Sunday 25 February 2018

20171217 SAH KES SKANDAL SEX INI PASTI DITUTUP


SAH  KES SKANDAL  SEX INI PASTI  DITUTUP 
(TTG 17/12/17)

Belum lagi selesai kes skandal sex Tan Sri Dzulkifli Ahmad Ketua Pengarah SPRM dengan seorang suri yang maseh bersuami ketika itu , tiba2 kita dikejutkan pula dengan penangkapan khalwat dua orang Pegawai Tinggi SPRM oleh Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS.

Mengikut lapuran salah seorang yang ditangkap pada jam 3 pagi kelmarin ialah Pengarah disalah satu Bahagian SPRM .  Beliau ditangkap bersama seorang janda.

Ketua Pengarah SPRM terlibat dengan suri  rumah yang MASEH lagi bersuami ketika itu ( akhirnya bercerai pada bulan September 2017 ) dan Pengarah Jabatan  SPRM  pula terlibat dengan BEKAS  isteri orang. Yang seorang lagi tidak dinyatakan pasangannya.

Hebat sunggoh Pemegang2 Jawatan  Agensi terpenting Kerajaan ini ( SPRM ).

Apa tidaknya , dari Ketua Pengarah sampailah keanak buah , masing2 terlibat dengan skandal demi skandal.

SEEKOR  IKAN   ITU  BIASANYA   BUSUK  DARI  KEPALA .  Apabila kepala itu busuk maka seluroh badan hingga keekor pun akan busok juga akhirnya.

Komen2 rakyat yang saya sendiri dengar ialah takkan Peguam Negara dan IGP nak ambil tindakan terhadap  sahabat baik mereka Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Lagi pun kata mereka skandal2 sex  dikalangan sebahagian Pegawai2 Kerajaan  dan sebahagian  Ahli2 Politik  sudah  menjadi lumrah  cara  hidup mereka , dan masyarakat pula  boleh  terima perbuatan keji tersebut ;  jika tidak kata mereka takkan lah TPM Zahid Hamidi, Menteri Penerangan Salleh Said Keruak dan Pengarah Jasa berunggoh2 mempertahankan Tan Sri Dzulkifli sedangkan tuan punya badan TIDAK PERNAH PUN membuat sebarang penafian umum.

Mereka yakin  kes ini akan senyap begitu sahaja dan akhirnya  akan ditutop  ( NFA) begitu sahaja  seperti pembersihan SPRM  terhadap   Anuar Musa  walaupun pada awalnya Menteri  Ismail Sabrilah yang mengarahkan tindakan diambil terhadap beliau selaku  Pengurusi MARA ketika itu.

Oleh kerana terlalu terhutang budi maka KP  SPRM ini akan buat apa sahaja mengikut arahan dan citarasa orang yang menabur budi kepadanya seperti kerbau dicucuk hidung.


Semoga ALLAH SWT beri  kesabaran  dan kekuatan  kepada kita semua khasnya kepada Pegawai2 SPRM yang maseh bersih dan yang maseh cintakan Negara Malaysia ini.

Biarlah  mereka berseronok seolah2 ALLAH SWT tidak nampak apa yang mereka lakukan 
Semoga tulisan ini dapat dikongsi bersama.

Tamrin Tun Ghafar
Ahad  17/12

No comments:

Post a Comment

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...