Sunday 25 February 2018

20180208 SKANDAL KP SPRM - MENGAPA IGP LARI


SKANDAL KP SPRM - MENGAPA IGP LARI
TTG 08/02/18

Sehari selepas saya meminta bersemuka dengan Tan Sri Fuzi  Harun, IGP saya terima panggilan dari Pengarah CID PDRM memaklumkan IGP bersetuju jumpa saya hari ini Khamis 08/02/18 jam 5 petang.

Masa dan tarikh perjumpaan ditetapkan sendiri oleh IGP selepas saya sendiri menghantar surat  tersebut melalui Pos Laju dan Dengan Tangan.

Saya dan dua rakan yang turut hadir, Zaid Md. Arip dan blogger Shabuddin Husin amat terkilan dan kecewa apabila dimaklumkan IGP menghadiri Perjumpaan WORLD URBAN FORUM diKL.

Persedian Forum tersebut yang disertai kira 25,000 peserta  telah diatur kira2 3 bulan lepas
Tak masuk akal jemputan kepada IGP dibuat hanya pagi tadi sahaja.

Perjumpaan hari ini dipengurusikan oleh Datuk Sri Wan Najmuddin Ahmad , Pengarah CID . Turut hadir tiga Pegawai Tinggi PDRM.

Yang jelas kami telah diberitahu PDRM  TIDAK pernah mengambil keterangan  KP SPRM  walaupun IGP sendiri telah mengesahkan  beberapa bulan lepas Polis akan menggambil keterangan dari beliau.

Pengakuan Polis kepada kami  hari ini  AMAT MEMERANJATKAN SEKALI.

Saya akan tulis sekali lagi meminta perjumpaan diantara saya dan IGP diadakan dalam masa terdekat.

SEMOGA  KALI  INI
TAN  SRI MUHAMMAD  FUZI
HARUN   BOLEH BERSIKAP
LEBIH  GENTLEMAN  BAGI  KAMI   MENDAPAT  PENJELASAN  YANG  LEBIH  JELAS

No comments:

Post a Comment

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...