selaku Pemangku Presiden UMNO sendiri telah meminta nasihat Tun Mahathir, orang yang telah menumbangkan UMNO bagaimana hendak memulih dan  menguatkan UMNO semula.

13.  Ada yang beranggapan tanpa menyebutnya,  Zahid berharap kes jenayah yang telah dilakukan dulu terhadap Amir Bazli dan kes saham Syarikat Kertam Holdings Berhad dan Tekala Berhad tidak akan dibuka semula.

14. Tak tahulah apa perkataan yang sempurna yang  boleh digunakan apabila Zahid meminta polis memulangkan duit  samun yang dirampas  dari rumah Najib dan kondo mewah anaknya atas alasan duit yang berjumlah RM114 juta itu adalah kepunyaan UMNO.

15.  Mengapa duit sahaja yang di minta, sedangkan lebih 300  beg berjenama Berkin, lebih 80 jam tangan bernilai berjuta ringgit dan barang - barang kemas yang diperbuat dari emas dan berlian tidak pula di tuntutnya?

16.  Inilah kualiti pimpinan UMNO yang masih mengamalkan perangai lama seolah - olah mereka berkuasa lagi.

17.  Kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka adalah disebabkan politik Istana sendiri.

18.  Pantun
" Kalau Roboh Kota Melaka,
Papan Di Jawa Saya Dirikan
Kalau Sungguh Bagai DiKata, Nyawa Dan Badan Saya Serahkan"
mungkin masih boleh di ambil kira.

19.  KITA  MERANCANG  TAPI  ALLAH  JUA  YANG  MENENTUKAN.

20.  Kata - kata Megat Terawis semasa peristiwa Sultan Mahmod Mangkat Di Julang “Raja Adil Raja Di Sembah, Raja Zalim Raja Di Sanggah”.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Terima Kasih.

20180611 MENGAPA SULTAN PERLU MARAH?

MENGAPA  SULTAN  PERLU  MARAH?

Tamrin Tun Ghafar
Isnin  -  11/06/18
( 1 -  24 )

1.  Walaupun Sultan Selangor tidak menyebut siapakah yang dimaksudkan beliau yang kononnya tidak menghormati Raja-Raja, tapi tidak silap jika saya katakan orang yang dimaksudkan beliau ialah A Kadir Jasin.

2.  Sebenarnya majoriti rakyat hari ini amat berterima kasih kepada Sdr Kadir kerana ada juga  insan di kalangan kita yang sanggup mendedahkan kepincangan yang
dilakukan oleh kerajaan Najib yang memua-muakan Agong dengan segala kemewahan yang begitu besar.

3.  Jika jumlah RM256 juta yang diperuntukan dan dibelanjakan oleh Agong dalam tempoh satu setengah tahun itu benar, ia bermakna wang rakyat dikorbankan sebanyak  RM13.8 juta sebulan.

4.  Katakanlah  jumlah tersebut hanya RM50 juta sahaja pun ia tetap susah bagi rakyat menerimanya kerana jika dibahagikan dengan 18 bulan, ia membawa erti setiap bulan perbelanjaan mengurus  Agong ialah RM2.7 juta.

5.  Mengapa dan kenapa Najib beria-ia  sangat berbuat demikian? Jawapannya mungkin rakyat akan ketahui satu hari nanti.

6.  Begitu juga sudah kedengaran berbagai  projek  yang memberi keuntungan lumayan diberi kepada beberapa orang Sultan melalui orang - orang dan syarikat - syarikat tertentu. Wallahualam !!

7.  Seramai 7 juta rakyat Malaysia didapati masih menagih bantuan kerajaan melalui BR1M atau kini dikenali Bantuan Sara Hidup.

8.  Apakah Sultan tahu dan peduli bagaimana masih ramai lagi rakyat yang tak mampu menyediakan wang permulaan atau deposit untuk membeli rumah murah dan motosikal, apatah lagi membeli kereta?

9.  Setakat menaiki bot dengan diiringi beberapa orang kenamaan bagi melihat operasi menyelamat setiap kali musim tenkujuh hanya boleh memberi rangsangan kepada mangsa yang dilawati itu saja.

10.   Dalam masa yang sama, ada Sultan, anak dan keluarga mereka sibuk menayang  kemewahan dengan mempamerkan jumlah kereta dan kenderaan termasuk kapalterbang yang mereka miliki.

11.  Cuba bayangkan berapa mewah dan hebatnya mereka menyambut Hari Raya jika dibandingkan sesetengah rakyat miskin?

12.  Terlalu banyak insiden yang menyayat hati yang mana Sultan yang  'komited' menjaga hak dan kebajikan rakyat seharusnya membuat sesuatu.

13.  Kes di mana seorang ibu tunggal yang miskin bersama anak kecilnya dipenjarakan kerana terpaksa mencuri sekotak milo untuk melayani permintaan anak kecil itu masih terbayang - bayang di mata saya.

14.  Sultan dan keluarga tak perlu melalui kesusahan itu semua.

15.  Bersyukurlah kepada ALLAH SWT yang memberi segala nikmat dan rezeki  serta berterima kasihlah kepada rakyat yang meletakkan  mereka di takhta yang ada sekarang.

16.  Teguran saya ini adalah bagi bagi kebaikan bersama - Sultan kekal di istana dan rakyat pula terbela - bukan perjalanan sehala sahaja atau dalam bahasa Inggeris  'one way traffic'.

