Sunday, 14 October 2018

20180602 LANGIT TAK SELALU CERAH

LANGIT  TAK  SELALU  CERAH

Tamrin Tun Ghafar
Sabtu -  02/06/18
( 1 - 31 )

1.  Siapa sangka seorang insan yang usianya hampir 93 tahun yang pernah dicaci , dikutuk dan dimaki hamun dengan kata - kata kesat seperti "orang tua nyanyuk ", "tak sedar diri”, "bodoh", "stupid" dan berbagai bagai cemuhan lagi  mampu menumbangkan Najib yang hampir 30 tahun lebih muda dari beliau.

2.  Siapa sangka bahtera lanun Bugis yang konongnya kuat dan hebat akhirnya tenggelam juga dek kerana ketamakan dan kerakusan sendiri , justeru ia dengan sendirinya memalukan masyarakat Bugis itu sendiri.

3.  Siapa sangka rakyat kali ini telah tidak sanggup membenarkan diri mereka terus ditipu, diperbodoh, diugut dan dizalimi oleh mereka ysng telah diberi kepercayaan sejak sekian lama.

4.  Siapa sangka , akhirnya pada hari Rabu 9hb Mei 2018 , hanya 2 hari sebelum UMNO menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 72 tahun berserta parti - parti komponen dalam Barisan Nasional ( BN ) berjaya ditumbangkan.

5.  Siapa sangka Najib, Perdana Menteri ke 6 yang merupakan anak Tun Razak , Perdana Menteri ke 2 sanggup melakukan pembohongan, penipuan dan rompakan demi rompakan dengan sewenang - wenangnya tanpa punyai perasaan malu dan takut.

6.  Siapa sangka buat pertama kali dalam sejarah Negara ini sejak Merdeka , seorang bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, parti yang tertua dan  terbesar akhirnya akan didakwa di mahkamah atas tuduhan mencuri , merompak , menyalahguna kuasa dan lain - lain pertuduhan lagi.

7.  Siapa sangka UMNO semasa Tunku Abdul Rahman Putra Alhajdan Tun Abdul Razak yang pernah menentang Komunis dengan bantuan Askar Melayu dan " Home Guard" tiba - tiba dibawah pimpinan Najib bukan sahaja menjalin persahabatan dengan mereka bahkan sanggup menggadaikan tanah - tanah strategik seperti Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dan memberi projek - projek raksaksa kepada Komunis China.

8.  Siapa sangaka lagu ciptaan Allahyarham P Ramlee disuatu ketika dahulu "Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang , Rupanya Hujan Di Tengah Hari"  menjadi kenyataan pada hari ini - ALFATIHAH.

9.  Siapa sangka pandangan Dr. Mahathir kira - kira 30 tahun dahulu bahawa pada 2020 atau awal lagi, akibat sikap pemimpin - pemimpin UMNO berlumba - lumba  merebut jawatan dan politik wang ketika itu, orang Melayu akan menolak UMNO itu sendiri,telah pun terbukti kebenarannya (sila lihat video).

10.  Siapa sangka Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menjadi PM ke 4 selama 22 tahun mulai 1981,akhirnya diberi kepercayaan oleh majoriti rakyat jelata sekali lagi memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri ke 7.

11.  Kepada Pakatan Harapan ( PH ) jadikanlah apa yang berlaku kepada UMNO dan BN ini sebagai IKTIBAR.

12.  Jika pokok yang besar dan kuat mampu ditumbangkan,apatah lagi dahan yang masih rapuh.

13.  Semoga dahan itu bukan saja tidak dicantas malah perlu diperkuatkan lagi  bagi menghadapi angin kencang dan ribut yang mungkin berlaku.

14.  Sejak PRU ke 12 dalam tahun 2008 dan PRU ke 13 dalam tahun 2013 , pembangkang ketika itu yang terdiri dari PKR , DAP dan PAS telah tidak berjaya menyakinkan masyarakat Melayu luar bandar untuk meninggalkan UMNO.

15.  Selain faktor kos sara hidup yang membebankan rakyat, amalan rasuah dan salahguna kuasa dan sikap bodoh sombong pemimpin - pemimpin UMNO dan BN , faktor keyakinan dan kepercayaan terhadap  Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusi PH perlu kita semua akui.

16.  Dimana - mana ceramah PH dimana Tun Mahathir sendiri hadir ribuan malah puluhan ribu rakyat berbilang kaum tanpa peduli keadaan cuaca berduyun - duyun hadir.

17.  Reaksi mereka terhadap keterampilan Tun
begitu  hebat sekali seperti sesaorang  yang rindukan kekasih yang dah bertahun tidak bersua.

18.  Buat pertama kali 19 Kawasan Parlimen di Rancangan Felda yang di suatu  ketika dahulu merupakan benteng UMNO telah menyumbang kepada kejayaan PH.

19.  Cara Tun menyampaikan  'message ' begitu fokus dan mudah difahami, tidak berbelit - belit tidak  seperti pemimpin lain termasuk dari kalangan PH yang gemar menggunakan bahasa - bahasa bangsawan dan sepotong dua ayat - ayat Quraan yang dihafal dan di ulangi berkali - kali.

20.  Hormatilah Tun sebagai Perdana Menteri kita , semoga dalam kesuntukan masa yang ada ini beliau dapat membetulkan keadaan yang amat meruncing dalam negara.

21.  Cantas mencantas, baling batu sembunyi tangan, depan lain belakang lain, menikam kawan dari belakang,hanya pandai menanam tebu dibibir sahaja, suka menyalahkan orang lain, memfitnah dan berpura - pura adalah sifat munafik yang yang MESTI  diberhentikan jika sekiranya PH mahu terus memerintah dengan lebih lama.

22.  Rakyat kini tidak boleh diperbodohkan oleh segolongan mereka yang gila kuasa dan seterusnya sedang memerahati tingkahlaku mereka ini.

23. Setakat ini cara dan gaya pemerintahan PH bolehlah diberi kepujian.

24. Perlantikan Tun Daim Zainuddin , bekas Menteri Kewangan yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ekonomi mengetuai sebuah Badan  "Eminent People"
membantu Tun Mahathir amat bertepatan.

25. Tak payahlah mengulangi perangai buruk pemimpin - pemimpin UMNO  dengan bermegah dan menunjuk - nunjuk kuasa yang rakyat baru berikan kepada kita.

26. Percayalah segala usaha mengenepikan Tun sebagai Perdana Menteri akan ditolak oleh rakyat.

27. Begitu juga segala perancangan berkerjasama dengan  Ahli - Ahli Parlimen UMNO bagi tujuan yang sama juga akan mendapat tentangan  rakyat jelata.

28. JANGANLAH
BUNUH  ANGSA YANG BERTELURKAN  EMAS.

29. Sejarah telah membuktikan ‘Skimmer ' atau mereka yang tak sabar , gopoh dan gelojoh, biasanya akan kecundang jua akhirnya.

30. BERSATU  TEGUH , BERCERAI  ROBOH.

31. Selamat Berpuasa , Berbuka dan membaca tulisan saya ini.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment