Sunday 25 February 2018

20180212 JANGAN PENTINGKAN DIRI


Tamrin Tun Ghafar
Isnin 12/02/18

Sejak kes skandal sumbang haram dengan Shazreen, isteri orang ketika itu , dan melanggar Aturan dan Peraturan Pentadbiran ,  berbagai kritikan telah diutarakan terhadap Dzulkifli.

Bukan sahaja TIDAK ADA sebarang penafian ,  malah beliau terus berlagak seolah olah beliau ini bersih dari sebaran kekotoran yang telah diciptanya sendiri.

Semasa saya menyerahkan surat aduan resmi yang ditujukan  kepada Tan Sri Datuk Amar Wilson Baya Dandot , Pengurusi Aduan SPRM  pada 08/02/18  saya telah melemparkan pujian kepada kira2  lapan pegawai SPRM yang hadir ,  bagaimana tersergam idahnya Ibu Pejabat SPRM yang baru tetapi malangnya ia diketuai oleh seekor kerbau yang sudah terpalit dengan lumpur.

Walaupun Dzulkifli telah bernikah dengan perempuan tersebut baru2 ini , ini TIDAK bermakna beliau TERLEPAS dari segala kesalahan yang telah dilakukan.

Seorang pencuri tetap dihukum walaupun telah memulangkan barang yang telah dicurinya
Dzulkifli  MISTI  INGAT  SPRM bukan lah hak persendirian nya ; ia adalah organasi yang diamanahkan bagi membersihkan Negara dari segala rasuah dan penyelewangan kuasa.

Setiap Pegawainya MISTI lah  punyai INTEGRITI  yang tinggi , apatah lagi sifat  dan kelakuan bersih Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sendiri.

Pepatah Tionghua ada menyebut setiap ekor ikan yang rosak , biasanya ia bermula dari kepala
Apa pun tindakan2 diambil namun kepercayaan dan penghormatan umum terhadap KP SPRM ini sendiri sudah mula terhakis.

Dzulkifli TIDAK BOLEH  mementingkan diri sendiri.

Bagi tidak membebankan Kerajaan dan Agensi2 seperti PDRM dan Peguam Negara , jalan yang paling mudah dan terhormat ialah beliau meletakan jawatan  serta merta.

Adalah silap jika beliau beranggapan , tanpa beliau SPRM  tidak boleh berfungsi atau Agensi itu akan lemah.

SPRM  AKAN  PASTI LEBIH   KUAT  DAN DISANJUNG  UMUM DENGAN  ADANYA 
PEGAWAI2  YANG JUJUR IKHLAS  LAGI BERSIH bukan seperti KP yang ada sekarang seperti ayam yang busuk berlumuran najis diekornya.

No comments:

Post a Comment

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...