17.  Tiada Sultan atau Raja jika tanpa rakyat, justeru  kongsikanlah kekayaan yang ALLAH SWT berikan.

18.  Sebagai contoh , Queen Elizabeth di England membayar segala jenis cukai sama seperti rakyat biasa, ini termasuk cukai import dan cukai jalan bagi  kenderaan peribadi mereka.

19. Tak tahulah  sama ada Sultan Johor dan anak-anaknya  sebagai contoh, membayar segala cukai atau tidak terhadap kira - kira 300 buah kenderaan mewah yang mereka miliki,  seperti rakyat yang lain yang terpaksa membayar cukai demi negara.

20.  Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham untuk selama - lamanya,  maka saya cadangkan 2  perkara ini dilakukan segera :

1)  Kerajaan hari ini yang mengamalkan dasar ketelusan dan jimat cermat,  setiap kali belanjawaan dibentangkan perlu juga  membentangkan belanjawaan untuk Agong , dan  begitu juga bagi setiap negeri  yang mempunyai Sultan atau Raja, lagi pula setiap sen yang dibelanjakan adalah hasil cukai dari rakyat.

2)  Parlimen  hendaklah merangka dan meluluskan apa - apa perkara yang boleh dan sebaliknya untuk dilakukan oleh Agong dan setiap Sultan.

Perkara ini perlu dikemukakan dengan sejelas - jelas nya semoga perhubungan baik  antara Sultan dan rakyat berkekalan buat selama - lamanya.

21.  Semoga sejarah Maria Anthonette di Perancis dan keluarga Csar di Russia  tidak akan sekali - kali belaku di negara kita ini.

22. Tumbangnya kubu UMNO / BN diJohor adalah satu amaran keras rakyat negeri itu terhadap Sultan Johor dan anaknya Tunku Mahkota Johor agar mereka tidak mencampuri hal ehwal politik dan pentadbiran negeri. Segala kuasa rakyat seperti hal ehwal tanah dan pembangunan MESTILAH dipulangkan semula kepada rakyat melalui kerajaan yang telah diberi mandat dan kepercayaan dalam pilihanraya.

23. Sultan harus bertindak mengikut Perlembagaan dan Undang - Undang.

24. APAKAH  HILANG  BISA  ULAR  MENYUSUR DI BAWAH  AKAR?

Selamat  Berpuasa dan Berbuka dan berkongsi membaca tulisan saya ini.

Terima Kasih.

20180604 SEMOGA RAJA MENGHORMATI PERLEMBAGAAN

SEMOGA  RAJA  MENGHORMATI  PERLEMBAGAAN

Tamrin Tun Ghafar

Isnin  -  04/06/18
( 1 -  27 )

1.  Oleh kerana terlalu bosan dengan sikap UMNO / Barisan Nasional ( BN ) yang telah memerintah negara ini sejak 61 tahun lalu, rakyat telah menunjukkan taring mereka dengan menukar kerajaab dari BN  kepada Pakatan Harapan ( PH ).

2.  Tun Dr. Mahathir yang berusia hampir 93 tahun dan mempunyai pengalaman yang begitu luas telah diberi kepercayaan dan dilantik semula  sebagai Perdana Menteri.

3.  Rakyat sekali lagi mula resah dan bosan apabila upacara mengangkat sumpah jawatan  Perdana Menteri pada Khamis 10hb Mei  di Istana Negara di tunda dari jam 9.30 pagi kepada  5 petang dan akhirnya hanya menjadi kenyataan pada jam 9
malam.

4.   Agong ketika itu sepatutnya melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau tanpa perlu melengah - lengahkannya.

5.  Di luar Istana Negara rakyat yang marah dengan sikap Istana  mula berkumpul.

6.  Sepuluh hari lepas, atas persetujuan bersama pemimpin - pemimpin PH , YAB Tun Dr. Mahathir telah menasihatkan Agong agar memecat Apandi Ali selaku Peguam Negara.

7.  Apandi Ali yang dipilih sendiri oleh mantan Perdana Menteri  bagi menggantikan Ghani Patail, Peguam Negara yang telah dipecat  atas alasan yang tidak munasabah, telah gagal menjalankan tugas beliau dengan sempurna.

8.  Kesalahan serius beliau ialah menutup pekung Najib.

9.  Jika Agong ini bersetuju memecat Ghani dan melantik Apandi sebagai Peguam Negara, maka mengapa pula Agong bertindak seolah - olah tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan baru ini untuk memecat Apandi?

10.  Tommy Thomas , seorang  peguam yang amat pakar dalam bidang Perlembagaan adalah pilihan Kerajaan.

11.  Mengikut sumber ,  alasan yang diberi  ialah kononnya Tommy bukan berbangsa Melayu.

12.  Rakyat ingin tahu apakah Agong dan Raja - Raja  HANYA  bertakhta untuk orang Melayu sahaja  atau rakyat Malaysia keseluruhannya tanpa mengira kaum, budaya dan agama?

13.  Agong dan Raja - Raja JANGAN BERMAIN politik perkauman.

14.  Negara ini mengamalkan  sistem Raja Berpelembagaan BUKAN  Raja Mutlak  atau dalam bahasa Inggeris  'Constitutional Monarch' NOT 'Absolute Monarch'.

