'TALAM DUA MUKA'
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat - 09/08/19
( 1 - 34 )
1. Kebelakangan ini isu penyerahan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya menjadi tajuk perbincangan yang begitu hangat dibincangkan terutama dikalangan mereka yang telah diberi kepercayaan oleh rakyat dan ahli parti
2. Sememang nya rakyat sudah mula merasa bosan dan muak dengan isu tersebut
3. Kemana dan dimana Tun berada samada didalam atau di luar negara isu ini sengaja diutarakan oleh pemberita – pemberita dan individu tertentu seolah - olah ada Tok Dalang yang tidak akan berhenti merancang disebalik tabir
4. Selagi Tun tidak diganti sebagai Perdana Menteri segera selagi itu lah mereka tidak akan berpuas hati
5. Penjelasan terbuka oleh Setiausaha Agong Pakatan Harapan atau PH disatu ketika dahulu bahawa TIDAK ada ' time frame ' atau ' tempoh masa tertentu ' penyerahan kuasa seperti yang termaktub didalam Perjanjian yang telah dipersetujui oleh parti - parti komponan PH sepatutnya boleh meredakan keadaan ; namum ia tetap diteruskan
6. Ada pula ugutan dan suara sumbang oleh beberapa pehak atau kumpulan pendesak yang mahu menentukan tarikh pemindahan kuasa ; mereka berlagak seolah - olah mereka lah pencorak politik negara ini
7. Baru setahun jagong diberi mandat mereka TIDAK sabar - sabar mahu merampas tahta dan akhirnya merampas harta - mereka ini lebih mementingkan nafsu diri dari memberi tumpuan kepada kesempurnaan hidup rakyat
8. Bak kata orang - orang tua ' Apa Yang Di Harap Tak Pernah Dapat, Apa Yang Dapat Tak Pernah Ku Harap'
9. ' Kita boleh merancang tetapi ALLAH SWT adalah sebaik - baik perancang '
10. Walaupun tidak lagi mengangotai mana - mana parti namum saya tetap mengikuti perkembangan semasa , bermula dari Deklarasi Rakyat cetusan pemikiran Tun Dr. Mahathir sendiri ; malah saya merupakan orang yang ke 10 menanda tangan Deklarasi tersebut
11. Pada usia 93 tahun , Tun sepatutnya menghabiskan sisa - sisa hidup beliau bersama isteri dan anak cucu , namun beliau akhirnya bersetuju dengan pujokan ramai bagi menentang UMNO / Barisan Nasional atau BN
12. Segala usaha bagi menggantikan UMNO / BN sebelum Pilihanraya Umum yang baru lepas iaitu pada hari Rabu 9hb Mei 2018 telah TIDAK BERHASIL atau hanya menemui kegagalan sahaja
13. Sebab utama kegagalan ialah ketika itu pengundi - pengundi Melayu terutama diluar bandar TIDAK YAKIN dengan parti - parti pembangkang semada yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah ( Semangat 46 ) mahupun Anwar Ibrahim ( PKR )
14. Walaupun UMNO /BN telah menggunakan wang yang begitu banyak ( Cash Is King ) , dan dibantu pula oleh seluruh Jentera Kerajaan dan media namun dengan pengelibatan Tun sebagai tunggak, keyakinan rakyat terutama pengundi - pengundi Melayu terhadap pembangkang berubah sehingga buat pertama kali selepas memerintah selama 61 tahun UMNO / BN ditumbangkan
15. Atas persetujuan bersama, maka simbol PKR digunakan selepas pendaftaran parti BERSATU dan PAKATAN HARAPAN tidak dibenar digunapakai
16. Atas sebab - sebab tertentu , Yang Di Pertuan Agong ketika itu , Sultan Mohammad V , melengah - lengahkan perlantikan kerana ingin melantik Dr.Wan Azizah Ismail dari PKR , iaitu isteri Anwar Ibrahim yang ketika itu maseh berada di dalam penjara Sungai Buluh sebagai Perdana Menteri namun atas ketegasan Mat Sabu , Presiden AMANAH dan Lim Guan Eng , Setiausaha Agong DAP , Agong akhirnya TERPAKSA akur dengan keputusan parti yang mendapat mandat rakyat
17. Reformasi atau tugas pertama yang dilaksanakan oleh Tun selaku Perdana Menteri ke 7 ialah mendapatkan Pengampunan Di Raja atau Royal Pardon dari Agong yang MEMBOLEHKAN Anwar Ibrahim bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Port Dickson
