Sunday 11 August 2019

20180319 BUBAR PAS ATAU GANTI HADI

BUBAR  PAS  ATAU  GANTI  HADI

TTG 19/03/18
( 1 - 37 )

1. Sejarah kewujudan PAS terukir apabila Dato Onn Jaafar meletak jawatan sebagai Yang Di Pertua  dan sekaligus meninggalkan UMNO.

2. Haji Ahmad Fuad Hassan selaku Pengerusi Badan Agama UMNO Malaya ketika itu kalah ditangan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj bagi mengisi kekosongan tersebut.

3. Oleh kerana tidak boleh menerima kekalahan tersebut dan atas ALASAN  UMNO  tidak memperjuangkan Agama Islam, beliau dan penyokong - penyokongnya bertindak keluar dari UMNO.

4. Bagi mengelakkan perpecahan UMNO yang pasti melemahkan orang Melayu itu sendiri, Tunku dan pemimpin - pemimpin UMNO yang lain  memujuk Ahmad Fuad dan rakan - rakan agar mereka membatalkan sahaja rancangan tersebut.

5. Malangnya nafsu dan kepentingan diri mengatasi perkara - perkara yang lebih penting.

Betullah pesanan Rasullullah, peperangan umat Islam yang paling besar ialah peperangan melawan nafsu.

6. Maka pada 24hb November 1951 , lahirlah satu lagi Parti Melayu , Parti Islam SeMalaya atau ringkasnya PIS, yang kemudian nya dikenali sebagai PAS.

7. UMNO yang ditubuhkan lima tahun lebih awal iaitu  pada 11hb Mei 1946 terpaksa berhadapan dengan pesaing  baru, PAS yang sebelum ini merupakan ahli keluarga atau lebih tepat lagi ,  sebahagian  darah dagingnya sendiri.

8. Bayangkan jika sekiranya Ahmad Fuad berjaya dinobatkan sebagai Yang Di Pertua UMNO dengan mengalahkan Tunku ketika itu , maka sudah pasti hari ini kita tidak akan melihat bendera - bendera  PAS berkibaran di sana sini.

9. Bermula dari kelahiran  PAS itulah , orang - orang Melayu sebenarnya mula berpecah.

10. Bencinya PAS terhadap UMNO  tak kurang seperti kaum Yahudi membenci umat Islam.

11. Berbagai fitnah dan tuduhan dilemparkan terhadap UMNO.

12. Kemuncak kebencian  PAS  terhadap musuh utamanya , UMNO dilafazkan oleh Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong , Kuala Terengganu pada 7hb April 1981.

13. Menurut Hadi sebab utama mereka terpaksa menentang UMNO /BN kerana mereka mengamalkan Perlembagaan Penjajah ( Kafir ), bukan Perlembagaan Islam.

14. AMANAT HADI itu berjaya membakar lagi kebencian orang - orang PAS  terhadap UMNO.

15.  AMANAT HADI dijadikan pegangan perjuangan mereka.

16.  Bertolak dari AMANAT HADI itulah perjuangan menentang kafir ( UMNO ) adalah jihad dan mati menentang puak tersebut pula dianggap mati Syahid.

17.  Peristiwa berdarah Memali yang berlaku pada 19hb November 1985 adalah hasil provokasi Hadi melalui AMANATnya
( sila lihat AMANAT berserta ucapan nya ).

18. Empat anggota polis dan empat belas nyawa orang kampung yang diketuai Ibrahim Libya sia - sia terkorban dalam peristiwa tersebut.

19. Kini, bagi menghalalkan persahabatan PAS dengan  Parti yang pernah dikafirkan dulu , Hadi menyerang Pakatan Harapan (PH ) dengan dua hujah:

1)  DAP ialah  sebahagian PH sedangkan  kononya DAP ialah anti Melayu dan anti Islam.

2.  Gabungan PH pula diketuai oleh seoarang 'penyangak'.

20. Selepas diserang  angin ahmar kecil atau minor stroke di Turki tidak lama dulu, Hadi mungkin mula lupa ucapan dan tindakan beliau ketika bersama dan berdakap mesra dengan DAP dahulu (disertakan video berkaitan bagi mengingatkan Hadi mengenainya).

21.Berkemungkinan  juga Hadi sedang mengelami sejenis penyakit yang mengganggu ingatannya ( amnesia ).