15.  Justeru,  Agung dan Raja - Raja bukan sahaja perlu menghormati malah  WAJIB mempertahankan Perlembagaan Negara ini.

16.  Seperti yang terkandung dalam Sumpah Jawatan, mereka  perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka mengikut Perlembagaan dan Undang - Undang.

17.  Segala tindakan rasmi mereka  MESTILAH berpandukan nasihat Perdana Menteri dan atau Menteri Besar negeri masing - masing.

18.  Perlembagaan MELARANG  Agong dan Raja - Raja mencampuri hal ehwal politik dan pentadbiran.

19. Rakyat Johor telah tidak pedulikan usaha Sultan mereka melobi rakyatnya menolak Tun dan partinya. Ini ada ingatan kepada Sultan dan anaknya Ismail agar TIDAK MENCAMPURI hal ehwal politik. Begitu juga perkara berhubung pentadbiran seperti hal tanah dan pembangunan.

20. Sebarang usaha yang bertentangan dengannya , mereka boleh di bawa ke Mahkamah Khas.

21. Jika alasan Tommy pernah memawakli Chin Peng, Ketua Komunis dahulu, apakah alasan UMNO sendiri yang telah menjalin hubungan persahabatan dan kerjasama erat dengan Parti Komunis China?

22. Jika alasannya  Tommy bukan seorang yang beragama  Islam bagi menasihat Majlis Raja - Raja tentang Hukum Syariah dan lain-lai  berkaitan Agama Islam, apa gunanya Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai oleh Mufti dan cerdik pandai Agama yang boleh dirujuk?

23. Sejak dulu lagi Tun sememangnya TIDAK  suka berkonfrantasi dengan Raja - Raja ( sila rujuk tulisan saya "Sultan Bukan Tuhan” beberapa bulan sebelum ini )

24. SETIAP  KESABARAN  ADA  HADNYA.

25. Selama ini rakyat TIDAK  PERNAH peduli tentang bagaimana sebahagian duit hasil titik peluh mereka digunakan bagi menjaga keselesaan setiap orang Raja dan keluarga mereka.

26. Semoga pandangan saya ini akan dapat mengelakkan Krisis Perlembagaan yang baru.

27. SEMOGA  PISAU  DI TANGAN  TIDAK  DISALAHGUNAKAN.

Mohon diedarkan.

Terima Kasih.

20180602 LANGIT TAK SELALU CERAH

LANGIT  TAK  SELALU  CERAH

Tamrin Tun Ghafar
Sabtu -  02/06/18
( 1 - 31 )

1.  Siapa sangka seorang insan yang usianya hampir 93 tahun yang pernah dicaci , dikutuk dan dimaki hamun dengan kata - kata kesat seperti "orang tua nyanyuk ", "tak sedar diri”, "bodoh", "stupid" dan berbagai bagai cemuhan lagi  mampu menumbangkan Najib yang hampir 30 tahun lebih muda dari beliau.

2.  Siapa sangka bahtera lanun Bugis yang konongnya kuat dan hebat akhirnya tenggelam juga dek kerana ketamakan dan kerakusan sendiri , justeru ia dengan sendirinya memalukan masyarakat Bugis itu sendiri.

3.  Siapa sangka rakyat kali ini telah tidak sanggup membenarkan diri mereka terus ditipu, diperbodoh, diugut dan dizalimi oleh mereka ysng telah diberi kepercayaan sejak sekian lama.

4.  Siapa sangka , akhirnya pada hari Rabu 9hb Mei 2018 , hanya 2 hari sebelum UMNO menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 72 tahun berserta parti - parti komponen dalam Barisan Nasional ( BN ) berjaya ditumbangkan.

5.  Siapa sangka Najib, Perdana Menteri ke 6 yang merupakan anak Tun Razak , Perdana Menteri ke 2 sanggup melakukan pembohongan, penipuan dan rompakan demi rompakan dengan sewenang - wenangnya tanpa punyai perasaan malu dan takut.

6.  Siapa sangka buat pertama kali dalam sejarah Negara ini sejak Merdeka , seorang bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, parti yang tertua dan  terbesar akhirnya akan didakwa di mahkamah atas tuduhan mencuri , merompak , menyalahguna kuasa dan lain - lain pertuduhan lagi.

7.  Siapa sangka UMNO semasa Tunku Abdul Rahman Putra Alhajdan Tun Abdul Razak yang pernah menentang Komunis dengan bantuan Askar Melayu dan " Home Guard" tiba - tiba dibawah pimpinan Najib bukan sahaja menjalin persahabatan dengan mereka bahkan sanggup menggadaikan tanah - tanah strategik seperti Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dan memberi projek - projek raksaksa kepada Komunis China.

8.  Siapa sangaka lagu ciptaan Allahyarham P Ramlee disuatu ketika dahulu "Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang , Rupanya Hujan Di Tengah Hari"  menjadi kenyataan pada hari ini - ALFATIHAH.

9.  Siapa sangka pandangan Dr. Mahathir kira - kira 30 tahun dahulu bahawa pada 2020 atau awal lagi, akibat sikap pemimpin - pemimpin UMNO berlumba - lumba  merebut jawatan dan politik wang ketika itu, orang Melayu akan menolak UMNO itu sendiri,telah pun terbukti kebenarannya (sila lihat video).

