Sunday 25 February 2018

20171202 SEJAMBAK BUNGA KEPADA PDRM


SEJAMBAK BUNGA  KEPADA  PDRM 💐
(TTG 2/12/17)

Terbukti betapa cekapnya Polis Di Raja Malaysia  hari ini  dibawah pimpinan Tan Sri Muhammad  Fuzi Harun kerana tak sampai pun 24 jam satelah menerima Lapuran  RCI , mereka terus menubohkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat  Lapuran tersrbut.

Rata2 rakyat penoh yakin PDRM akan menyiapkan lapuran mereka ( jika belum disiapkan lagi sebelum Lapuran RCI diberi secara resmi kepada mereka ) dalam masa yang begitu pendek
Alangkah baiknya jika semua Jabatan  dan Agensi2 Kerajaan  mengikut langkah cekap  yang dilaksanakan  oleh PDRM itu.

Persoalan nya MENGAPA  polis begitu cepat bertindak dalam perkara ini tetapi AMAT LEMBAB membuat keputusan  kes salahlaku  KP SPRM ?

Yang rakyat lihat ialah permainan bola diantara dua pemain handalan iaitu Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Rakyat sebagai penonton sedang menunggu2 apakah  bola  akan disepak kedalam gol.

Rakyat juga  mula membuat andaian  mungkin atas sebab persahabatan rapat diantara mereka ( Ketua Polis Negara , Peguam Negara dan KP SPRM ) atau  atas konsep 'awak tolong saya, dan saya tolong awak' maka lapuran  jenayah  KP SPRM itu sengaja dilambat2kan sehingga selepas selesai  PRU akan datang dan diakhiri dengan keputusan Peguam Negara bahawa TIDAK ADA KES ( NFA) dan TIDAK PERLU lagi kes ini disiasat - kes tutop !

Jika HANYA SATU  kes jenayah Hantu Raya ini tidak mampu ditangani oleh Kerajaan maka bagaimana rakyat boleh beri lagi sokongan  kepadanya nanti.

Kerajaan ada kuasa dan ada pilihan ; bertindak tegas terhadap KP SPRM ini atau
sanggup menerima hukuman rakyat kelak.

TAK  GUNA MENANGIS  APABILA  NASI SUDAH  MENJADI  BUBOR

Tamrin Tun Ghafar
Sabtu 02/12

No comments:

Post a Comment

10 TAHUN LAGI DAP AKAN JADI TUAN

10  TAHUN  LAGI  DAP  AKAN  JADI  TUAN Tamrin  Tun  Ghafar Khamis - 04/04/24 ( 1 - 19 ) 1.   Ketika  sebok  hendak  menyambut  Hari  Raya  y...