22. Atas sebab - sebab tersebut adalah diharapkan 'penyangak' yang pernah menyelamatkan  beliau dari disumbat ke dalam penjara ekoran AMANATnya yang menyebabkan Peristiwa Memali dulu, memaafkan saja  beliau.

23. Parti mana dan siapa yang mereka sokong,  itu adalah hak individu.

24.  Satu persoalan yang perlu Hadi jelaskan  kepada umum khasnya kepada Ahli Ahli PAS ialah apakah Perlembagaan Negara  yang kita amalkan selama ini, sehingga menghalalkan mereka memaki hamun dan seterusnya mengkafirkan UMNO sudah pun dipinda menjadi Perlembagaan berasaskan Islam sehingga  beliau sanggup membuat  U - Turn.

25.  Sebenarnya umum sedang menyaksikan lakunan Hadi dan konco-konconya  beraksi menjilat ludah mereka sendiri.

26. Jika Hadi dan konco-konconya benar- benar serius  ingin menentukan Melayu terus berkuasa dan kuat dan Perlembagaan Negara ditukar  menjadi Perlembagaan berasaskan Islam, maka dua perkara WAJIB dilakukannya:

1)  PAS dibubarkan dan ahli-ahlinya  termasuk Hadi hendaklah diserapkan ke dalam UMNO.

1 ( a )  Lagi pun PAS lahir dari sosok UMNO.

1 ( b )  Dengan tindakan membubarkan PAS , maka perpecahan Melayu akan berkurangan.

1 ( c )  Mungkin juga Parti Parti Melayu lain akan mengikut jejak langkah PAS itu.

1 ( d )  Dengan cara itu orang Melayu melalui UMNO akan lebih kuat dan dihormati.

2)  Oleh kerana UMNO  hari ini amat sangat memerlukan sokongan PAS untuk terus berkuasa, maka PAS  patut menuntut,  bukan sahaja secara bertulis tetapi  yang lebih afdal satu pengumuman terbuka oleh UMNO tentang persetujuan mereka melaksanakan Perlembagaan dan Undang Undang Islam dalam tempoh satu tahun selepas PRU ini akan datang.

27.  Bagi melaksanakan  cadangan diatas , Mesyuarat Agung Khas  atau satu Pungutan Suara ( referendum) dikalangan ahli-ahli PAS perlu diadakan.

28.  Hadi tidak perlu bimbang kerana masih terdapat ahli-ahli PAS yang wala' yang sedia melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh beliau.

29. Jika Hadi gagal berbuat demikian, maka sebaik-baik langkah, jika bermaruah dan tidak pentingkan diri dan keluarga, beliau hendaklah berundur secara terhormat dari terus memimpin PAS atau ahli-ahli parti itu boleh menggantikan beliau melalui undi tidak percaya dalam Mesyuarat Khas atau Mesyuarat Luar Biasa.

30.   Tidak ada siapa pun berhak  menentukan pahala dan dosa, syurga dan neraka. Itu adalah Hak ALLAH SWT sepenuhnya.

31.   Hadi hanya manusia biasa seperti kita semua -  tidak maksum.

32 . Maki hamun menggunakan perkataan kesat seperti barua, anjing dan lain lain lagi terhadap mereka yang tak sehaluan dengan beliau, langsung tidak mencerminkan nilai-nilai pemimpin Islam sepertimana yang dituntut oleh agama.

33. Rujuklah sekali lagi Ayat-Ayat  Al-Quran dan Hadith bagi menentukan apa yang dilakukan Hadi  sekarang  tidak bertentangan
dengan KehendakNya.

34. Diharap  mereka yang membaca  nukilan saya ini, khususnya ahli-ahli PAS yang masih wala' kepada Hadi , dapat menerimanya dengan minda terbuka dan tidak beremosi.

35. Hanya mereka yang berkepentingan seperti mengharapkan dipilih semula sebagai calon atau diberi peluang bertanding dalam PRU ini akan melenting tak ubah seperti kicauan burung yang sedang mencari makan.

36. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat beberapa watak jenaka  yang boleh mengingatkan kita, antaranya:

Musang berjanggut
Pak kadok
Pak belalang
Si luncai
Pak pandir
Mat jenin dan
Lebai malang.

37.  SEMOGA  AYAT AYAT  SUCI  ALQURAN  DAN  HADITH  TIDAK  DINIAGA ATAU DIPUTAR BELITKAN   DEMI  KEPENTINGAN  DIRI  DAN  KELOMPOK.

BERKATALAH YANG BENAR, BUKAN MEMUTAR-BELIT YANG BENAR.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...