10.  Siapa sangka Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menjadi PM ke 4 selama 22 tahun mulai 1981,akhirnya diberi kepercayaan oleh majoriti rakyat jelata sekali lagi memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri ke 7.

11.  Kepada Pakatan Harapan ( PH ) jadikanlah apa yang berlaku kepada UMNO dan BN ini sebagai IKTIBAR.

12.  Jika pokok yang besar dan kuat mampu ditumbangkan,apatah lagi dahan yang masih rapuh.

13.  Semoga dahan itu bukan saja tidak dicantas malah perlu diperkuatkan lagi  bagi menghadapi angin kencang dan ribut yang mungkin berlaku.

14.  Sejak PRU ke 12 dalam tahun 2008 dan PRU ke 13 dalam tahun 2013 , pembangkang ketika itu yang terdiri dari PKR , DAP dan PAS telah tidak berjaya menyakinkan masyarakat Melayu luar bandar untuk meninggalkan UMNO.

15.  Selain faktor kos sara hidup yang membebankan rakyat, amalan rasuah dan salahguna kuasa dan sikap bodoh sombong pemimpin - pemimpin UMNO dan BN , faktor keyakinan dan kepercayaan terhadap  Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusi PH perlu kita semua akui.

16.  Dimana - mana ceramah PH dimana Tun Mahathir sendiri hadir ribuan malah puluhan ribu rakyat berbilang kaum tanpa peduli keadaan cuaca berduyun - duyun hadir.

17.  Reaksi mereka terhadap keterampilan Tun
begitu  hebat sekali seperti sesaorang  yang rindukan kekasih yang dah bertahun tidak bersua.

18.  Buat pertama kali 19 Kawasan Parlimen di Rancangan Felda yang di suatu  ketika dahulu merupakan benteng UMNO telah menyumbang kepada kejayaan PH.

19.  Cara Tun menyampaikan  'message ' begitu fokus dan mudah difahami, tidak berbelit - belit tidak  seperti pemimpin lain termasuk dari kalangan PH yang gemar menggunakan bahasa - bahasa bangsawan dan sepotong dua ayat - ayat Quraan yang dihafal dan di ulangi berkali - kali.

20.  Hormatilah Tun sebagai Perdana Menteri kita , semoga dalam kesuntukan masa yang ada ini beliau dapat membetulkan keadaan yang amat meruncing dalam negara.

21.  Cantas mencantas, baling batu sembunyi tangan, depan lain belakang lain, menikam kawan dari belakang,hanya pandai menanam tebu dibibir sahaja, suka menyalahkan orang lain, memfitnah dan berpura - pura adalah sifat munafik yang yang MESTI  diberhentikan jika sekiranya PH mahu terus memerintah dengan lebih lama.

22.  Rakyat kini tidak boleh diperbodohkan oleh segolongan mereka yang gila kuasa dan seterusnya sedang memerahati tingkahlaku mereka ini.

23. Setakat ini cara dan gaya pemerintahan PH bolehlah diberi kepujian.

24. Perlantikan Tun Daim Zainuddin , bekas Menteri Kewangan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ekonomi mengetuai sebuah Badan  "Eminent People"
membantu Tun Mahathir amat bertepatan.

25. Tak payahlah mengulangi perangai buruk pemimpin - pemimpin UMNO  dengan bermegah dan menunjuk - nunjuk kuasa yang rakyat baru berikan kepada kita.

26. Percayalah segala usaha mengenepikan Tun sebagai Perdana Menteri akan ditolak oleh rakyat.

27. Begitu juga segala perancangan berkerjasama dengan  Ahli - Ahli Parlimen UMNO bagi tujuan yang sama juga akan mendapat tentangan  rakyat jelata.

28. JANGANLAH
BUNUH  ANGSA YANG BERTELURKAN  EMAS.

29. Sejarah telah membuktikan ‘Skimmer ' atau mereka yang tak sabar , gopoh dan gelojoh, biasanya akan kecundang jua akhirnya.

30. BERSATU  TEGUH , BERCERAI  ROBOH.

31. Selamat Berpuasa , Berbuka dan membaca tulisan saya ini.

Terima Kasih.

20180518 AHLI UMNO TAK UBAH SEPERTI HARIMAU SARKAS

AHLI  UMNO  TAK  UBAH  SEPERTI  HARIMAU  SARKAS

Tamrin Tun Ghafar
Jumaat  18/05/18
( 1 -  22 )

1.  Peribahasa  ada mengingatkan  'Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna’.

2.   Sehari dua sahaja  selepas UMNO /BN ditumbangkan rakyat iaitu pada hari Rabu 9hb. Mei 2018, suara - suara sumbang mula kedengaran di sana sini meminta Najib meletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

3.  Pendirian ini  turut di nyatakan dengan lantang oleh Pemuda UMNO  diperingkat bawahan sehingga hampir berlaku pergaduhan sesama sendiri  di PWTC baru-baru ini.

4.  Tak cukup dengan itu ada juga Ketua Bahagian yang dulu rakan golf Najib tidak mahu ketinggalan menyuarakan perkara yang sama.

5.  Selaku Presiden, Najib telah menghadiri Majlis Tahlil bagi memperingati umur UMNO yang sudah menjangkau usia 72 tahun  pada hari Jumaat 11hb Mei  di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn.