18. Kini pada usia 94 tahun dan merupakan pemimpin dunia yang paling tua , hasrat Tun hanya satu iaitu mahu membina semula mahligai yang telah diruntuhkan oleh lanun Bugis dan pemakan - pemakan dedak nya
19. Di negara mana sahaja Tun lawati beliau di beri sambutan luar biasa
20. Bak kata Recep Tayyip Erdogan , Presiden Turki baru - baru ini seluruh masyarakat dunia mahukan Tun sebagai pemimpinnya namun ALLAH SWT telah memilih Malaysia memilikinya
21. Sepatut nya kita rakyat Malaysia harus berbangga mempunyai seorang pemimpin yang dihormati dunia, BUKAN cuba ' Membunuh Angsa Yang Mengeluarkan Telur Emas ' atau dalam bahasa Inggeris 'Don't Kill The Goose That Lay The Golden Egg'
22. Takkan kita nak mencurah air didalam simpanan apabila mendengar guruh di langit , yang belum lagi tentu menurukan hujan
23. Memang benar banyak lagi janji Pilihanraya yang perlu dilaksanakan namun Tun TELAH BERIKRAR AKAN PASTI melaksanakan janji - janji tersebut sebaik sahaja ekonomi negara pulih
24. 'Harimau Mati Meninggalkan Belang , Manusia Mati Meninggalkan Nama'
25. Rakyat kini sedang meneropong segala langkah pemimpin terutama mereka yang diberi peluang mengetuai sesuatu Kementerian
26. Sepatutnya mereka yang berkedudukan dalam Kerajaan mahu pun parti , dan lebih muda dan bertenaga dari Tun bekerja sebagai satu pasukan membantu usaha murni Tun
27. Sebagai contoh Kementerian Kewangan yang diterajui oleh Lim Guan Eng dari DAP dan di bantu oleh Setiausaha Politik nya Tony Pua , jangan cuba menggambil sebarang tindakan yang bukan sahaja membantut tapi yang boleh menggagalkan segala usaha membantu usahawan Melayu/ Bumiputra seperti yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan
28. Menteri - Menteri , Menteri Besar dan Ketua Menteri harus tahu kedudukan dan kuasa yang diberikan mengikut Perlembagaan BUKAN ikut sahaja kehendak , atau di permainkan oleh pegawai - jestru rakyat TIDAK TERPAKSA menunggu sekian lama seperti 'Punggok Merindukan Bulan' bagi mendapatkan apa - apa keputusan atau sokongan
29. DAP pula harus bekerja lebih keras bagi menangkis tuduhan yang parti ini adalah chauvinis - anti Melayu dan Islam ; JANGAN SEKALI – KALI CUBA MENANGGOK DI AIR YANG KEROH
30. ALLAH YANG MAHA ESA yang memberi kekuatan mental dan physical kepada Tun selaku Perdana Menteri pasti mahu melihat sejauh mana amanah yang diberi dilaksanakan
31. Mana - mana Menteri , Timbalan dan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lemah dan tidak berminat berkerja dan yang boleh merosakan PH elok lah di gantikan kerana waktu berbulan madu sudah lama berakhir
32. HENTI KAN KEPURA - PURAAN SEBELUM RAKYAT BERTINDAK
33. Bak kata pepatah ' Di Luar Bagai Madu , Di Dalam Bagai Hempedu '
34. Kepada kaum Islam ‘Selamat Menyambut Aidil Adha’
Wasallam
Terima Kasih
Pembaca boleh juga melayari melalui Blog saya di https://tamrintunghafar.blogspot.com/
Saturday, 10 August 2019
20190809 TALAM DUA MUKA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN Tamrin Tun Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1. Ketika sebok hendak menyambut Hari Raya y...
-
SULTAN JOHOR - SEJARAH DAN FAKTA Tamrin Tun Ghafar Isnin.- 25/10/2021 ( 1 - 17 ) 1. Sejarah , samada baik atau sebaliknya adalah fakta ...
http://chng.it/cgSKnLwY
ReplyDeleteOrang Ramai Sila sign Petition Pecat IGP Hamid Bador kerana Melanggar Arahan Mahkamah Pasal anak Mrs Gandhi - Diksa Prasana....Kerana tahu mana bekas suami Mrs Gandhi dan tak serahkan Kembali Diksa Prasana sebagai Hindu kepada emaknya....12 Tahun menunggu....Jangan biarkan Kejadian Zalim ini beterusan tanpa batasan lagi kat Malaysia!!