Sunday 25 February 2018

20180223 SURAT TERBUKA KEPADA JKA


SURAT  TERBUKA  KEPADA  JKA
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat  23/02/18

Pada  pagi Khamis 08/02/18  yang baru lepas  saya telah ke Ibu Pejabat SPRM diPutrajaya
Tujuan saya kesana bagi menyerahkan Surat Aduan Resmi saya yang di tujukan kepada Pengurusi Jawatankuasa Aduan ( JKA ) SPRM , Tan Sri Datuk Amar  Wilson Baya Dandot.

Tidak dijangka saya dan Sdr Zahid Md Arip telah disambut begitu mesra oleh Pegawai2 SPRM yang diketuai oleh Sdr Zakkuan selaku Pengarah Komunakasi dan Stratigi SPRM.

Atas permintaan ramai kenalan , maka saya dengan ini menulis semula Aduan saya itu :-
Per :  Mohon Tindakan Terhadap Tan Sri Dzulkifli Ahmad , Ketua Pesuruhjaya SPRM
Kes salahlaku TS Dzulkifli Ahmad , KP SPRM sudah berlarutan sekian lama.

Selaku Pengurusi yang telah diberi kepercayaan dan mandat mengepali JKA SPRM ini Tan Sri TIDAK lagi boleh berdiam diri.

Terdapat tiga kesalahan serius yang telah dilakukan oleh KP SPRM ini :

1. Melanggar Peraturan - Peraturan Pegawai Awam  Kelakuan dan Tatatertib ( 1993 )
Dalam Sidang Akhbar pada 20/09/17 , beliau dengan sombong , biadab dan tanpa rasa bersalah mempertikai keputusan Kabinet berhubung penubuhan Jabatan Integriti Urus Tadbir Negara ( JITN )

Ini terang2 melanggar Peraturan 19  Peraturan2  Pegawai Awam , dan ia juga merupakan kesalahan dibawah Peraturan 4 , kerana menjatuhkan imej SPRM itu sendiri.

2. Melantik empat orang tokoh sebagai Ahli Panel Penasihat Khas kepada KP SPRM
Perlukah Panel Penasihat ini diujudkan sedangkan sudah ada beberapa Jawatankuasa yang membantu perjalanan SPRM itu sendiri,

Apakah beliau perlu mendapat persetujuan Agong terlebih dahulu sebelum perlantikan dibuat.
Perlu diingat SPRM telah mempunyai 5 Panel yang memantau SPRM terutama Panel Penasihat yang ditubuhkan dibawah seksyen 13 Akta SPRM  2009
Bukankah perbuatan ini merupakan salahlaku kerana beliau sudah tidak menghormati Agong dan Perdana Menteri?

3. Terlibat dengan skandal sumbang haram dengan wanita yang ketika itu MASIH mempunyai suami
Soal wanita tersebut sudah bercerai , dan akhirnya bernikah dengan beliau itu tidak timbul kerana
Perhubungan mereka berdua telah berputik semasa wanita tersebut bersuami lagi
Mereka yang bersalah boleh dijatuhkan hukum penjara 2 tahun atau denda atau kedua duanya sekali.

Siasatan juga perlu tahu siapakah yang membayai kos penerbangan dan Resirt Mewah di Bali , Hong King dan ditempat tempat lain jika ada ; duit kerajaan atau ada orang lain yang membayai segala gala nya.

Mustahil gaji bulanan beliau boleh mampu menampung sara hidup mewah sedimikian
Siapakah dua orang Pegawai SPRM yang sanggup digunakan sebagai kuda tunggangan atau bahasa kesatnya menjadi  barua yang sanggup menemani KP SPRN ini berfoya foya bersama wanita tersebut diBali.

Audit perlu dibuat terhadap petbelanjaan itu sekiranya beliau menggunakan wang Kerajaan
Jika wang Kerajaan ia adalah CBT dan jika dibayai oleh orang luar ia adalah rasuah.

Akhir sekali JKA SPRM ini juga PERLU  siasat samada benar atau tidak satu kes dimana Fikri bin Rahman , Pengarah Bahagian AMLAFOB  SPRM ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS) dengan Nur Lisa binti Musa , seorang Pegawai yang bertugas diPejabat KP SPRM
Kes khalwat ini berlaku pada 16/12/17 pada jam 2.40 pagi di Zeva Residence , Sri Kembangan , Selangor.

Apakah benar kad pengenalan ( ic ) orang lain bernama Dann Idris bin Abdullah ( 850508 - 10 - 6203 ) telah digunakan bagi menutup identiti sebenar Fikri ketika mereka berdua ditangkap.

Berkhalwat , dan pada masa yang sama menipu kad pengenalan adalah satu kesalahan serius yang boleh dipenjarakan seperti kes sumbang haram KP SPRM.

Tan Sri dan Ahli2 JKA  SPRM tidak boleh lagi berdiam diri , dan tidak boleh berpura seolah olah tidak tahu kes2 yang telah disebutkan diatas.

Sekiranya Tan Sri dan Ahli2  JKA tidak mahu atau tidak mahu bertindak maka jalan sebaik2 nya ialah bubarkan sahaja JKA ini atau Tan Sri dan Ahli2 JKA melepaskan sahaja jawatan tersebut serta merta.

JIKA  SEKIRANYA   TAN SRI  DAN   AHLI  JAWATAKUASA  ADUAN ( JKA ) MASIH  SAYANGKAN  SPRM  MAKA  BERSIHKAN  LAH  IA  DARIPADA  SEEKOR  KERBAU  YANG  SUDAH  TERPALIT  LUMPUR.

Jangan biarkan rakyat memandang kita seperti kerbau yang boleh dicucuk hidung ; hanya bertidak mengikut arahan.

Semoga nila setitik tidak merosakan susu sebelanga.

JANGAN  SEKSLI  KALI  BENARKAN  KP SPRM  INI MEROSAK  DAN  MENCEMARKAN  NAMA  BAIK  SPRM.

Sekian
Tamrin Tun Ghafar
Mantan Ahli Parlimen
Khamis 08/02/2018

No comments:

Post a Comment

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...