6.  Pada keesokan harinya pada jam 2.30 petang, satu sidang akhbar  sepatutnya diadakan oleh Pemuda , Wanita dan Puteri UMNO bagi menggesa Najib berundur.

7.  Dalam keadaan serba salah, Najib akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN melalui Sidang Akhbar Khas yang diadakan kira-kira 30 minit lebih awal pada hari yang sama iaitu Sabtu 12hb Mei 2018.

8.  Kini  Zahid Hamidi yang sebelum ini menjalankan tugas jawatan Timbalan Presiden diangkat  pula sebagai Pemangku Presiden dengan dibantu oleh Hishamuddin Hussein sebagai Pemangku Timbalan Presiden UMNO.

9.  UMNO sebenarnya ketandusan pemimpin yang bersih dan boleh dihormati serta dipercayai.

10.  Sebagai contoh,  umum mula mempersoal dari mana dan bagaimana Zahid tiba - tiba  memperolehi kekayaan luar biasanya?

11.  Adakah kekayaan itu dari penjualan saham beberapa syarikat seperti Kretam Holding Berhad dan Tekala Berhad yang katanya adalah hak   Pemuda UMNO yang secara senyap - senyap  telah berpindah tangan?

12.  Begitu juga satu kes jenayah di mana Zahid Hamidi dan beberapa orang konconya telah membelasah seorang yang bernama Ahmad Bazli sehingga pecah bahagian hadapan tempurong kepalanya.

13.  Kes ini katanya telah ditutup apabila Bazli diberi pampasan dan diugut.

14.  Begitu juga bagaimana Zahid sebagai seorang menteri sebelum ini boleh menghantar surat rasmi  terus kepada Federal Bureau of Investigation ( FBI )  meminta melepaskan seorang penjenayah rakyat Malaysia yang telah ditangkap di Amerika Syarikat.

15.  Episod bagaimana beliau selaku Menteri Dalam Negeri telah memberi sokongan kepada permohonan syarikat kepunyaan keluarganya  untuk membawa masuk 1.5 juta rakyat Bangladesh bekerja di negara kita sedangkan jumlah pekerja asing yang sedia ada sudah melebihi 5 juta ramainya.

16.  Pembohongan  beliau berhubung status asal usul Tun Dr. Mahathir sehingga kini masih gagal beliau menunjukkan bukti mengenainya.

17.  Begitu juga pembohongan beliau berkenaan 'tape recording‘ semasa datang bertemu Tun di rumah Tun di The Mines di mana perjumpaan itu berlaku atas usaha Zahid sendiri yang baru tak sampai sebulan selepas beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Najib.

18.  Ucapan  beliau dalam bahasa Inggeris  di Perhimpunan Agung  Bangsa - Bangsa  Bersatu atau United Nation di New York telah menjadi bahan lawak kanak - kanak sekolah.

19.  Budaya UMNO  tak ubah seperti harimau serkas,  apabila diberi makan, tangan kita dijilatnya tetapi jika makanan yang diberi itu tidak mencukupi, tengkok kita pula akan dibahamnya.

20.  Kenyataan Khairy Jamaluddin yang meluahkan kekesalannya kerana kegagalan beliau berbuat sesuatu termasuk menasihatkan Najib  menjelang pilihanraya umum lalu adalah bukti kelemahan beliau sendiri selaku Ketua Pemuda UMNO.

21.  Inilah UMNO, pahat akan mula berbunyi selepas rumah dah runtuh.

22.  YANG  IKHLAS  DICANTAS, YANG PANDAI  MENGAMPU DIPELIHARA.

Terima Kasih.

20180516 GARI MENUNGGU ANDA

GARI  MENUNGGU  ANDA

Tamrin Tun Ghafar
Rabu  16/05/18
( 1 - 21 )

1.  'Sepandai - pandai Tupai  Melompat  Akhirnya Jatuh  Ke Tanah Jua’ - itulah perumpamaan yang sesuai  sekali yang boleh disandarkan kepada nasib Dzulkifli Ahmad, mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

2.  Meletak jawatan secara sukerela tidak bermakna anda boleh terlepas dari sebarang kesalahan undang-undang yang telah anda lakukan sebelum ini.

3.  Semasa berkuasa dahulu anda telah menzalimi ramai orang terutama mereka yang tak sebulu dengan kerajaan ketika itu.

4.  Walaupun baru disiasat  SAHAJA tetapi ada di antara mereka bukan sahaja dipakaikan dengan baju berwarna oren, bahkan digari dan dicampakan ke dalam lokap SPRM.

5.  Tanpa mempedulikan maruah, mereka di hina, dimalu dan diaibkan.

6.  Anda bermaharajalela seolah-olah anda akan berkuasa selama-lamanya.

7.  Mana-mana pegawai yang berbeza pendapat, mereka  sama ada ditukar atau dimasukkan ke ‘peti sejuk’ dalam perkhidmatan.

8.  Selaku Ketua Pesuruhjaya, anda telah merosakkan imej SPRM itu sendiri.

9.  Semoga mereka yang  selama ini menarik hidung anda seperti 'Kerbau Di Cucuk Hidung’ seperti Habibul Rahman, Rosmah Mansor dan beberapa yang lain boleh menyelamatkan anda daripada digari dan dipenjarakan.

