Sunday 25 February 2018

20171222 RAKYAT BUKAN LEMBU


RAKYAT  BUKAN  LEMBU
 (TTG 22/12/17)

Sebenarnya rakyat sudah bosan dengan sikap berdolak dalik PDRM , Peguam Negara  dan  Zahid Hamidi berhubung kedudukan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Yang terbahru katanya KSN pula  dilaporkan mempertahankan  KP SPRM ini.

Bagaimana rakyat boleh terus menyokong Kerajaan yang melindungi “Hantu Raya”  yang  "dah terang lagi bersuloh”  dalam dua  kes kesalahan besar ini?

Ada yang mengatakan Kerajaan takut memecat apatah lagi  mengheret “Hantu  Raya” ini ke mahkamah kerana besar kemungkinan “Hantu Raya”  ini akan melondehkan segala rahsia berhubung salahlaku pemimpin2 Kerajaan nanti.

Juga amat pelik bagaimana kakitangan  dan pegawai2  SPRM boleh terus bertugas  dibawah seorang KP yang bergelumang dengan najis salahlaku?

Tindak-tanduk beliau ibarat kerbau membawa lumpur lalu habis semuanya terpalit atau dek kerana  nila setitik rosak susu sebelanga.

Saya juga hairan dlm kesibukan SPRM  membuat serbuan dengan menangkap mereka yang   disyaki bersalah tetapi dlm masa yang sama mereka terus melindugi “penjenayah”  yang sedang mengepalai Agensi mereka sendiri.

Nyamuk di seberang lautan mereka boleh cari  tapi bangkai gajah di depan mata sendiri mereka tidak kisah.

Apakah Persatuan Pegawai dan  kakitangan SPRM  atau badan2 tertentu dlm Agensi terpenting ini, jika mereka takut membuat bantahan  secara terbuka, tidakkah boleh mereka menghantar memorandum kepada Kerajaan mencadangkan KP ini diberhentikan serta merta demi memelihara nama baik  Agensi tersebut atau Pegawai2 SPRM yang lain pun punyai perangai yang sama sepertimana tertangkapnya dua orang Pegawai Tinggi mereka oleh JAIS baru2 ini?

Pilihanraya Umum akan berlangsung bila2 masa sahaja dan rakyat  mula berpendapat jika isu seperti  ini pun Kerajaan tidak tulus dan ikhlas menanganinya, maka bagaimana rakyat nak terus menyokongnya?

INGATLAH RAKYAT BUKANLAH LEMBU YANG BOLEH DICUCUK HIDUNGNYA.
SEMOGA  PEMIMPIN2  KITA BERTINDAK  SEGERA   SEBELUM   NASI MENJADI   BUBUR.

Tamrin Tun Ghafar
Jumaat  22/12.

No comments:

Post a Comment

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...