Sunday, 11 August 2019

20180108 FELDA - TINDAKAN BETUL NAJIB

FELDA - TINDAKAN BETUL NAJIB
(TTG 8/1/18)

Isu pembangunan tanah milik Felda di Jalan Semarak , Kuala Lumpur telah menjadi perbualan hangat bukan sahaja oleh masyarakat / peneroka Felda malah ia turut juga menjadi tajuk perbincangan mereka yang jarang2 sekali menjejakan kaki dimana2 Rancangan Felda

Kesimpulan nya rata2 rakyat bukan sahaja tidak bersetuju malah marah dengan apa yang berlaku

Lembaga Pengarah Felda yang terdiri dari wakil2 Perbendaharan , Unit Perancang Ekonomi ( EPU ) , Unit Pemantau Felda diJabatan Perdana Menteri dan beberapa Ahli lain , telah memilih syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd untok memajukan tanah tersebut yang dikenali sebagai Kuala Lumpur Vertical City

Terlalu banyak pehak termasuk  NGO2 , media cetak dan elektronik telah mengeluarkan berbagai kenyataan dan pendirian berhubong perkara tersebut

Tan Sri Isa Samad berjaya digambarkan sebagai penggerak utama ( main culprit ) yang patut dipertanggong jawabkan

Batu sebesar gunung dihempapkan keatas kepala Isa  konon nya beliau lah yang bersalah didalam isu ini

Atas arahan PM   PDRM sudah pun menggambil keterangan Isa

Tidak cukup dengan itu PM juga telah juga mengarahkan sebuah Firma Audit luar membuat siasatan serapi2nya termasuk pengelibatan Pejabat Tanah dan Galian dan DBKL

Semoga lapuran Audit luar ( Independent Auditor ) yang diarah disiapkan dalam masa sebulan AKAN dibuat sebebas bebas nya TANPA ada gangguan atau campurtangan dari sesiapa pun

Selesai sahaja , lapuran itu haruslah diumumkan kepada awam

Cara PM menangani isu  'kehilangan' tanah milik Felda ini adalah cara yang betul , dan harus diberi kepujiaan

Bak kata Tun Mahathir ' SEMOGA  ISA  TIDAK  DIKAMBING  HITAMKAN'

Tamrin Tun Ghafar
Isnin 08/01/18

No comments:

Post a Comment