10.  Selain telah mengadakan hubungan terlarang dengan  Shazleen
Hatta, isteri orang ketika itu, anda juga telah melakukan banyak perkara yang lain melanggar undang-undang.

11.  Ada  21 perkara yang anda perlu jawab nanti.

12.  Dari segi sejarah SPRM, anda merupakan seorang KP yang bertanggungjawab merosakkan nama baik SPRM itu sendiri selain dari tidak berakhlak mulia, bermaruah dan berintergriti.

13. Dzulkifli, you are a failure (Anda merupakan seorang yang gagal).

14.  Kepada Dzulkifli Ahmad, bersedialah menghadapi hidup baru bersama banduan lain di istana baru anda nanti sama ada  di Sungai Buloh, Kajang atau di mana - mana penjara yang lain.

15.  Bertaubatlah sebelum Malaikat datang mencabut nyawa anda.

16. Kepada Pegawai - Pegawai SPRM, selamatkanlah negara ini  dari segala amalan rasuah dan penyelewangan kuasa TANPA pilih kasih.

17.  Selepas ini SPRM harus diletakkan terus kepada Parlimen BUKAN lagi dibawah kelolaan Pejabat Perdana Menteri, ia perlu bebas dari segala gangguan politik.

18.  SPRM juga perlu diberi  anggota dan kuasa yang lebih seperti apa yang dilakukan di beberapa Negara seperti di Hong Kong dan Singapura selain dari diberi kuasa penuh mendakwa TANPA perlu merujuk kepada Peguam Negara.

19.  Seperti hasrat Perdana Menteri kita , Tun Dr. Mahathir , HAPUSKAN  SEGALA AMALAN  RASUAH  DAN  SALAHGUNA KUASA  DARI NEGARA INI.

20.  Kepada Dzulkifli Ahmad, giliran anda sudah tiba, BERANI  BUAT  BERANI  TANGGUNG.

21.  Semoga tulisan saya ini dapat dibaca oleh beliau , Pegawai - Pegawai SPRM dan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat negara  ini bersih dari sebarang amalan  rasuah.

Terima Kasih.

20180514 JANGAN BAWA BUDAYA UMNO DALAM PH

JANGAN  BAWA  BUDAYA  UMNO  DALAM  PH

Tamrin Tun Ghafar
Isnin 14/05/18
( 1 -  24)

1.  Selepas Tun Dr. Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003, rakyat telah memberi mandat baru kepada Abdullah Badawi ( Tun ).

2.  Pilihanraya dalam tahun 2004 telah menyaksikan UMNO dan BN mendapat majoriti yang amat cemerlang sekali dalam sejarah  politik tanahair.

3.  Oleh kerana terlalu menyakini keupayaan diri dan di cemarkan pula oleh 'budak - budak tingkat 4' yang di ketuai oleh menantu nya sendiri, sokongan rakyat mula merudum.

4.  Pada Pilihanraya 2008 ,  
UMNO dan BN buat pertama kali hilang 2/3 majoriti Parlimen dan 5 negeri pula terlepas ke tangan pihak lawan.

5. Kuasa rakyat tidak terhenti di situ sahaja apabila dalam pilihanraya 2013, UMNO dan BN dibawah pimpinan Najib Tun Razak sekali lagi merosot prestasinya.

6. Amalan rasuah dan penyelewangan kuasa, rompakan demi rompakan, hartanah2 strategik diserah begitu murah kepada syarikat - syarikat dari negara komunis China semuanya dilakukan secara terang - terangan.

7. Najib dan Menteri - Menterinya terlalu bongkak, angkuh dan biadap seolah -  olah negara  ini milik mak bapak mereka.

8. Mereka hanya melepaskan batuk di tangga sahaja tentang kesusahan rakyat, sedangkan dalam masa yang sama isteri dan anak masing-masing berlumba-lumba menayang kekayaan hasil pencurian wang rakyat.

9. Sesiapa yang mengambil tindakan undang - undang seperti Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang  akan dipenjarakan dengan sewenang-wenangnya dengan tujuan menakut - nakut kan orang lain.

10. Kebencian rakyat begitu tidak tertahan lagi sehingga mereka telah membenamkan UMNO dan BN pada Pilihanraya Umum yang berlangsung pada hari Rabu lepas bersamaan 9hb Mei 2018.

11. Jika rakyat boleh menumbangkan UMNO dan BN, rakyat juga boleh menumbangkan Pakatan Harapan, justeru berhati-hatilah.

12. Kini nyawa UMNO dan BN berada di hujung pedang, bak kata pepatah 'Retak Menunggu Belah’.

13.  Tindakan beberapa pemimpin PH memperlekeh tindakan Tun semalam  tak ubah seperti ' Musang Berbulu Ayam ' atau 'Gunting Dalam Lipatan’.

14.  Umum tahu siapakah dalang sebenar yang  cuba mengenepikan Tun secepat mungkin sebagai Pemimpin PH dan Perdana Menteri yang begitu besar jasa dan pengorbanan beliau bagi menyakinkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap PH.

15.  Percayalah rakyat sedang memerhati tindakan gelojoh orang - orang tertentu ini.

16.  Tanpa disedari, mungkin Zahid Hamidi sedang menggunakan seorang dua Ahli Parlimen PH dengan motif tertentu.

17.  Jika kementerian penting  seperti Kewangaan, Dalam Negeri dan
Pertahanan  dapat dikuasai oleh 'orang-orang' Zahid Hamidi yang berada dalam PH, maka  amalan rasuah dan rompakan akan berterusan.

