Sunday, 14 October 2018

20180518 AHLI UMNO TAK UBAH SEPERTI HARIMAU SARKAS

AHLI  UMNO  TAK  UBAH  SEPERTI  HARIMAU  SARKAS

Tamrin Tun Ghafar
Jumaat  18/05/18
( 1 -  22 )

1.  Peribahasa  ada mengingatkan  'Sesal Dulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna’.

2.   Sehari dua sahaja  selepas UMNO /BN ditumbangkan rakyat iaitu pada hari Rabu 9hb. Mei 2018, suara - suara sumbang mula kedengaran di sana sini meminta Najib meletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

3.  Pendirian ini  turut di nyatakan dengan lantang oleh Pemuda UMNO  diperingkat bawahan sehingga hampir berlaku pergaduhan sesama sendiri  di PWTC baru-baru ini.

4.  Tak cukup dengan itu ada juga Ketua Bahagian yang dulu rakan golf Najib tidak mahu ketinggalan menyuarakan perkara yang sama.

5.  Selaku Presiden, Najib telah menghadiri Majlis Tahlil bagi memperingati umur UMNO yang sudah menjangkau usia 72 tahun  pada hari Jumaat 11hb Mei  di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn.

6.  Pada keesokan harinya pada jam 2.30 petang, satu sidang akhbar  sepatutnya diadakan oleh Pemuda , Wanita dan Puteri UMNO bagi menggesa Najib berundur.

7.  Dalam keadaan serba salah, Najib akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN melalui Sidang Akhbar Khas yang diadakan kira-kira 30 minit lebih awal pada hari yang sama iaitu Sabtu 12hb Mei 2018.

8.  Kini  Zahid Hamidi yang sebelum ini menjalankan tugas jawatan Timbalan Presiden diangkat  pula sebagai Pemangku Presiden dengan dibantu oleh Hishamuddin Hussein sebagai Pemangku Timbalan Presiden UMNO.

9.  UMNO sebenarnya ketandusan pemimpin yang bersih dan boleh dihormati serta dipercayai.

10.  Sebagai contoh,  umum mula mempersoal dari mana dan bagaimana Zahid tiba - tiba  memperolehi kekayaan luar biasanya?

11.  Adakah kekayaan itu dari penjualan saham beberapa syarikat seperti Kretam Holding Berhad dan Tekala Berhad yang katanya adalah hak   Pemuda UMNO yang secara senyap - senyap  telah berpindah tangan?

12.  Begitu juga satu kes jenayah di mana Zahid Hamidi dan beberapa orang konconya telah membelasah seorang yang bernama Ahmad Bazli sehingga pecah bahagian hadapan tempurong kepalanya.

13.  Kes ini katanya telah ditutup apabila Bazli diberi pampasan dan diugut.

14.  Begitu juga bagaimana Zahid sebagai seorang menteri sebelum ini boleh menghantar surat rasmi  terus kepada Federal Bureau of Investigation ( FBI )  meminta melepaskan seorang penjenayah rakyat Malaysia yang telah ditangkap di Amerika Syarikat.

15.  Episod bagaimana beliau selaku Menteri Dalam Negeri telah memberi sokongan kepada permohonan syarikat kepunyaan keluarganya  untuk membawa masuk 1.5 juta rakyat Bangladesh bekerja di negara kita sedangkan jumlah pekerja asing yang sedia ada sudah melebihi 5 juta ramainya.

16.  Pembohongan  beliau berhubung status asal usul Tun Dr. Mahathir sehingga kini masih gagal beliau menunjukkan bukti mengenainya.

17.  Begitu juga pembohongan beliau berkenaan 'tape recording‘ semasa datang bertemu Tun di rumah Tun di The Mines di mana perjumpaan itu berlaku atas usaha Zahid sendiri yang baru tak sampai sebulan selepas beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Najib.

18.  Ucapan  beliau dalam bahasa Inggeris  di Perhimpunan Agung  Bangsa - Bangsa  Bersatu atau United Nation di New York telah menjadi bahan lawak kanak - kanak sekolah.

19.  Budaya UMNO  tak ubah seperti harimau serkas,  apabila diberi makan, tangan kita dijilatnya tetapi jika makanan yang diberi itu tidak mencukupi, tengkok kita pula akan dibahamnya.

20.  Kenyataan Khairy Jamaluddin yang meluahkan kekesalannya kerana kegagalan beliau berbuat sesuatu termasuk menasihatkan Najib  menjelang pilihanraya umum lalu adalah bukti kelemahan beliau sendiri selaku Ketua Pemuda UMNO.

21.  Inilah UMNO, pahat akan mula berbunyi selepas rumah dah runtuh.

22.  YANG  IKHLAS  DICANTAS, YANG PANDAI  MENGAMPU DIPELIHARA.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment