Sunday 25 February 2018

20180216 GONG XI FA CAI


GONG XI FA CAI
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat  16/02/18

Hari ini rakyat  Malaysia keturunan Tionghua  menyambut Tahun Baru Cina mereka. Ia tidak saja disambut di negara kita, tetapi juga di seluruh dunia.

Di merata simpang ,  kain rentang dan papan tanda berserta wajah  pemimpin penuh dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina . Ada yang ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Mandarin walaupun mereka tidak memahami  apa yang ditulis, namun ada juga ditulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Ini semua dilakukan bagi  tujuan memujuk masyarakat tersebut mengundi mereka dalam pilihanraya yang akan diadakan tidak lama lagi.

PAS juga tidak mahu ketinggalan berbuat perkara yang sama.

Selain dari ucapan biasa, mereka turut menambah ayat " PAS  UNTUK  SEMUA  atau " PAS  IS  FOR  ALL ". Ini bagi menggambarkan PAS berjuang untuk semua kaum yang ada di Malaysia ini.
Seorang sahabat Tionghua mengingatkan saya, mengundi PAS kali ini umpama  mempercayai perogol bersiri menjaga anak perempuan kita.

Sambil mengesat air mata , katanya lagi, dulu Tok Guru Nik Aziz walaupun seorang Islam dan berlainan agama dengannya,  tapi beliau menggangap arwah seperti bapa dia sendiri.

Itulah tanggapan Masyarakat Tionghua terhadap PAS sejak mempunyai pemimpin baru sekarang ini.
Semasa saya  tercari cari parti mana yang sesuai suatu ketika dahulu, tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu lontaran oleh seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi PAS yang berjaya memujuk saya menyertai parti itu.

Saya masih ingat kata-katanya ketika itu - jika nak masuk syurga saya tidak ada pilihan lain melainkan menyertai PAS.

Mungkin inilah faktor  ‘wala’ yang tertanam dalam pemikiran mereka yang setia kepada parti tersebut.

PAS dan Hadi  sebenarnya tidak berhak menentukan  Syurga dan Neraka bagi seseorang itu.
DI ZAMAN  NABI MUHAMMAD  SAW DAN DI BANYAK NEGARA LAIN TIDAK  ADA  PAS
PUN, ADAKAH MEREKA ITU TIDAK AKAN MASUK SYURGA?

Hakikatnya, tidak berdosa meninggalkan parti yang dipimpin oleh seorang yang punyai  lidah biawak, malah sering berkelakuan seperti sesumpah yang menukar warna kulit mengikut keadaan.
Cadangan Hadi untuk mewujudkan Kabinet Melayu saja selepas PRU akan datang bukan sahaja ditolak oleh pengundi-pengundi bukan Melayu, malah ia juga membosankan.
 
bagi pengundi Melayu yang cintakan perpaduan dan keamanan dalam masyarakat berbilang kaum.
Walaupun penjelasan ( damage control) telah dibuat tetapi bak kata pepatah, “Telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya”.

Pengundi-pengundi hari ini lebih bijak dan terbuka kepada maklumat  semasa dan mereka tidak lagi mudah diperdaya.

Mereka tahu memilih yang mana batu dan yang mana intan.

Sebenarnya dasar perkauman Hadi  membawa padah kepada parti itu sendiri.

Apakah cakap-cakap untuk menghantar  orang berketurunan Tionghua negara ini ke China satu cadangan serius sedangkan Malaysia sedang  dihujani oleh pelabur2 raksaksa dan ratusan  ribu pelawat dari Negara Naga itu.

CADANGAN ITU DAN  CADANGAN  HADI  TIDAK  BOLEH  DITERIMA  OLEH  MEREKA  YANG  PUNYAI  AKAL  YANG  WARAS.

Jika Hadi serius nak menguatkan kuasa Melayu sebaik baik cara ialah membubarkan PAS. Ahli-ahlinya boleh diserapkan secara beramai-ramai sebagai Ahli UMNO. Maka, dengan sendirinya akan bertambah kuatlah lagi parti tersebut.

Kita jangan  lupa sejarah, PAS pun dilahirkan  oleh mereka yang pernah  menganggotai Bahagian  Agama UMNO ketika itu.

PAS akan di hormati dan dipandang lebih serius jika orang lain selain Hadi memimpinnya.
Bersama ini saya sertakan beberapa video untuk kita kenal lebih dekat jenis makhluk apakah Hadi ini.

Kepada Masyarakat Tionghua yang membaca tulisan saya ini , saya ucapkan Gong Xi Fa Cai.
Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

R A S U A H

R   A   S   U    A   H REFORMASI REFORMATI Tamrin  Tun  Ghafar   Rabu - 14/02/24 ( 1 - 17 ) 1.   Kali  pertama  Dewan PWTC  tiba - tiba  sen...