18.  Nasihat saya kepada mereka ini, janganlah mengulangi kelemahan dan kesilapan pemimpin - pemimpin UMNO dan BN selama ini.

19.  Percayalah  'Sepandai- pandai Tupai Melompat, Akan Jatuh Ke Tanah Jua Akhirnya.’ Pepatah lain menyebut, ‘Sebab santan pulut binasa, sebab mulut badan binasa.’

20. Hentikan kepura-puraan seperti ‘pepat di luar, rencong di dalam’ atau ‘baik di luar, busuk di dalam.’

21.  Berilah peluang Tun menyusun Kabinetnya tanpa gangguan  dan dengan harapan kabinet ini dapat melaksanakan segala janji PH  yang terkandung dalam manifestonya, jika tidak bersetuju berbincanglah secara anak-beranak, bukan cuba menangguk di air keruh.

22.  Hormatlah Tun sebagai Perdana Menteri dan sebagai ‘ayah’  kita.

23. ORANG  YANG  TAMAK  DAN TIDAK IKHLAS AKHIRNYA AKAN RUGI.

24. Ingatlah rakyat sedang memerhati setiap tindakan dan kelakuan kita.

Terima Kasih.

20180512 SAYONARA UMNO

SAYONARA UMNO

Tamrin Tun Ghafar
Sabtu 12/05/18
(1 - 33)

1. UMNO yang dilahirkan pada 11hb Mei 1946 menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-72.

2. Malam semalam Majlis Tahlil diadakan di PWTC ,  satu - satu nya bangunan kepunyaan UMNO.

3. Inilah pertama kali UMNO menyambut hari ulangtahun kelahiran dalam keadaan sugul dan muram.

4. Sama ada majlis tahlil itu merupakan majlis terakhir bagi UMNO, sama-samalah kita tunggu dan lihat.

5. Apakah BN juga akan menerima nasib yang sama, wallahualam!!

6.  Talian hayat UMNO  selama ini iaitu SPR dan ROS  tidak boleh digunakan lagi.

7.  Jika semasa kempen pilihanraya lalu, papan - papan tanda dan iklan yang memaparkan wajah Tun Mahathir diharamkan, kini mulai dihalalkan.

8.  Bukan setakat itu sahaja , Tun Mahathir turut dihina dan dimaki hamun oleh Pemimpin UMNO / BN.

9.  Stesen - stesen TV dan akhbar - akhbar kepunyaan UMNO  seperti Utusan , Berita Harian dan New Straits Times boleh dikatakan setiap hari mempaparkan kenyataan - kenyataan Menteri - Menteri dan sesiapa sahaja yang sedia membelasah  Tun Mahathir.

10.  Segala jasa Tun Mahathir selama  22 tahun sebagai Perdana Menteri dahulu diketepikan begitu sahaja.

11.  Tata susila Melayu  hormat menghormati , berbudi bahasa dan membalas budi  telah dighaibkan begitu sahaja oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO di semua peringkat.

12 . "Cash Is King" adalah budaya baru yang amat digemari oleh mereka.

13.  Akhirnya  mereka mati seperti matinya semut kerana gula.

14.  Kepada Penjawat Jawatan Awam dan  yang lain - lain yang pernah terlibat dalam segala amalan rasuah, mereka dan keluarga  kini tidak lagi boleh berlagak seolah - olah dunia ini mereka yang punya.

15.  Begitu juga  mereka yang terlibat menyembunyikan  fakta bagi tujuan melindungi mana - mana penjenayah , pencuri dan perompak , nasihat saya mereka bolehlah melantik peguam - peguam bagi membela mereka di mahkamah nanti.

16.  Majoriti rakyat yang membenamkan UMNO/BN pada PRU 14 yang baru berlangsung sebenarnya mereka TIDAK  TERTAHAN  lagi melihat harta Negara  di rompak oleh mereka yang diberi kuasa tanpa punyai perasaan malu dan takut, sedangkan rakyat terpaksa berhempas pulas memerah keringat bagi menyediakan makan untuk keluarga di rumah.

17.  Bertahun lamanya rakyat  yang pernah membenarkan  diri ditipu dan tertipu menitiskan air mata kesedihan kerana kesusahan hidup mereka.

18.  Mulai semalam tangisan  mereka bertukar dari kesedihan kepada kegembiraan.

19.  Mulai semalam juga rakyat mula merasai KEMERDEKAAN sebenar.

20.  Rakyat yakin Tun Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga 2003 , tidak akan mengulangi kelemahan - kelemahan yang pernah berlaku di era beliau dahulu.

21.  Kepada mereka Tun umpama pepatah " Harimau Mati Meninggalkan Belang , Manusia Mati Meninggalkan Nama " ;  kepada mereka  juga Tun bukanlah " Pagar Yang Makan Padi".

22.  Kepada Tun Dr. Mahathir saya ucapkan syabas dan tahniah kerana dilantik semula menerajui Negara ini buat kali kedua pada usia beliau 93 tahun.

23.  Kepada rakyat Malaysia saya ucapkan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang buat kali kedua.

24.  Kepada  Kerajaan yang baru ini jalankanlah tanggungjawab dengan bijaksana dan beramanah.

25. SEMOGA  PERISTIWA  HITAM  YANG  MELANDA  UMNO/ BN  TIDAK  AKAN  MELANDA  PAKATAN  HARAPAN.

26.  Rakyat telah menghantar UMNO dan BN  ke tanah perkuburan, hanya menunggu masa sahaja untuk ditalkinkan.

27.  Begitu tajam sekali pandangan Tun apabila kira - kira 35 tahun dahulu beliau telah memberi amaran bahawa pada tahun 2020 dan mungkin awal lagi dari itu, rakyat khasnya orang Melayu akan menolak UMNO.

28.  Kata Tun Mahathir lagi,  kerakusan, penyelewangan kuasa , amalan rasuh , politik wang dilakukan oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO  TANPA punyai perasaan kesian kepada rakyat yang menderita di bawah.

29.  Saya sendiri yang telah meninggalkan UMNO / BN menjelang PRU 13   dahulu dan saya  bertindak demikian kerana TIDAK BERSETUJU dengan apa yang dilakukan oleh Pemimpin - Pemimpin UMNO ketika itu.

30.  Saya menolak UMNO dan BN bukan benci pada nama nya, saya menolak UMNO kerana  sedar bahtera yang saya berada di dalamnya sedang dikemudikan  oleh lanun yang hanya mementingkan diri , keluarga dan mereka yang taat kepadanya saja.

31.  KUN  FA YA  KUN -  JADI ; MAKA  JADI LAH IA.

32.  HANYA  ALLAH  SWT SAHAJA  YANG MAHA  BERKUASA DI ATAS  SEGALA - GALA NYA.

32. ALLAH  SWT telah mencabut nyawa  UMNO dan BN pada 9hb Mei 2018 setelah 72 tahun ia dilahirkan.

33.  SAYONARA !!

Kongsikan dan simpanlah tulisan  saya ini sebagai kenangan.

Terima Kasih.

BANDUANBANDUAN TERHORMAT ?Tamrin Tun GhafarSabtu - 01/12/24( 1 - 14 )1. Puas saya mencari dalam mana - mana kamus termasuk kamus Dewan Bahasa makna dan maksud 'BANDUAN TERHORMAT' tetapi gagal2. Belum ada dalam sejarah istilah ini di gunakan dalam dunia termasuk di Negara - Negara miskin samada di Benua Afrika dan Negara - Negara di Amerika Selatan apatah lagi Negara Maju3. Hanya di Malaysia sahaja istilah ini di perkenalkan oleh seorang banduan yang kini dengan sokongan Parti - Parti lain. termasuk DAP , sebuah Parti TERBESAR dalam..gabungan Pakatan Harapan atau PH membolehkan beliau di lantik sebagai Perdana Menteri ke 10 , jawatan yang di idam - idamkan sekian lama4. SUDAH TERLALU LAMA saya MENUNGGU seperti : MENUNGGU BULAN JATUH KE RIBA namun Anwar MASIH TAK BERANI bertindak BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH5. Ada yang mengingatkan dan ada juga bosan dengan tuduhan LIWAT itu 6. Sebagai orang Islam saya juga tahu hukuman terhadap pemfitnah dan kepada yang bosan itu , NASIHATKAN lah Anwar MENYAMAN MALU terhadap saya di Mahkamah , dan JANGAN MENANGGUHKAN PERBICARAN itu seperti kes tuduhan Tun Dr. Mahathir yang mencabar beliau menunjukan bukti 6 kotak bukti berhubung konon nya Tun sakau duit Negara berbillion ringgit7. Pada MULA nya Anwar yang MINTA PENANGGUHAN dan kini sudah hampir setahun Anwar masih GAGAL berbuat demikian tapi maseh bercakap berkenaan nya dengan tidak menyebut nama orang yang di maksudkan8. Harap tidak ada usaha dari sesiapa yang MENEMUI dadah dan Pistol dalam kereta saya seperti yang berlaku pada Yusuf Rawther dan TAK PERLU gunakan Polis dan MCMC merampas fon bimbit saya seperti yang berlaku kepada Chegu Bad , Papagomo , Naim Brandage dan ramai lagi yang AMAT menyampah kepada Anwar9. Dulu saya katakan Mahiaddin gagal , begitu juga Ismail Sabri lemah sebagai Perdana Menteri10. Baru - baru ini BERSIH memberi Grad D dan Parti BERSATU pula memberi Grad F kepada Anwar dan Kerajaan beliau11. ANWAR , SEORANG PEMBOHONG YANG SUKA BERJANJI TAPI TIDAK MENUNAIKAN JANJI - JANJI TERSEBUT , MAKA SAYA SIFATKAN BELIAU TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG 'MUNAFIK' SELAIN DARI BAPA PEMBOHONG No. 1 NEGARA12. Kegemaran Anwar ialah LIWAT , LIWAT dan LIWAT13. SAYA MENUNGGU TINDAKAN SAMAN MALU BELIAU DI MAHKAMAH JIKA SEKIRA NYA SAYA MEMFITNAH14. Pepatah Cina ada mengatakan : NANG BO TI NANG KUI BO TI KUI bermaksud Orang Bukan Hantu Pun BukanWassalamTerima KasihTERHORMAT